5 TIPS BEKERJAYA DARI RUMAH KETIKA BERPANTANG.








🌻 Tips no 1. - Siapkan diri sendiri dulu.

Bangun awal. Mandi. Makan. Bertungku. Pakai bengkung. Pakai stokin dan pakai segala yang ibu berpantang perlu pakai. Kalau dah siap semua, baby masih tidur, boleh lah selit2 masa untuk online kejap.. check wasap..post status..dll... Makan lagi ke..haha.. makan sangat penting untuk ibu dalam pantang tau sebab nak jaga production susu ibu. kurus no 2. abis pantang nanti boleh kurus. ðŸ˜Š



🌻 Tips no 2. - Siap kan baby..

Bila baby dah bangun, kene lah layan beliau. Bagi mandi, bagi susu, dodoi2..nanti tidur lah semula beliau..hihi.. Just enjoy momen2 bersama beliau. Kebanyakkan baby dalam pantang ni, lebih banyak tidur dari bangun. So, bila beliau dah tidur semula tu, haa...apa lagi, sambung lah online... Tak pun sambung makan...hihi.. Zura kalau baby tidur, zura utama kan makan dulu... ðŸ˜Š
Pastu, kalau baby jenis nak berdukung aje, macam mana?



🌻 Tips no 3. - Guna alat bantuan seperti rocker/bouncer.

Bila baby nangis, jangan terus dukung. Biar dia nangis pun tak pa. Menangis ni actually dapat bantu baby 'bukak' paru2 dia. Tapi janganlah biarkan lama sangat. Just nak biasakan baby supaya be indipendent..haha.. kecik2 dah kene jadi budak indi.. ðŸ˜Š Zura suka guna rocker. So, lepas menyusukan baby dan sendawakan, kalau beliau tak tidur, dodoikan guna rocker. Tangan boleh buat kerja guna fon atau laptop while kaki boleh goyangkan rocker. Dalam pantang zura tak masukkan dalam buai lagi..
tangan pegang fon, kaki buai rocker and baby pun layan perasaan.

wrap the baby. persediaan selepas berpantang in case baby nangis2. sebab ngam2 abis pantang, zura kene buat semua kerja sendiri.




🌻 Tips no 4. - Guna alat bantuan seperti pacifier (puting).

Ada yang tak suka, ada yang suka guna. Zura personally, okey je guna. Tak risau gigi baby tak elok ke apa sebab kita bukan nak guna sampai besar. Anak2 zura paling lama sampai 8 bulan je gitu. Sebab baby dalam pantang ni kadang nak menyonyot je. Takkan nak bagi dia bergayut susu ibu je kan. Kalau korang jenis susu banyak, muak baby nanti. So, pacifier ni kiranya untuk 'diam'kan baby.. ðŸ˜Š

🌻 Tips no 5. - Makan malam sebelum maghrib.

Mak zura paling straight masa pantang adalah bab makan. Makan kene on time. Perut tak boleh kosong, tak boleh masuk angin. Sebab, kalau badan kita masuk angin, boleh efek susu ibu. Mak zura beranggapan, kalau kita lambat makan atau biar perut kosong lama, stok susu kita tu stok 'makanan' yang lama. Tak fresh untuk baby. Tu yang baby boleh kembung perut. Bila baby kembung perut, baby meragam, haa...kita jugak yang tak boleh nak buat apa.. So penting jaga makan kita. Zura tak tahu lah kebenarannya secara saintifik. Tapi maybe ye sebab everytime zura minum air panas, teruk panas tek...haha..

so.. sebelum maghrib tu, make sure kita dah setel uruskan diri sendiri. mandi, bertungku, berbengkung, siapkan baby... zura selalu makan time maghrib. lepas maghrib tu setel dah semua.. boleh duduk mengadap kerja lagi.. 
supper jangan lupa ambil. biskut kering cicah hot choc pun dah heaven sangat dah..😊.. tapi zura supper simple je selalu. Choc + ESP.. kenyang.. baby pun tumpang kenyang, tidur lena sepanjang malam sebab perut kenyang,kan.. Baby bangun nak menyusu je. Zura pun dapat rehat n cukup tidur. Esok pagi segar je bangun tidur... ðŸ˜Š



-
Basically, gitu lah rutin zura sepanjang berpantang. Memang zura tak payah buat kerja rumah langsung..😊 so, memang dapat fokus dengan baby n bisnes. Zura start berbisnes online di rumah masa pregnantkan anak ke 3. Sebelum tu zura masih bekerja makan gaji. So, bila zura dah bisnes sendiri, zura ada lagi 2 anak yang kene jaga sebenarnya. Memang kacau jugak diorang ni. Tu next zura share.. Tips bisnes dari rumah bersama anak2 kecil. ðŸ˜Š

okey...
tq mommies sebab sudi luang masa baca sharing zura. 
Just enjoy the momen dengan baby bila baby bangun nak menyusu. Stop kerja n layan baby.. yang penting, setelkan diri sendiri awal2 supaya kita boleh fokus pada kerja n baby je nanti. ðŸ˜Š

klik share kalau mommies rasa ianya bermanfaat untuk mommies lain.. 
thank you so muchie.. ðŸ˜Š



love, 
 baizura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 
 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.