Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri.

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri.





Bahan-bahan Untuk Blend

2 biji bawang besar.

7 ulas bawang putih.

1 inci halia.

Belacan.

2 biji tomato.

5 sudu besar cili giling/cili boh.


Bahan-bahan tumis.

1 biji bawang besar dihiris.

1 batang serai di titik.

3 helai daun pandan di simpulkan. (wajib ado)

Rempah 3 sekawan - kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga.


Bahan utama.

Ayam setengah ekor.

1 cawan santan.


Cara memasak refer video ye.. v(^_^)v



Resepi Mufin Coklat Beryl's Gourmet.

hi n assalamualaikum!
lama zura tak share zura masak2.
zura memang masak hari2 tapi dah kurang rajin masak sejak suami kerja kat penang.
bila tinggal dengan anak2 je, zura masak cincai2 je.
bila suami balik, zura masak sama2 suami. so segan sikit nak ambil2 gambar ni. 

tapi semalam, ter rajin pulak nak buat video Mufin Coklat guna tepung segera Beryl's Gourmet.

zura memang suka beli tepung segera untuk buat kek, mufin, dan yang sewaktu dengan nya.
pernah zura share yang zura buat cheese kek guna tepung segera ni.

biasanya zura beli brand Nona Dr. Detker. Tapi kali ni, jumpa brand Beryl's Gourmet pulak. Nak pulak rasa sedap ke tak rasa dia.

so, here the video...

yang bestnya guna tepung segera ni, kita just perlu add beberapa lagi bahan saja untuk siapkan nya.
so untuk Mufin Coklat Beryl's Gourmet ni, bahan2 dia adalah:

1. Tepung Muffin Beryl's Gourmet.
2. 95ml air.
3. 2 biji telur.
4. 100g butter.

Kacau semua sekali untuk beberapa minit. Then ready untuk di bakar.

Sebelum tu, panaskan oven dengan suhu 180℃.
Selepas masukkan bancuhan ke dalam kertas mufin, boleh lah bakar selama 20-30 minit.

Dan ini lah hasilnya mufin yang dah siap!


personally, zura rasa sangat sedap coklat dia.
dalam tepung ni dah siap ada coklat cip dia. dan coklat cip dia agak besar n rasa coklat dia sangat coklat! 😄

jangan lupa untuk nikmat nya dengan Elderberry Tea Shaklee. 😍

Resepi Homemade Cheese Cake Paling Mudah dan Paling Gebu.


Teringin pulak nak makan cheese kek. Nyum nyum.. 


Homemade cheese cake.

 Mengidam nak makan ni. (asyik mengidam je..)

So.. Kita pun buat sendiri lah.. Makan sampai muak. Ha ha ha



Resepi Homemade Cheese Cake Paling Mudah dan Paling Gebu.




Bahan-bahannya:

5 biji telur (gred A)
1 buku butter (250g)
250g Tartura Cream Cheese (pack kecil)

1 kotak tepung adunan kek span brand Nona (refer gambar)
200ml air


Cara2 nya.

1. Pukul telur hingga kembang.
2. Masukkan tepung perlahan-lahan bersulam kan air.
3. Masukkan butter.
4. Masukkan cream cheese.

Pukul sampai kembang.
Panaskan oven pada suhu 160°.
Letak air dalam tray.
Sapukan loyang 8' dengan butter.
Tuang adunan ke dalam loyang.
Then, 1-2-3 bakar! Letak loyang berisi adunan tu di atas tray yang ada air. 😊




Actually, nak kukus pun boleh. Tapi zura 'kukus' dalam oven sebab nak jimat gas. 😁
Sebab tu zura bubuh air dalam tray oven tu.

Bakar dalam tempoh 30 minit. Atau bila dah berbau, boleh lah pi tengok oven, and try cucuk kek tengok dah masak ke belum.


Kalau nak efek hangit2 sikit atas kek, boleh lah bakar lama sikit lagi. Walaupun luar dia nampak hangit, dalam dia tetap lembut and gebu and lazat di makan. 😍😍

Kecuali kalau korang lupa berjam2 bako, memang terbako lah kek korang.

Kalau rajin, deco2 lah atas tu.
Kita ni, mana sempat nak deco bagai. Keluar je oven, semua dah berkerumun nak makan. Tangan dah standby je nak cuit2 kek.
.

Selamat mencuba!
.
Lagi resepi menarik kat sini:





❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 
 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com