Monday, October 27, 2014

peristiwa Awal Muharram


Sempena Maal Hijrah kali ini, marilah kita menyingkap sejarah kisah perpindahan Nabi Muhammad ﷺ dari Kota Makkah menuju ke Kota Madinah untuk menyelamatkan Islam daripada ditindas.

Rasulullah ﷺ berusia 40 tahun apabila Malaikat Jibrail (as) melawat Baginda ketika Baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad ﷺ, bahawa Baginda diangkat oleh Allah سبحانه وتعالى sebagai Rasul untuk seluruh umat manusia.

Apabila Baginda menerima perintah daripada Allah سبحانه وتعالى supaya berdakwah secara terbuka, Baginda segera akur. Pada peringkat awalnya, Rasulullah ﷺ hanya memperkenalkan Islam kepada para sahabat dan ahli keluarga terdekat Baginda.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.
Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah ﷺ mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap dan berhijrah ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullahﷺtelah diberitahu bahawa kaum kafirun Makkah merancang membunuh Baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah ﷺpun bermunajat dan menunggu perintah daripada Allah سبحانه وتعالى. Kemudian turun Malaikat Jibrail (as) menemui Baginda untuk memberitahunya Allah سبحانه وتعالى mengarahkan Baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, Baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani Baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah ﷺ juga memberitahu rancangan Baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra).
Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah ﷺwalaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan kaum Quraish mengepung rumah Rasulullah ﷺ. Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullahﷺ. Mereka begitu yakin Rasulullah ﷺ tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh Baginda. Apabila fajar menyingsing, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya yang Rasulullah ﷺ bangun dari katil itu.
Mereka pun terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah ﷺ keluar dari rumah itu.

Rasulullah ﷺ dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah ﷺ dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.



Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah ﷺ tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah ﷺ dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah سبحانه وتعالى membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah ﷺ dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah سبحانه وتعالى.

Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullahﷺ. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullahﷺ. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.
Akhirnya dengan perlindungan Allah سبحانه وتعالى, Rasulullah ﷺ dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah ﷺ dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah ﷺ dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah ﷺ. Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah ﷺ di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.
Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah ﷺ akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut Baginda. Rasulullahﷺ menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat Nabi Junjungan mereka itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah ﷺ mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah سبحانه وتعالى.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah ﷺ dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam, 1 Muharram.
 sumber:  http://shafiqolbu.wordpress.com/

kisah yang saya share ni  adalah peristiwa hijrah rasulullah secara ringkasnya.actually ada banyak lagi cerita2 yang lebih terperinci sepanjang penghijrahan Baginda SAW.
bila di hayati kisah Baginda SAW ini, rasa macam di beri suntikan baru untuk saya. 
untuk saya berhijrah meninggalkan 'comfort zone' yang saya lalui sekarang.
actually tak berapa nak comfort sangat pun. sebab tu saya rasa, saya perlu berhijrah!
dan saya jadikan 1 muharram sebagai detik penghijrahan saya!
marilah kita sama2 berhijrah, menjadi lebih baik dari sebelum ni.
dan spesifik kan, anda nak jadi lebih baik yang macam mana..lebih baik dari segi apa..
bulatkan tekad, fokus, doa, tahajud, hajat, bayangkan, sebut setiap hari dan cerita pada orang terutama mak ayah kita supaya mereka boleh sama2 doakan.



lagu maal hijrah.
dah lama lagu ni..dari saya tadika lagi saya dah nasyid lagu ni kat sekolah ngaji.
hayati betul2 lirik nya. saya rasa terkesan sangat..
dan saya rasa, saya mesti berhijrah! mesti!



Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

---

sedikit lagi info saya nak kongsi..

Peristiwa Penting di Bulan Muharram

1 Muharram

  • Khalifah Umar Al-Khattab r.a. menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharram

  • 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  • Nabi Adam a.s bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris a.s diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh a.s diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim a.s diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.
  • Nabi Yusuf a.s dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Ya'qub a.s yang kabur dipulihkan Allah SWT.
  • Nabi Ayub a.s dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus a.s selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa a.s dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s diampuni Allah SWT.
  • Nabi Sulaiman a.s dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril a.s.
  • Nabi Isa a.s diangkat ke langit


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


love, 
                       zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Thursday, October 23, 2014

Rahsia Soya

soya memang selalu jadi bahan gosip, 
ada yang kata, soya bagus untuk cantikkan kulit especially kulit baby.
 so, masa pregnant tu,hari2 minum soya. 
tak kisah lah air kotak soya atau soya dalam botol atau soya dalam plastik yang di jual kat pasar malam.
 semuanya di minum asalkan ianya S-O-Y-A, SOYA.
 tak peduli pun soya tu GMO soy atau NON-GMO soy...

ada pulak yang kata, minum soya boleh mengakibatkan breast dan prostat kanser.
 minum soya boleh buat lelaki jadi lembut. 
minum soya boleh itu, boleh ini...
macam2 rumors yang kita sebarkan terus tanpa usul periksa.
 apapun orang kata tentang soya, masih ramai lagi yang minum soya.
 saya percaya anda semua bijak memilih soya yang terbaik untuk anda.
 kalau anda masih tertanya2, apa dia kriteria soya yang berkualiti untuk di minum,
 DI SINI saya ada tulis tentang nya.
 klik saja kat perkataan DI SINI.
 actually, kita makan apa pun, 
kalau berlebihan tak ikut dos yang di sarankan atau melebihi keperluan badan kita, boleh memudaratkan.
 keburukan soya 1
soya yang sangat kontraversi
di bawah ni senarai keburukan soya yang sebernarnya, HANYALAH MITOS SEMATA-MATA.
Mitos # 1: Setiap orang yang mempunyai kanser payudara harus mengelakkan makan soya tradisional seperti tahu dan susu soya.
Tidak benar. Kajian baru menunjukkan bukti bahawa pesakit kanser payudara yang memakan soya selepas diagnosis,mereka benar-benar lebih baik dibandingkan dengan pesakit yang tidak memakan soya. The American Cancer Society mengatakan bahawa pesakit kanser payudara dengan selamat boleh makan sehingga tiga hidangan soyfoods tradisional setiap hari. Walau bagaimanapun, dapatkan khidmat nasihat doktor sebelum mengambil jumlah ini jika anda sedang dalam rawatan untuk kanser payudara.
Mitos # 2: soyfoods menyebabkan kekurangan mineral atau ketidakseimbangan. 
Tidak benar. Mitos ini mungkin dihebahkan kerana makanan mengandungi soya phytate dan oxalate (keduanya juga terdapat dalam bayam), kedua-duanya dianggap menghalang penyerapan kalsium.
Kajian menunjukkan bahwa penyerapan kalsium daripada susu soya dan susu lembu adalah lebih kurang sama dan tidak ada bukti bahawa soya adalah penyebab kekurangan mineral atau ketidakseimbangan.

Mitos # 3: soya mengandungi estrogen dan laki-laki yang makan soya boleh jadi 'lembut' atau feminin dan boleh menjejaskan kesuburan mereka.
mitos ni antara mitos paling famous sekali. jawapannya semestinya Tidak benar. Walaupun soya mengandungi isoflavone, soya tidak mengandungi estrogen. Isoflavone dalam soya termasuk dalam kumpulan “phytoestrogen” or “plant” estrogen grouping. Bukti klinikal menunjukkan bahawa soya tidak me'wanita'kan lelaki, tidak menurunkan kadar testosteron mereka dan tidak menurunkan kepekatan sperma mereka. Soya sebenarnya boleh memberi beberapa manfaat kesihatan kepada lelaki. antaranya dapat melindungi lelaki daripada KANSER PROSTAT.
Mitos # 4: Oleh kerana protein dari soya adalah protein tumbuhan, soya bukan protein lengkap yang mengandungi semua 9 asid amino perlu
Tidak benar. SOY PROTEIN sebenarnya mengandungi kesemua asid amino per;u dan asid amino tidak perlu, yang diperlukan dalam jumlah yang mencukupi untuk memenuhi keperluan biologi. oleh itu soya dianggap protein lengkap.
------------------- sumber webmd.com
itulah sebahagian dari keburukan soya yang digembar-gemburkan kebelakangan ini. padahal, satu masa dulu, soya dikatakan bagus dan banyak khasiat untuk kita. 
sebab tu kalau keluar perdebatan tentang soya, ramai peng'anti' protien shaklee (ESP) akan bagitahu, lagi bagus makan tempe (sumbernye soya) dan tofu. ESP juga dari soya...emm...

pada saya, tak kira lah soya apa pun yang anda pilih, pastikan soya anda memenuhi 7 kriteria soya yang berkualiti. 
bukan apa, saya cuma nak anda betul-betul dapat manfaat dari soya yang berkualiti.
 tidak lah nanti anda finger pointing pada soya lain bila anda tak dapat manfaat soya yang sebenar.
soya pilihan saya, tetap ENERGIZING SOY PROTIEN. :)
keburukan soya 2
dan ianya telah wujud sejak 1961 lagi.
keburukan soya 4
dan, ini antara resepi soya saya yang sangat lazat untuk diminum tanpa menjejaskan khasiatnya.
keburukan soya 3
Get the protein boost you need and share this delicious recipe!
cinch shake vanilla boleh digantikan dengan ESP
cinch shake vanilla boleh digantikan dengan ESP
dan ada baaaaaanyak lagi RESEPI ESP boleh di buat.
anda bagaimana?
soya brand apa pilihan anda?
dan bagaimana anda menikmati soya anda?
jom kongsi dengan saya di ruang komen.
benarkah ESP merosakkan buah pinggang1
========


love, 
                      zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Wednesday, October 15, 2014

Rahsia tangga rumah 2 tingkat.


ada apa dengan tangga di rumah saya dan rumah anda?
ada 1 rahsia saya nak reveal...
ada hantu kah kat tingkat atas sampai takut nak naik tangga?
ke takut tangga tu roboh lalu jatuh menghempap kita?
takkan kot,kan....
tangga konkrit, mesti kuat...
bukan semua tu...
tapi ada sesuatu tentang tangga yang anda mesti tahu!
---------
------
---
-


ceritanya macam ni...
semalam suami saya beli macam-macam makanan dari pasar malam.
putri2 nak wedges dan burger, dia sendiri beli mi ayam dan kat rumah ada nasi.
semua dia makan sebab putri2 ni selalu bile dah sampai rumah tak makan pulak.
hari tu, sorang minta nasi goreng, sorang lagi minta mi goreng.
last2, dua-dua saya yang makan.
emm...
bila cakap kat suami, 'gemuk lah macam ni makan macam2'
dia jawab, 'naik 1 anak tangga pun boleh bakar kalori'
ringkas jawapannya tapi padat sekali...hihi...


itu lah rahsia yang ada pada tangga!

lalu saya pun meng'google'.
info ni saya dapat dari livestrong.com
info ni dah di terjemahkan ke bahasa melayu.
--------


Setiap kali anda berjalan menaiki tangga dan bukannya mengambil lif, anda membakar kalori tambahan dan manfaat kesihatan kardiovaskular anda. Menjadikan 'panjat-tangga' sebagai rutin harian anda juga boleh membina kekuatan otot dan daya tahan.


AKTIVITI 
Berjalan naik tangga pada kadar yang sederhana boleh membentuk otot di bahagian bawah badan anda dan meningkatkan kadar kesihatan jantung anda. Memanjat tangga juga akan meningkatkan tahap kecergasan anda dan sebagai tambahan senaman harian anda.

KALORI
Seseorang yang berat 160lb dapat membakar 26 kalori dengan menaiki tangga selama 3 minit. Kalau 4 kali dalam sehari, 116 kalori terbakar! Anda boleh gunakan online ‘calorie calculator’ untuk kira berapa banyak kalori anda terbakar dengan menaiki tangga setiap hari.



FAEDAH
 Jika anda ingin memulakan program kecergasan, mula dengan panjat 1 hingga dua anak tangga setiap hari dalam keadaan santai. Berjalan naik tangga setiap hari boleh membina kekuatan gluteal muscles, hamstrings, quadriceps dan calves. Untuk senaman yang lebih fokus, anda boleh berjalan naik dan turun tangga di pejabat pada waktu rehat tengah hari anda atau di hotel semasa dalam perjalanan.


              



sumber: livestrong.com
------------------------


myHome saya 2 tingkat.
ada 20 anak tangga.
+ 1 step kat depan rumah.
dalam sehari tu, mau 20 kali kot turun naik tangga.
ini bermakna, banyak lah kalori saya yang terbakar...
yey! :)

dan suami saya pulak, selalu turun naik tangga kat tempat keje.
dah tinggal kat myHome ni, bertambah banyak lah anak tangga beliau turun naik..
no wonder lah beliau fit aje.
perut maintain flat.
seluar jeans lama2 zaman bujangan semuanya muat semula.
dan yang paaaaaaaling penting sekali, setiap pagi saya sediakan minuman protien kat beliau.
bukan minuman protien yang biasa2 je tau.
tapi, protien yang mengandungi 9 asid amino perlu, yang dapat memberi tenaga, meningkatkan stamina dan perbaiki sel2 otot. 
kenapa kita mesti ambil asid amino perlu ni?
saya akan tulis kemudian... :)

ini lah dia minuman protien yang suami saya ambil. 
ia juga minuman protien untuk ahli sukan.


so, macam mana? 
dah ready nak bakar kalori dengan turun-naik tangga?


tangga ni, ada berani? ;)


tangga ni landai sikit dan step nye rendah..kalau naik sambil jogging okey...
dikelilingi hijau2, fresh sikit bila naik-turun tangga...


haa....nak cepat terbakar kalori nya, naik tangga ni! 
:)


jangan malas2 naik-turun tangga kalau rumah anda 2 tingkat.
rumah 13 tingkat pun boleh gak naik tangga sampai tingkat 2, pastu naik lah lif...hihi
nak bakar kalori bukan untuk kurus semata2 tapi lebih kepada kesihatan tubuh badan, otot dan jantung.
anda buat, anda dapat....

oh ya...ibu menyusu juga boleh bakar kalori dengan memberikan susu ibu kepada bayi kita.
nak tahu macam mana?
nanti kan entry saya tentang itu.
:)

selamat membakar kalori dengan tangga!


love, 
                      zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Monday, October 13, 2014

kami adik beradik.

kami adik beradik.
kami saling sayang menyanyang.
tapi kami sama2 suka sakat menyakat sampai menangis dan bergaduh.
kadang2 mama boleh sabar dengan kami.
tapi kalau mama lupa makan vitamin shaklee,
siap sedia lah kami di rotani.
mama acah je..
bukan rotan betul pun.
kadang2, kami yang rotan mama..
rotan mama adalah hanger.
jadinye, semua orang boleh merotani antara satu sama lain.

mama garang.
tapi kami tahu mama sayang kami.
mama selalu doa sambil sikat rambut kami.
mama ajar kami ngaji ~Aa Ba Ta Tha Ja~.
mama ajar kami nyanyi ~A B C one two three~.
mama bagi kami tengok channel disney junior dari pagi sampai petang.
tapi sekarang papa dah potong astro.
kami asyik layan boboiboy dan upin ipin kat computer dan tab mama.
sampai kan kami bersembang sesama kami guna perkataan 'aku'.
mama marah guna 'aku'.
tapi kami ketawa je.
sabo je lah mama ye dengan kami.

kami ada adik.
nama adik kami nailah.
kami suka sayang2 cium2 adik nailah.
natrah suka sangat nak dukung nailah.
kalau kantoi dengan mama, natrah main lepas je adik nailah.
kesian adik terkejut, natrah main lepas je adik atas tilam.
nasib baik ade tilam.
detik yang paling mencemaskan adalah...

natrah nak sembur ridsect kat nailah!
ya Allah..nasib baik mama nampak.

mama jerit dari dapur sampai opah keluar bilik sebab terkejut.

mama...
papa...
sabar ye dengan kami..
kami cuma nak perhatian mama papa.
kami suka kalau papa pun kerja kat rumah je macam mama.
kami doakan bisnes shaklee mama maju dan berjaya.
boleh lah papa kerja sendiri sama2 mama.
bukak kedai makan.
nanti mesti kami makan.
sebab kami memang suka makan kat luar je..
kat rumah tak nak makan...

okey lah...
enjoy lah gambar kami berdua.
mama yang amik.
daaa.....





love,
                        zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Friday, October 10, 2014

cara mengatasi anak kuat menangis atau merengek.


kakak putri atau nama beliau yang sekarang, kak naurah memang terkenal dengan kuat merengek sejak dari kecil lagi.
sampai sekarang dah ada 2 adik.
mungkin nakkan perhatian..
maklumlah, kecik2 dah jadi kakak..hehe..

kadang2 tu, hangin jugak saya.
benda kecik remeh temeh pun nak merengek2.
dia tak berjaya pakai seluar sendiri pun dia merengek2.

ada beberapa sebab kenapa anak2 kecil suka merengek.



Faktor penyebab dan cara-cara melayani anak-anak yang suka merengek



1. Keadaan fizikal anak
Anak yang mengantuk, kepanasan, kedinginan, kelaparan, kehausan dan tidak sihat umumnya suka merengek.

Sikap Ibu bapa:
Perlu peka terhadap keadaan fizikal anak dan cari punca kenapa anak merengek dan selesaikan permasalahan itu. Umumnya dalam keadaan ini, anak akan kembali ceria jika keperluan fizikalnya sudah dilayani

2. Mencari perhatian
Kadang-kadang anak inginkan perhatian. Ini sering berlaku kerana ibu bapa biasanya memberikan perhatian kepada anak hanya bila dia merengek sedangkan tidak ketika anak berkelakuan baik. Akibatnya, si anak "belajar" bahwa keinginannya(perhatian) hanya akan dipenuhi sekiranya dia merengek.

Sikap ibu bapa:
* Jangan berikan perhatian istimewa ketika anak merengek. Jangan penuhi permintaannya sehingga ia menyedari bahwa cara yang telah dilakukan itu tidak benar. Tindakan ini juga dapat mendidik anak mengendalikan dirinya.
* Ajak anak berkomunikasi dengan baik, didiklah dia bahwa cara yang dilakukannya itu adalah salah. Misal, "Kalau merengek macam ni.. ibu tak tahu dan tidak faham apa yang Nina mahu. Cuba cakap baik-baik dengan ibu, beritahu elok-elok dengan ibu apa yang Nina mahu.."
* Berilah perhatian kepada anak setiap masa, terutama ketika dia berkelakuan baik dan tidak merengek. Bentuk perhatian itu cukup dengan kata-kata seperti, "Ibu bangga Nina tidak merengek ketika mandi tadi.."

3. Ingin menunjukkan kekuatannya
Anak kecil memiliki kecenderungan untuk menolak atau membantah terhadap ibu bapa. Anak-anak ingin menunjukkan bahwa dirinya pun mempunyai keinginan atau pendapat. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya dalam banyak perkara anak kecil kerap menolak dan lebih menyenangi pilihannya sendiri. Bila keinginannya tidak terpenuhi, ia akan menyebabkan anak merengek. Apalagi ramai ibu bapa yang bersikap memaksakan anak mengikut kehendak mereka karena merasakan ibu bapalah yang paling berkuasa.

Sikap Ibu bapa:
Jangan memaksa anak mengikut keinginan kita. Cubalah secara diplomasi seperti memberi pilihan kepada anak asalkan matlamat asal kita tercapai. Melalui cara ini, kita sebenarnya mendidik anak untuk membuat keputusan sehingga dapat memupuk rasa keyakinan diri pula. Contohnya, bila anak menolak untuk dimandikan, berilah pilihan, "Nina nak mandi dengan air panas atau air sejuk?" Melalui cara ini, tujuan untuk memandikan anak dapat dicapai dan anak pula boleh membuat keputusan dari dua pilihan itu sehingga tidak terasa seperti dipaksa oleh ibu bapanya. Sedikit sebanyak anak merasakan bahawa dia berkuasa ke atas dirinya sendiri.

4. Terluka perasaannya
Biasanya ini terjadi bila anak dimarahi. Ini juga akan membuatkan anak merengek dan mungkin tanpa sedar mengucapkan kata-kata yang menyakitkan, seperti, "Nina benci pada ibu." Ungkapan itu sesungguhnya hanya untuk menunjukkan rasa sedihnya. Namun, bila mendengar ucapan itu ramai ibu bapa menjadi semakin marah.

Sikap Ibu bapa:
Ibu bapa harus bersabar. Peluklah anak sambil menenangkannya seperti, "Ibu sayang pada Nina. Nina jangan menangis lagi ye.." Dengan pelukan dan ucapan yang menenangkan itu akan membuat anak merasa tenang dan merasa dirinya dilindungi.

5. Tidak mampu melakukan sesuatu
Ibu bapa tanpa sedar sering meminta dan mengharapkan anaknya melakukan sesuatu seperti orang dewasa. Ketika makan, misalnya, tanpa sedar ibu bapa meminta atau mengharapkan anak makan dengan cepat dan tidak menumpahkan makanan, padahal anak kecil belum mampu melakukannya. Ini pun boleh menyebabkan anak-anak merengek.

Sikap Ibu bapa:
Jangan memaksa anak melakukan sesuatu yang memang belum mampu dilakukannya. Sentiasa berikan penghargaan walaupun kejayaan yang dicapai sangat kecil untuk mendorong semangatnya sekaligus membangun rasa keyakinan diri. Contoh, "Wah, Nina suka makan sayur ya...tinggal sedikit lagi tu.. cuba habiskan.." Penghargaan itu diberikan ketika anak mampu melakukan sesuatu yang positif.


5 sikap positif ibu bapa dalam melayani anak yang kuat merengek.



1. Berfikir positif
Ibu bapa seharusnya tidak mudah berputus asa bila melihat anak misalnya mempunyai temperamen slow to warm up, yang memerlukan masa yang panjang untuk menyesuaikan diri. Berfikirlah secara positif bahwa kita dapat membentuknya menjadi anak yang baik. Dengan keyakinan ini, terbentuklah hubungan yang baik antara ibubapa dan anak.

2. Tidak mengalah kepada rengekan anak
Cara ibu bapa berinteraksi dengan anak dapat mempengaruhi sikapnya. Misalnya, si anak yang memiliki kecenderungan untuk merengek menjadi semakin teruk jika dia memahami bahawa rengetannya itu dapat dijadikan sebagai senjata bagi dirinya. Apalagi bila ibu bapa selalu memenuhi atau mengalah pada rengekannya. Namun bila ibu bapa bersikap tegas dan tidak mudah mengalah, lama kelamaan rengetan itu akan berkurangan.

3. Tidak memberikan label
Pemberian label kepada anak akan menyebab anak menjadi tidak yakin kepada dirinya sendiri. Bahkan lambat laun ia menjadi anak seperti yang dilabelkan selama ini. Umpama, diberi label “kaki merengek”, dan dipanggil dengan gelaran itu setiap hari, maka sikapnya yang suka merengek akan berterusan.

4. Fokus kepada sikap anak
Untuk membangunkan sikap positif anak, selalulah memerhati tingkah lakunya yang baik dan berikan penghargaan. Jangan hanya memberikan perhatian ketika anak berkelakuan buruk. Contoh, "Wah, hari ini Nina tidak merengek langsung. Ibu suka hati bila Nini berkelakuan begini. Ini dapat menanamkan rasa keyakinan diri pada anak.

5. Tidak membandingkan-bandingkan

Setiap anak memiliki kelebihan dan kekurangan. Tugas ibu bapa adalah memaksimakan kelebihan setiap anak dan meminimakan kekurangannya. Ini dapat menanamkan rasa percaya si kecil bahwa dirinya memang memiliki keistimewaan sama seperti teman-temannya yang lain.
------------------------------

macam mana pulak saya atasi masalah rengekan kak naurah?


1. saya akan biarkan je dia merengek dan selesaikan masalah dia sendiri. contohnye, dia akan merengek bila dia tak berjaya pakai seluar atau baju sendiri. saya akan tunjukkan cara yang betul (tapi dia yang buat sendiri). bila dia berjaya pakai baju sendiri, saya akan puji, "haa...kan senang je tu..pandai kakak pakai baju sendiri.."
dia akan tersenyum2 simpul..hehe...

2. saya physco dia dengan bagitau dia yang dia tak cantik bila menangis.
teknik ni saya baru cuba dan nampaknye agak berkesan.
bila saya bagitau dia yang dia tak cantik bila menangis, saya siap tunjuk muka dia dalam camera hp (guna front camera)..
biar dia tengok yang dia tak cantik..
pelan2 dia control nangis dia (sebab nak cantik barangkali..hihi)
dan akhirnye, dia main tangkap2 gambar sendiri...
daripada merengek, terus dia ketawa besar...haha

haaa..kan dah happy... :)

natrah kacau kakak dia tengah selfie..nasib baik tak sambung merengek..hihi..

dan untuk saya sendiri, (untuk rasa lebih tenang dalam menghadapi rengekan anak2), 
saya amalkan Bcomplex Shaklee.

antara punca kekurangan vitamin B dalam tubuh adalah Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah ubat preskripsi.
sebab tu lah kita cepat stress...
so, bile amalkan Bcomplex ni, hati dan minda lebih tenang menghadapi karenah anak2.
tekanan darah pun tak naik, inshaaAllah...


JOM TOP UP VITAMIN B KITA DENGAN BCOMPLEX SHAKLEE !!!

----
Spektrum B Penuh dan Seimbang
----
B Complex Shaklee menawarkan kesemua lapan jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.

⊙ B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga*
⊙ Asid folikdan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
⊙ Paras asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg*



love,                      
 zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com