Showing posts with label performance drink. Show all posts
Showing posts with label performance drink. Show all posts

Cadangan Vitamin Shaklee Untuk Puasa

Hari ni zura puasa. Puasa ganti.
ada 5 hari lagi kene ganti. hehe..

dah last2 minit baru nak ganti,kan. jangan ikut perangai ni.
dah la banyak hari nak kene ganti. 15 hari tau!.

sebabnya, sejak zura guna IUCD, period jadi panjang sangat. paling pendek 12 hari gitu. kadang2 sampai lebih 15 hari. jenuh nak ganti puasa!




biasanya, zura memang agak lembik bila puasa di bulan yang bukan ramadhan. dengan anak2 banyak nak handle lagi. nak masak untuk diorang. bisnes lagi. kerja rumah lagi. lain penatnya bila puasa bulan ramadhan. mungkin sebab ramadhan tu sendiri ada berkatnya dan semua orang pun puasa,kan. 

tapi sejak zura ambil vitamin2 shaklee sepanjang puasa, alhamdulillah rasa beza sangat energy tu. still ada rasa penat tu, of course. tapi, tak lapar sangat tau. tak de lah perut sampai bunyi-bunyi walaupun cuma sahur benjo dan ESP je. tak makan nasi pun. still tak rasa lapar.


bulan puasa pun dah nak dekat ni kan. produk hot bila bulan puasa ni, of course Performance Drink. kadang2 tu sampai out of stock satu malaysia tau. 




apa yang buat rakyat malaysia suka sangat PD ni, PD ni minuman isotonik. kira macam geng2 100 plus lah. 

bezanya, PD ni tak bergas, tak ada gula tambahan, tak ada perasa tambahan dan rasa dia natural je. mengandungi 6 jenis eletrolit yang buat kita kekal bertenaga.

ada 2 natural flavour iaitu lemon lime dan orange. lemon lime ni perasa baru yang di bawa masuk ke malaysia. and zura lagi suka lemon lime ni compare dengan orange. lagi pun, lemon ni sesuai nak mix dengan apa2 drink pun. antaranya, teh, sirap, sirap bandung.

and of course bila minum sejuk2, segar sangat2 rasa. 
terus energetic. 
terus tak jadi mengantuk. 
terus bersemangat nak pi solat terawih. 
dan yang paling haru, tak boleh berhenti minum. haha.. 
sedap dia sedap yang menyegarkan tau. 
bukan sedap sebab gula. 
tapi sedap yang ahhhhh nikmat lah.. 
susah nak cerita, korang kene rasa sendiri.
serious korang kene rasa sendiri. 

ni contoh resepi PD yang korang boleh try.


so, kalau korang belum pernah try lagi Performance Drink ni, 
dan nak try setin, cepat2 wasap zura, k. 
bukan apa, risau korang kempunan tak dapat rasa. 
barang baik selalu cepat habis, kan.







❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 
 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Selamat Ulangtahun Yang ke 70 Ayah!

Ayah dah 70 tahun rupanya!
tahu dan ingat tahun lahir ayah. tapi tak pernah kira berapa umur ayah.

15 januari, birthday ayah. ingat. sentiasa ingat bila birthday orang lain. malam sebelum harijadi pun selalu ingat.

tapi, bila pagi harijadi siapa2, lupa terus. macam terpadam memori semalam tu. hehe..

jadinya, 15hb baru ni, lupa lagi. adik zura yang wish dulu...
"Selamat hari lahir yang ke-70 ayah. Terima kasih atas kasih sayang seorang bapa yang tidak ternilai. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah swt."

oh.. 70 tahun dah umur ayah. baru perasan.

lalu, adik yang tinggal dengan mak ayah send gambar ni..


Allahu.. ketara sungguh tanda-tanda penuaan pada wajah kedua-dua mak ayah zura. Terima kasih Allah, masih pinjamkan mak ayah buat zura.

geram tengok pulut kuning air tangan mak tu. cicah pulak dengan kari, emmm..dapnye. 

small celebration.

ayah yang perkenalkan kami dengan sambutan hari lahir kecil2 sesama kami sekeluarga. zura masih ingat lagi, sejak zura kecik lagi, setiap tahun, tanpa jemu, pasti mak ayah sambut birthday kitorang. even sampai sekarang ni, kalau sapa2 balik rumah mak ayah, kene birthday dia, mesti sambut.

tak mewah pun makanannya. tengok lah macam dalam gambar tu. sekadar ingatan meraikan kelahiran orang tu. and zura suka dengan tradisi yang ayah buat dalam keluarga zura. dan of course zura teruskan dalam keluarga zura, still buat kecil2 je walaupun suami bukan jenis yang celebrate2 ni.

ayah dan emak sebagai role model.

ayah sorang je yang kerja and mak pulak suri rumah sepenuh masa yang menguruskan hal ehwal anak2 dan rumah. masing2 ada role tersendiri. ayah keluar cari rezeki. ayah belikan macam2 untuk kitorang adik beradik. ayah balik kerja, mesti singgah kedai belikan jajan untuk kitorang. 

jajan paling tak boleh lupa, tora dan dindang. kalau fikir balik, harga 2 benda kotak tu masa tu agak mahal jugak untuk gaji ayah. tapi, ayah belikan untuk kami 6 beradik. saya nak belikan anak2 pun kadang berkira..Allah.. kedekutnya! 😢

segala yang berbentuk kebendaan, ayah yang bagi. bila periksa dapat no 1, ayah bagi jam atau pen. jam murah2 je pun. siap ambil gambar. walaupun ayah tak zahirkan kasih sayang ayah dalam bentuk peluk cium, tapi zura tahu betapa risaunya ayah, betapa ambil beratnya ayah tentang kami adik beradik.

mak pulak, role sebagai tempat untuk kitorang mengadu, bercerita, tanya pendapat which is lebih kepada emosi. yela..mak 24jam dengan kitorang masa kecik2 dulu. masak n menjahit untuk kitorang.

masing2 ada role tersendiri yang membuatkan zura rasa lengkap hidup ni sebagai seorang anak. alhamdulillah..Allah kurniakan keluarga yang harmoni dan sentiasa bersama. semoga Allah terus panjangkan umur mak ayah zura sebab zura belum puas lagi berbakti pada diorang, impian zura untuk tinggal dekat dengan diorang belum tercapai lagi. 

suplemen shaklee untuk ayah.

ayah zura aktif sukan larian jarak jauh sejak dulu2 lagi. pernah ayah stop kejap lepas ayah pencen, tapi tak boleh. lutut ayah sakit. so until sekarang, ayah masih ber jogging. so that, zura selalu bagi performance drink kat ayah, minuman atlet bertaraf olimpik tau.

since ayah pun tak de penyakit kronik, alhamdulillah, cuma ada darah tinggi sikit lately, ada juga zura bagi omega guard atau lecithin untuk control bacaan darah tinggi ayah. 

alhamdulillah, ayah pun nampak masih boleh berjogging, sihat lututnya, dapat berjemaah di surau, dan yang penting.....tak buncit. hehe. 



sekian cerita tentang ayah zura. 😍
so korang, kalau teringat kat ayah korang, dan ayah masih dipanjangkan umurnya, meh kirim sebarang 2 suplemen shaklee untuk ayah korang.

untuk orang2 tua ni, zura suka suggest ambil yang dalam bentuk syrup seperti vivix atau powder yang boleh dibancuh. pil-pil ni kadang2 diorang tak rajin makan. depend lah kan..
kalau nak hadiahkan performance drink ni jugak pun boleh je. PD ni bukan lah untuk orang yang aktif sukan semata2. tapi untuk semua sebab fungsi utama dia untuk keep you energized!

dan ni antara lain fungsi2 nya.. 





LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - 📣 untuk order dan pertanyaan, 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women📲 sms|whatsapp 016-5952771📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Trip to Kelantan & Royal Belum.


ini kali kedua saya ke kelantan.
kali pertama ketika darjah 5, ikut rombongan sekolah.
sempat gak berkenalan dengan sorang mamat kelantan..haha..
serius!
siap pos2 gambar lagi..
gambar dia kat tepi pantai.
dolu2 ada simpan lagi gambar dia sampailah gambar2 lama saya abis musnah sebab rumah sewa terbakar dulu..
bukan musnah sebab dijilat api.
tapi musnah sebab basah kene air bomba.. :)

kali ni ke kelantan sebab nak hantar rombongan pengantin perempuan, iaitu adik ipar saya..
saya sangat suka perjalanan ke sana..
tambah2 jalan lengang dan tak banyak lori..
smooth aje..
damai menikmati kehijauan, tasik2, sungai2, rumah kampung dan binatang2 liar jugak..
(ternampak bab* hutan!)



tapi sayangnya sedang berlaku pencemaran udara..
jerebu amat tebal sampai menutupi atmosfera..

kalau nampak langit membiru, bukit bukau menghihau, mesti lagi best... :)

panjang perjalanan nye..maklum lah..konvoi 3 kereta..
dan setiap kereta ada baby sebagai penumpang..
tambah2, semua pun 1st timer..so tak tahu apa yang bakal ada kat depan..
bila ada peluang pegi toilet, semua pun pegi toilet..hehe..

Inilah kanak2 riang yang memeriahkan perjalanan kami ke sana..


ini pulak gambar pengantin nya..


malam majlis tu pulak ada dikir barat..
meriah bukan main..
tapi saya tak berapa nak enjoy sebab nailah tidur..
kene riba dia atas bahu sepanjang masa..

esoknya, kami ke pasar siti khadijah..
saya beli sikit cenderahti untuk orang lain..
untuk diri sendiri, just beli sepasang kain..
entah bila nak jahitnye..hihi..
tapi sungguh rambang mata melihat kain2 pasang kat sana..
boleh pengsan kot! ;)

lepas tu, suami ajak ke rantau panjang..
jalan2 dan beli tudung lak kat sana..
instant shawl ada manik2, rm18.
murah kot! kan??
baru ni tengok2 stall tudung kat mydin, tudung gini semua rm25  keatas..
lepas tu makan tengahari.
tekak saya lately nak makan tomyam aje..
so, order bihun tomyam..
mashaAllah....sedap gila!!!!
dia celur bihun dia pun perfect!
memang superb sangat2 bihun tomyam tu..
ya habibi, kalau ngidam cemana?
kene pergi rantau panjang lagi lah nampak nye...hehe...

lepas tu kami pun balik..
lebih kurang pukul 3 jugaklah baru gerak dari rantau panjang tu..
jalan pelan2..
dalam pukul 5, sampai kat perhentian titiwangsa.

Best perhentian ni..
Masa ke kelantan tu, hujan lebat n angin kuat.
Tak dapat nak tengok bawah bukit.
Masa balik ke ipoh ni, alhamdulillah cuaca lebih baik...

Tengah duduk2 makan, tiba2 habibi kata nak check in kat tasik banding..
Saya on je...maklumlah..keje sendiri..hehe


Berehat lah kami 1 malam kat sana..
Memang rehat sungguh2..
Line tenet pun siput2 sedut je kat sana..
Pastu, bateri hp saya cepat kong..dah nak kene tukar agaknya..
Tu yang tak banyak gambar tu..
Boleh kata most of the time hp saya mati sepanjang vacation ni..

Esok nya bawak putri2 mandi swimming pool jap..

Walaupun berjerebu, bagi lah jugak chance kat putri2..
Saya dan nailah tengok aje..

Seronok kemain diorang dapat tidur hotel.
Mama kecik2 dulu tak merasa pun tau..
Ni pun, masa nak balik, natrah cakap nak tidur hotel kl pulak..
Amboi amboi...

Sekian saja pengalaman saya dan anak2 ke kelantan..
Ada rezeki kita pergi lagi..
Borong keropok ikan banyak2...
(^_^)v


love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Musim jerebu ni, suplemen terbaik yang dapat bantu kita tingkatkan sistem imun adalah, Nutriferon.


Ianya mengandungi interferon yang bertindak sebagai agen untuk beritahu sistem imun tubuh anda yang tubuh anda sedang dijangkiti bakteria atau kuman.
Signal pantas dari agen ini akan mempercepatkan proses penyembuhan dari sebarang penyakit..insyaAllah..

Ianya dalam bentuk serbuk. Boleh di makan begitu sahaja atau dibancuh dengan air biasa.
Dalam gambar tu saya bancuh bersama2 performance drink, minuman hidrasi yang terunggul dari shaklee.

Dapat kekalkan hidrasi tubuh kita.
Tambah2 waktu sekarang ni kan..kalau kurang air dalam badan pun mudah dapat sakit sebab sistem tubuh kita tak dapat berfungsi dengan sempurna.

Hubungi saya untuk dapatkan nutriferon anda!