Showing posts with label energizing soy protien. Show all posts
Showing posts with label energizing soy protien. Show all posts

Tuesday, September 13, 2016

Berhenti memberi alasan.

Assalamualaikum..long time no see... ;)

Ada suatu ketika, rajin sesangat update blog..
Lebih kurang 5 bulan yang lalu..
The truth is, waktu tu dalam pantang..
Makan minum anak2, ada yang menjaga..
Masa saya cuma perlu spend kat baby je.
Tu yang baaaaaaaaanyak sesangat masa sampai boleh layan cinetron kat utube...hehe...

Lepas tu..
sejurus je abis pantang, terus kene uruskan semuanya sendiri.. :)
Tak menang tangan.
Mana nak uruskan bisnes.
Mana nak uruskan kerja2 rumah-masak-basuh kain-sidai kain-lipat kain-sapu rumah-mop rumah-etc
Mana nak layan anak2..Semuanya belum sekolah rendah pun..sikit2 mak...sikit2 mek..

Bila malam menjelma, kepenatan dah tahap maksima.

Hey! kata makan shaklee...penat jugak kerrrr?

of course lah penat...badan kita ni ada limitnya untuk bekerja.
makanlah lah 'ubat kuat' apa sekalipun, kita still kene tidur dan rehat.
dan disebabkan itu lah, bila memalam nak tidurkan yang si anak bongsu ni, menyusukan sambil baring, mata si mama pun turut sama berlabuh... :)

begitu lah rutin saya sejak akhir2 ni..
berkali2 berusaha untuk adjust waktu sebaik2nya di siang hari untuk kerja2 rumah, anak2 dan bisnes..
tapi saya still tak dapat buat kesemuanya secara serentak.
saya kene juga kurangkan masa tidur saya untuk bekerjaya.
sebab waktu tu je yang ada untuk fokus pada kerja.
siang2 hari saya, saya perlu spend banyak masa untuk keluarga terutama anak2.

cukup-cukup lah zura oiii bagi alasan kerja rumah n anak2 untuk fokus pada bisnes.

STOP IT RIGHT NOW, OKEY!!!

keselesaan itu bisa membunuh mu!!
ye...saya kini agak selesa dengan keadaan sekarang dan saya akui, sedikit demi sedikit keadaan saya sedang MEMBUNUH saya.


---
---------------------------



---------------------------

love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Wednesday, May 11, 2016

Hukum Darah Keguguran.



Assalamualaikum..
beberapa bulan lepas, saya didatangi soalan tentang hukum darah selepas keguguran.
Alkisahnya, wanita ini keguguran pada usia kandungan 13 minggu dan disarankan menjalankan D&C oleh doktor atau bahasa pasar nya 'kene cuci'.



Saya pun tak la arif tentang hukum hakam agama ni. Tapi sebab saya pernah alami situasi kene cuci tu, tu yang beliau tanya tu.

Kisah saya di 'cuci' ada di sini >> KEHILANGAN

Lalu saya pun rujuk kepada sahabat saya yang lebih arif berpangkat ustazah dan ustaz.

Jawapannya begini,

PANDANGAN ULAMA(MAZHAB SYAFIE) MENGENAI DARAH KEGUGURAN:


A - Berdasarkan ilmu perubatan dan sebahagian ulama berpandangan seperti berikut:

1). Keguguran di bawah usia kehamilan 10 minggu:

Sekiranya umur kehamilan belum mencapai 10 minggu dimana yang keluar  kerana keguguran itu berupa ketulan daging atau darah beku maka darah yang keluar itu dianggap sebagai darah haid.

B - Tempoh Haid Berdasarkan mazhab Syafie:

Dalam tempoh haid berlangsung wanita yang keguguran dikecualikan daripada ibadah fardu seperti solat fardu dan berpuasa fardu.

Tempoh minima keluar haid: 1 hari 1 malam.
Tempoh normal keluar haid :7 hari 7 malam.
Tempoh maksima keluar haid:sehingga 15 hari 15 malam.

C - Darah yang keluar selepas tempoh maksima darah haid (selepas 15 hari 15 malam) akan dianggap sebagi darah istihadoh (darah penyakit) di mana diwajibkan ke atas wanita yang keguguran tadi bersuci (mandi wajib) seterusnya menunaikan solat fardu dan puasa fardu (jika dalam bulan Ramadhan).

D - Keguguran setelah usia kehamilan 10 minggu ke atas /Janin Cukup Sifat
Apabila umur kehamilan telah mencapai 10 minggu dan atau dapat dipastikan yang keluar kerana keguguran itu berupa janin yang cukup sifatnya (seperti muka, jari jemari tangan dan kaki) maka darah yang keluar itu dianggap sebagai darah nifas.

E - Menurut mazhab Syafie darah nifas mula dikira setelah keluar janin tadi dan darah yang keluar sebelumnya adalah darah penyakit (istihadoh). Bagaimana pun ada pendapat yang mengganggap ianya darah haid.

F - Tempoh nifas berdasarkan mazhab Syafie:

Dalam tempoh nifas berlangsung wanita yang keguguran dikecualikan daripada ibadah fardu seperti solat fardu dan berpuasa fardu.

Tempoh minima keluar nifas:sedetik/seketika jua.
Tempoh normal keluar nifas :40 hari 40 malam
Tempoh maksima keluar nifas :sehingga 60 hari 60 malam

G - Sekiranya wanita tersebut mengalami pendarahan terputus-putus seperti wanita mengalami keluar darah beberapa hari kemudian terhenti beberapa hari tetapi kemudiannya keluar darah lagi, ianya adalah darah nifas selagi mana masih dalam tempoh maksima nifas 60 hari 60 malam tadi.

H - Manakala darah yang keluar selepas tempoh maksima darah nifas (selepas 60 hari 60 malam) akan dianggap sebagi darah istihadoh (darah penyakit) di mana diwajibkan ke atas wanita yang keguguran tadi bersuci (mandi wajib) seterusnya menunaikan solat fardu dan puasa fardu (jika dalam bulan Ramadhan).

..
wallahualam. begitulah jawapan yang sahabat saya bagi. sangat jelas penerangannya.
semoga ianya juga dapat bantu anda yang dalam kekeliruan.

buat wanita2 yang terpaksa jalani D&C,
anda boleh ambil Set Berpantang Shaklee untuk pulihkan balik sistem peranakan anda dan pulihkan kesihatan anda secara menyeluruh.



Sebarkan jika ianya bermanfaat buat anda.
(^_^)v


love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Sunday, May 10, 2015

ESP membantu penyusuan susu ibu.


Hi breastfeeding mommies!!!.
.
Saya happy nak share dengan mommies semua.
My baby nailah sekarang masuk 9 bulan, dia fully direct breasfeeding, alhamdulillah.
.
Memang ini yang saya idamkan setelah 2 kali kurang berjaya sebelum ni.
At the age of 9 months, dia kadang2 tersedak2 bila menyusu.
Mommies ngerti ngak apa erti nya?.
Ertinya, susu saya masih banyak untuk dia minum.
Again, alhamdulillah.. 
smile emoticon

.
Saya juga tak percaya sebelum ni sehinggalah saya cuba sendiri amalkan ESP ni.
Sebab tu saya share dengan mommies juga, supaya mommies pun dapat seperti apa yang saya dapat ni.
.
Dan yang paling penting, konsep DEMAND vs SUPPLY mesti diutamakan.
(^_^).
.



Dapatkan ESP mommies sekarang!
#0165952771
Whatsapp saya, okey!!
.
.



love, 
 zura bahar 
016.595.2771
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Thursday, October 23, 2014

Rahsia Soya

soya memang selalu jadi bahan gosip, 
ada yang kata, soya bagus untuk cantikkan kulit especially kulit baby.
 so, masa pregnant tu,hari2 minum soya. 
tak kisah lah air kotak soya atau soya dalam botol atau soya dalam plastik yang di jual kat pasar malam.
 semuanya di minum asalkan ianya S-O-Y-A, SOYA.
 tak peduli pun soya tu GMO soy atau NON-GMO soy...

ada pulak yang kata, minum soya boleh mengakibatkan breast dan prostat kanser.
 minum soya boleh buat lelaki jadi lembut. 
minum soya boleh itu, boleh ini...
macam2 rumors yang kita sebarkan terus tanpa usul periksa.
 apapun orang kata tentang soya, masih ramai lagi yang minum soya.
 saya percaya anda semua bijak memilih soya yang terbaik untuk anda.
 kalau anda masih tertanya2, apa dia kriteria soya yang berkualiti untuk di minum,
 DI SINI saya ada tulis tentang nya.
 klik saja kat perkataan DI SINI.
 actually, kita makan apa pun, 
kalau berlebihan tak ikut dos yang di sarankan atau melebihi keperluan badan kita, boleh memudaratkan.
 keburukan soya 1
soya yang sangat kontraversi
di bawah ni senarai keburukan soya yang sebernarnya, HANYALAH MITOS SEMATA-MATA.
Mitos # 1: Setiap orang yang mempunyai kanser payudara harus mengelakkan makan soya tradisional seperti tahu dan susu soya.
Tidak benar. Kajian baru menunjukkan bukti bahawa pesakit kanser payudara yang memakan soya selepas diagnosis,mereka benar-benar lebih baik dibandingkan dengan pesakit yang tidak memakan soya. The American Cancer Society mengatakan bahawa pesakit kanser payudara dengan selamat boleh makan sehingga tiga hidangan soyfoods tradisional setiap hari. Walau bagaimanapun, dapatkan khidmat nasihat doktor sebelum mengambil jumlah ini jika anda sedang dalam rawatan untuk kanser payudara.
Mitos # 2: soyfoods menyebabkan kekurangan mineral atau ketidakseimbangan. 
Tidak benar. Mitos ini mungkin dihebahkan kerana makanan mengandungi soya phytate dan oxalate (keduanya juga terdapat dalam bayam), kedua-duanya dianggap menghalang penyerapan kalsium.
Kajian menunjukkan bahwa penyerapan kalsium daripada susu soya dan susu lembu adalah lebih kurang sama dan tidak ada bukti bahawa soya adalah penyebab kekurangan mineral atau ketidakseimbangan.

Mitos # 3: soya mengandungi estrogen dan laki-laki yang makan soya boleh jadi 'lembut' atau feminin dan boleh menjejaskan kesuburan mereka.
mitos ni antara mitos paling famous sekali. jawapannya semestinya Tidak benar. Walaupun soya mengandungi isoflavone, soya tidak mengandungi estrogen. Isoflavone dalam soya termasuk dalam kumpulan “phytoestrogen” or “plant” estrogen grouping. Bukti klinikal menunjukkan bahawa soya tidak me'wanita'kan lelaki, tidak menurunkan kadar testosteron mereka dan tidak menurunkan kepekatan sperma mereka. Soya sebenarnya boleh memberi beberapa manfaat kesihatan kepada lelaki. antaranya dapat melindungi lelaki daripada KANSER PROSTAT.
Mitos # 4: Oleh kerana protein dari soya adalah protein tumbuhan, soya bukan protein lengkap yang mengandungi semua 9 asid amino perlu
Tidak benar. SOY PROTEIN sebenarnya mengandungi kesemua asid amino per;u dan asid amino tidak perlu, yang diperlukan dalam jumlah yang mencukupi untuk memenuhi keperluan biologi. oleh itu soya dianggap protein lengkap.
------------------- sumber webmd.com
itulah sebahagian dari keburukan soya yang digembar-gemburkan kebelakangan ini. padahal, satu masa dulu, soya dikatakan bagus dan banyak khasiat untuk kita. 
sebab tu kalau keluar perdebatan tentang soya, ramai peng'anti' protien shaklee (ESP) akan bagitahu, lagi bagus makan tempe (sumbernye soya) dan tofu. ESP juga dari soya...emm...

pada saya, tak kira lah soya apa pun yang anda pilih, pastikan soya anda memenuhi 7 kriteria soya yang berkualiti. 
bukan apa, saya cuma nak anda betul-betul dapat manfaat dari soya yang berkualiti.
 tidak lah nanti anda finger pointing pada soya lain bila anda tak dapat manfaat soya yang sebenar.
soya pilihan saya, tetap ENERGIZING SOY PROTIEN. :)
keburukan soya 2
dan ianya telah wujud sejak 1961 lagi.
keburukan soya 4
dan, ini antara resepi soya saya yang sangat lazat untuk diminum tanpa menjejaskan khasiatnya.
keburukan soya 3
Get the protein boost you need and share this delicious recipe!
cinch shake vanilla boleh digantikan dengan ESP
cinch shake vanilla boleh digantikan dengan ESP
dan ada baaaaaanyak lagi RESEPI ESP boleh di buat.
anda bagaimana?
soya brand apa pilihan anda?
dan bagaimana anda menikmati soya anda?
jom kongsi dengan saya di ruang komen.
benarkah ESP merosakkan buah pinggang1
========


love, 
                      zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Wednesday, October 15, 2014

Rahsia tangga rumah 2 tingkat.


ada apa dengan tangga di rumah saya dan rumah anda?
ada 1 rahsia saya nak reveal...
ada hantu kah kat tingkat atas sampai takut nak naik tangga?
ke takut tangga tu roboh lalu jatuh menghempap kita?
takkan kot,kan....
tangga konkrit, mesti kuat...
bukan semua tu...
tapi ada sesuatu tentang tangga yang anda mesti tahu!
---------
------
---
-


ceritanya macam ni...
semalam suami saya beli macam-macam makanan dari pasar malam.
putri2 nak wedges dan burger, dia sendiri beli mi ayam dan kat rumah ada nasi.
semua dia makan sebab putri2 ni selalu bile dah sampai rumah tak makan pulak.
hari tu, sorang minta nasi goreng, sorang lagi minta mi goreng.
last2, dua-dua saya yang makan.
emm...
bila cakap kat suami, 'gemuk lah macam ni makan macam2'
dia jawab, 'naik 1 anak tangga pun boleh bakar kalori'
ringkas jawapannya tapi padat sekali...hihi...


itu lah rahsia yang ada pada tangga!

lalu saya pun meng'google'.
info ni saya dapat dari livestrong.com
info ni dah di terjemahkan ke bahasa melayu.
--------


Setiap kali anda berjalan menaiki tangga dan bukannya mengambil lif, anda membakar kalori tambahan dan manfaat kesihatan kardiovaskular anda. Menjadikan 'panjat-tangga' sebagai rutin harian anda juga boleh membina kekuatan otot dan daya tahan.


AKTIVITI 
Berjalan naik tangga pada kadar yang sederhana boleh membentuk otot di bahagian bawah badan anda dan meningkatkan kadar kesihatan jantung anda. Memanjat tangga juga akan meningkatkan tahap kecergasan anda dan sebagai tambahan senaman harian anda.

KALORI
Seseorang yang berat 160lb dapat membakar 26 kalori dengan menaiki tangga selama 3 minit. Kalau 4 kali dalam sehari, 116 kalori terbakar! Anda boleh gunakan online ‘calorie calculator’ untuk kira berapa banyak kalori anda terbakar dengan menaiki tangga setiap hari.



FAEDAH
 Jika anda ingin memulakan program kecergasan, mula dengan panjat 1 hingga dua anak tangga setiap hari dalam keadaan santai. Berjalan naik tangga setiap hari boleh membina kekuatan gluteal muscles, hamstrings, quadriceps dan calves. Untuk senaman yang lebih fokus, anda boleh berjalan naik dan turun tangga di pejabat pada waktu rehat tengah hari anda atau di hotel semasa dalam perjalanan.


              



sumber: livestrong.com
------------------------


myHome saya 2 tingkat.
ada 20 anak tangga.
+ 1 step kat depan rumah.
dalam sehari tu, mau 20 kali kot turun naik tangga.
ini bermakna, banyak lah kalori saya yang terbakar...
yey! :)

dan suami saya pulak, selalu turun naik tangga kat tempat keje.
dah tinggal kat myHome ni, bertambah banyak lah anak tangga beliau turun naik..
no wonder lah beliau fit aje.
perut maintain flat.
seluar jeans lama2 zaman bujangan semuanya muat semula.
dan yang paaaaaaaling penting sekali, setiap pagi saya sediakan minuman protien kat beliau.
bukan minuman protien yang biasa2 je tau.
tapi, protien yang mengandungi 9 asid amino perlu, yang dapat memberi tenaga, meningkatkan stamina dan perbaiki sel2 otot. 
kenapa kita mesti ambil asid amino perlu ni?
saya akan tulis kemudian... :)

ini lah dia minuman protien yang suami saya ambil. 
ia juga minuman protien untuk ahli sukan.


so, macam mana? 
dah ready nak bakar kalori dengan turun-naik tangga?


tangga ni, ada berani? ;)


tangga ni landai sikit dan step nye rendah..kalau naik sambil jogging okey...
dikelilingi hijau2, fresh sikit bila naik-turun tangga...


haa....nak cepat terbakar kalori nya, naik tangga ni! 
:)


jangan malas2 naik-turun tangga kalau rumah anda 2 tingkat.
rumah 13 tingkat pun boleh gak naik tangga sampai tingkat 2, pastu naik lah lif...hihi
nak bakar kalori bukan untuk kurus semata2 tapi lebih kepada kesihatan tubuh badan, otot dan jantung.
anda buat, anda dapat....

oh ya...ibu menyusu juga boleh bakar kalori dengan memberikan susu ibu kepada bayi kita.
nak tahu macam mana?
nanti kan entry saya tentang itu.
:)

selamat membakar kalori dengan tangga!


love, 
                      zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Monday, June 03, 2013

SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK IBU MENYUSU

 SUSU IBU ADALAH SUSU PALING SIHAT UNTUK SI MANJA !

kerana susu ibu diakui susu yang mengandungi nutrien paling lengkap untuk bayi,
yang terbukti memberi sejuta kebaikan dalam proses tumbesaran dan perkembangan si manja.

Banyak klinikal study membukti gejala 'stomach viruses', 'respiratory illnesses' dan 'meningitis' pada bayi kurang berlaku pada bayi yang minum susu ibu.
Ini kerana, susu ibu mengandungi antibodi semulajadi yang dapat menguatkan sistem imun bayi kita dari dijangkiti kuman dan penyakit.

Oleh sebab itu, diet yang sihat sangat penting untuk ibu yang menyusu bagi mengekalkan komposisi susu yang sihat buat si manja dan kesihatan ibu itu sendiri.
Antara suplemen shaklee yang dapat membantu si ibu kekal sihat dan si bayi dapat membesar dengan sihat adalah:

- VITALEA - VITAMIN C - B COMPLEX - ALFALFA - ESP - OSTEMATRIX - OMEGA GUARD -


 VITALEA - VITAMIN C - BCOMPLEX
vitalea/multivitamin membekalkan vitamin dan mineral penting buat si ibu yang mungkin tak dapat nutrien lengkap dari diet harian.
bekalan vitamin C dan B yang cukup dalam diet harian ibu dapat membantu menghasilkan susu ibu yang berkhasiat dan sihat untuk memberi kesihatan menyeluruh buat ibu dan bayi.
kenapa vitamin C penting?
sebab vitamin C memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sel tumbesaran bayi.
kenapa pulak vitamin B complex penting?
sebab vitamin B complex dapat mengekalkan kesihatan sistem saraf bayi. ia juga penting untuk penghasilan hormon dan sel darah merah bayi.
buat si ibu pulak, ia dapat mengurangkan tekanan sekaligus dapat buat ibu sentiasa berasa tenang.


ESP
bayi kita memerlukan sumber protien yang mencukupi dalam proses tumbesaran kerana protien adalah 'basic building block of the body'.
selain tu, sumber protien yang selamat seperti non-gmo soy sangat membantu dalam penghasilan susu ibu.


OSTEMATRIX
susu ibu dihasilkan 40% daripada kalsium.
dan, kalsium ini sangat penting untuk tulang dan gigi yang sihat buat simanja.


OMEGA GUARD
omega guard yang mengandungi omega-3 fatty acid sangat membantu dalam perkembangan otak dan mata yang sihat buat si manja.
kajian saintifik membuktikan, lebih banyak bekalan omega-3 anda bekalkan kepada bayi anda, lebih hebat dan cepat neurons akan berhubung sekali gus menjadikan anak kita pintar.


ALFALFA
alfalfa mengandungi banyak nutrien penting seperti vitamin K,A,B1,B6,C,E kalsium, zinc and iron.
kesemua nutrien2 ini adalah penting untuk tumbesaran bayi yang sihat.
dan....alfalfa ini adalah rahsia turun temurun untuk menambahkan susu ibu!



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
untuk order dan pertanyaan, 
sila add saya di fb saya, baizura bahar 
atau email shaiful_baizura@yahoo.com 
atau sms 016-5952771

Thursday, April 11, 2013

istimewa untuk pasangan suami isteri...




1 je perkataan yang saya bole bagitau,
AWESOME!!

nak bagi tau lebih2 memang 18sx le..hihi...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
untuk order dan pertanyaan, 
sila add saya di fb saya, baizura bahar 
atau email shaiful_baizura@yahoo.com 
atau sms 016-5952771

Monday, October 01, 2012

7 khasiat utama ESP shaklee



1. 
-awet muda-
asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, dan lain2. pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

2.
 -baik untuk hormon-
kacang soya satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavanes, fungsinye bersamaan dengan hormon wanita. ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

3. 
-baik untuk prostat-
genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti mampu untuk mengekang pertumbuhan dan perebakan kanser. ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukar sel DNA kepada sel kanser. ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

4.
 -kulit remaja-
merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

5. 
-pembekal tenaga-
membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun. sebab tu ia baik untuk kekal bertenanga,mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.

6. 
-membaiki pigmentasi- 
membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur,membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

7. 
-membaiki memori-
meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.
jangan ragu2 dengan soya shaklee sebab soya yang digunakan adalah non-gmo soya iaitu non- genetically modified organism.
soya nya tak diubah genetiknya, dan diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat komprehensif. 


 jangan ragu2 dengan soya shaklee sebab soya yang digunakan adalah non-gmo soya iaitu non- genetically modified organism.
soya nya tak diubah genetiknya, dan diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat komprehensif.

:) 
:)

tahukah anda?

1 hidangan esp ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
untuk order dan pertanyaan, 
sila add saya di fb saya, baizura bahar 
atau email shaiful_baizura@yahoo.com 
atau sms 016-5952771