resdung, alergi dan tungau : bersin pagi-pagi mengganggu aktiviti harian ku


sejak 2 menjak ni, rajin sangat lah saya bersin pagi2.
mungkin jugak rumah terlalu berhabuk sebab tak sapu..hihi...
pastu, terperap je kat bilik ni..
tak de pengudaraan..

lalu, saya pun google gambar bersin nak buat poster ni untuk advertisement,


selain gambar2 orang bersin yang saya jumpa,
saya jumpa jugak binatang ni...


euww..geli tau...
binatang ni nama dia tungau..
dia ni lah yang ada kat habuk2 dan debu2 dalam rumah kita..
tungau ni jugaklah penyebab alergi..
kalau korang selalu bersin2, hidung gatal, asthma...ni semua binatang ni la punye pasal!
secara tepatnye, bukan binatang ni yang menyebabkan alergi tapi bila kita sedut habuk atau makan seafood, kita telah meng'activate'kan dia..
sebab tu lah kita bersin2 dan gatal2.
eii...geli kan bile terbayang binatang ni ada dalam hidung kita..

binatang ni biasanya hidup membiak kat tempat2 hangat, lembab dan terlindung di dalam rumah, contoh nye kat kasut, bantal, karpet, sofa, mainan anak patung, baju, tuala...yang paling mengerikan sekali, binatang ni suka makan serpihan kulit manusia dan binatang !!!
OMG!!

tungau ni susah nak di bunuh atau di bersihkan tau..lepas tu, senang pulak membiak sebab diorang boleh 'dibawa' melalui barang2 yang kita bawa dari tempat lain.
apa yang kita boleh buat adalah, kurangkannya, halang pembiakannya dan tingkatkan kebersihan sesuatu tempat serta tingkatkan sistem imun kita (sistem pertahanan badan).

so, macam mana nak kurangkan tungau kat rumah kita?

1. of course kene rajin bersihkan rumah. lap rumah dengan cecair antiseptik. walaupun antiseptik ni tak dapat jugak nak bunuh dia, sekurang-kurangnya diorang akan menempel kat kain basah tu dan boleh lah kita buang sekali kain2 tu...hehe

2. kurangkan peralatan yang boleh jadi tempat tinggal diorang contohnya karpet, tikar, anak patung, teddy bear.

3. pasang air cond kat rumah supaya udara lebih kering dan di filter. tempat yang lembab memang tempat kegemaran si tungau.

4. cuci karpet dan kasut selalu. bila di cuci, boleh kurangkan alergi pada kita. dan, kalau kita jemur karpet n kasut tadi di bawah terik matahari selama 3 jam, boleh membunuh tungau ni...
emm...boleh lah di bunuh...ingatkan kebal tak le mati..
kalau kita jemur je tapi tak cuci, tungau tu boleh mati tapi kesan alergi tu masih ada.
so, better cuci dulu..

kalau masih alergy jugak, cuci dengan air panas.air panas mendidih tu lebih baik sebab temperature tinggi bukan bunuh tungau je tapi boleh menghilangkan telur2 dia sekali.

5. selain membersihkan rumah dengan kerap, kita sendiri perlu tingkatkan sistem pertahanan tubuh kita jugak.
pilihan saya, SUSTAINED RELEASED VITAMIN C. vitamin C ni memang terkenal fungsinya untuk tingkatkan sistem imun.
memang sangat berkesan pada saya dan kebanyakkan orang di luar sana. saya bersin2 semula ni pun sebab saya miss vitamin saya beberapa hari.
sungguh!
tak tertahan dah bersin pagi2..sebab biasanya akan melarat sampai rasa tak lalu nak buat kerja. padahal banyak kerja menanti...
ini lah dia vitamin C nye...

sustained released vitamin c

selain vitamin C ni, ada lagi 1 vitamin untuk tingkatkan sistem pertahanan tubuh.
boleh di telan ketika demam, batuk dan selsema.
atau masa nak travel. sebab bila kita travel, kita terdedah dengan persekitaran yang tak sihat.
kalau nak makan saje2 pun boleh, tak de masalah.
nama nya NUTRIFERON.

nutriferon

dan, vitamin yang paling famous untuk alergi adalah ALFALFA COMPLEX.
alfalfa ni bersifat alkali dan anti kulat.
terbaik untuk mereka yang alergy.

alfalfa complex


itu lah kisah si tungau ni.
badan je kecik, tapi kalau dia ada, memang serabut! hihi..
tak kan nak biarkan tungau ni mengganggu aktiviti harian kita kan...





love, 
                       zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

2 comments:

  1. Memang sedih tengok orang yang ada resdung dan kuat bersin awal pagi ni.
    Kesian dengar dia orang hembus hingus kuat2 sampai rasa pedih dan macam nak tercabut hidung.

    ReplyDelete
  2. saya dulu pun macam tu kak..akak yang dengar pun rasa nak tercabut hidung, saya yang alami ni lagi la rasa nak cabut hidung..hihi
    tapi sekarang dah tak dah..alhamdulillah... :)

    ReplyDelete

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.