Mulakan Langkah Pertama.


Mak saya dah lama pesan suruh masukkan Fauzan dalam buai.
Saya iye kan je..
Memang nak tapi rasanya masih boleh handle kalau dia tidur bawah je.
Tapi lelama rasa kesian pulak sebab Fauzan cepat tersentak.
Kekakak pulak selalu sangat bising bila main. Kalau tak bising tu, Nailah mesti akan kacau dia tidur..tarik bantal lah..peluk cium lah sampai terbangun.. Bila dah terbangun tu, tak tidur dah lah.
Sekejap sangat dia tidur, dalam 5 minit je tau..
Kalau saya masuk bilik air nak mandi tu, sempat gosok gigi je..
Lain2 tak sempat..then..terpaksa biar dia menangis sampai selesai urusan dalam bilik air.



Sebenarnya ada beberapa sebab yang buat saya refuse nak masukkan Fauzan dalam buai. Sebab utama adalah cabaran dari kakak2 Fauzan yang lambat matang tu. Nailah dulu pun tak masuk buai..
So, kalau Fauzan pakai buai, saya assume diorang akan 'jakun' n main buai tu.



Tapi akhirnya, saya nekad gak nak masukkan Fauzan dalam buai walaupun dah berusia 9 bulan.
Sebab nak bagi Fauzan tidur lebih sikit di siang hari..
Alhamdulillah..Fauzan sangat okey bila masuk buai..tak mengamuk2 sangat.
Kalau mengamuk pun biasanya dia akan tewas bila lelama dibuai.
Alhamdulillah..makin lama makin okey dan makin lama dia dapat tidur disiang hari..
Bukan apa...baby ni membesar sewaktu diorang tidur.
Kalau kata diorang tak cukup waktu tidur diorang, maka kuranglah proses tumbesarannya. 😊

Point yang saya nak sampaikan dari kisah ni sebenarnya adalah, kita selalu bersangka-sangka bila nak buat sesuatu benda yang boleh datangkan manfaat kepada kita.
Kita belum tahu apa outcome nya sampai lah kita cuba buat.
So..apa nak buat?
Just cuba je lah buat.
Once kita dah buat, apa saja dugaan or halangan selepas tu, kita mesti akan fikir solusi untuk selesaikannya. Bukan nya kita akan stop buat benda tu...

Contoh macam sebelum kita nak mulakan bisnes la.
Kita bersangka macam-macam.
Bisnes kita sama macam orang lain la. Orang lain dah ramai dah jual barang tu lah.
Nanti tak de siapa nak beli dengan kita.
Macam2 lagi lah 'alasan'nya.
Tapi, once kita dah start menjual, jika kita ikhlas menjual dan tahu apa matlamat kita, insyaAllah..segala obstacles yang mendatang, kita akan fikirkan solusi terbaik untuk menghadapinya..

So..buat rerakan bloggers dan followers yang sedang berkira2 untuk jalankan perniagaan, MULAKAN LAH LANGKAH PERTAMA ANDA.
Apa dia langkah pertama?

TETAPKAN MATLAMAT KENAPA ANDA NAK BERNIAGA! APA ANDA NAK ACHIEVE DARI PERNIAGAAN ANDA! 
KEMUDIAN, TULIS DAN TANPA DI NOTIS BOARD. SUPAYA IANYA SENTIASA MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK ANDA KETIKA ANDA SEDANG MENGUSAHAKAN BISNES ANDA.

All the best n Good Luck! 😊

Kalau nak join saya buat bisnes shaklee, feel free to whatsapp saya. Langkah pertama sekali, anda kene jadi member. Then saya akan ajar sikit2 macam mana nak start bisnes..okey? 😊✌


love, 
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.