BAYI TERSEDAK SUSU APA PERLU DILAKUKAN.

Tersedak susu boleh menyebabkan kematian. Biasanya ia dikaitkan dengan cara ibu memberikan susu dengan teknik yang salah dan juga membiarkan bayi itu menyusu sendiri tanpa dipantau oleh orang yang sedang menjaganya.


Bagaimana ianya boleh berlaku?
Bayi dibawah 6 bulan selalunya akan disendawakan dahulu sebelum dibaringkan semula. Apabila bayi tidak sendawa, boleh terjadi susu yang baru diminum itu dimuntahkan dan ditelan semula lalu memasuki salur pernafahan dan menyebabkan bayi tersedak.

Sekiranya bantuan segera tidak diberi kepada bayi yang sedang tersedak ini, ianya boleh membuatkan bayi tersebut lemas dan berisiko untuk mati. Risiko kematian ini akan lebih meningkat sekiranya bayi anda sedang selsema dan batuk.

Ketahui tanda-tanda awal bayi anda sedang tersedak.

✓ bayi sukar bernafas
✓ bayi kelihatan gelisah
✓ warna kulit bayi kelihatan pucat atau kebiruan
✓ kulit bayi terasa sejuk

Jika anda mendapati tanda-tanda di atas, berkemungkinan bayi anda tersedak susu. Apa perlu dilakukan?

1. Segeralah pangku bayi anda, letakkan di atas lengan anda dengan menghalakan kepalanya kebawah.

2. Tepuk di antara tulang belikat, tetapi jangan sekuat tepukan bagi seorang bayi.

3. Ulang tepuk sehingga bahan yang menyebabkan bayi tersedak itu keluar.

4. Jika bayi sudah tidak sedarkan diri, mulakan CPR sekiranya anda tahu dan terlatih melakukan CPR atau hubungi talian kecemasan 999.

5. Jangan sekali-kali menggunakan tujahan abdomen.
...

Bagaimanapun, sebagai ibu atau pengasuh, berusaha lah untuk mengelakkan bayi tersedak susu ini terjadi. Kerana ianya boleh membawa maut kepada bayi yang tidak mampu lakukan apa-apa sendiri.

...

Langkah-langkah mengatasi bayi tersedak susu.

Sebagai ibubapa ataupun penjaga bayi, sewajarnya mengambil kira langkah2 pencegahan ini kerana mencegah itu sesungguhnya lebih baik dari mengubati. Jadi disini saya kongsikan 5 langkah-langkah mengatasi bayi tersedak susu.

1. Elakkan memberi susu dalam keadaan bayi baring terlentang. 

Posisi ini menyukarkan bayi untuk menelan dan boleh meningkatkan risiko bayi tersedak. Susu yang diminum boleh masuk ke dalam saluran pernafasan dan ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, telinga dan bayi juga boleh lemas.

2. Elakkan meninggalkan bayi menyusu sendiri.

Keadaan ini sering terjadi terutama apabila bayi diberikan susu menggunakan botol susu. Ibu atau pengasuh sering membiarkan bayi menyusu sendiri dan ibu atau pengasuh tersebut meninggakan bayi sendirian untuk melakukan kerja lain. Bayi sepatutnya dipantau ketika mereka menyusu sehingga selesai menyusu.

3. Elakkan menggunakan bantal atau kain untuk menyokong botol bayi.

Seperti yang saya tulis dalam poin ke 2, ibu atau pengasuh bayi seharusnya memegang botol susu ketika memberikan susu kepada bayi. Jika botol itu disokong dengan menggunakan kain atau bantal, keadaan ini meningkatkan risiko bayi tersedak susu dan boleh menyebabkan susu masuk ke saluran pernafasan. Bayi boleh lemas dan sekiranya tiada orang dewasa yang berada bersama bayi tersebut, boleh menyebabkan kematian.

4. Elakkan bayi tertidur ketika menyusu.

Sekiranya bayi tertidur ketika menyusu, keadaan ini boleh menyebabkan bayi tersedak susu kerana susu yang masih mengalir itu tidak di telan. Apabila bayi tersedar, kemungkinan susu yang terkumpul banyak itu boleh melemaskan mereka. Sekiranya bayi tertidur, segeralah keluarkan puting botol susu tersebut.

5. Sendawakan bayi selepas bayi menyusu.

Selepas bayi selesai menyusu, seeloknya bangunkan bayi dan tepuk atau gosoklah belakang badan bayi untuk sendawakan mereka.




Banyak kes kematian bayi disebabkan bayi tersedak susu yang kita dapat tahu melalui media. Semoga perkongsian ini dapat bantu mengelakkan hal ini terjadi kepada bayi kita dan menjadi panduan buat ibu-ibu terutamanya ibu-ibu yang pertama kali menimang cahaya mata. 


..........
❤, LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - 📣 untuk order dan pertanyaan, 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, ðŸ’» visit: www.vitallyvitamin.com

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.