Showing posts with label thalassemia. Show all posts
Showing posts with label thalassemia. Show all posts

Saturday, October 17, 2020

Minuman Protein Untuk Kurus.

Hi hi!
Assalamualaikum..
 
hari ni zura nak share video anak soleh Fathan yang selalu paw ESP + Choc zura.. ^_^




Selalu tau paw ESP zura. Kalau zura buat untuk dia dalam bekas air dia, bukannya nak minum. Nak jugak minum air mama dia. 

Tak bahaya ke kanak-kanak minum ESP ni?

okey... ramai yang tanya soalan ni sebenarnya. Sebab ESP ni memang untuk orang dewasa. Dan Shaklee test pun keatas orang dewasa, bukan kanak-kanak.

Kalau nak kira jumlah protein yang ESP sediakan untuk setiap hidangan, iaitu 3 sudu besar sehari, hanya 14g protein je. Jom tengok Nutritional Facts ESP ni.

Pengedar Shaklee Chemor COD Shaklee Chemor Baizura Bahar
Nutritional Facts ESP Shaklee



Menurut info dari Vincent Iannelli, MD, seorang doktor yang diperakui oleh lembaga, beliau menulis dalam blog beliau iaitu, ms.drafare.com, 

Garis Panduan Pemakanan 2015-2020 USDA mencadangkan jumlah protein berikut setiap hari untuk kanak-kanak berdasarkan kumpulan umur mereka. Sehingga mereka berusia 14 tahun, cadangan adalah sama untuk kedua-dua lelaki dan perempuan. Pada tahun-tahun remaja yang lalu, kanak-kanak lelaki harus makan lebih banyak protein kerana mereka masih bertambah dan cenderung untuk menimbang lebih banyak daripada perempuan.

UmurCadangan Protein Harian
1-3 tahun13 gram
4-8 tahun19 gram
9-13 tahun34 gram
Gadis 14-18 tahun46 gram
Boys 14-18 tahun52 gram
So, kalau berdasarkan kepada jadual di atas ni, keperluan protein untuk kanak-kanak seusia Fathan adalah 13g. Kalau bancuh ikut sukatan dewasa, ye dah terlebih untuk Fathan yang berusia 2 tahun. Jadi, kalau kita nak beri pada kanak-kanak, kita boleh beri sukatan kurang dari 3 sudu besar sehari. Ataupun boleh berikan Meal Shake pada mereka. Meal Shake ni memang Shaklee rumuskan khas untuk kanak-kanak.


Actually, Fathan ni ada kes hb rendah dan berat badan rendah. Setelah diuji darahnya dan bertemu Paed, Fathan ada thalassemia. Sama ada dia pesakit ataupun pembawa sahaja, masih dalam siasatan.


So, disebabkan HB dia selalu rendah, berat badan dia pun kurang dari sepatutnya di usia dia. Pakar diet mencadangkan supaya beri dia lebih protein especially dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti kekacang untuk bantu perbanyakkan darah dan naikkan HB dia semula. Dalam kes dia yang ada thalassemia, pengambilan iron sangat-sangat lah kene alert. 

Tuesday, October 06, 2020

Putra Fathan Suspek Thalassemia - Part 2

1 Oktober yang lepas, Fathan ada appointment dengan pakar untuk review test Thalassemia yang diambil bulan Jun tempoh hari. Ada zura cerita kat sini:

Putra Fathan Suspek Thalassemia

Actually, lepas check up yang ambil darah tu, doktor bekalkan folic untuk Fathan makan. So setiap 2 minggu macam tu, zura sepatutnya kene ambil folic kat farmasi hospital. Zura termiss tarikh berikutnya then lepas tu lupa terus. 😅


Masa jumpa pakar kali ni, berat dia bertambah. Bermaksud, ada progress lah tumbesaran dia. Dia pun lately baru nampak nak makan macam-macam siap request nak nasi lagi. Alhamdulillah.. Memang suka tengok dia makan sekarang ni.


Lepas tu zura cakap zura tak ambil folic dah. Sekali je zura bagi masa yang mula-mula ambil tu. Takut jugak nak cakap sebab takut doktor marah. hehe. Pastu doktor tanya, "okey tak pe. Habis tu puan bagi apa? Sebab berat dia ni nampak ada penambahan. Ada bagi vitamin?" 


Zura pun jawab lah, "ye..bagi dia multivitamin". Doktor angguk-angguk je.


Last tu, doktor offer nak bagi folic lagi, tapi sebelum tu doktor tanya "Vitamin puan ada lagi ke?" And doktor tak de masalah untuk zura teruskan beri multivitamin pilihan zura kat Fathan. Alhamdulillah... syukur tak kene marah.. hehe...☺ 


Nak tahu vitamin apa yang zura bagi? Zura bagi Meal Shake kat dia. Meal Shake ni multivitamin dalam bentuk powder. So zura masukkan sekali dalam minuman dia. Biasa zura sedikan air coklat and kadang-kadang ada bagi susu, so zura just tambahkan je 1 skop Meal Shake dalam minuman dia. Sejak tu yang nampak ketara selera makan dia bertambah tau. Alhamdulillah... happy sangat bila tengok dia makan. Now dah nak makan sendiri je, tak nak mama suapkan dah. Kakak2 n abang pun semua nak mamapapa suap..Emmm...


Ada lagi vitamin jenis kunyah yang sesuai untuk kita beri pada kanak-kanak. Boleh tengok kat link ni:

3 Suplemen Shaklee Untuk Kanak-Kanak.

So, next check up bulan 3 nanti. Ambil darah lagi untuk pastikan thalassemia apa. Doakan Fathan membesar dengan sihat dan tumbesaran dia kembali normal ya.



Saturday, May 16, 2020

Putra Fathan Suspek Thalassemia

kisah fathan ni bermula bila dia kerap kene ambil darah waktu demam.
demam beberapa hari, then doktor suruh ambil darah.
bila ambil, bacaan HB dia rendah. around 10 lebih sikit je.

lepas tu, kene pulak berat dia naik tak banyak. graf bmi dia dah masuk line kuning.
memula doktor bagi ubat tambah darah je untuk masalah HB dia.
dan, refer ke pakar pemakanan kanak-kanak untuk prob bmi dia.

masa jumpa pakar pemakanan tu, pakar ada kata, kemungkinan juga sebab Hb dia rendah, so that zat2 makanan tak sampai ke seluruh badan dia.

dia pun makan ikut suka dia. dia nak makan, dia makan. dia tak nak, takkan kita nak paksa makan, kan.

tapi, pakar kata lagi, kalau tengok overall body dia, okey je.. propotion je bak kata budak2 archy.
maksudnya, balance lah positon kepala, badan, tangan, kaki.. tak de lah kepala nampak besar tapi badan kurus melidi..haa..gitu..

zura sendiri pun, personally tak rasa risau kalau tengok physical development dan mental development dia. bagi zura, normal je..

so, sambung pasal darah tu. lepas sebulan ambil ubat tambah darah tu, check Hb dia, masih sama around 10 je. dalam masa yang sama, zura bagi dia Meal Shake untuk support iron n mineral dia. so, disebabkan bacaan masih sama, doktor pun decide lah untuk refer pakar. tu yang buat check kat hospital pulak.

bulan 2 hari tu dah ambil darah. result dia masih sama. Hb masih rendah. tapi doktor kata, tak risau sebab bacaan iron dia normal je. so semalam, ambil darah untuk test thalassemia pulak.

actually, side suami zura ada history thalassemia. adik suami zura pembawa thalassemia. suami zura tak tahu lah sebab tak pernah check. adik ipar tu pun baru tahu sebab time dia nak kahwin 5 tahun lepas, dah start kene check thalassemia sebelum kahwin. kalau tak, tak tahu juga sebab adik ipar tu okey je macam biasa tak de sakit apa2.

so, ada kemungkinan, fathan pun sama. dan mungkin, nailah pun sama ada thalassemia. sebab paed paed kat hospital pantai putri pernah bagi tau, yang darah nailah nampak lain, nampak tak normal. pastu kami tak de pun buat further check up untuk thalassemia. sebab untuk thalassemia kene buat test lain. so, nailah punya kes, kiv gitu je lah. tunggu lah dia nak kawin nanti baru check. ;p

result untuk test thalassemia ni ambil masa berbulan-bulan. bulan 10 pulak nanti appointment dengan pakar untuk review result nya. so far, fathan okey je membesar dengan sihat. selera makan dia pun bertambah2 sejak zura bagi meal shake setiap hari kat dia. 

zura dah bagi susu formula kat dia sebab nak mixkan meal shake dalam minuman dia,kan.. tu pun selalu buat 3oz, sehari baru habis. dia minum main2 je. maybe sebab dia masih breastfeed. and dia memang lebih banyak bf lah dari minum fm. zura pulak, tak berapa rajin nak perah breastmilk untuk mix dengan meal shake n bagi dia minum dalam botol. hehe... ate... kita memang 24jam dengan dia. exclusive bf je lah. senang kerja kita. haha

nanti bulan 10 kalau dah dapat resultnya, zura share lagi, k.. hopefully dia baik2 aja.

Puasa lah fathan! 😃

Dah la makan siap bunyi2.

Last time datang jumpa paed, dia tengah makan biskut tiger. Abis mama kene kaw kaw dengan paed sebab bagi dia makanan tak sihat, kata paed. 😂 Ni mama bawakkan cornflake ni haa...

Memori pergi check up kat hospital dalam suasana pkp. senyap sunyi je semua tempat. tetiba fathan buat suara 'panik' dia sambil tunjuk kat something yang buat dia rasa pelik. 😂



❤,
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
-
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan,
 ðŸ“² sms|whatsapp 016-5952771,
 ðŸ“§ email: vitallyvitamin.com@gmail.com,
 ðŸ’» visit: www.vitallyvitamin.com