Sunday, June 13, 2021

Pencuci Rumah Organic – BasicH

Pengedar Shaklee Chemor



Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa.

Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.   Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah


5 Kelebihan Basic H berbanding Pencuci Lain

  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan

Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:

  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)

Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan. Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.


Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan


Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
.
– Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Periuk, besen dan pinggan mangkuk
– Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cermin
– Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Lantai
– Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
– Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam


Perbezaan Shaklee 


Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin

Berkesan

  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

Mesra Alam

  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.

 Delivery seluruh Malaysia

 Peluang pendapatan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami.

Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).




Monday, December 28, 2020

Check Buku Nota Putra Fauzan.


.
Semalam sebelum tidur fauzan pot pet pot pet pasal buku dia. Mata mama dah separuh dah.. Emm kan aja. 😆

Sebelum tu dia lepak bilik kakak2. Rasanya kak natrah dia yang banyak lukis n tulis kan untuk dia.

And rasanya ada jugak part2 yang dia tulis sendiri.




Yang pasti, lukisan kat kertas a4 part last sekali tu memang dia yang lukis.

Malam tu sebelum tidur, dia minta nak lukis. Dia bukak lampu meja, dia lukis sambil mulut pot pet pot pet cerita kat mama yang dah baring, tentang apa dia lukis. 
Tak ingat dah lah apa yang dia explain sebab brain mama dah melayang2 di udara dah.. 😂

❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! -
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 
 ðŸ“² sms|whatsapp 016-5952771, 
 ðŸ“§ email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 ðŸ’» visit: www.vitallyvitamin.com

Thursday, December 24, 2020

Hi hebat!



Hari ni Fathan kene ambil darah lagi.

Dia masuk bilik prosedur dengan confident sekali.

Kali ni, doktor ambil darah sambil duduk atas riba mama. Dah beberapa kali kene ambil darah sambil baring, memang meronta2 lah..
Tapi kali ni, sebab duduk dalam pelukan mama, fathan lebih cool. 😎

Ngam2 doktor nak cucuk, nurse ramai2 masuk bilik prosedur. Bising.
Fathan ralit tengok nurse ramai2 sampai tak perasan yang doktor dah cucuk tangan dia. Dia steady je tak nangis.

Lama doktor urut2 bagi darah keluar sebab kene ambil agak banyak dari selalu.
Nurse yang ramai2 tu dah kurang bising. Fathan pun mula nak tengok apa jadi kat tangan dia.

Actually zura halang penglihatan dia dari tengok tangan dia kene cucuk. Dengan cara ni, semua anak2 zura masa kecik tak nangis sangat n meronta2 bila kene ambil darah.
Bila fathan berusaha jugak nak tengok, last2 zura bagi je dia tengok.

Eh.. Steady je lah dia. Tak takut n nangis pun.. Nurse2 n doktor2 pun kagum. 😄
Selesai ambil darah, fathan jalan sendiri keluar dari bilik prosedur. Nurse siap bukakkan pintu. Seriously macam boss kecek. 😆

Dia keluar je bilik, ada makcik tengah turn,
Cakap kat dia... Hebatnya dia..tak menangis pun .
Mama senyum je lah..☺️

Pastu, masa nak ke parking moto, fathan jalan sendiri. Bertembung dengan sorang nurse ni, tiba2 nurse cakap... "Hi hebat!"
😄



Fathan tak hebat mana pun. Tapi mungkin sebab dah agak kerap kene ambil darah sejak kecik lagi.. Berulang ulang kali..
Akhirnya benda tu dah jadi 'macam senang' je.... Kan? ☺️

Thursday, December 17, 2020

Fauzan Heart Broken? 💔


Mama lepak dapur.
Fauzan datang n cakap..
"Le nak kencing je..."
"Mandi sekali!"
"Tak nak. Le nak kencing je!"
"Mandi sekali!"
Bergaduh anak beranak. 😄
Sambil dia rengek2 tak mandi, dia bukak jugak baju n mandi.
Keluar bilik air. Muka masam.
"Tapi Le tak nak kencing pastu mandi. Le nak kencing je...." Muka masam
"Haihh... Dah mandi pun. Nak bebel apa lagi?"
Cepat2 pergi bilik pakai baju.
Mama masih kat dapur. Kat breakfast Counter.
Nampak dia datang dari depan dah siap pakai baju.
Dia pegang kertas.

Dia sampai dapur, terus dia letak kertas ada lukisan ni atas breakfast Counter.
Lepas tu terus pergi.
Muka masih masam.
5 minit lepas tu, dia datang
peluk
mama... 🥰
"Tapi Le nak kencing je.. Tak nak mandi..." Cakap dia sambil
peluk
mama.
Tak habis2 lagi. 😅
Now dah happy semula.
So, kira cancel lah heart broken, kan...😆

Monday, November 16, 2020

Pengalaman Pakai Gelang 'Pink' Covid-19 - Part 2

2.11.2020. Isnin.

2 hari dah berlalu selepas Nailah buat swab test Sabtu lepas. Menurut cakap-cakap orang, kalau positif, KKM akan contact dalam tempoh 24 jam dan terus bawa ke hospital. Ramai parent yang ternanti-nanti result anak-anak. Ada yang contact sendiri KKM (kami dapat no fon untuk dihubungi) dan dapat result. Ada yang diberitahu tunggu KKM hantar result melalui whatsapp.

Kalau kira, dah lebih 2 hari ni kan KKM tak contact. InsyaAllah lah negatif. But still rasa tak tenang hati ni selagi tak dapat report yang tulis anak kita negatif.

Dalam dok tunggu result ni, kami ni tertunggu-tunggu jugak arahan untuk potong gelang pink esok hari. As mentioned before kan, Nailah kuarantin sampai 3 November je.. Tunggu punya tunggu punya tunggu, sampai malam tak de kabo berita apapun dari KKM. Haihh... sungguh lah penantian itu satu penyeksaan.

Tiba-tiba, pukul 11.28 malam, ticer hantar mesej di group whatsapp, antara pointnya:

1. Pihak kkm mungkin tak sempat keluarkan result by tomorrow dan mungkin lambat sedikit. Ibubapa diminta tidak risau dan bertenang.

2. KKM ingin memanjangkan lagi tarikh kuarentin drp 29/10 hingga 11/11.

3. Bagi mana2 parents yg tidak mengambil swab kali pertama dikehendaki memaklumkan pihak sekolah dengan kadar segera.

4. Satu gelang pink baharu akan digantikan melalui drive through esok. Surat kuarentin yang baru akan diberikan. Tempat akan dimaklumkan.

Ah sudah!. something wrong somewhare ni.. Tarikh kuarantin extend!
okey.. at least terjawab sudah tindakan yang perlu dilakukan seterusnya.

Sunday, November 15, 2020

Pengalaman Pakai Gelang 'Pink' Covid-19 - Part 1

29.10.2020. Khamis. Cuti Maulidurrasul.

Tengah zura lepak-lepak dalam bilik, 
satu mesej diterima pada jam 6.12 petang.

Assalamualaikum
Kepada ibubapa yang dihormati,
Pihak tadika ingin memaklumkan bahawa  tadika akan BERCUTI bermula 30hb Oktober 2020 (Jumaat) sehingga tarikh yang akan di maklumkan kemudian (mengikut arahan daripada KKM)
Tindakan cuti  ini terpaksa diambil sebagai langkah awal dan tindakan segera berjaga-jaga  berikutan ada  murid merupakan pesakit positif Covid 19 yang tidak bergejala


Ya Allah! betul ke ni? Jantung berdegup laju. Lepas je baca mesej tu, bertalu-talu mesej masuk dalam group, meminta kepastian. Mesej tak berhenti masuk sampai lah pada jam 11.13 malam, dapat lagi 1 mesej...

Untuk makluman ibu bapa, pihak tadika baru mendapat makluman daripada pihak kkm. 
esok kkm akan filter senarai nama students yang di beri. InsyaAllah pihak kkm akan memanggil untuk swab test pada esok hari. 
Hanya individu yg di swab sahaja akan di minta untuk home kuarentin. mohon ibu bapa bersedia. 


Subhanallah. tak lena tidur malam tu. 

Wednesday, October 21, 2020

Kes Covid-19 di Klebang Ipoh.

Pagi ni gempar satu klebang dan kawasan kejiranan Tasek dan Chemor, ada murid Sekolah Kebangsaan Klebang Jaya di sahkan covid-19!

Malam sebelum tu, group jiran dah mula viral. Tapi zura baca info tu esok paginya. 

Pengedar Shaklee Chemor COD Shaklee Chemor



Okey. Mula cuak walaupun anak-anak zura tak sekolah kat situ. Diorang pernah sekolah kat situ dan bff kakak putri pun sekolah situ. Kakak baru je jumpa bff kakak dan main kat rumah bff kakak.

Yang mendebarkan zura pagi tu adalah, murid tu sekolah agama dekat mana. Kat kawasan kejiranan zura ni, ada 2 sekolah agama. Bila tanya sana sini, murid tu sekolah agama lain, tak sama anak-anak zura. 
okey.. alhamdulillah lega.

Tapi, sebenarnya ada benda yang merisaukan zura.

Ceritanya macam ni...

Murid yang positif tu sama darjah 4 dengan kakak. Tapi, dia tak sama kelas dengan bff kakak yang sekolah sama dengan murid tu. Okey.. nampak macam tak de close contact pun kan.

Kakak ada lagi kawan yang sekolah sama murid tu dan jadi jiran kami. Sama taman dan selang beberapa buat rumah  je dengan kami. So, tiap kali diorang main, kakak akan main dengan bff kakak (Diana) dan kawan kakak yang jadi jiran kami (Laura) dan adik laura (Jemma). ok semua bukan nama sebenar.

Diana ni duduk area lain tapi dekat je dengan rumah kami. Kadang2 hari sabtu/ahad, Diana akan datang rumah kami, diorang akan main sama2 dengan Laura, Jemma dan adik2 kakak semuanya. Kejap main kat rumah kami, kejap main kat rumah Laura.

Hari ahad tu, kakak, Laura dan Jemma pegi main kat rumah Diana. 
Kakak sekolah lain. Laura, Jemma n Diana satu sekolah. Laura n Diana sama kelas tapi tak sama kelas dengan murid yang positif tu. Jemma darjah 2. Lagi lah tak bertembung sebab sekolah tu ada 2 sessi.

Nak dijadikan cerita, kalau tak silap, mak Laura n Jemma ni sama tempat kerja dengan bapa murid yang positif tu. Dan bapak murid ni positif!

Dan lagi 1, bff kakak kat sekolah sekarang, ada yang sekolah agama dengan murid yang positif tu. Makna kata, depa ni dok pusing-pusing pun tang tu jugak. Ada je yang related.

Arahan Penutupan Sekolah Kerana Pengesahan Kes Jangkitan Covid-19.