Showing posts with label tips baby sihat. Show all posts
Showing posts with label tips baby sihat. Show all posts

BAYI TERSEDAK SUSU APA PERLU DILAKUKAN.

Tersedak susu boleh menyebabkan kematian. Biasanya ia dikaitkan dengan cara ibu memberikan susu dengan teknik yang salah dan juga membiarkan bayi itu menyusu sendiri tanpa dipantau oleh orang yang sedang menjaganya.


Bagaimana ianya boleh berlaku?
Bayi dibawah 6 bulan selalunya akan disendawakan dahulu sebelum dibaringkan semula. Apabila bayi tidak sendawa, boleh terjadi susu yang baru diminum itu dimuntahkan dan ditelan semula lalu memasuki salur pernafahan dan menyebabkan bayi tersedak.

Sekiranya bantuan segera tidak diberi kepada bayi yang sedang tersedak ini, ianya boleh membuatkan bayi tersebut lemas dan berisiko untuk mati. Risiko kematian ini akan lebih meningkat sekiranya bayi anda sedang selsema dan batuk.

Ketahui tanda-tanda awal bayi anda sedang tersedak.

✓ bayi sukar bernafas
✓ bayi kelihatan gelisah
✓ warna kulit bayi kelihatan pucat atau kebiruan
✓ kulit bayi terasa sejuk

Jika anda mendapati tanda-tanda di atas, berkemungkinan bayi anda tersedak susu. Apa perlu dilakukan?

1. Segeralah pangku bayi anda, letakkan di atas lengan anda dengan menghalakan kepalanya kebawah.

2. Tepuk di antara tulang belikat, tetapi jangan sekuat tepukan bagi seorang bayi.

3. Ulang tepuk sehingga bahan yang menyebabkan bayi tersedak itu keluar.

4. Jika bayi sudah tidak sedarkan diri, mulakan CPR sekiranya anda tahu dan terlatih melakukan CPR atau hubungi talian kecemasan 999.

5. Jangan sekali-kali menggunakan tujahan abdomen.
...

Bagaimanapun, sebagai ibu atau pengasuh, berusaha lah untuk mengelakkan bayi tersedak susu ini terjadi. Kerana ianya boleh membawa maut kepada bayi yang tidak mampu lakukan apa-apa sendiri.

...

Langkah-langkah mengatasi bayi tersedak susu.

Sebagai ibubapa ataupun penjaga bayi, sewajarnya mengambil kira langkah2 pencegahan ini kerana mencegah itu sesungguhnya lebih baik dari mengubati. Jadi disini saya kongsikan 5 langkah-langkah mengatasi bayi tersedak susu.

1. Elakkan memberi susu dalam keadaan bayi baring terlentang. 

Posisi ini menyukarkan bayi untuk menelan dan boleh meningkatkan risiko bayi tersedak. Susu yang diminum boleh masuk ke dalam saluran pernafasan dan ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, telinga dan bayi juga boleh lemas.

2. Elakkan meninggalkan bayi menyusu sendiri.

Keadaan ini sering terjadi terutama apabila bayi diberikan susu menggunakan botol susu. Ibu atau pengasuh sering membiarkan bayi menyusu sendiri dan ibu atau pengasuh tersebut meninggakan bayi sendirian untuk melakukan kerja lain. Bayi sepatutnya dipantau ketika mereka menyusu sehingga selesai menyusu.

3. Elakkan menggunakan bantal atau kain untuk menyokong botol bayi.

Seperti yang saya tulis dalam poin ke 2, ibu atau pengasuh bayi seharusnya memegang botol susu ketika memberikan susu kepada bayi. Jika botol itu disokong dengan menggunakan kain atau bantal, keadaan ini meningkatkan risiko bayi tersedak susu dan boleh menyebabkan susu masuk ke saluran pernafasan. Bayi boleh lemas dan sekiranya tiada orang dewasa yang berada bersama bayi tersebut, boleh menyebabkan kematian.

4. Elakkan bayi tertidur ketika menyusu.

Sekiranya bayi tertidur ketika menyusu, keadaan ini boleh menyebabkan bayi tersedak susu kerana susu yang masih mengalir itu tidak di telan. Apabila bayi tersedar, kemungkinan susu yang terkumpul banyak itu boleh melemaskan mereka. Sekiranya bayi tertidur, segeralah keluarkan puting botol susu tersebut.

5. Sendawakan bayi selepas bayi menyusu.

Selepas bayi selesai menyusu, seeloknya bangunkan bayi dan tepuk atau gosoklah belakang badan bayi untuk sendawakan mereka.




Banyak kes kematian bayi disebabkan bayi tersedak susu yang kita dapat tahu melalui media. Semoga perkongsian ini dapat bantu mengelakkan hal ini terjadi kepada bayi kita dan menjadi panduan buat ibu-ibu terutamanya ibu-ibu yang pertama kali menimang cahaya mata. 


..........
❤, LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - 📣 untuk order dan pertanyaan, 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

DIET UNTUK IBU MENYUSU YANG BABY SEDANG KUNING


Ada macam2 cara yang korang tau kan.
Sama ada ibu2 kene makan mahupun air mandian baby.

Zura lebih utamakan apa yang zura kene makan daripada air mandian baby.
So apa yang zura nak share ni adalah lebih kepada diet untuk si ibu.
First sekali, make sure korang bagi susu ibu sepenuh nya pada baby.
Pastikan liang2 susu ibu tu terbukak semuanya supaya baby dapat minum puas2. Kalau rasa tersumbat n susu ibu tak flow dengan baik, minta bidan urutkan 'kilang susu' biar susu boleh keluar dengan sepenuhnya.

~ Sebab apa susu ibu jadi point utama ni? ~ Sebab, dari susu ibu lah baby akan dapat segala khasiat dari makanan yang ibu2 makan. Makanan yang dapat bantu turunkan kuning baby, InsyaAllah.
... 

DIET UNTUK IBU MENYUSU YANG BABY SEDANG KUNING

... 

1. Makan fresh fruit n vegetables.



Buah buahan n sayur sayuran ni tinggi antioksidan which is dapat bantu kurangkan risiko hati rosak masa proses metabolisma dan memudahkan proses pencernaan.
Dan antara buah yang sangat bagus untuk kesihatan hati adalah Anggur, cranberries, blueberries, citrus fruit macam lemon dan oren, betik, tembikai, kentang, labu, keladi, avocados, zaitun, lobak, dan ada lagi.. Since kita dalam pantang, kan.. Kene lah makan yang tak sejuk or berangin.
• zura makan Anggur Hitam n Oren.


2. Kopi dan teh herba.


Kopi n teh herba juga tinggi antioksidan. Kafien dapat bantu merangsang pencernaan.
Pengambilan kopi yang sederhana dapat mengurangkan sebarang risiko pada hati.


• sebelum susu zura bebetul keluar sepenuhnya (sebab bengkak susu n ada ketulan), baby fathan kurang kencing. Dia ada berak, tapi tak banyak. Kita pun maklumkan, kuning baby cepat turun kalau baby banyak kencing n berak.
Satu hari zura rasa teringin pulak minum kopi. Sejak teringin tu, mak zura pun setiap petang buatkan kopi untuk zura minum. Sejak hari tu zura perasan, kuning fathan beransur kurang.


3. Bijirin penuh (whole grain)


Makanan bijirin penuh ni kaya dengan nutrisi yang bagus untuk kesihatan hati iaitu lemak sihat, antioksidan, serat dan mineral.
Satu kajian pada 2013 mengesahkan bahawa mereka yang makan oat, which is kaya dengan beta-glucan, dapat meningkatkan fungsi hati selepas 12 minggu penggunaan.

• setiap pagi zura breakfast quacker oat.

4. Kekacang.


Kekacang pun tinggi anti oksidan dan kaya dengan Vitamin E.
Selain tu, kekacang jugak kaya dengan serat dan lemak yang sihat.
Kajian membuktikan, pengambilan kekacang yang regular sangat bermanfaat untuk fungsi hati.

• zura tak makan kekacang. Ada hajat nak ambil Vitamin E Complex by shaklee tapi lupa je nak ngap..🤭

5. Protein.


Protein dari tauhu, kekacang dan ikan kurang beri tekanan pada hati kalau nak compare dengan protein dari sumber daging.
Ikan yang kaya dengan asid lemak omega 3 seperti salmon dan makarel pulak sangat bagus dalam membantu me metabolisma kan karbohidrat, asid lemak dan protein.

• zura ambil protein dari soya, ESP shaklee. And of course dok makan nasi lauk ikan je hari2.. 😊


...
Diet inilah yang zura amalkan untuk turunkan kuning baby.

Asalnya zura cuma ambil protein dan oat je setiap hari.

And kilang susu pulak tersumbat. Sampai zura rasa nak demam bengkak susu.
Siap dah jadi ketul2 dah tau.

Pastu, bidan urut kaw kaw punya bagi pecah susu, sampai kene tepis tangan bidan..sakit gilaaaaa 😅

Sejak tu, kilang susu dah tak tersumbat lagi n zura pun start ambil anggur hitam, oren n minum kopi.
Bila baby fathan dapat susu sepenuh nya, baru lah bacaan kuning dia mula turun secara regular setiap hari...


Alhamdulillah sangat2..
Lega rasanya walaupun kuning fathan tak tahap teruk pun.


Isnin nanti nak check lagi. Hopefully itu kali terakhir check sebab tiap kali nak amik darah fathan, dia kene cucuk 2 kali.
😭
Sebab darah dia susah nak keluar..


Again zura nak tekankan, pasti kan susu ibu keluar sepenuhnya dari kilang susu supaya baby dapat segala khasiat dari diet yang ibu2 makan.
Mudah mudahan, sharing zura ni dapat bantu turunkan kuning baby ibu2 sekalian.. Dan hilangkan rasa gundah gulana ibu2 jugak... ☺️




love, 
 Baizura Bahar 
 Pengedar Shaklee Chemor. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
--------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

3 Cara untuk Elakkan Kerak Susu di Lidah Baby

satu hari tu, bila Nailah bercakap, busuk sangat mulut dia.
memula, kak bee ingat sebab dia baru bangun tidur. tapi, bila lepas mandi dan gosok gigi pun, mulut dia masih berbau.
busuk! serius busuk!

confuse jugak sebab, kakak2 yang tak rajin gosok gigi pun tak busuk macam tu. 😁 padahal, Nailah lah yang paling rajin gosok gigi n gigi dia paling cantik antara 3 putris. Kak bee pun, as usual, mula scanning...sebab apa ye..

Memula kak bee terfikir, mungkin sebab dia selalu sembelit. Sampaikan mulut jadi berbau. Kononnya banyak toksin lah dalam badan dia. So kak bee terfikir nak bagi dia herb lax. Tapi rasa macam tak sesuai pulak sebab herb lax ni sangat power untuk bantu masalah sembelit. Pastu kak bee decide nak bagi dia Alfalfa.

Memang kak bee bagi dah pun. Ada cerita Nailah dan alfalfa. Nanti kak bee story mory lain. But still, masih berbau mulut dia. Busuk! Kesian dia.. mama asyik ejek mulut dia busuk. haha..
Dia buat dono je lah.. budak,kan.. bukan reti sentap.



So, kak bee teruskan scanning. apa punca mulut dia busuk amat ni? tak puas hati selagi tak jumpa jawapan. Tetiba kak bee ternampak lidah dia berkerak sangat. Selalu bersih je. Tapi kali ni, tebal jugak sebab dia pernah korek kerak tu pakai kuku dia..hihi.. Adakah ini punca nya?

Tak tunggu lama, kak bee pun ambil sapu tangan basah n lap2 lidah dia. bila dia mandi n gosok gigi, kak bee gosok sekali lidah dia dengan berus gigi. Sekarang dah bersih dah lidah dia. Dan....mulut Nailah tak busuk lagi..yey! Alhamdulillah... 😊😊

Kak bee tak sure lah kes Nailah ni dah tahap 'Thrush" atau tak sebab kak bee tak refer doktor pun. Tapi kat sini kak bee share Tips Macam Mana Nak Elakkan Thrush ni ye...


  1. Bersihkan lidah n mulut selepas minum susu. Kalau baby2 lagi, si ibu boleh balut jari dengan tuala basah, lepas tu lap2 sekitar mulut baby. Kalau dah besar macam Nailah, boleh gosok lidah dia dengan berus gigi setiap kali mandi. Boleh juga beri air masak lepas dia minum susu.
  2. Bersihkan puting botol susu. Puting botol ni sebaik2 nye kene rebus seminggu sekali. Jujurnya, kak bee tak rebus pun..hehe..sejak kakak putri pun kak bee tak buat gitu.. Sampaikan putri dulu pernah batuk demam berpunca dari puting botol susu yang tak bersih betul. 🙈
  3. Bersihkan juga permainan dan persekitaran. Kalau baby2 kecik yang suka masukkan benda dalam mulut, pun mudah sangat terdedah dengan bakteria2 yang boleh menginap kat mulut diorang. Oleh itu, pastikan permainan diorang sentiasa bersih dan persekitaran jugak kene bersih. Macam Fauzan ni, dia punya lah suka masukkan benda dalam mulut sampaikan lantai pun dia nak jilat..haha.. Tapi sekarang dah tak dah.. 😊
Pendek kata, kebersihan sangat penting untuk elakkan jangkitan virus, bakteria dan lain2. Kalau nampak perubahan pada mulut anak2 kita seperti tompokan putih di lidah dan sekeliling dalam mulut, cecepat bersihkan tau. Kalau dibiar lama, risau datang penyakit lain seperti ulser dan lain2.
Tambah lagi kalau kerak susu kat lidah tu dah melekat kuat dekat lidah. Sakit nanti nak bersihkan. Sian kat anak kita.

Bukan senang nak jadi mak2 ni. Nak jaga seorang orang tu, mashaAllah..Allah je yang tahu. Apapun, Allah tahu tahap kemampuan kita. Semoga anak2 kita dilindungi dari sebarang penyakit. InsyaAllah...


Jangan lupa ye..Dapatkan Offer Omega Guard, beli 5 dapat evoucher RM60 diSINI ! Dan juga, kelebihan menjadi ahli shaklee sempena bulan Merdeka ni, di SINI !


love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info