ini kali kedua saya ke kelantan.
kali pertama ketika darjah 5, ikut rombongan sekolah.
sempat gak berkenalan dengan sorang mamat kelantan..haha..
serius!
siap pos2 gambar lagi..
gambar dia kat tepi pantai.
dolu2 ada simpan lagi gambar dia sampailah gambar2 lama saya abis musnah sebab rumah sewa terbakar dulu..
bukan musnah sebab dijilat api.
tapi musnah sebab basah kene air bomba.. :)
kali ni ke kelantan sebab nak hantar rombongan pengantin perempuan, iaitu adik ipar saya..
saya sangat suka perjalanan ke sana..
tambah2 jalan lengang dan tak banyak lori..
smooth aje..
damai menikmati kehijauan, tasik2, sungai2, rumah kampung dan binatang2 liar jugak..
(ternampak bab* hutan!)
tapi sayangnya sedang berlaku pencemaran udara..
jerebu amat tebal sampai menutupi atmosfera..
kalau nampak langit membiru, bukit bukau menghihau, mesti lagi best... :)
panjang perjalanan nye..maklum lah..konvoi 3 kereta..
dan setiap kereta ada baby sebagai penumpang..
tambah2, semua pun 1st timer..so tak tahu apa yang bakal ada kat depan..
bila ada peluang pegi toilet, semua pun pegi toilet..hehe..
Inilah kanak2 riang yang memeriahkan perjalanan kami ke sana..
ini pulak gambar pengantin nya..
malam majlis tu pulak ada dikir barat..
meriah bukan main..
tapi saya tak berapa nak enjoy sebab nailah tidur..
kene riba dia atas bahu sepanjang masa..
esoknya, kami ke pasar siti khadijah..
saya beli sikit cenderahti untuk orang lain..
untuk diri sendiri, just beli sepasang kain..
entah bila nak jahitnye..hihi..
tapi sungguh rambang mata melihat kain2 pasang kat sana..
boleh pengsan kot! ;)
lepas tu, suami ajak ke rantau panjang..
jalan2 dan beli tudung lak kat sana..
instant shawl ada manik2, rm18.
murah kot! kan??
baru ni tengok2 stall tudung kat mydin, tudung gini semua rm25 keatas..
lepas tu makan tengahari.
tekak saya lately nak makan tomyam aje..
so, order bihun tomyam..
mashaAllah....sedap gila!!!!
dia celur bihun dia pun perfect!
memang superb sangat2 bihun tomyam tu..
ya habibi, kalau ngidam cemana?
kene pergi rantau panjang lagi lah nampak nye...hehe...
lepas tu kami pun balik..
lebih kurang pukul 3 jugaklah baru gerak dari rantau panjang tu..
jalan pelan2..
dalam pukul 5, sampai kat perhentian titiwangsa.
Best perhentian ni..
Masa ke kelantan tu, hujan lebat n angin kuat.
Tak dapat nak tengok bawah bukit.
Masa balik ke ipoh ni, alhamdulillah cuaca lebih baik...
Tengah duduk2 makan, tiba2 habibi kata nak check in kat tasik banding..
Saya on je...maklumlah..keje sendiri..hehe
Berehat lah kami 1 malam kat sana..
Memang rehat sungguh2..
Line tenet pun siput2 sedut je kat sana..
Pastu, bateri hp saya cepat kong..dah nak kene tukar agaknya..
Tu yang tak banyak gambar tu..
Boleh kata most of the time hp saya mati sepanjang vacation ni..
Esok nya bawak putri2 mandi swimming pool jap..
Walaupun berjerebu, bagi lah jugak chance kat putri2..
Saya dan nailah tengok aje..
Seronok kemain diorang dapat tidur hotel.
Mama kecik2 dulu tak merasa pun tau..
Ni pun, masa nak balik, natrah cakap nak tidur hotel kl pulak..
Amboi amboi...
Sekian saja pengalaman saya dan anak2 ke kelantan..
Ada rezeki kita pergi lagi..
Borong keropok ikan banyak2...
(^_^)v
love,
zura bahar
hotline: 016.595.2771
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Musim jerebu ni, suplemen terbaik yang dapat bantu kita tingkatkan sistem imun adalah, Nutriferon.
Ianya mengandungi interferon yang bertindak sebagai agen untuk beritahu sistem imun tubuh anda yang tubuh anda sedang dijangkiti bakteria atau kuman.
Signal pantas dari agen ini akan mempercepatkan proses penyembuhan dari sebarang penyakit..insyaAllah..
Ianya dalam bentuk serbuk. Boleh di makan begitu sahaja atau dibancuh dengan air biasa.
Dalam gambar tu saya bancuh bersama2 performance drink, minuman hidrasi yang terunggul dari shaklee.
Dapat kekalkan hidrasi tubuh kita.
Tambah2 waktu sekarang ni kan..kalau kurang air dalam badan pun mudah dapat sakit sebab sistem tubuh kita tak dapat berfungsi dengan sempurna.
Hubungi saya untuk dapatkan nutriferon anda!
0 comments:
Post a Comment
❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.