Showing posts with label collagen powder. Show all posts
Showing posts with label collagen powder. Show all posts

KENAPA PERLU KOLAGEN? 7 SEBAB ANDA PERLU KOLAGEN.

NO 1: KESIHATAN KULIT

Sebab pertama kenapa perlu kolagen ini pastinya ramai yang tahu. Kolagen sangat bagus untuk anda yang inginkan kulit cantik, tegang, anjal dan lembut. Ia dapat membantu meningkatkan keanjalan kulit dengan menghasilkan sel-sel kulit yang baru.

NO 2: SISTEM PENCERNAAN YANG SIHAT

Anda mungkin tak percaya dengan sebab kedua ini. Kenapa perlu ambil kolagen secara konsisten adalah kerana kolagen dapat bantu sistem pencernaan. Kolagen membantu menyembuhkan saluran pencernaan anda yang luka akibat sembelit atau buasir dengan cepat, dan juga membantu badan anda memperbaiki lapisan lendir di salur pencernaan. Oleh itu, jika anda sering mengalami sembelit, pastikan anda ambil suplemen kolagen setiap hari. Dan jika anda ingin selesaikan masalah sembelit, saya sarankan anda untuk ambil Herb Lax atau Alfalfa.

NO 3: PENGURANGAN BERAT BADAN

Sebab ketiga kenapa perlu kolagen ini pasti menggembirakan kaum wanita. Wanita dan kurus memang tak dapat dipisahkan. Kajian menunjukkan bahawa jika anda mengambil kolagen ketika sarapan pagi, anda boleh menurunkan berat badan dengan ketara. Bagaimana ianya berlaku? Ini kerana kolagen adalah protein. Jika kita ambil protein pada waktu pagi, ianya membantu kita rasa kenyang lebih lama. Selain itu, ianya juga membantu tubuh membina otot yang lebih mantap.

NO 4: KESIHATAN SENDI DAN TULANG

Kajian mendapati pesakit osteoarthitis mengalami kelegaan sakit sendi dan tulang setelah mengambil 10g kolagen tulen setiap hari. Ya..kolagen sangat penting dalam memudahkan pergerakkan sendi kita kerana kolagen ini bertindak seperti 'kusyen' pada sendi. Sekiranya 'kusyen' kita tebal dan empuk, pastinya kita selesa untuk duduk atau baring. Jika 'kusyen' kita tipis, sudah tentu badan kita akan rasa tidak selesa dan sakit-sakit apabila duduk di atasnya. Begitu jugalah jika kolagen di sendi-sendi kita semakin berkurang, bermaksud sendi kita akan berasa tidak selesa ketika melakukan apa-apa pergerakkan. Oleh itu, pastikan anda mengambil kolagen setiap hari terutama anda yang sangat aktif bersukan kerana anda banyakkan menggunakan sendi.

NO 5: MENINGKATKAN KADAR METABOLISMA

Jika anda dapat pastikan tahap pengeluaran kolagen yang betul dalam tubuh anda, kadar metabolisme anda akan meningkat. Hasilnya, tubuh anda akan membakar lebih banyak lemak. Dan pastinya tubuh anda akan rasa lebih 'ringan' dan anda pasti lebih produktif. 

NO 6: MENGUATKAN KUKU, GIGI DAN RAMBUT

Sama seperti kulit, kolagen sebagai sumber protein juga dapat membantu menguatkan kuku, menguatkan gigi dan rambut anda serta mencantikkannya. Anda pasti ingin memiliki kulit, kuku, gigi dan rambut yang cantik,bukan? Pastikan anda ambil kolagen setiap hari. 😊

NO 7: BAIK UNTUK KESIHATAN HATI

Pelbagai cara sebenarnya untuk jaga kesihatan hati anda. Dan salah satu darinya adalah dengan mengambil suplemen kolagen. Pengurangan kolagen yang berlaku apabila umur kita mencapai 25 tahun boleh mengakibatkan dinding arteri menjadi lemah. Apabila dinding arteri lemah, anda berisiko untuk mendapat Aterosklerosis iaitu keadaan dimana saluran darah yang mengangkut nutrien dan oksigen dari jantung anda ke seluruh badan anda menjadi kaku dan tebal. Kolagen yang bersifat menganjalkan ini dapat bantu melindungi arteri anda dari Aterosklerosis yang boleh merosakkan fungsi hati anda.

...
Umum tahu yang kolagen untuk cantik sahaja. Tapi sebenarnya tubuh badan kita sangat-sangat perlukan ia untuk kesihatan menyeluruh. So, lepas dah tahu 7 sebab kenapa perlu kolagen ni, adakah anda masih nak abaikan pengambilan kolagen anda? 
Jika anda berminat untuk cuba Collagen Plus Powder Shaklee, boleh segera hubungi saya ya! 😊
Pastinya offer yang menarik untuk anda pada bulan ini!



❤, LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - 📣 untuk order dan pertanyaan, 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

10 Sebab Anda Perlu Ambil Collagen Powder Shaklee.

10 Sebab Anda Perlu Ambil Collagen Powder Shaklee.















love, 
 Baizura Bahar 
 Pengedar Shaklee Chemor.  

Order atau keahlian Shaklee? 
--------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Collagen Powder Shaklee is Back!


assalamualaikum semua.

lama juga Shaklee Collagen Powder ni out of stock tau. Hari ni zura happy sangat sebab Shaklee dah announce yang SCP ni dah kembali dengan packaging yang baru. Tapi ingredient nya masih sama dan of course keberkesanan nya juga masih sama.

Zura paling suka SCP ni sebab bila zura minum, kulit tumit zura jadi lembut sangat. Kalau tak, selalu tersangkut kain kat situ sebab kulit kasar. So bila minum SCP ni, kulit kat tumit jadi smooth sangat. Pastu, sendiri pun suka nak gesel-gesel tumit kat kaki sebelah sebab dah lembut. Kalau gesel dengan suami kang lain pulak jadinya. hihi..

Lagi satu yang buat zura suka sangat SCP ni, sakit lutut zura dah tak ada lagi. Biasalah kan kita ni orang perempuan, dah 5 kali beranak pulak tu, sakit lutut tu lumrah sangat. Memang ada rasa sakit sesekali tu. Tapi bila minum SCP ni, sakit tu pergi mana pun tak tau. Tu yang zura tak keruan tu masa SCP ni out of stock sekejap. Ni dah ada semula, alhamdulillah. Dapat lah solat dengan sempurna pergerakkannya.


So korang, boleh pre order dari sekarang, k. Kredit kad pun zura terima. InsyaAllah, pelaburan yang berbaloi untuk kesihatan kita. Kalau tak sihat, macam mana kita nak beribadat dengan sempurna, macam mana kita nak nikmati hidup di dunia yang sementara ni bersama insan-insan kesayangan kita, kan?

whatsapp je zura, k..




love, 
Baizura bahar 
Pengedar Sah Shaklee. 
Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

'Rangga' Malaysia sudah sebulan.

Assalamualaikum..
selasa lepas baby Putra check up sebulan..


saya excited nak cerita ni..
tapi bukan pasal Putra..
tapi pasal saya..hehe

saya keluar awal pagi bersama suami.
hantar anak2 sekolah dulu lepas tu baru pegi klinik.
yang sebetulnya saya excited nak tahu berapa berat saya setelah sebulan melahirkan. (^_^)v
berat akhir ketika pregnant adalah 75kg.
berat baby sewaktu lahir adalah 3.5kg.
dan berat saya selepas sebulan adalah.....
.
jeng jeng jeng......
.
61kg!
😍😍😍

bagi saya, itu 1 pencapaian yang sangat baik..hehe..
ada 11kg lagi untuk turun ke berat sebelum pregnant.
dan target saya adalah sebelum raya..
saya mesti struggle sebulan ni sebab puasa bulan depan je..
kene lebihkan masa untuk zumba nampak nye... (^_^)v

lepas tu, nurse ada check perut saya.
dia tekan2 perut dan cakap,
"dulu awak pregnant perut besar,kan... ni dah kempis banyak ni...lepas pantang nanti kene get fit balik ni..."
amboi boi boi nurse...mentang2 lah body dia molek je kan...
tapi memang betul..masa baru lahir hari tu, my mom sampai kata, "buncit nye perut kamu..macam 7 bulan pregnant.." sentap anakmu ini tau! haha..
so sekarang ni, memang nak kene fitkan sebab lemak banyak dah terbakar.so perut tu jadi lembik2..tak berotot..

nak tahu vitamin apa yang saya makan untuk cepat kempiskan perut (buang lelemak perut) ?
Lecithin & Omega.
kedua-dua vitamin ni membantu membakar lemak didalam tubuh.
sesiapa yang mengamalkan vitamin ni, insyaAllah perut mereka sentiasa kempis tau..
macam anak bisnes saya ni..
kene konsisten makan setiap hari kalau nak maintain.




yang ni pun amalkan Lecithin.
tup tup turun 8kg..
beliau  sendiri tak sedar.
bila orang kata nampak dah susut, baru lah timbang dan tengok2 turun 8kg! wowwweee...
bestnye la laii..
saya memang obses nak kurus... ;)


okey..tu cerita pasal berat..
lepas tu,nurse cakap pasal perancang keluarga..
bincang gitu gini, nurse kata hari ni dah ambil darah.
nanti check up untuk perancang keluarga tak payah ambil darah dah.
nurse tengok bacaan hb saya..
"eh..bagus nye bacaan hb u ni...13.4..susah tau nak dapat bacaan macam ni..u makan apa masa pantang?"
"errr....saya makan lauk pantang lah.."
hehe..memang betul la kan...n kalau anda nak tahu, menu saya most of the time sama je..
saya okey je asalkan dapat makan..
tapi mak mertua yang masak pulak yang rasa boring...haha
nak tengok menu saya? ;)
tengok pun tak selera nak makan..haha..


mana lah tak kurus,kan..hari2 makan lauk rebus je...
lepas tu, makan ikan je..
memang sihat le...hehe..
tapi still saya rasa tak cukup nutrisi harian saya dan of course saya top up dengan suplemen shaklee.
antara suplemen yang ada dalam Set Pantang Shaklee yang mengandungi kesemua Vitamin dan Mineral penting adalah Vitalea Iron Formula.
Vitalea ni memang tersangat bagus untuk naikkan hb ibu2 yang rendah bacaan hb nye.
Kematian baby dalam kandungan boleh berlaku kalau ibu hamil sentiasa rendah bacaan Hb nye..
so, jaga2 ye...


sepanjang pregnant pun Hb saya sentiasa lebih 12 bacaannya. Vitalea ini lah yang saya amalkan..
.
lepas dah setel baby Putra kene cucuk, kene jumpa doktor pulak kat klinik pesakit luar.
saya dan suami pun mencari2 tempat duduk kat depan pintu bilik doktor. ada pasangan suami isteri muda ni baik hati sangat bagi saya duduk kat row depan sekali.
kata diorang, dekat dengan bilik doktor.
suami nye beralih duduk seat belakang n saya duduk sebelah wife dia.
Adik manis ni excited tengok saya pegang baby.
Dia dah hampir setahun kahwin, tapi belum dikurniakan baby..
Memang dia tatap je Putra ni..
Bila saya bagitau, atas Putra semua kakak2, dia terus cakap, "arjuna kesayangan umi abi ni..."
yes..dia adalah indonesian..
dah le saya tengah syiok layan cinetron Sakinah Bersamamu ni..
teruja gak lah ada kenalan indonesia...terus saya tanya,"ada facebook tak?"
"ada! ada!" excited dia jawab..hihi...
saya offer dia untuk riba Putra..seronok dia..
senyum je dia dodoikan Putra. n Putra pun kelihatan enak bangat tidurnya dalam dakapan aunty manis itu... :)
saya doakan, Allah kurniakan mereka cahaya mata cepat2 sebagai balasan keatas kebaikan yang mereka buat pada saya... aamiin... :)
bila Putra didukung oleh aunty tu, terus terlintas kat fikiran saya yang Putra ni 'Rangga" Malaysia...sebab rambut kerinting nya...hihi


sekian cerita tentang ibu kepada Rangga Malaysia...
entry nye tak seiring dengan tajuk... 
(^_^)v

..
love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info





koleksi testimoni collagen powder shaklee

 picture tells everything!

-----------------------------

manfaat berganda2 dengan kolagen shaklee.
bole di makan dan di buat masker jugak!
yang penting, husband suka... :)

--------------------------

ibu2 menyusu juga tak ketinggalan mahu cuma kolagen !

---------------

belum habis sekotak, (bermaksud kurang dari 15 sachets kolagen) kulit nampak lebih sihat.
 ----------------

2 minggu berkolagen, kulit lebih putih dan jerawat2 kecil di dahi berkurangan.

-------------

1 kotak kolagen.
pipi mula tegang dan kulit lebih berseri.

-----------------------------

penggunaan yang konsisten sebanyak 3 kotak, memberikan impak yang maksima!


usah lah ragu-ragu dengan shaklee, anda pasti menyesal di kemudian hari.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
untuk order dan pertanyaan, 
sila add saya di fb saya, baizura bahar 
atau email shaiful_baizura@yahoo.com 
atau sms 016-5952771

2 manfaat utama Shaklee Collagen Powder


semakin kita tua, tubuh kita menghasilkan kurang dan semakin kurang kolagen.
ini bole menyebabkan lebih banyak kedutan dan garis halus di samping kulit yang semakin kendur.




selain umur, sebab-sebab lain yang menyebabkan kita kekurangan kolagen di dalam tubuh kita adalah,
1. sinaran matahari
2. radikal bebas di udara
3. air dan nutrisi
4. merokok
dll.

jadinya, supplement kolagen yang unggul dari shaklee semestinye

SHAKLEE COLLAGEN POWDER.


2 manfaat utamanya iaitu:


TAMPAK LEBIH MUDA

  • kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
  • kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
  • kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik.
  • kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
  • membantu menghilangkan tanda penuaan.

RASA LEBIH MUDA
  • kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium.
  • kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinan tulang menjadi rapuh.
  • kolagen membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi.
  • baik untuk mata kerana kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
  • memastikan otak sentiasa sihat kerana sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini di sokong oleh kolagen. adalah penting untuk menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda tetap berkeadaan baik ketika umur semakin meningkat.

sumber: buku panduan nutrisi.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
untuk order dan pertanyaan, 
sila add saya di fb saya, baizura bahar 
atau email shaiful_baizura@yahoo.com 
atau sms 016-5952771

COLLAGEN POWDER SHAKLEE





Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


* Berat molekul diukur dalam unit Dalton

sumber: www.shaklee.com.my


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
untuk order dan pertanyaan, 
sila add saya di fb saya, baizura bahar 
atau email shaiful_baizura@yahoo.com 
atau sms 016-5952771