Hi hi!
Assalamualaikum..
hari ni zura nak share video anak soleh Fathan yang selalu paw ESP + Choc zura.. ^_^
Selalu tau paw ESP zura. Kalau zura buat untuk dia dalam bekas air dia, bukannya nak minum. Nak jugak minum air mama dia.
Tak bahaya ke kanak-kanak minum ESP ni?
okey... ramai yang tanya soalan ni sebenarnya. Sebab ESP ni memang untuk orang dewasa. Dan Shaklee test pun keatas orang dewasa, bukan kanak-kanak.
Kalau nak kira jumlah protein yang ESP sediakan untuk setiap hidangan, iaitu 3 sudu besar sehari, hanya 14g protein je. Jom tengok Nutritional Facts ESP ni.
 |
Nutritional Facts ESP Shaklee
|
Menurut info dari Vincent Iannelli, MD, seorang doktor yang diperakui oleh lembaga, beliau menulis dalam blog beliau iaitu, ms.drafare.com,
Garis Panduan Pemakanan 2015-2020 USDA mencadangkan jumlah protein berikut setiap hari untuk kanak-kanak berdasarkan kumpulan umur mereka. Sehingga mereka berusia 14 tahun, cadangan adalah sama untuk kedua-dua lelaki dan perempuan. Pada tahun-tahun remaja yang lalu, kanak-kanak lelaki harus makan lebih banyak protein kerana mereka masih bertambah dan cenderung untuk menimbang lebih banyak daripada perempuan.
Umur | Cadangan Protein Harian |
---|
1-3 tahun | 13 gram |
4-8 tahun | 19 gram |
9-13 tahun | 34 gram |
Gadis 14-18 tahun | 46 gram |
Boys 14-18 tahun | 52 gram |
So, kalau berdasarkan kepada jadual di atas ni, keperluan protein untuk kanak-kanak seusia Fathan adalah 13g. Kalau bancuh ikut sukatan dewasa, ye dah terlebih untuk Fathan yang berusia 2 tahun. Jadi, kalau kita nak beri pada kanak-kanak, kita boleh beri sukatan kurang dari 3 sudu besar sehari. Ataupun boleh berikan Meal Shake pada mereka. Meal Shake ni memang Shaklee rumuskan khas untuk kanak-kanak.
Actually, Fathan ni ada kes hb rendah dan berat badan rendah. Setelah diuji darahnya dan bertemu Paed, Fathan ada thalassemia. Sama ada dia pesakit ataupun pembawa sahaja, masih dalam siasatan.
So, disebabkan HB dia selalu rendah, berat badan dia pun kurang dari sepatutnya di usia dia. Pakar diet mencadangkan supaya beri dia lebih protein especially dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti kekacang untuk bantu perbanyakkan darah dan naikkan HB dia semula. Dalam kes dia yang ada thalassemia, pengambilan iron sangat-sangat lah kene alert.