Kisah Kakak Yang Sedih Di Hari Ulangtahun ke 13.

MasyaAllah... alhamdulillah...
semalam, kakak dah officially 13 tahun.

mama masih ingat lagi detik2 melahirkan kakak sebagai anak pertama mama dan papa.
part tak boleh lupa adalah bila papa bisik dekat telinga mama di dalam labor room, sejurus je kakak keluar dari rahim mama dan nurse letakkan kakak atas dada mama..
papa bisik.."anak kita, sayang...siapa nama dia...."
mama jawab dalam keletihan yang amat sangat2... "putri..."
"putri apa?"
"putri naurah shafwana..."

Allah... terima kasih Allah. atas anugerah yang tak ternilai harganya buat mama papa.
cerita penuh ada mama abadikan di sini >> 

setahun yang lalu...

tahun ni, kita sambut birthday kakak kat sekolah kakak.
hari tu lagi mama dah bagitau, minggu ni mama datang lepas asar. sebab mama selalu kelam kabut nak masak macam2 untuk kakak sebelum pergi melawat.

sempena birthday kakak ni pun, lambat mama start masak kek. pukul 4 petang baru siap.
simple je.. moist chocolate cake je. 


Masa sampai tu, kakak nampak okey je. tapi bila dah duduk kat kantin tu, muka kakak dah lain dah nak nangis. kakak kata lain kali mama datang lah pukul 3.30 macam tu. kalau lepas asar, pukul 6 mama papa dah nak kene balik dah. yela.. pukul 5.15 macam tu baru setel down dapat duduk. jadinya, tak lama lah dapat jumpa.

aduhai kakak... sungguh mama ingat kakak tak kisah. tapi kakak kisah rupanya. and nak lama2 dengan mamapapa. itu pun papa kata tak payah la pegi melawat. emmm.... macam ni tak nak datang melawat? lewat sikit pun dah nangis. haha.. padahal tiap minggu datang kot. hehe...

bagi mama, okey je kalau nak datang tiap minggu pun. mama tak de isu. sebab tu mama pilih sekolah taayah untuk kakak. dekat dengan rumah. mama boleh datang bila-bila pun. mama pun tak nak jauh2 sangat dengan anak mama.

bila kakak dah mula rebeh tu, mama pun cepat2 keluarkan hadiah untuk kakak. ingatkan tak nak keluarkan lagi. tapi dah menangis tu, terus lah keluarkan. bagi kakak happy.. alhamdulillah.. lepas tu baru kakak happy tak nangis dah.



maka, kita pun potong lah kek. nyanyi slow2. fathan baru je nak high pitch, kakak dah sound " diam lah Han!" haha..




insyaAllah nanti kita celebrate lagi dengan opah dan maksu ye. nanti papa beli kek lain, tulis nama kakak n opah. birthday opah pun bulan 6 ni. lupa mama nak wish.. hehe..

Mama harap sangat, kakak sentiasa happy dan diberi ketaqwaan, kesabaran dan ketenangan yang tinggi dalam menempuh hidup di dunia yang mencabar ini. Walaupun mamapapa jauh dengan kakak, doa kami sentiasa untuk kakak. Terima kasih jadi anak yang baik buat mamapapa. Kami sayang kakak, kakak tahu tu kan..

oh ye.. sempena birthday kakak ni, kakak pun ada bagi berita gembira buat mamapapa. Kakak dapat no 4 dalam kelas n no 20 dalam form. Alhamdulillah... semoga kakak dapat kekalkan prestasi kakak. Jujur mamapapa tak kisah sangat bab tu. Walaupun kalau kakak dapat markah rendah mamapapa selalu je macam marah2, tapi kakak tau kan mamapapa tak pernah pun serius. haha.. marah main2 je. 

hidup ini bukan semata-mata kene dapat markah bagus dalam periksa. banyak lagi medium yang kakak boleh belajar. melalui pengalaman hidup sendiri, pengalaman hidup orang dan dari sekeliling kakak. 
Tapi, dengan ilmu yang kakak belajar, ianya dapat menentukan setiap tindakan kakak dalam melakukan sesuatu dan dalam membuat keputusan.



--


❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin  
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com,
 

Pengedar Shaklee Chemor Perak Yang Aktif Sejak 2012 Sehingga Kini

Bagaimana zura bermula sebagai Pengedar Shaklee?


Anak2 selalu tanya, "Apa cita-cita mama?"

Masa kakak n adik tanya, mama akan jawab Arkitek.
Sampai turn baby, mama jawab, "Cita-cita mama nak jadi Mama!"

Siapa sangka, kan..
Study architecture. Kerja Interior Designer. Sekarang, lifetime career mama pilih untuk menjadi MAMA YANG MEMBINA EMPAYAR BISNES SHAKLEE UNTUK ANAK-ANAK.
..
Zura sertai Shaklee asalnya bukan sebab produk Shaklee.
Tapi sebab,
PELUANG BEKERJAYA DARI RUMAH DENGAN MODAL YANG SANGAT RENDAH,
WAKTU KERJA YANG FLEXIBLE,
TIADA ARAHAN DARI BOSS SEBAB SENDIRI JADI BOSS,
SUPPORT DARI COMPANY DAN GROUP2 YANG SUPERB,
PELUANG DAPAT INCOME BULANAN YANG SANGAT SANGAT TAK MASUK DEK AKAL, RATUSAN RIBU SETIAP BULAN - ni bergantung kepada usaha sendiri ye. Tak makan langsung bahagian anak cucu cicit bisnes semua.

Ye.. Itu lah detik permulaan zura dengan SHAKLEE.

And of course, bila zura decide untuk TUKAR CAREER, zura terus amalkan produk2 Shaklee dan dapat rasakan tahap kesihatan yang lebih baik dari sebelum ni.

Seronok ke zura jadi Pengedar Shaklee?


Alhamdulillah.. Dah 10 tahun zura konsisten amalkan produk2 shaklee. Mak ayah, suami dan anak2 pun sama.

Kalau nak senaraikan shaklee effect yang zura dapat, sebenarnya banyak sangat. Tak muat 1 entry. Kene separate entry2 nya.
Tak pe.. Nanti zura share 1 per 1 ya.. 😊

>> Testimoni Senggugut Hilang Dengan Shaklee <<

>> Testimoni Batuk Hilang Dengan Omega Guard <<


Disebabkan banyak kesan baik selepas zura amalkan secara konsisten produk2 shaklee ni, zura pilih untuk setia berkongsi tentang shaklee pada semua. Benda baik, zura nak semua orang pun dapat sama.

Macam tu juga dengan peluang bisnes yang shaklee sentiasa open untuk semua.

Zura dah rasa income belasan ribu setiap bulan. Untuk rakyat marhaen macam zura ni, MasyaAllah ia membantu sangat2 untuk zura gembirakan family dan bantu orang2 susah. Lain nikmatnya dapat memberi tanpa kira2 berapa baki dalam wallet lepas memberi.

So kawan-kawan semua, usah ragu2 lagi dengan BISNES SHAKLEE ni.

Jom, be part of my shaklee empire, my #matahariku.

Zura suka orang yang Rajin belajar, rajin berusaha, tak kuat mengeluh, positif, indipendent, solat cukup 5 waktu, hati bersih, dan rendah diri untuk sama2 BINA KERJAYA DENGAN SHAKLEE.


Pape, roger je zura, k.👌🏻


>> Jom berkenalan dengan: Pengedar Shaklee Aktif di Mukah Sarawak <<

-----



Ps: alhamdulillah dapat maintain kurus dengan rajin consume Set Kurus Shaklee walaupun dan 5 kali menggemuk. Ahaks! 

--


❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin  
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com,   

Testimoni Shaklee Saya: Sunggugut Tiada Lagi dengan Vitamin Shaklee

Zura derita senggugut sejak sekolah menengah lagi. Zura tak tahu lah nak kata level senggugut zura tu level berapa tapi masih boleh pergi sekolah dan tak lah sampai sakit guling-guling.

Bila datang senggugut tu, apa yang zura buat adalah, sebelum sakit senggugut tu datang, zura makan panadol siap-siap. Maksudnya, time dah mula rasa nak datang senggugut tu, zura makan panadol. Alhamdulillah memang kurang sikit rasa sakit tu. Tapi kalau dah sakit betul baru nak makan panadol, memang tak jadi lah. Tetap sakit.

Jadi, bila kakak mengadu sakit perut senggugut, zura faham sangat ketidakselesaan kakak tu. Kalau rasa tak selesa je tak pe. Masalahnya dia siap pakej moody dia tu. Tu yang mama pun jadi stress.. haha

Bila ingat balik macam mana senggugut zura boleh hilang, actually zura consume vitamin Shaklee - GLA Complex untuk kesuburan. GLA ni memang sangat bagus untuk perbetulkan hormon wanita dan kesuburan wanita. Kalau tak silap zura, zura ambil GLA ni lepas bersalin kan anak kedua. Sebab waktu tu zura pernah miscarriage. Ada zura cerita kat sini kalau nak baca.

>> kehilangan: MISSED MISCARRIAGE atau MOLAR PREGNANCY <<


Lepas dari miscarriage tu lah yang zura consume tu. Lepas beberapa bulan zura consume GLA Complex ni secara konsisten setiap hari, MasyaAllah amazing sangat Allah izinkan senggugut tu hilang terus. Sebenarnya zura sendiri tak perasan bila secara tepatnya senggugut ni hilang. Lepas sebulan consume? atau 2 bulan? zura tak perasan. Zura sedar bila tiba-tiba je period tanpa zura ada simptom pms pun. Selain senggugut, simptom pms zura yang lain selalunya sengal2 peha n rasa badan tak selesa. 

Bertahun menderita, akhirnya dapat juga zura rasa hidup bebas tanpa senggugut. Ya Allah.. Alhamdulillah.. zura syukur sangat-sangat. Sungguh zura tak pernah imagine yang senggugut ni boleh hilang tau. Syukur Allah izin ianya hilang dengan asbab vitamin shaklee yang zura ambil.

Even simptom2 pms yang lain pun tak ada tau contohnya macam sengal2 badan, sakit2 pinggang ke.. Alhamdulillah memang tak ada. Know2 je period. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...


Dan yang paling penting sekarang ni, walaupun zura dah tak ambil GLA ni lagi sebab risau terlebih subur, senggugut alhamdulillah memang dah tak ada langsung. Serius dah tak ada dah senggugut sekarang ni. Syukur alhamdulillah. Tidak lah terganggu kerja2 harian zura. Lagi2 kita dah bekerluarga n ramai anak-anak nak diurus ni. Kalau masih perlu menderita senggugut, memang tak ganggu rutin harian zura.

Now turn kakak pula untuk zura bantu hidup bebas tanpa senggugut. Dia tak consume setiap hari sebab dia tak rajin makan vitamin. Emm...

Tapi, bila dia dah nak period, zura akan remind dia untuk makan. Walaupun dia biasanya makan bila dah nak period, alhamdulillah kurang sangat-sangat dia kene senggugut. Syukur alhamdulillah.. Dah la dia duduk asrama kan. Kesian pulak kat anak mama kalau kene senggugut teruk. Tapi sekarang zura tak risau lagi. zura pun ada bekalkan sebotol GLA dekat dia.

testimoni senggugut hilang


Zura berkongsi ni, tak ada sebab lain selain nak sangat-sangat bantu kalian yang masih menderita senggugut ni untuk merasa nikmatnya period-tanpa-senggugut. Testimoni Shaklee ini adalah benar-benar pengalaman peribadi zura dan anak zura sendiri.  Semoga perkongsian Testimoni Saya ni dapat hadiah istimewa dari penaja utama #ProjekMegaBlog iaitu www.anakkuwira.com

Eh.. sebenarnya kan, bukan zura sorang je yang dapat shaklee effect ini. Ada ramai lagi kat luar sana tau... :)






---

Info:

Senggugut terbahagi kepada dua jenis iaitu:
1. senggugut primer (jenis biasa) 
2. sekunder (disebabkan oleh penyakit)

baca lagi di sini >>  Senggugut: bagaimana menghilangkan senggugut dengan vitamin shaklee.

InsyaAllah dengan izin Allah

--



--


❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin  
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com,  

Natrah Wakil Sekolah Dalam Acara Kalam Arabiy.


16 May 2023
Setiap anak ada rezeki masing2.
Ada kelemahan dan kelebihan masing2 juga.

Putri Natrah ni masa kecik2 pernah panggil dia ustazah. Nenek lah kata dia macam ustazah.

Hari ni dia balik bawak surat ni.


Alhamdulillah.. Tahniah adik. Jadi wakil sekolah.

Mama happy bila anak2 jadi wakil sekolah apa2..
Bukan sebab rasa diorang ni bagus atau pandai, tapi mama happy sebab ada peluang untuk diorang expose pada dunia baru.

Yela.. Mak sendiri je tahu anak sendiri macam mana kan.. Semua pun jenis pemalu.
Kalau bukan cikgu yang serlahkan potensi anak2 dan bimbing anak2 ke peringkat lebih tinggi, siapa lagi ?

Terima kasih cikgu... 🥰

PJJ - Episod Aku Tak Peduli Apapun

Zura rasa, dah masa untuk zura cerita kan sesuatu yang pernah terjadi dalam hidup zura sebelum ini.
Sebab apa baru sekarang nak cerita? 
Sebab zura sangat bersyukur dan gembira... Zura dah dapat diri zura semula. 
zura dah dapat kehidupan zura, passion zura dan zura rasa zura dah 'sembuh'!
Allahuakbar.. Sekelip mata je kalau Allah nak ubah sesuatu itu.


Cerita nya bermula begini...