Showing posts with label tips kurus. Show all posts
Showing posts with label tips kurus. Show all posts

KENAPA PERLU KOLAGEN? 7 SEBAB ANDA PERLU KOLAGEN.

NO 1: KESIHATAN KULIT

Sebab pertama kenapa perlu kolagen ini pastinya ramai yang tahu. Kolagen sangat bagus untuk anda yang inginkan kulit cantik, tegang, anjal dan lembut. Ia dapat membantu meningkatkan keanjalan kulit dengan menghasilkan sel-sel kulit yang baru.

NO 2: SISTEM PENCERNAAN YANG SIHAT

Anda mungkin tak percaya dengan sebab kedua ini. Kenapa perlu ambil kolagen secara konsisten adalah kerana kolagen dapat bantu sistem pencernaan. Kolagen membantu menyembuhkan saluran pencernaan anda yang luka akibat sembelit atau buasir dengan cepat, dan juga membantu badan anda memperbaiki lapisan lendir di salur pencernaan. Oleh itu, jika anda sering mengalami sembelit, pastikan anda ambil suplemen kolagen setiap hari. Dan jika anda ingin selesaikan masalah sembelit, saya sarankan anda untuk ambil Herb Lax atau Alfalfa.

NO 3: PENGURANGAN BERAT BADAN

Sebab ketiga kenapa perlu kolagen ini pasti menggembirakan kaum wanita. Wanita dan kurus memang tak dapat dipisahkan. Kajian menunjukkan bahawa jika anda mengambil kolagen ketika sarapan pagi, anda boleh menurunkan berat badan dengan ketara. Bagaimana ianya berlaku? Ini kerana kolagen adalah protein. Jika kita ambil protein pada waktu pagi, ianya membantu kita rasa kenyang lebih lama. Selain itu, ianya juga membantu tubuh membina otot yang lebih mantap.

NO 4: KESIHATAN SENDI DAN TULANG

Kajian mendapati pesakit osteoarthitis mengalami kelegaan sakit sendi dan tulang setelah mengambil 10g kolagen tulen setiap hari. Ya..kolagen sangat penting dalam memudahkan pergerakkan sendi kita kerana kolagen ini bertindak seperti 'kusyen' pada sendi. Sekiranya 'kusyen' kita tebal dan empuk, pastinya kita selesa untuk duduk atau baring. Jika 'kusyen' kita tipis, sudah tentu badan kita akan rasa tidak selesa dan sakit-sakit apabila duduk di atasnya. Begitu jugalah jika kolagen di sendi-sendi kita semakin berkurang, bermaksud sendi kita akan berasa tidak selesa ketika melakukan apa-apa pergerakkan. Oleh itu, pastikan anda mengambil kolagen setiap hari terutama anda yang sangat aktif bersukan kerana anda banyakkan menggunakan sendi.

NO 5: MENINGKATKAN KADAR METABOLISMA

Jika anda dapat pastikan tahap pengeluaran kolagen yang betul dalam tubuh anda, kadar metabolisme anda akan meningkat. Hasilnya, tubuh anda akan membakar lebih banyak lemak. Dan pastinya tubuh anda akan rasa lebih 'ringan' dan anda pasti lebih produktif. 

NO 6: MENGUATKAN KUKU, GIGI DAN RAMBUT

Sama seperti kulit, kolagen sebagai sumber protein juga dapat membantu menguatkan kuku, menguatkan gigi dan rambut anda serta mencantikkannya. Anda pasti ingin memiliki kulit, kuku, gigi dan rambut yang cantik,bukan? Pastikan anda ambil kolagen setiap hari. 😊

NO 7: BAIK UNTUK KESIHATAN HATI

Pelbagai cara sebenarnya untuk jaga kesihatan hati anda. Dan salah satu darinya adalah dengan mengambil suplemen kolagen. Pengurangan kolagen yang berlaku apabila umur kita mencapai 25 tahun boleh mengakibatkan dinding arteri menjadi lemah. Apabila dinding arteri lemah, anda berisiko untuk mendapat Aterosklerosis iaitu keadaan dimana saluran darah yang mengangkut nutrien dan oksigen dari jantung anda ke seluruh badan anda menjadi kaku dan tebal. Kolagen yang bersifat menganjalkan ini dapat bantu melindungi arteri anda dari Aterosklerosis yang boleh merosakkan fungsi hati anda.

...
Umum tahu yang kolagen untuk cantik sahaja. Tapi sebenarnya tubuh badan kita sangat-sangat perlukan ia untuk kesihatan menyeluruh. So, lepas dah tahu 7 sebab kenapa perlu kolagen ni, adakah anda masih nak abaikan pengambilan kolagen anda? 
Jika anda berminat untuk cuba Collagen Plus Powder Shaklee, boleh segera hubungi saya ya! 😊
Pastinya offer yang menarik untuk anda pada bulan ini!



❤, LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - 📣 untuk order dan pertanyaan, 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Kevin Zahri email Kakbee

wahh.. neves kakbee bila Kevin email kakbee.. 😁

nak tahu Kevin tulis apa?

Join Our Free Empower Diri Bootcamp in KL



Jom sertai bootcamp percuma pada 13 Jan ini di Dewan Serbaguna Taman Desa Baiduri, Cheras, KL bersama teamleader-teamleader terpilih. Satu slot terhad kepada 50 orang sahaja.


"Empower Diri" Bootcamp


Cepat2 daftar siapa yang berminat nak join. Masuk kat web yang tertera kat poster tu ye..

Kakbee teringin jugak nak join program2 gini. Tapi kakbee malu.. Haha..
Sudah nya berjoget dengan anak2 kat rumah je.. 😊



Seronok juga. Cuma tak dapat lah tips exclusive untuk maintainkan berat n bentuk badan.

Tapi alhamdulillah, kakbee masih dapat pakai baju2 sebelum kawin dulu.

Ni kakbee share macam mana caranya kakbee dapat maintain kurus macam zaman sebelum kawin. Klik SINI ye. 😊


love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

TIPS KURUS PALING MUDAH.



Saya try dress kawin saya dulu.
Kat dalam bilik saya.
Kakak putri n baby putri pun ada sama.
Tiba2 adik putri bagi salam dan masuk bilik.

"Kak!!! Adik dah mandi!!!"
..
Dia masuk.
Opah on de way kat tangga.
Kakak putri bising2 kata,

"Pah! Pah! Mama pakai baju raya!"
"Baju raya?"
"Haa..tu dia baju kawin2.."
Opah pun masuk bilik.
Adussss...
Kantoi le...
Malu dengan opah...hihi..

Opah tanya kakak putri,
"Kenapa mama pakai baju tu?"
"Mama nak try..muat ke tak muat ke..."
Uwahahaha...
Malu la mama wahai putri oiii...
.
.
Muat ke mama putri pakai baju kawin 6 tahun yang lalu?
.
Jeng..jeng..jeng... 
wink emoticon


Muat dah pakai dress kawin 6 tahun dulu..
Yey!!!
.
Yang satin tu dress labuh cutting duyung.
Luar dia kebaya lace.
Boleh pin kat tengah2 tau.
Saya segan nak bergambar solo sebenarnya..
Tu yang dukung my baby nailah..hihi
.
.
Saya memang nak kurus lepas bersalinkan my baby nailah 8 bulan lalu.
Tapi saya tak diet ketat2 pun.
Saya masih makan nasi 2x sehari.
Saya minum ais bila makan kat luar..hehe
Saya tak de regular senaman, cuma banyak turun naik tangga rumah dan breastfeeding my baby nailah.
.
.




Saya just amalkan '3 langkah mudah untuk kurus' ni je..
Mudah dan best sangat diet ni tau...

baca kat sini macam mana saya amalkan..
http://lovezurabahar.blogspot.com/2012/10/bagaimana-saya-diet-dengan-shaklee.html
diet ni kene jadi amalan tau..
baru lah korang tak rasa terseksa semata2 untuk kurus ramping..
.
Kalau korang nak cuba, pm je saya..

Saya akan kongsi dengan korang secara detail lagi..
.
.
Bila kita kurus, badan rasa ringan, sihat dan pantas bergerak.
.
Jom, sihat&fit bersama baizura!





love, 
 zura bahar 
sms 016.595.2771
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Rahsia tangga rumah 2 tingkat.


ada apa dengan tangga di rumah saya dan rumah anda?
ada 1 rahsia saya nak reveal...
ada hantu kah kat tingkat atas sampai takut nak naik tangga?
ke takut tangga tu roboh lalu jatuh menghempap kita?
takkan kot,kan....
tangga konkrit, mesti kuat...
bukan semua tu...
tapi ada sesuatu tentang tangga yang anda mesti tahu!
---------
------
---
-


ceritanya macam ni...
semalam suami saya beli macam-macam makanan dari pasar malam.
putri2 nak wedges dan burger, dia sendiri beli mi ayam dan kat rumah ada nasi.
semua dia makan sebab putri2 ni selalu bile dah sampai rumah tak makan pulak.
hari tu, sorang minta nasi goreng, sorang lagi minta mi goreng.
last2, dua-dua saya yang makan.
emm...
bila cakap kat suami, 'gemuk lah macam ni makan macam2'
dia jawab, 'naik 1 anak tangga pun boleh bakar kalori'
ringkas jawapannya tapi padat sekali...hihi...


itu lah rahsia yang ada pada tangga!

lalu saya pun meng'google'.
info ni saya dapat dari livestrong.com
info ni dah di terjemahkan ke bahasa melayu.
--------


Setiap kali anda berjalan menaiki tangga dan bukannya mengambil lif, anda membakar kalori tambahan dan manfaat kesihatan kardiovaskular anda. Menjadikan 'panjat-tangga' sebagai rutin harian anda juga boleh membina kekuatan otot dan daya tahan.


AKTIVITI 
Berjalan naik tangga pada kadar yang sederhana boleh membentuk otot di bahagian bawah badan anda dan meningkatkan kadar kesihatan jantung anda. Memanjat tangga juga akan meningkatkan tahap kecergasan anda dan sebagai tambahan senaman harian anda.

KALORI
Seseorang yang berat 160lb dapat membakar 26 kalori dengan menaiki tangga selama 3 minit. Kalau 4 kali dalam sehari, 116 kalori terbakar! Anda boleh gunakan online ‘calorie calculator’ untuk kira berapa banyak kalori anda terbakar dengan menaiki tangga setiap hari.



FAEDAH
 Jika anda ingin memulakan program kecergasan, mula dengan panjat 1 hingga dua anak tangga setiap hari dalam keadaan santai. Berjalan naik tangga setiap hari boleh membina kekuatan gluteal muscles, hamstrings, quadriceps dan calves. Untuk senaman yang lebih fokus, anda boleh berjalan naik dan turun tangga di pejabat pada waktu rehat tengah hari anda atau di hotel semasa dalam perjalanan.


              



sumber: livestrong.com
------------------------


myHome saya 2 tingkat.
ada 20 anak tangga.
+ 1 step kat depan rumah.
dalam sehari tu, mau 20 kali kot turun naik tangga.
ini bermakna, banyak lah kalori saya yang terbakar...
yey! :)

dan suami saya pulak, selalu turun naik tangga kat tempat keje.
dah tinggal kat myHome ni, bertambah banyak lah anak tangga beliau turun naik..
no wonder lah beliau fit aje.
perut maintain flat.
seluar jeans lama2 zaman bujangan semuanya muat semula.
dan yang paaaaaaaling penting sekali, setiap pagi saya sediakan minuman protien kat beliau.
bukan minuman protien yang biasa2 je tau.
tapi, protien yang mengandungi 9 asid amino perlu, yang dapat memberi tenaga, meningkatkan stamina dan perbaiki sel2 otot. 
kenapa kita mesti ambil asid amino perlu ni?
saya akan tulis kemudian... :)

ini lah dia minuman protien yang suami saya ambil. 
ia juga minuman protien untuk ahli sukan.


so, macam mana? 
dah ready nak bakar kalori dengan turun-naik tangga?


tangga ni, ada berani? ;)


tangga ni landai sikit dan step nye rendah..kalau naik sambil jogging okey...
dikelilingi hijau2, fresh sikit bila naik-turun tangga...


haa....nak cepat terbakar kalori nya, naik tangga ni! 
:)


jangan malas2 naik-turun tangga kalau rumah anda 2 tingkat.
rumah 13 tingkat pun boleh gak naik tangga sampai tingkat 2, pastu naik lah lif...hihi
nak bakar kalori bukan untuk kurus semata2 tapi lebih kepada kesihatan tubuh badan, otot dan jantung.
anda buat, anda dapat....

oh ya...ibu menyusu juga boleh bakar kalori dengan memberikan susu ibu kepada bayi kita.
nak tahu macam mana?
nanti kan entry saya tentang itu.
:)

selamat membakar kalori dengan tangga!


love, 
                      zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com