Showing posts with label pengedar shaklee chemor. Show all posts
Showing posts with label pengedar shaklee chemor. Show all posts

Bagaimana Urus Masa Apabila Kerja Dari Rumah.

Sejak berlaku nya peristiwa bersejarah kehadiran covid-19 yang menggemparkan dunia pada hujung tahun 2019, ramai majikan mula aplikasikan 'kerja dari rumah'. Sebab waktu tu, kita berisiko untuk dijangkiti covid-19 jika kita keluar dari rumah. tapi dalam masa yang sama, kita perlu bekerja mencari rezeki. dan masa tu lah, mana-mana pekerjaan yang tidak memerlukan anda berada di 'lapangan', anda dibenarkan untuk kerja dari rumah.

tapi, kerja dari rumah ni tak semudah yang kita sangkakan. banyak sangat dugaan dan cabarannya. lagi-lagi kalau anda seorang ibu! dan anak anda, anda sendiri yang jaga. dari segi urus masa juga sangat besar cabarannya. maklum lah, kat rumah ni banyak cabaran yang besar-besar seperti katil, tv, hand phone dan peti ais! hehe...

so here, zura nak share 5 Tips Urus Masa Apabila Kerja Dari Rumah.


1. Buat jadual.

ini memang sangat-sangat penting terutama jika anda perlu uruskan anak-anak dan uruskan kerja-kerja rumah juga. terbaik adalah jika anda boleh 'treat' diri anda seperti anda 'pergi' bekerja which is pukul 8 pagi anda masuk 'office', tengah hari rehat dan lunch, then masuk 'office' semula dan 'pulang' pada pukul 5 petang. jika anda boleh hantar anak-anak kepada pengasuh, sewajarnya itu lah yang anda lakukan. manakala kerja-kerja rumah pulak anda lakukan selepas waktu kerja anda 8 pagi hingga 5 petang. Dan yang paling penting adalah, anda perlu disiplin untuk ikut jadual yang anda telah buat.!


2. Ada ruang kerja.

ini juga sangat-sangat penting kerana dengan adanya ruang kerja, automatically anda akan rasa yang anda sedang bekerja ketika anda duduk di ruang kerja tersebut. selain itu, ianya haruslah lengkap dengan segala keperluan pejabat ontohnya komputer/komputer riba, printer, kertas, alat tulis dan sebagainya. Walaupun pekerjaan anda boleh dilakukan dengan menggunakan telefon pintar sahaja, sebenarnya dengan adanya komputer atau komputer riba, ianya memberi anda 'feel' yang anda sedang bekerja compare jika anda menggunakan telefon pintar anda. Kalau tak percaya, cuba lah!


3. Dress Up seperti anda nak pergi pejabat!

tips ini yang paling zura suka. walaupun kita kerja dari rumah, bukan bermakna kita tak perlu nak pakai cantik-cantik macam bila keluar bekerja. percaya atau tidak, dengan berpakaian proper seperti nak ke pejabat itu boleh mempengaruhi 'semangat' bekerja anda kalau compare dengan anda cuma pakai baju tidur saja. Jika anda masih tidak ambil berat tentang pakaian ketika anda kerja dari rumah, anda harus berubah dan rasai perbezaan nya!


4. Kurangkan penggunaan social media.

ya.. ini antara cabaran paling besar kerana apabila anda bekerja dari rumah , semestinya tiada boss yang memerhatikan anda bekerja. disiplin diri kene kuat untuk tepis dugaan social media. atas sebab itu lah zura prefer untuk menggunakan komputer apabila kerja dari rumah. bagi zura, apabila zura menggunakan komputer, kurang sikit rasa nak scroll news feed tu dan rasa lebih produktif bekerja jika menggunakan komputer atau komputer riba.


5. Jujur dengan majikan.

sekiranya anda bekerja dengan majikan, anda harus lah jujur dan berterus terang dengan majikan anda jika anda ada masalah seperti anak sakit atau anda sendiri yang sakit. peluang untuk kerja dari rumah ni tak semua dapat. jadi, gunakan lah peluang yang majikan anda beri ni dengan jujur dan amanah. biar pendapatan kita ada keberkatannya.

so, begitu lah sedikit tips bagaimana untuk anda urus masa apabila kerja dari rumah. kalau anda ada tips yang boleh dikongsikan bersama, jemput share di ruang komen tau.



Baca juga:

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin  
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com,

Pengedar Shaklee Chemor Perak Yang Aktif Sejak 2012 Sehingga Kini

Bagaimana zura bermula sebagai Pengedar Shaklee?


Anak2 selalu tanya, "Apa cita-cita mama?"

Masa kakak n adik tanya, mama akan jawab Arkitek.
Sampai turn baby, mama jawab, "Cita-cita mama nak jadi Mama!"

Siapa sangka, kan..
Study architecture. Kerja Interior Designer. Sekarang, lifetime career mama pilih untuk menjadi MAMA YANG MEMBINA EMPAYAR BISNES SHAKLEE UNTUK ANAK-ANAK.
..
Zura sertai Shaklee asalnya bukan sebab produk Shaklee.
Tapi sebab,
PELUANG BEKERJAYA DARI RUMAH DENGAN MODAL YANG SANGAT RENDAH,
WAKTU KERJA YANG FLEXIBLE,
TIADA ARAHAN DARI BOSS SEBAB SENDIRI JADI BOSS,
SUPPORT DARI COMPANY DAN GROUP2 YANG SUPERB,
PELUANG DAPAT INCOME BULANAN YANG SANGAT SANGAT TAK MASUK DEK AKAL, RATUSAN RIBU SETIAP BULAN - ni bergantung kepada usaha sendiri ye. Tak makan langsung bahagian anak cucu cicit bisnes semua.

Ye.. Itu lah detik permulaan zura dengan SHAKLEE.

And of course, bila zura decide untuk TUKAR CAREER, zura terus amalkan produk2 Shaklee dan dapat rasakan tahap kesihatan yang lebih baik dari sebelum ni.

Seronok ke zura jadi Pengedar Shaklee?


Alhamdulillah.. Dah 10 tahun zura konsisten amalkan produk2 shaklee. Mak ayah, suami dan anak2 pun sama.

Kalau nak senaraikan shaklee effect yang zura dapat, sebenarnya banyak sangat. Tak muat 1 entry. Kene separate entry2 nya.
Tak pe.. Nanti zura share 1 per 1 ya.. 😊

>> Testimoni Senggugut Hilang Dengan Shaklee <<

>> Testimoni Batuk Hilang Dengan Omega Guard <<


Disebabkan banyak kesan baik selepas zura amalkan secara konsisten produk2 shaklee ni, zura pilih untuk setia berkongsi tentang shaklee pada semua. Benda baik, zura nak semua orang pun dapat sama.

Macam tu juga dengan peluang bisnes yang shaklee sentiasa open untuk semua.

Zura dah rasa income belasan ribu setiap bulan. Untuk rakyat marhaen macam zura ni, MasyaAllah ia membantu sangat2 untuk zura gembirakan family dan bantu orang2 susah. Lain nikmatnya dapat memberi tanpa kira2 berapa baki dalam wallet lepas memberi.

So kawan-kawan semua, usah ragu2 lagi dengan BISNES SHAKLEE ni.

Jom, be part of my shaklee empire, my #matahariku.

Zura suka orang yang Rajin belajar, rajin berusaha, tak kuat mengeluh, positif, indipendent, solat cukup 5 waktu, hati bersih, dan rendah diri untuk sama2 BINA KERJAYA DENGAN SHAKLEE.


Pape, roger je zura, k.👌🏻


>> Jom berkenalan dengan: Pengedar Shaklee Aktif di Mukah Sarawak <<

-----



Ps: alhamdulillah dapat maintain kurus dengan rajin consume Set Kurus Shaklee walaupun dan 5 kali menggemuk. Ahaks! 

--


❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin  
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com,   

Mudahnya Renew Membership Shaklee dan Ianya Percuma!



Masa zura baru join shaklee dulu pada tahun 2012, membership tak perlu renew. Membership seumur hidup. So tak pening-pening nak renew. Hehe..
Tapi, since 2014, Shaklee tak buat dah membership seumur hidup. So, kene renew setiap tahun dan bayaran nya rm30. Okey lah kan. Tak mahal sangat. Kalau dapat Cash Rebate tiap bulan, insyaAllah boleh dah cover membership renewal tu.

Lepas tu, shaklee ubah pulak Renew Membership Percuma! 
Wahh... Alhamdulillah. Tapi ada terms and conditions nye lah... iaitu:

1. 

Buat pembelian apa-apa produk Shaklee (tak termasuk merchandise ya). Mesti produk vitamin, skincare youth ataupun barang jagaan rumah Get Clean Shaklee. Harganya tak kisah. Yang paling murah iaitu satu tiub Herbal Blend pun boleh. Then, membership akan renew secara automatiknya. Mudah,kan!

2. 

Tempoh untuk renew membership adalah 3 bulan sebelum dan 3 bulan selepas hari lahir anda. Wah.. senang lah kan. Tiap kali nak renew lesen kereta atau motor, ingat lah untuk renew membership shaklee juga. Hehe..

3. 

Renewal boleh dibuat secara online di website rasmi shaklee Malaysia iaitu www.shaklee.com.my atau pun di mana-mana branch Shaklee yang terdapat di Malaysia. Actually boleh je kalau anda nak renew dengan bayar rm30, tapi rugi lah renew sesaja. Better lah beli barang sekali, kan.
Ataupun, anda boleh juga minta tolong upline anda renew kan iaitu buatkan pembelian produk untuk anda. Upline anda pasti berbesar hati untuk bantu anda.  :)


Cara Dapat Vitamin Shaklee Percuma.

Siapa tak suka benda percuma? Rugi lah.. hehe..

Actually kan, dah lama tau zura dapat beli vitamin secara percuma. Paling best sekali, bukan je dapat beli untuk diri sendiri, zura dapat beli untuk mak ayah, suami dan anak-anak juga. Nak tahu tak macam mana cara nya? 

Jap.. sebelum zura share macam mana, zura nak cerita cemana zura boleh terjebak consume vitamin-vitamin ni. Masa tu zura baru lepas melahirkan anak kedua. Masa anak zura umur 3 bulan macam tu, zura dapat berita yang bestfriend zura meninggal. 

Jujurnya, zura tak de lah sampai menangis berhari-hari ke. Tapi kan, kejadian tu efek penghasilan susu ibu zura tau. Biasanya zura boleh dapat 2 botol 5oz penuh time pam kat ofis. Tapi sejak tu, nak dapat penuh sebotol 5oz pun susah. Tak sangka sampai efek susu zura.

Asbab tu lah zura mencari milk booster. Kawan zura suggest ambil Set Menyusu Shaklee. Zura pun try. Dalam sebulan zura consume, alhamdulillah susu mula bertambah balik dan nampak lebih 'pekat'. Sejak tu lah zura mula konsisten ambil set menyusu shaklee. Pastu topup pula ambil set kurus shaklee juga. biasa lah kita pompuan, sibuk nak kurus kan.. hehe..

Alhamdulillah.. dalam 2 minggu zura consume Lecithin, vitamin terbaik untuk perut kempis, perut zura betul-betul kempis tau. 8 bulan anak kedua lahir tu, perut tak kempis-kempis. Siapa lah tak happy, kan?

Lepas tu, zura pun share lah efek yang zura dapat kat kengkawan melalui facebook masa tu. Sorang demi sorang nak cuba consume juga. Dalam zura dok collect2 order kengkawan, (oh ye.. masa zura beli set untuk kurus tu, zura join member shaklee sekali) tak sedar yang bulan tu zura dapat kumpul hampir 600uv (point).
FYI, kalau kita beli barang, kita akan dapat point. Sama lah kaedah nya kalau kita ada member card kat mana-mana mall pun kan, macam aeon ke, watson ke, mydin ke, lotus ke.. semua tu ada membership kan. dan kalau beli barang, kita boleh collect point, kan.

So.. bulan tu kiranya bulan first zura saje saje je sharing shaklee efek zura. Alhamdulillah dapat tolong ramai kawan-kawan untuk dapatkan produk shaklee dan zura pun dapat lebih 600uv. Pastu kan, paling tak sangka, rupanya point tu akan di convert kan ke CASH pada bulan depannya. 600uv zura dapat tu, bila convert ke CASH, zura dapat rm200 lebih tau. MasyaAllah.. happy sangat.

Dalam pada kita nak improve kesihatan kita, then kita berkongsi dengan kengkawan produk kesihatan yang kita ambil, pastu boleh pulak kita dapat CASH bila kita dapat tolong kawan-kawan kita dapatkan produk yang sama. Dengan CASH tu lah zura beli lagi vitamin-vitamin untuk zura dan family. Alhamdulillah.. syukur dapat berkongsi rezeki dengan orang lain.

So, ni zura nak share macam mana caranya untuk dapat vitamin secara percuma.



1. Jom Join Member!

Of course lah pertama sekali kene jadi member. Tak rugi pun tau jadi member ni. Kalau korang suka rela nak jadi aeon untuk mall2 dan store2 lain, why not jadi member Shaklee juga. Tak wajib beli barang pun. Cuma, kalau korang beli barang, dapat lah point nya. Sama saja sistem dia dengan membership kat mall2 dan store2 lain. Dont worry. :)

2. Jom Convert Point Kepada CASH!

Macam yang zura cerita kat atas tu, bila korang dah beli barang, korang akan dapat point. Setiap item ada point dia tersendiri, based on harga dan kuantiti nya. Point ini akan dikumpul setiap bulan. Tak kisah berapa kali pembelian korang pada bulan tu, semuanya akan dikumpulkan dalam bulan yang sama. So, korang beli lah vitamin banyak2. 
Lebih baik kalau dapat ajak kawan-kawan dan ahli keluarga sama-sama consume shaklee dengan korang. Korang belikan diorang guna id korang, nanti korang dapat lah point-point itu. Syarat utama untuk convert point kepada CASH adalah, point personal korang mesti ada 30uv dan group point korang (ni kalau korang dah ada ahli dibawah korang) mesti ada 150uv. Lagi banyak point korang dapat collect, lagi tinggi % CASH yang korang boleh dapat. Kat bawah ni table nya..


Basically, itu lah CASH yang korang boleh dapat setiap bulan. Point ni tak boleh carry forward ke bulan hadapan nya tau.



Kalau korang tengok kat jadual atas ni, lagi banyak point terkumpul, lagi banyak CASH bonus korang. Kalau korang capai 3000uv pada bulan tu, korang akan naik pangkat yang pertama iaitu SUPERVISOR. Bila dah ada pangkat ni, lagi lah macam-macam CASH korang boleh dapat tau, Bukan kata dapat beli vitamin percuma untuk diri sendiri dan keluarga je, macam-macam lagi korang boleh beli. :)

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut tentang CASH ni, boleh contact zura ye. Zura explain lebih detail.

3. Jom Beli Vitamin Percuma!

So, bila kita dah convert dari point ke CASH, CASH akan Shaklee masukkan dalam akaun bank pada bulan berikutnya sekitar 14hb setiap bulan. Dah dapat CASH tu, boleh lah kita beli vitamin-vitamin kita dan keluarga.
Mudah-mudahan, dengan mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee ni, tahap kesihatan kita dan keluarga kita lebih baik.

Ini antara Set Solusi yang Shaklee dah sediakan. Nak beli satu per satu boleh juga. Boleh wasap zura untuk konsultasi secara percuma ya. 




Jangan tekan 'Tambah ke Troli' tu tau... tu gambar je...hehe...
Nak consult tentang shaklee, wasap je zura k.. Link no wasap ada kat bawah.

Baca Juga:


Cerita Aidilfitri 2023 Bersama Putra Putri

Tahun ini kami berhari raya pertama di Trong, kampung sebelah papa putri. Zura macam biasa lah, excited sokmo bila hari raya. Dah besar-besar ni pun still excited sebabnya time raya ni je lah yang kami boleh balik melaka lama-lama. Since tahun ni akan beraya di Trong dulu, raya kedua baru kami balik ke Melaka, kampung sebelah zura.



Bergambar bersama keluarga papa putri. Papa putri dua beradik je. Anak adik ipar pun seorang je. Kami yang contribute ramai cucu kat opah. hehe.. Baru lah meriah, kan opah kan?!


Kalau beraya kat Trong dulu, macam biasa pagi raya selepas solat raya kami akan beraya di rumah mak long suami. Memang meriah dan menu utama mesti ada Laksa. Emm.. Nyum nyum!

Lepas tu, kerumah mak cik suami pulak. Sebelah je dengan rumah mak long. Hehe.. Adik beradik mak suami tinggal sebelah menyebelah je. Jadinya senang nak beraya.


Lepas tu kami tak beraya kemana-mana sebab opah putri (mak mertua zura) tak berapa sihat raya kali ni. Kami just tunggu tetamu dan family pulak datang berhari raya di rumah. Tak de pulak ambil gambar juadah raya. 

Hari raya kedua, kami dikunjungi pak cik suami sebelah arwah abahnya, zura panggil Mak Su dan Pak Su. Ni pun Pak Su tak datang sebab tak sihat juga. Opah putri hari ni alhamdulillah getting better.


Then malam tu kami balik ke Ipoh. Sebelum kami gerak ke Melaka, biasanya kami akan transit di rumah sendiri dulu. Tukar beg baju, siapkan bekal dan suami akan rehat sekejap. Sebab suami memang 'pilot' sepanjang bermusafir. Zura tak ganti drive kalau suami setakat mengantuk je. Suami berhenti tidur, zura pun tidur sama. Haha.. padahal sepanjang dia drive pun kejap-kejap kita tidur.
Saja nak gerak malam-malam kali ni. So pagi raya ketiga tu dah sampai Melaka. Sampai rumah mak ayah zura, terus breakfast dan siap-siap nak pergi open house pakcik zura yang kami panggil Mak Itam dan Pak Itam kat Johor.

Menarik felda ni. Setiap rumah ada replika moto ni lepas tu ada nama tuan rumah. Menu open house pak itam ada kari kambing. Puas lah suami zura makan sebab dia suka sangat dengan kambing.


Berhari raya di kampung zura kali ni kami tak beraya kemana-mana sangat. Bila pak itam buat open house tu, usually time tu lah dapat jumpa hampir semua pak cik mak cik sebelah ayah. Then lepas tu, adik beradik ayah pulak akan berkunjung balik ke rumah ayah. So, kami just menanti kehadiran tetamu pulak.

Kami kat Melaka sampai raya ke 6. Lepas tu nak balik Ipoh dah. Walaupun tak keluar beraya sangat, dapat spend time dengan parent dan keluarga zura itu lah yang sangat-sangat bermakna. 

Bersama mak dan adik bongsu tersayang. Zura baru perasan, zura tak de 'gambar raya' sangat dengan family zura kali ni. Haih... 

On de way balik ke Ipoh, kami singgah beraya di rumah mak su suami yang kami panggil Chu Dat kat Port Dickson.


Dan kami selamat sampai di rumah sekitar jam 12 malam. Alhamdulillah. Syukur sangat masih diberikan peluang oleh Allah untuk meraikan hari raya bersama keluarga tersayang. Semoga tahun depan kita dapat berkumpul lagi.

Baca Juga:  

One day trip to Penang.

Ahad tu asalnya plan nak ke KL. Sebab nak cari hadiah birthday zura n suami. Tapi sebab zura merajuk dengan anak2, zura cakap kat suami tak nak pegi kl, suami tukar plan ke Penang. nak ambil barang suami kat rumah sewa suami sikit2.

pukul 11 baru gerak dari rumah. hehe..
yela. tak rushing n tak de janji dengan siapa2 pun. so flexible lah masa tu kan.

sampai sana terus tuju rumah sewa suami dulu. ambil barang.
tinggal zura n fathan je tinggal kat kereta. yang lain semua nak ikut

lama suami n yang lain2 naik. fathan pun tak diam dalam kereta. pastu ternampak kerusi kat bawah pokok. jom lah fathan kita keluar. tunggu kat bawah pokok tu. hari pun nampak redup je tak panas sangat.



baru je nak bergambo-gambo, suami n anak2 yang lain pun turun. emmmmmmm....

then terus gerak mencari nasi kandaq penang. nak lunch.

suami order kat food panda, then pilih pick up. beliau memang suka buat macam tu sebab ada diskaun pastu bila kira2 harganya lebih murah. 

selesai beli nasi kandaq, misi mencari tempat untuk berkelah. 
berhenti kat tepi pantai seagate. makan lah kami nasi kandaq kat situ. berkelah anak beranak.

 bergambar-gambar kejap. 






pastu hujan renyai2. cecepat masuk kereta.
terus gerak balik ke ipoh.

suami tanya nak singgah ke ikea? zura jawab tak nak sebab tak de benda nak beli. alih2 dia kona jugak masuk ikea. sebab dia ada nak cari barang.

dah termasuk tu, terbeli jugak lah sebarang dua. haha..
tapi benda kecik2 je lah. bukan perabut ke atau barang deco2 ke. tu yang malas tu singgah. hehe.

hotdog, aiskrim, kopi n karipap wajib beli. lepas makan, terus gerak balik ke ipoh.

biasanya zura memang akan pengsan kat highway. tak tahan mata berat beno kalau balik rumah dah malam2 ni. tapi malam tu, power betul kopi ikea. tak ngantuk langsung hokey..

dah sampai rumah, sempat kejar kelas online anjuran Viktoria, team besar family shaklee zura yang dinaungi oleh Master Iffah dan Master Firdhaus. 
start pukul 9.30 malam. zura sampai rumah around 9.45 macam tu. rugi betul kalau sengaja tak join sebab ilmu yang zura dapat malam tu memang fresh. ilmu baru!

lepas kelas baru mandi. tu pun masih tak mengantuk lagi. power tak power kopi ikea tu. and malam tu, siap boleh stay up siapkan entry ni kat web vitallyvitamin.com >> Youth BB Cream Shaklee

BB cream ni produk terbaru dari rangkaian skincare youth tau. Hari zura tulis entry ni sebenarnya adalah hari pertama zura pakai BB cream Youth. Sumpah best! Tak melekit langsung. Tekstur dia sangat ringan rasa macam tak pakai apa2. Padahal sangat berkesan mencerahkan kulit. wow... zura suka sangat2. rasanya lepas ni memang tepek BB cream setiap hari.




Promosi Oktober 2021

UNTUK WANITA.

UNTUK KANAK-KANAK.

..
❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin | bydura
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com