Showing posts with label shaklee effects. Show all posts
Showing posts with label shaklee effects. Show all posts

Pengalaman Ngeri Ketika Menyusukan Bayi.



Assalamualaikum n hi mommies..
Lama tak bersiaran disini. InsyaAllah hari ni saya nak share 1 pengalaman ngeri yang saya tak sanggup nak hadapi lagi ketika menyusukan bayi.

Anak no 3 saya, putri Nailah masih menyusu lagi. Dia berkongsi susu dengan putra Fauzan, si baby bongsu. ;)
Bukan tak nak wean off Nailah, memang nak. Tapi pujukan dia (tangisan) sungguh meruntuh qalbu si ibu ini. Tak daya saya nak keraskan hati.
Actually boleh je saya guna kaedah letak2 benda kat area 'kilang susu'. Saya je tak rajin nak buat. Sebab banyak lagi kerja lain boleh buat..hihi..
Lagipun, sebenarnya, bila Nailah tak hisap, kilang susu cepat engorged! 
Kilang susu dah biasa produce untuk 2 baby. Tetiba seorang baby je yang minum. 
So, demand terlebih and everytime Fauzan hisap, dia tersedak sedak.
Pastu, still banyak lagi susunya. Jenuh...
Abis baju bau susu.. Masam le.. Cemana nak peluk suami.. ;p

Okey...
pengalaman ngeri itu bermula apabila saya tak beli Ostematrix. Sejenis pil kalsium Shaklee. Boleh kata lama jugaklah saya tak consume. Sebulan lebih gitu. 
Tapi alhamdulillah, susu tetap banyak dan mengenyangkan kedua dua baby saya. 
Fauzan jarang hisap lama lama. Paling lama 15 minit. 
Dan sessi seterusnya, 1 ke 2 jam kemudian.
Mula mula saya tak rasa apa apa pun saya tak consume ostematrix atau tak minum susu sebagai bekalan kalsium untuk tubuh saya.
Sampailah satu masa, lutut saya sakit. 
Lutut kiri.
 Saya masih boleh solat berdiri macam biasa, alhamdulillah. 
Cumanya, bila saya bengkokkan lutut dalam tempoh yang lama, terasa menyucuk nyucuk bila nak tegakkan kaki.
MashaAllah....sakitnya ya Allah....Allah je yang tahu...

Saya biarkan lama sakit lutut saya. Saya masih tak consume ostematrix atau minum susu. Sampailah badan mula terasa sengal sengal satu badan. Badan seram sejuk rasa nak demam. Kepala berdenyut denyut selama seminggu.Bila dah tahap macam tu, saya mula sedar diri. 




Kenapa boleh jadi macam tu?

Ni semua simptom simptom kalsium tak cukup dalam badan. 
Baby baby sihat alhamdulillah sebab baby baby masih dapat kalsium melalui susu ibu. Yang menjadi mangsanya adalah, SAYA! 
Sebab apa? 
Sebab Semua kalsium yang tersimpan ditulang temulang saya telah diambil untuk disalurkan kepada baby dan untuk kegunaan saya sendiri. Bila saya tak top up kalsium saya setiap hari, kalsium yang tersimpan di tulang ini semakin berkurang.
Akibatnya, saya sakit lutut dan sengal sengal satu badan!

Ya Allah...taubat! Wajib ambil kalsium dengan kuantiti yang betul untuk ibu menyusu setiap hari. 



Di kemuncak penderitaan saya tu, Saya makan semula ostematrix 4 biji sebelum tidur. Hari pertama makan, bangun pagi tu masih terasa sengal sengal badan dan sakit lutut. 
Hari kedua, saya bangun solat subuh. 
Saya duduk bersila lama untuk berzikir, doa dan baca quran. 
Bila dah selesai, nak bangun, saya nak luruskan lutut saya, TAK SAKIT LANGSUNG! SUBHANALLAH...MAHA SUCI ALLAH YANG MEMBERIKAN KESEMBUHAN!
Amazing sangat sangat...
Alhamdulillah...
sujud syukur pada Allah...
Allah dah beri semula nikmat lutut sihat kepada saya melalui Ostematrix.

Hari ni, ketika saya menaip entry ini, tiada langsung sakit lutut..
Alhamdulillah...
ya Allah....nikmatnya rasa sihat itu...
saya tak nak lagi menyiksa diri saya..
saya tak nak lagi menyakitkan tubuh badan saya..
saya mesti ambil makanan tambahan sebagai pelengkap nutrisi harian saya untuk kesihatan yang lebih baik..
saya perlu berkhidmat pada suami, pada anak anak, pada mak ayah, dan pada anda semua yang sedang membaca..

Saya cuma mahu kita sama sama sihat, sama sama mencegah penyakit supaya kita dapat menjalankan ibadah dan aktiviti harian dengan penuh kesungguhan.
InsyaAllah...

Mulakan langkah pertama anda dalam usaha kekalkan kesihatan dengan Shaklee..
(^_^)v



Ini adalah Set Menyusu Shaklee yang saya amalkan sepanjang tempoh saya menyusukan baby baby saya.


Perhatikan jumlah kalsium yang ibu ibu perlukan. 1000mg bersamaan 4 biji Ostematrix.
Dengan hanya consume 4 biji Ostematrix setiap hari, ibu ibu sudah dapat cukup kalsium yang diperlukan, insyaAllah.
Jika ibu2 berminat nak dapatkan Set ini, boleh whatsapp/telegram saya untuk respond segera.
016.595.2771






  love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 
 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Bersediakah Nailah Menjadi Kakak.

Menanti detik kelahiran memang mendebarkan saya.
walaupun ini kali ke 4 melahirkan, ia tetap mendebarkan..

cuma kali ni, kalau boleh bila pergi hospital check bukaan, saya nak terus ke labor room..
tak mo kene tahan wad dulu macam sebelum2 ni..
bukan apa..kalau saya masuk wad, macam mana pulak lah keadaan anak2 kat rumah.
tambah2 lagi baby Nailah.
Nailah masih baby lagi..belum 2 tahun lagi...
masih menyusu badan...
tu yang rasa berat nak gi hospital check selagi belum ada tanda2 yang nyata macam turun air ketuban atau turun darah...

contraction saya masih tahap main2 saya rasa...
kadang2 kerap n konsisten setiap 15-20 minit..
pastu tiba2 lama tak rasa..
pastu nanti, rasa pulak...
sabo je lah kan....hehe..
.
persoalannya, bersediakah Nailah menjadi kakak?



kalau tengok kat gambar, insyaAllah bersedia dah tu... ;P
memang dah praktis suruh dia bagi tidur anak patung, tepuk anak patung, dukung anak patung dll..
tapi emosi dia macam mana?
emmmmmmmmmmmmmmmmmmmm........

nampak tu panjang nye em saya..
kalau throwback masa zaman putri dan natrah dulu,
jarak umur diorang pun lebih kurang sama macam Nailah n baby baru ni...
tapi masa tu, Putri memang dah nampak sangat sukakan baby dan boleh jaga baby...
bila Natrah keluar, memang Putri saaaaaaayang sangat kat Natrah..
tak kacau atau 'dengki' pun dengan Natrah..
Putri memang suka sangat2 dengan baby walaupun dia sendiri masih baby...

tapi Nailah ni...
setakat 2-3 hari ni, beliau dah mula mengamuk dengan amukan yang sukar dipujuk lagi..
menangis mengamuk tak kira tempat..
kat rumah of course.
kat dalam kereta of course.
kat aeon pun of course.
just because beliau tak dapat apa yang beliau nak.
beliau akan menangis mengamuk sungguh2 sampai beliau dapat jugak apa yang beliau nak tu..
fuhhh...mencabar sungguh sebab beliau bukan begitu  sebelum ni...
saya dan habibi setakat ni alhamdulillah faham gangguan emosi beliau ni...
faham yang beliau semakin hampir dapat adik..
faham yang beliau masih terlalu baby untuk dimarahi...
beliau baru 18 bulan hidup dibumi ini!!

oh Nailah...


tapi saya percaya, bila adik baby keluar nanti, all is well....
insyaAllah...
setiap yang berlaku itu adalah rancangan terbaik dari Allah buat kita.
Allah dah aturkan cantik2 untuk kita..
kita just buat kerja kita untuk teruskan hidup ini dengan sabar dan kuat....
insyaAllah...all is well....:)

-------
buat ibu2 hamil yang masih mencari2 'ubat bersalin/pantang', saya syorkan ibu2 cuba pula 
'Confinement Set Shaklee'.

‪#‎confinementsetshaklee‬ merupakan ‪#‎ubatbersalin‬ yang berasaskan tumbuh-tumbuhan semulajadi.
.
Dijamin selamat dimakan walaupun anak anda dihidapi ‪#‎demamkuning‬
.
98% ibu-ibu dalam pantang mengakui bahawa,
Confinement Set Shaklee ini dapat berikan mereka kesan2 berikut:
+ LUKA CEPAT SEMBUH.
+ LEBIH BERTENAGA.
+ MUDAH BUANG AIR BESAR.
+ MEMUDARKAN STRECH MARK.
+ TIDAK STRESS.
+ DAPAT SUSUKAN BAYI DENGAN SUSU IBU.



hubungi saya untuk dapatkan Set Bersalin Shaklee ibu2 ya... :)


love, 
 zura bahar
 hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

ESP membantu penyusuan susu ibu.


Hi breastfeeding mommies!!!.
.
Saya happy nak share dengan mommies semua.
My baby nailah sekarang masuk 9 bulan, dia fully direct breasfeeding, alhamdulillah.
.
Memang ini yang saya idamkan setelah 2 kali kurang berjaya sebelum ni.
At the age of 9 months, dia kadang2 tersedak2 bila menyusu.
Mommies ngerti ngak apa erti nya?.
Ertinya, susu saya masih banyak untuk dia minum.
Again, alhamdulillah.. 
smile emoticon

.
Saya juga tak percaya sebelum ni sehinggalah saya cuba sendiri amalkan ESP ni.
Sebab tu saya share dengan mommies juga, supaya mommies pun dapat seperti apa yang saya dapat ni.
.
Dan yang paling penting, konsep DEMAND vs SUPPLY mesti diutamakan.
(^_^).
.



Dapatkan ESP mommies sekarang!
#0165952771
Whatsapp saya, okey!!
.
.



love, 
 zura bahar 
016.595.2771
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

RAHSIA ANAK KULIT CERAH

assalamualaikum semua..
pagi2 ni saya nak share cerita.
macam mana putri kedua saya, Putri Natrah boleh kena ‪#‎shakleeeffect‬ !


masa natrah lahir, kulit dia agak gelap.
family dan sahabat2 yang melawat saya masa lepas saya bersalin tu menjadi saksi akan 'kegelapan' natrah.hehe..
saya tak kisah pun beliau gelap.
sebab saya pun tak la cerah mana..


sehingga lah saya mula consume shaklee ketika natrah berumur 9 bulan.
ESP dan MEAL SHAKE antara vitamin terawal yang saya consume.
saya minum setiap hari macam biasa.
dalam masa yang sama, Natrah masih menyusu badan.
so, secara tak langsung, Natrah pun dapat khasiat2 vitamin tu.


sampai lah 1 masa, saya tersedar yang kulit Natrah semakin cerah!
bila balik kampung jumpa atuk nenek Natrah (mak saya lah kan..)
mak tegur yang Natrah nampak lebih cerah!
memang tak sengaja lah kan saya mencerahkan kulit dia..hehe


lepas tu saya memang terus consume ESP.
MEAL SHAKE saya jarang minum.


bila mengandungkan anak ketiga, Putri Nailah, 
saya mula consume MEAL SHAKE semula.
ESP memang sentiasa saya minum.
sampailah Nailah lahir,
maashaaAllah...subhanallah...
putih nye Nailah...
dah lah Nailah bebas jaundis..
memang terserlah putih kemerah-merahan kulit Nailah..
geram tengok! hehe..


itu lah kisah shaklee effect putri2 saya..
anda pun boleh ikhtiar juga..



#shakleeeffect


love, 
                     zura bahar
 --------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Rahsia tangga rumah 2 tingkat.


ada apa dengan tangga di rumah saya dan rumah anda?
ada 1 rahsia saya nak reveal...
ada hantu kah kat tingkat atas sampai takut nak naik tangga?
ke takut tangga tu roboh lalu jatuh menghempap kita?
takkan kot,kan....
tangga konkrit, mesti kuat...
bukan semua tu...
tapi ada sesuatu tentang tangga yang anda mesti tahu!
---------
------
---
-


ceritanya macam ni...
semalam suami saya beli macam-macam makanan dari pasar malam.
putri2 nak wedges dan burger, dia sendiri beli mi ayam dan kat rumah ada nasi.
semua dia makan sebab putri2 ni selalu bile dah sampai rumah tak makan pulak.
hari tu, sorang minta nasi goreng, sorang lagi minta mi goreng.
last2, dua-dua saya yang makan.
emm...
bila cakap kat suami, 'gemuk lah macam ni makan macam2'
dia jawab, 'naik 1 anak tangga pun boleh bakar kalori'
ringkas jawapannya tapi padat sekali...hihi...


itu lah rahsia yang ada pada tangga!

lalu saya pun meng'google'.
info ni saya dapat dari livestrong.com
info ni dah di terjemahkan ke bahasa melayu.
--------


Setiap kali anda berjalan menaiki tangga dan bukannya mengambil lif, anda membakar kalori tambahan dan manfaat kesihatan kardiovaskular anda. Menjadikan 'panjat-tangga' sebagai rutin harian anda juga boleh membina kekuatan otot dan daya tahan.


AKTIVITI 
Berjalan naik tangga pada kadar yang sederhana boleh membentuk otot di bahagian bawah badan anda dan meningkatkan kadar kesihatan jantung anda. Memanjat tangga juga akan meningkatkan tahap kecergasan anda dan sebagai tambahan senaman harian anda.

KALORI
Seseorang yang berat 160lb dapat membakar 26 kalori dengan menaiki tangga selama 3 minit. Kalau 4 kali dalam sehari, 116 kalori terbakar! Anda boleh gunakan online ‘calorie calculator’ untuk kira berapa banyak kalori anda terbakar dengan menaiki tangga setiap hari.



FAEDAH
 Jika anda ingin memulakan program kecergasan, mula dengan panjat 1 hingga dua anak tangga setiap hari dalam keadaan santai. Berjalan naik tangga setiap hari boleh membina kekuatan gluteal muscles, hamstrings, quadriceps dan calves. Untuk senaman yang lebih fokus, anda boleh berjalan naik dan turun tangga di pejabat pada waktu rehat tengah hari anda atau di hotel semasa dalam perjalanan.


              



sumber: livestrong.com
------------------------


myHome saya 2 tingkat.
ada 20 anak tangga.
+ 1 step kat depan rumah.
dalam sehari tu, mau 20 kali kot turun naik tangga.
ini bermakna, banyak lah kalori saya yang terbakar...
yey! :)

dan suami saya pulak, selalu turun naik tangga kat tempat keje.
dah tinggal kat myHome ni, bertambah banyak lah anak tangga beliau turun naik..
no wonder lah beliau fit aje.
perut maintain flat.
seluar jeans lama2 zaman bujangan semuanya muat semula.
dan yang paaaaaaaling penting sekali, setiap pagi saya sediakan minuman protien kat beliau.
bukan minuman protien yang biasa2 je tau.
tapi, protien yang mengandungi 9 asid amino perlu, yang dapat memberi tenaga, meningkatkan stamina dan perbaiki sel2 otot. 
kenapa kita mesti ambil asid amino perlu ni?
saya akan tulis kemudian... :)

ini lah dia minuman protien yang suami saya ambil. 
ia juga minuman protien untuk ahli sukan.


so, macam mana? 
dah ready nak bakar kalori dengan turun-naik tangga?


tangga ni, ada berani? ;)


tangga ni landai sikit dan step nye rendah..kalau naik sambil jogging okey...
dikelilingi hijau2, fresh sikit bila naik-turun tangga...


haa....nak cepat terbakar kalori nya, naik tangga ni! 
:)


jangan malas2 naik-turun tangga kalau rumah anda 2 tingkat.
rumah 13 tingkat pun boleh gak naik tangga sampai tingkat 2, pastu naik lah lif...hihi
nak bakar kalori bukan untuk kurus semata2 tapi lebih kepada kesihatan tubuh badan, otot dan jantung.
anda buat, anda dapat....

oh ya...ibu menyusu juga boleh bakar kalori dengan memberikan susu ibu kepada bayi kita.
nak tahu macam mana?
nanti kan entry saya tentang itu.
:)

selamat membakar kalori dengan tangga!


love, 
                      zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com