Aku doktor Dia nurse.


Baby Nailah mula dedar sejak petang semalam..
Tapi dia meragam sejak dari pagi..
Tau aje lah bila baby meragam..merengek dan kalau baby tu masih bf, dia nak menempel aje..

Sebab apa baby suka menempel bila baby rasa tak sihat?

Ini sebab nye...


Eh salah tepek poster..
Ni sebab nye..


Salah 1 reason nye, to recover from illness.
So ibu2, janganlah kisah pasal nak kemas rumah ke apa ke bila baby yang tengah demam atau tak sihat tu nak menempel je..
Ibu2 layankan je lah..
Itulah masanya untuk ibu2 rehat...
(^_^)

Alkisahnya, bila kakak putri dan baby demam, saya dan natrah akan berlakon jadi dokter dan nurse.
Of course saya doktor..hehe...
Dia nurse saya...

Hari ni, sepatutnya nurse tolong doktor jelum dahi dan badan baby dengan tuala basah..
Tapi tengok lah apa yang jadi...


Pesakit saya dah tersadai jauh dari pembaringan nya..
Dan nurse saya sedang rawat 'orang' lain..

Nak tahu siapa yang dia rawat?

Zoom sikit..


Elok la tu..baby dia pun dah bogel siap2 tu..
Sabar je lah dengan 'nurse' yang banyak akal ni...

Mudah pulak anak2 saya kene demam lately..
Menurut paed diorang, diorang ambil masa sebulan untuk imun sistem diorang betul2 kuat semula selepas di serang influenza B hari tu..

Ni antara vitamin shaklee yang dapat bantu tingkatkan sistem imun anak2 kita.


Kalau baby masih breastfeed, vitamin2 ni boleh di consume oleh si ibu.

Kita ikhtiar dengan shaklee..
Sakit itu datang atas kehendak Allah jua..
Saya doakan,
Semoga kita sentiasa peroleh nikmat sihat dari Allah...
Amiin..


love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info



DIY projeck Tool Board by Eddy


Lagi projek habibi..




Saya panggil tools board..
Letak dalam stor..

Menarik pulak saya tengok..
(^_^)

Ni lah salah 1 persamaan kami..
(Banyak perbezaan dari persamaan..)
Kami suka buat sesuatu sendiri..
Kalau rumah ni reti nak buat sendiri, dah buat dah...hehe..

.

love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

DIY project Balcony's Garden by Eddy

 Diy kali ni projek habibi..
dia memang berbakat dalam memberi idea.
selalu gak bertekak pasal design dengan dia.
suppose study archy dengan saya dulu.
boleh bukak architect firm sesama... v(^_^)

---
BALCONY GARDEN.

Setahun amik masa nak siapkan partition ni sebab kekangan masa..
Bertekak jugak lah dengan habibi cemana nak design partition ni..
Akhirnya follow design habibi sebab dia tukang buat nye kan..hehe...
So, i tak boleh demand lebey2... ;)
---
Next nak buat kolam ikan, air pancut, wooden seat and sedikit greenary kat area sini..boleh letak spot light jugak untuk enhance kolam ikan tu di waktu malam.
Bawah tu bubuh batu2 sungai kaler putih..
Atas tu boleh gantung benda yang bunyi2 bila angin tiup tu..ape ke nama dia...



---



Next, bertentangan dengan fish pond n water fountain tadi, nak buat greenary area..
Bubuh pokok2 yang boleh survive tanpa direct sunlight sebab memang tak de direct sunlight kat balcony ni..hehe..
Bawah tu nak tabur batu2 sungai yang putih tu jugak.
Kat bahagian atas boleh hanging sarang burung n replika burung dan pokok bunga orked.
Tak lupa jugak, spot light dari bawah untuk enhance pokok2 itu dikala malam menjelma.. ;)

tengok tu..kaler2 pasu dia..mesti habibi tak suka..hihi

---

Next, nak buat wooden platform supaya lantai tak plain..biar ada level, baru boleh bezakan antara hardscape dan softscape.
Next entry saya cerita apa itu hardscape dan apa itu softscape..
Ni kira major projek gak ni..
Zaman gst ni, budget kene kira betul2..hehe..maybe ambil masa lama jugak nak siapkan..

imaginasi saya lebih kurang begini..

sebahagian sahaja yang buat platform. selebihnya bubuh artificial grass + stone pavement.
lebih kurang gini..


mungkin juga stone pavement tu boleh pakai batu refleksiologi..
lebih function dan lebih sihat... :)



---



Next, seating area.
kat sini area untuk saya bersantai2 tengok anak2 main di balcony dan main2 dengan ikan (of course akan ada percubaan untuk menangkap ikan) sambil update blog dan menghirup cinch tea..chewaahhh...
dinding tu boleh letak gambar2 yang related dengan garden.
tingkap bilik air tu akan di cover dengan wooden blind.
dont worry kami tak bukak tingkap ketika mandi.
(of course tak boleh bukak sebab tingkap tu rendah kot..hehe)..
dalam bilik air ada exhaust fan, ada pengudaraan..
atas seat area ni boleh gantung sebijik garden lamp..
cuma, saya tengah keliru sama ada nak letak garden furniture set macam ni...


atau sofa bulat macam ni...


atau swing?
memang rare swing ni..hehe



kanak-kanak mesti vote for swing...
emm..
korang pulak rasa yang mana lagi best untuk semua peringkat umur dalam rumah ni dan functional?
share sikit idea korang.... :)


---
i just cant wait untuk duduk2 di sini..
doakan kami murah rezeki (duit dan masa) untuk siapkan DIY project ini ya...
harap2 tak perlu tunggu lagi setahun... ;)



love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN...

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN...




Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, 
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, 
lalu dia bersabar dengan kerenah, 
kesusahan dan kesenangan mereka, 
nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”


Seorang lelaki bertanya, 
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda, 
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata, 
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab, 
“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)


Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, 
melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” 
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)


Daripada Aisyah r.a., 
dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, 
nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” 
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)



Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. 
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. 
Daripada hadis-hadis di atas,  dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, 
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?
Menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. 
Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. 
Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. 
Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar,  tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, 
Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

Sumber :
www.hilal.imamuda.com



love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Rahsia mendapat bayi kulit cerah.


Semalam baby nailah check up setahun.
Sepatutnya masa birthday dia hari tu, 25 ogos.
Tapi sebab masa tu admit hospital, kene lah tukar tarikh.

Pada usia baby genap setahun, baby officially dah pandai jalan..
Lebih cepat dari kakak2 dia..
Alhamdulillah..tapi gigi dia, dok tang tu je..6 batang..hehe..
Nenek kata tak pa..lambat tumbuh, lambat lah rosak..
Tak mo lah rosak...hihi..

Okey..dah lari dari tajuk..
;)

Kat klinik, ramai nurse tegur baby nailah putih.
Nak kata dia putih melepak tu tak la..
Genetik saya dan suami tak de dna putih melepak ala2 orang putih tu kan..
Tapi, putih atau kecerahan kulit baby tu terserlah..
Kulit dia nampak bersih, sihat dan sekata kecerahannya...
Tak tahu nak describe..
Kene jumpa baby sendiri..hehe..


Masa umur baby 9 bulan kebawah, memang baby agak sensitif dengan produk2 baby yang biasa saya guna sebelum ni, yang senang dapat kat pasaran. Untuk elakkan dia dapat rashes sebab alergi bahan2 dalam produk tersebut, saya tak pakaikan dia sabun atau shampoo sampai umur dia hampir setahun.
Saya tak cemari kulit dia dengan bahan2 kimia yang boleh merosakkan kulit.
Baby kan natually wangi..
Tak pakai sabun wangi pun dah wangi..
Lagi 1, baby bukannya main lari2 sampai peluh2 pun kan..
Just mandi dengan air sahaja pun dah boleh buat baby wangi semula jadi...
(^_^)


Lagi 1 yang saya amalkan semasa mengandungkan baby dan breastfeeding baby, (yang saya tak amalkan masa kakak2 baby dulu), saya amalkan minum soya yang tidak diubah genetik nya, yang saya ambil ikut keperluan saya (tidak berlebihan) dan yang terbukti selamat untuk saya dan baby.

Sifat soya yang kaya dengan protien inilah yang dapat menjadikan kulit kita dan baby lebih sihat dan cerah sekata.
Sebab apa?
Sebab salah satu fungsi protein adalah untuk membina sel2 baru yang telah rosak.
Kulit kita yang lebih terdedah kepada cahaya matahari dan pencemaran udara lebih mudah rosak dan mati.
Sebab itu lah pentingnya kita kene amalkan pengambilan protein yang cukup setiap hari.
Kita boleh ambil protein dari sumber2 makan atau air kotak perisa soya setiap hari.
Tapi kita tak tahu, cukup ke keperluan protein yang kita ambil tu?
Atau berlebihan?
Betul ke non gmo soy (soya yang tidak diubah genetiknya) yang kita minum?
Atau gmo soy? (Soya yang diubah genetiknya)

Kalau kita minum ESP, minuman protein shaklee yang berasaskan soya, kita boleh tahu berapa mg dah protein yang kita ambil.
So, kita takkan overdose protein setiap hari.
Dan semestinya kita yakin, soya yang Shaklee guna untuk hasilkan ESP adalah non-gmo soy atau soya yang tidak diubah genetik nya..



Inilah minuman protein yang saya amalkan.ESP + MEAL SHAKE.
(Add on Cinch Tea).
Saya minum dan breastfeed baby.
Secara tak langsung, both kami sama dapat manfaat protein ni.


Itulah 2 rahsia besar bagaimana baby nailah saya dapat kulit yang sangat2 bersih dipandangan mata.

Percubaan sikat rambut sendiri..hihi 

Kalau ibu2 hamil dan breastfeed nak cuba minuman protein yang saya amalkan ni, whatsapp je saya, k.. 016.595.2771.
Kebetulan bulan ni ada harga jimat untuk pembelian ESP.
(^_^)

DAPATKAN ESP ANDA SEKARANG TAU !!!



love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Girls Day Out.

Dah lama tak bawak putris jalan2 playground n hanging around shopping complex.
Sejak banyak diy projek kat myHome yang papa cuma ada 1 hari je nak buat.
Dan hari nya adalah hari yang selalu kita spend time bersama2.

Semalam, mamapapa bawak girls tengok wayang!!
Dah lama papa berhajat..
Dan akhirnya, terlaksana jua..
Berjaya kah kami menonton wayang berlima sampai habis movie?

Lets check it out !!! ;)


Kami ke ipoh parade.
Ohh..dah lama tak ke sana..
Dulu masa saya bekerja dulu, selalu jugak ke sana..
Sebulan sekali ada kot..
Pergi time lunch, sorang2..
Kadang2 just nak solat zuhur kat sana..

Tu 2 tahun yang dulu.
Last saya pergi, ipoh parade tengah renovation.
Termasuklah surau dia.
Kali ni pegi, wowww...
Cantik dan selesa sangat surau dia..



Haa..baru la high class macam ni..
Seiring lah dengan renovation kat part lain..

Tapi, yang lebih mengujakan saya, dah ada mothercare room.
Sangat selesa dan bersih..
(^_^)
Barulah mama2 senang hati nak breastfeed baby..


Sweet kan tempat mandi baby tu..

Lepas solat, kami terus ke GSC..
Movie start pukul 2.
This is their 1st time.
So, putri tak dapat gambaran lagi panggung wayang tu macam mana.
Mulut tu asyik bebel "mana wayang ni mama"

Masuk je panggung, apa lagi teruja lah diorang.
"Wah..besar nye tv mama..ni ke wayang mama.."
Bila movie nak start, lampu tutup, natrah dengan suara comey nye berkata, "nape tutup lampu papa?"

Haha..

overall, putri dan natrah enjoy tengok movie nye.
Belum separuh cerita, popcorn dah abis.
Diorang just komplen sejuk..
Sian..diorang pakai tshirt biasa je..
Dan 2-3 kali pergi toilet!
Next time kita bawak sweater ye..

Oh..lupa nak bagitau, kami tengok movie ni..

Inside out.


Kakak2 putri dah reti untuk tekun bila tengok kartun.

Baby putri macam mana?
Separuh masa pertama, okey.
Behave.
Sebab ada popcorn.
Suap aje, diam lah dia..
Masuk separuh masa ke 2, mula tak diam..
Mujurlah duduk belakang sekali..
Terpaksa lah saya nonton movie sambil dukung dia, sambil jalan2 kat belakang n sambil biarkan dia merangkak2 bawah kerusi.
Jenuh jugak lah nak kawal dia..
Hehe...

Tapi, berjaya jugak tengok sampai abis..
v(^_^)

Seronok bukan main kanak2 ni ye..
Dah nama pun kanak2 kan..


Diorang ni memang suka lari2.
Kalau stay 1 tempat macam ni (tengah tunggu papa pegi toilet), diorang akan lari2..
Kalau bawak solat kat masjid, lagi heaven.
Lari dari hujung sana ke hujung sini.
Baby macam biasa, follow aje apa 'cikgu2' dia buat..


Lepas tengok movie, perut kriok kriok lapar.
Pergi padang polo pulak makan laksa.
Nyum nyum..
Lama tak pekena laksa..
Ada 1 tempat yang laksa nya saya takkan lupa..
Sangat enak di tekak saya..
Kedai makan kat bukit bendera.
Janganlah mengidam laksa situ..jenuh kene pi bukit bendera..
Hihi..



15 minit main kat playground sebelum balik rumah..

Happy bila dapat buat anak2 happy dan happy bila mamapapa dapat spend time dengan anak2..
(^_^)
Sementara papa banyak hari dapat cuti, puas putri2 dapat spend time dengan papanya yang kuat bekerja...




love,
 zura bahar
 hotline: 016.595.2771 

Sport Day Little Caliph Klebang Restu (Tadika Mesra Qaseh)

Ahad.
Semua kene bangun awal.
Which is sangat rare berlaku di rumah ini.
Hehe...

Kakak putri excited. Today is her day !!!
Hari yang di nanti2kan sekian lama..
Padahal last week seminggu dia tak sekolah sebab demam semula.
Mama dia ni dok kenangkan ahad dia nak sukaneka.
Hari2 doakan putri cepat sembuh semula biar putri dapat join sukaneka pertama dia.
Hari jumaat tu, dia dah tak demam dah..
Cuma ada batuk2 saja..
Alhamdulillah..Allah qabulkan doa saya..

Natrah pulak liat nak bangun.
Bila bangun sambung nangis semalam.
Nangis sebab.....nak tinggal kampung opah, tidur dengan opah..
Semalam kami balik kampung opah.
Saja gurau2 kat dia yang dia tinggal dengan opah.
Mula2 dia tak nak.
Tapi bila dah selalu kene provok, sudahnya meraung2 bila kereta meninggalkan kampung opah.
So, terbawak2 sampai dalam tidur dan bangun tidur.
Tapi akhirnya, everything is fine.

Nailah pulak?
Steady je kene kejut bangun.
Asalkan mama ada depan mata.

Maka..bersiap2 lah kami ke Sport Day Tadika Mesra Qaseh.

Putri sangat excited.
Dia tengok2 keliling (area sukan dia), dia senyum2.. (^_^)
Teacher offer makan n minum pun tak nak dah..

Tempat anak2.

Tempat anak2 view dari tempat parents.

Posing2 dulu...


Tak tengok mama dah..sibuk tengok kiri kanan..


Hadiah untuk anak2 dan cabutan bertuah.
Grand prize untuk cabutan bertuah adalah basikal.
Sempat saya minta putri doa biar dapat no 1, dapat basikal.


Acara bermula dengan perarakan..hehe..
Comey la hai budak2 ni.
Tadika ni baru 1st year beroperasi tahun ni.
So, anak2 nye tak ramai.
Ada 4 rumah sukan.
1 rumah ada 8 orang je ahli.
(^_^)
Tu pun rasa dah meriah dah..
And cepat lah sikit selesai sukan nye..hehe

Rumah hijau tak masuk pulak. My putri rumah purple. Sebab beliau sangat tinggi, beliau yang paling belakang sekali tu.

Acara dimulakan dengan bacaan al fatihah oleh anak 6 tahun, nyanyi lagu negaraku, bacaan ikrar dan warming up.


Warming up diorang sangat comey..
(^_^)



Kanak2 geram lagu start lambat..hihi



Its called 'Hokey Pokey Dance'.


Lepas tu, acara sukan pun bermula.
Ni acara putri saya.


Putri dapat no 1. Yey!!!
Walaupun 2 minggu tak datang latihan sukan, semangat kesukanan tetap ada !!!
Teacher Ira yang sampai kan hadiah. Teacher ira lah teacher yang ajar putri.

Tetiba (saat saya menulis ni) saya terfikir, macam mana kalau putri tak dapat no 1?
Biasanya dia akan menangis kalau dia tak dapat apa dia nak..
Kat sekolah pun teacher pernah bgtau yang dia menangis bila kawan lebih dari dia..hihi..
Apapun, alhamdulillah putri menang.
Cuma saat2 bawak telur tu, tak fokus.
Boleh pulak dia pandang orang tepi.
Nasib baik telur tak jatuh..hihi

Tu aje acara individu putri.
Lagi 2 acara berkumpulan.
1 acara tu kumpulan putri dapat no 2, lagi 1 acara dapat no 1..
Yey!!!
Hebat2 diorang..



 Natrah tumpang happy. Next year natrah pulak sukaneka ye... (^_^)

Tunjuk kat papa hadiah2 dia.
Papa dok bawah khemah sebab jaga baby nailah tidur.
Maklum le..bangun awal..hehe

Last sekali cabutan bertuah.
Sejak saya join grup jutawan berbisnes shaklee, saya belajar satu kuasa yang dipanggil 'kuasa minda'.
Secara ringkasnya, apa yang kita fikir, itulah yang kita akan dapat.

So, masa tengok basikal tu, saya terus masukkan 'data' dalam kepala yang saya nak menang basikal.
Lepas tu, timbul perasaan, no saya akan naik masa cabutan bertuah nanti.

Selama ni saya tak pernah bertuah ketika acara cabutan bertuah.
Tak pernah tau..
Tapi hari ni, saya bertuah !!
Yey..
Tak dapat basikal..
Tapi dapat tupperware..
(^_^)


Bila putri tengok hadiah ni, putri cakap, tak dapat basikal pun..
See...kan saya dah kata tadi, putri adalah spesis manusia yang tak suka kalah..
Emm.. Saya harus train putri untuk belajar redha..

Last sebelum balik, sekeping gambar bersama teacher Ira.
(^_^)

Susah bebeno kakak putri nak senyum happy2..
Asyik control senyum and senyum simpul sorang2 je..
Tapi saya tahu, deep inside her heart, dia happy...

(^_^)

Alhamdulillah...


love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771
 --------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info