Masalah jerawat hilang dengan set kecantikkan shaklee.

Ibu beranak dua yang mengalami breakout lepas lahirkan anak kedua kini dah temui solusi untuk dapatkan kulit lebih sihat dan cantik. 😍

Orang kata umur 30an dah stop jerawat2 ni, betul ke ye? 😄

A


❤, 
 Baizura Bahar 
 Pengedar Shaklee Chemor, Perak. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
--------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.comwww.vitallyvitamin.com

"Skin Care Giveaway by Airah Syahirah"


hi.
first time ni zura nak join give away dari blogger. semoga ada rezeki dapat merasa skin care dari korea ni. :)

tempting juga hadiah2 nya antaranya:



so korang yang rajin blogging, jom2 join giveaway airah syahirah ni.


Cara nak join Giveaway? 







Syarat penyertaan Giveaway

1. Follow blog Airah Syahirah. (Widget followers ada dekat sidebar)
2. Follow facebook page Airah Syahirah Blogger
3. Follow instagram @shesyeeraa
4. Copy banner dan buat satu entry bertajuk "Skin Care Giveaway by Airah Syahirah"(Backlink kan banner okay)
5. Tinggalkan link entry dekat bahagian komen



Giveaway ni akan berlangsung dalam bulan Julai dan August serta akan ditutup dalam bulan August juga. Pemenang akan dipilih melalui konsep lucky draw. Jadi jum la ramai-ramai join okay. Giveaway akan terbatal sekiranya kurang dari 50 penyertaan.

..



❤,
 Baizura Bahar
 Pengedar Shaklee Chemor, Perak.

 Order atau keahlian Shaklee?
---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Review Hanaz Cafe Meru Permai



Pagi tadi tak minum Cinch Shake sebab suami ajak breakfast kat luar. Kalau minum Cinch Shake nanti rugi pulak kan sebab dah rasa kenyang gila. Nanti tak order makanan pulak.


So hari ni kita skip lah Cinch Shake. 
Zura order mi kari, MasyaAllah sedap gila..
...
"Sedap kan bang kari dia.."
"Ha ah..." suami pun setuju. Suami order kuew tiow kari. 

Tak perasan pulak harga berapa tapi rasanya rm5 satu mangkuk.

Mangkuk besar, penuh. 
Kuah kari dia lazat nya. 
Bahan2 tabur dia banyak. 
Taugeh segar krup krup.
Zura hirup sampai titisan kari yang terakhir...
Kene betul dengan tekak zura.
Sedapnya.. Teringat2.. 😍😍




dengar cerita kuew tiau kicap, roti goyang, cucur udang kuah kacang, roti canai dan lain2 pun sedap juga. next time boleh repeat lagi datang sini try menu lain pulak. 

untuk makluman, Hanaz Cafe ni beroperasi 7pg-12mlm.
Cafe nya berkonsepkan stall-ala carte untuk sarapan pagi dan makan malam.

alamat penuh cafe:
No 2-1 Halaman Meru Permai,Bandar Meru Raya (2.29 mi)
Ipoh, Perak 30020
(taip je location Hanaz Cafe Meru Permai kat maps)

sekian review tak berbayar dari zura. hihi.
yela..orang kata, kalau benda betul2 bagus, tak payah upah orang nak promot. customer sendiri yang promotkan, percuma. 




❤, 
 Baizura Bahar 
 Pengedar Shaklee Chemor, Perak. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Prosedur Tukar Sekolah Kebangsaan.


1. 

Ambil borang tukar sekolah kat sekolah. Ada beberapa dokumen yang perlu dilampirkan iaitu salinan surat beranak anak, ic mak ayah, surat nikah mak ayah atau surat cerai jika dah berpisah.

2. 

Ada 2 pilihan sekolah yang perlu diisi. Pastikan kita dah tahu sekolah mana yang terdekat kita nak hantar di tempat baru nanti.

3. 

Hantar borang tukar sekolah tu kat pejabat sekolah 1 minggu sebelum pindah. Ada sekolah yang boleh terus siap dalam tempoh sejam. Ada sekolah yang suruh balik dulu, dah siap nanti sekolah akan call. Sebab sekolah kene key in data and buat surat untuk di hantar ke PPD sekolah baru.

4. 

Bila dah dapat surat permohonan sekolah baru, hantar surat tersebut ke PPD sekolah baru. PPD akan proses terus surat tersebut (key in data etc2) dan PPD akan keluarkan surat penempatan.

5. 

Bawak surat penempatan tersebut ke sekolah baru.

6. 

Kalau tukar sekolah masa sesi persekolahan sedang berjalan, boleh bawak surat n anak ke sekolah terus. Anak boleh terus mula sekolah.

7. 

Buku teks boleh terus bawa ke sekolah baru.


Tu saja prosedur nak tukar sekolah anak2. Mudah je prosedur nya. 😊


Semoga anak2 kita happy kat sekolah baru.
👫👬👭👫👬👭👫

..
love,
Baizura Bahar
 Pengedar Shaklee Chemor.
Order atau keahlian Shaklee?
---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Cik City Merajuk. Allah Bantu Melalui Jiran Yang Baik Hati.


Tu la..  Sepatutnya kene bawak cik city pergi servis 2 minggu lepas, tapi tak bawak, kan dah merajuk.
Alkisahnya, di pagi jumaat yang kecoh sangat. Natrah n nailah mandi dari jam 6.45 pagi sampai 7.20.  Hangin mama dah macam puting beliung dah. Nak sekolah weeiiiiiiiiii!!!

Hangin tak hangin, kene lah sekolah jugakkan. Selesai hantar semua kakak2 ke sekolah, singgah gerai kuih. Selesai beli kuih, start enjin cik city, tekan button ac, pulas tombol kipas, tak de pape efek. Air cond tak kuar pun. So, tak pe lah. Balik rumah.

Wasap suami, suami tak reply. Dah tidur lah tu. Semalam beliau kerja shift malam.

Jam 5.28 petang, baru beliau reply:
“Check bonet dpn kipas radiator jln tak. Kalau tak jalan jangan bawak kete tu.. nanti panas lak tengah jalan.”

Adududu.. pukul 6 kakak2 balik sekolah. Jap lagi dah nak kene keluar.
Kita pun bertindaklah mengikut arahan. Terkial2 bukak bonet enjin. Start enjin. Anak soleh fauzan n nailah dok sibuk2 jugak jenguk2 enjin kereta. Kita dok risau bonet tu kot tertutup hempap kepala diorang, kot lah zura salah sendal besi tu. 
Haha..mak-mak sungguh!

Cari kipas kat mana ni tak jumpa. Hadoi..  nampak sangat tak amik kisah pasal enjin cik city.

Video call suami, tak jawab pulak. Tipon jiran, Anis. Dikala begini, memang jiran lah tempat ku bergantung harap.

Anis tak de kat rumah pulak. Suami nya balik lambat. Nasib baik Anis tahu kat mana kipas kete. Sah tak jalan.


5.51 petang.

Wasap jiran yang lain pulak, Awie. Nak minta tolong. Help! Help!
Awie tak reply.
Adududu.. bagaimana ni? 

Boleh je nak jalan pi rumah jiran ketuk pintu sebenarnya. Hehe..
Tapi rasa segan nak minta tolong. Ada rezeki jiran tolong, alhamdulillah. Tak de rezeki tak apa. Zura faham masing2 ada urusan masing2. Sebab zura nak minta tolong ni pun kira on de spot, kan. Kita tak tahu planning orang.

Masuk rumah. Sempat basuh pinggan jap. Sambil zikir nabi yunus. Sungguh2 berserah pada Allah. ‘Kakak2 dah keluar kelas ni, tolong aku ya Allah. Macam mana nak ambil diorang ni’, dalam hati tak berhenti berbisik.

Selesai basuh pinggan, lepak depan rumah sambil bersandar pada cik city. ‘Wahai cik city...kenapa nak merajuk time ni...’

Lepak depan rumah tu sebenarnya nak tunggu Anis balik rumah. Hehe..  nak tak nak, kene jugak lah minta tolong Anis.

Sambil tu install apps grab. Tu je ikhtiar terakhir.
Tengah install, Awie balas wasap. 

Katanya ada kat luar, baru nak balik. Zura jawab, tak apa. Tapi sebelum tu zura bagitau kipas keta tak pusing, tak berani nak bawak nak ambil putri balik sekolah, ingatkan nak minta tolong ambilkan putri.

Takdir Allah, Awie memang ada kat area sekolah diorang. 
MasyaAllah... 
syukur sangat tak terkata. Lepas bagitau sekolah diorang, jam 6.38, Awie wasap ‘ok selamat dah’. Alhamdulillah..alhamdulillah..

Lambat sangat dah ambil diorang. Kesian diorang.
Tengah tunggu diorang sampai, kereta Anis pun lalu. Anis berhenti, sembang2 jap.

Fathan? 
Mana fathan sepanjang kejadian? 
Di saat2 zura bukak bonet enjin konon2 nak repair kete? 
Confirm anak soleh tu melalak nak mama.

Takdir Allah juga, sebelum zura buka bonet enjin, fathan merengek2 dalam buai. Zura buai dan dia tidur balik. Zura nak keluar rumah, dia merengek lagi. Waduh waduh.... gawat ni kalau dia bangun. Gigih buai lagi berharap dia akan tidur semula. 

Dan ya..rezeki dia tidur balik lama sampai lah anis lalu depan rumah tu. Kiranya, sepanjang zura dok kalut2 resah gelisah tu, Allah tidurkan dia. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Sementara tunggu kakak2 pulang, tiba2 muncul 2 hero nak tengok2 kan kereta, suami anis n suami norul.  Alahai...segannya dengan jiran2. Tapi kalau segan, mereput lah kita dengan anak 5 orang ni kat sini. Hihi..

Tak lama lepas tu, anis pun datang n kakak2 pun selamat  sampai rumah. Alhamdulillah..syukur atas kejadian hari ini. Sikit nikmat Allah tarik, tapi baaaanyak kebaikan Allah beri balik. Kali ni, zura pulak yang malu dengan jiran2 semuanya baik hati.

Cerita panjang lebar ni, ade ke yang baca? Haha..


Moral of the story, kalau sayangkan kereta, bawak2 lah pi servis ikut jadual. Manja cik city ni. Kita lambat sikit bawak pergi servis, dia merajuk pulak.. haha.. doakan cik city cepat bertemu jodohnya dengan tuan oddysey. 




❤, 
 Baizura Bahar 
 Pengedar Shaklee Chemor, Perak. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
 60165952771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Nasihat Buat Yang Dah Berumah Tangga.


Ustaz pesan dalam #tanyalahUstaz , sentiasa perbaharui perkahwinan. Bukan kawin baru.. 😄

Maksudnya, tak kira lah dah berapa tahun kawin, sentiasa la cipta mom...en2 seperti mula2 kawin dulu. 

Teringat pillow talk dengan suami malam tadi, antara kami ada fauzan tengah tidur. 

Suara kami kuat agaknya, fauzan terjaga n rengek2.
Kami sama2 tepuk fauzan. Terbayang saat2 kakak putri baby2. Terasa macam baru ada sorang ada je malam tadi.. Hihi.. 

Masa mula2 tidur berjauhan dengan suami, (definasi jauh tu ada putri kat tengah2), zura nangis sorang2 malam tu.. 🙈🙈
Mengada betul! 😁

Pastu tak heran dah la ada 2-3 anak kat tengah2..hihi.. 

So apa zura nak sampaikan adalah, jagalah diri, jaga kesihatan, jaga penampilan, jaga energy, untuk pasangan kita.. 
Mudah mudahan, dgn kesihatan yang baik, penampilan sentiasa menarik, energy sentiasa muda, perkahwinan kita sentiasa seperti baru saja berkahwin.. 

Nasihat ini untuk peringatan zura sendiri jugak.. 
Semoga bermanfaat untuk teman2 yang sudah berumah tangga... 😊

Kalau mencari suplemen untuk suami isteri sentiasa bertenaga dan awet muda energy serta penampilannya, zura suggest anda ambil Vivix dan pasa isteri boleh gunakan Youth Skincare. Kita ikhtiar, selebihnya urusan Allah.😊


ketahui 8 kebaikan polifenol untuk kesihatan kita di SINI.




❤, 
Baizura Bahar 
 Pengedar Shaklee Chemor.  

Order atau keahlian Shaklee? 
--------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

DIET UNTUK IBU MENYUSU YANG BABY SEDANG KUNING


Ada macam2 cara yang korang tau kan.
Sama ada ibu2 kene makan mahupun air mandian baby.

Zura lebih utamakan apa yang zura kene makan daripada air mandian baby.
So apa yang zura nak share ni adalah lebih kepada diet untuk si ibu.
First sekali, make sure korang bagi susu ibu sepenuh nya pada baby.
Pastikan liang2 susu ibu tu terbukak semuanya supaya baby dapat minum puas2. Kalau rasa tersumbat n susu ibu tak flow dengan baik, minta bidan urutkan 'kilang susu' biar susu boleh keluar dengan sepenuhnya.

~ Sebab apa susu ibu jadi point utama ni? ~ Sebab, dari susu ibu lah baby akan dapat segala khasiat dari makanan yang ibu2 makan. Makanan yang dapat bantu turunkan kuning baby, InsyaAllah.
... 

DIET UNTUK IBU MENYUSU YANG BABY SEDANG KUNING

... 

1. Makan fresh fruit n vegetables.



Buah buahan n sayur sayuran ni tinggi antioksidan which is dapat bantu kurangkan risiko hati rosak masa proses metabolisma dan memudahkan proses pencernaan.
Dan antara buah yang sangat bagus untuk kesihatan hati adalah Anggur, cranberries, blueberries, citrus fruit macam lemon dan oren, betik, tembikai, kentang, labu, keladi, avocados, zaitun, lobak, dan ada lagi.. Since kita dalam pantang, kan.. Kene lah makan yang tak sejuk or berangin.
• zura makan Anggur Hitam n Oren.


2. Kopi dan teh herba.


Kopi n teh herba juga tinggi antioksidan. Kafien dapat bantu merangsang pencernaan.
Pengambilan kopi yang sederhana dapat mengurangkan sebarang risiko pada hati.


• sebelum susu zura bebetul keluar sepenuhnya (sebab bengkak susu n ada ketulan), baby fathan kurang kencing. Dia ada berak, tapi tak banyak. Kita pun maklumkan, kuning baby cepat turun kalau baby banyak kencing n berak.
Satu hari zura rasa teringin pulak minum kopi. Sejak teringin tu, mak zura pun setiap petang buatkan kopi untuk zura minum. Sejak hari tu zura perasan, kuning fathan beransur kurang.


3. Bijirin penuh (whole grain)


Makanan bijirin penuh ni kaya dengan nutrisi yang bagus untuk kesihatan hati iaitu lemak sihat, antioksidan, serat dan mineral.
Satu kajian pada 2013 mengesahkan bahawa mereka yang makan oat, which is kaya dengan beta-glucan, dapat meningkatkan fungsi hati selepas 12 minggu penggunaan.

• setiap pagi zura breakfast quacker oat.

4. Kekacang.


Kekacang pun tinggi anti oksidan dan kaya dengan Vitamin E.
Selain tu, kekacang jugak kaya dengan serat dan lemak yang sihat.
Kajian membuktikan, pengambilan kekacang yang regular sangat bermanfaat untuk fungsi hati.

• zura tak makan kekacang. Ada hajat nak ambil Vitamin E Complex by shaklee tapi lupa je nak ngap..🤭

5. Protein.


Protein dari tauhu, kekacang dan ikan kurang beri tekanan pada hati kalau nak compare dengan protein dari sumber daging.
Ikan yang kaya dengan asid lemak omega 3 seperti salmon dan makarel pulak sangat bagus dalam membantu me metabolisma kan karbohidrat, asid lemak dan protein.

• zura ambil protein dari soya, ESP shaklee. And of course dok makan nasi lauk ikan je hari2.. 😊


...
Diet inilah yang zura amalkan untuk turunkan kuning baby.

Asalnya zura cuma ambil protein dan oat je setiap hari.

And kilang susu pulak tersumbat. Sampai zura rasa nak demam bengkak susu.
Siap dah jadi ketul2 dah tau.

Pastu, bidan urut kaw kaw punya bagi pecah susu, sampai kene tepis tangan bidan..sakit gilaaaaa 😅

Sejak tu, kilang susu dah tak tersumbat lagi n zura pun start ambil anggur hitam, oren n minum kopi.
Bila baby fathan dapat susu sepenuh nya, baru lah bacaan kuning dia mula turun secara regular setiap hari...


Alhamdulillah sangat2..
Lega rasanya walaupun kuning fathan tak tahap teruk pun.


Isnin nanti nak check lagi. Hopefully itu kali terakhir check sebab tiap kali nak amik darah fathan, dia kene cucuk 2 kali.
😭
Sebab darah dia susah nak keluar..


Again zura nak tekankan, pasti kan susu ibu keluar sepenuhnya dari kilang susu supaya baby dapat segala khasiat dari diet yang ibu2 makan.
Mudah mudahan, sharing zura ni dapat bantu turunkan kuning baby ibu2 sekalian.. Dan hilangkan rasa gundah gulana ibu2 jugak... ☺️




love, 
 Baizura Bahar 
 Pengedar Shaklee Chemor. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
--------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Hidup ni tak pernah sempurna. Setiap hari diriku ibarat roda. Sat kat atas, sat kat bawah.

Hidup ni tak pernah sempurna. Setiap hari diriku ibarat roda. Sat kat atas, sat kat bawah.

Pagi ni bangun lewat. Kelam kabut kejut anak2 bangun mandi solat siap2 pergi sekolah. Dah kalut tu, fathan pun terbangun. Tak berhenti lah dia nangis masa zura siap2 mandi sume. Tak de pilihan selain biarkan dia menangis. Dan tak de pilihan jugak kene mandi awal pagi sebab kalau tak mandi pagi2 buta, tak de masa senggang yang boleh slot untuk mandi. Pastu nanti, memang waktu maghrib nanti lah baru zura mandi. Nampak tak betapa penting nya ‘masa’ itu buat mama lawa anak ramai ni..hihi

Selesai hantar kakak2 sekolah, masa untuk spend dan uruskan baby2 pulak. Selalunya waktu ni zura akan mandikan fathan n fauzan dan breakfast sama2. Sambil2 tu nonton television dan selit2 update kat group, baca wasap group dan sharing2.  Lepas tu tidurkan fathan. Hari ni fathan tidur lama betul. Lepas masukkan baju kotor dalam mesin, zura cepat2 ambil barang2 untuk masak dari fridge. Berharap agar boleh siap masak sebelum ambil kakak2 balik sekolah agama jam 10.45.

Masa tu dah pukul 10 lebih sikit. Menu simple aja, telur mata masak kicap dan sayur goreng. Potong2, basuh2, tumis2, goreng2...siap! sempat lagi basuh pinggan clearkan sink dan masak nasi. Fathan elok je tidur lena tak bergerak langsung. Alhamdulillah... rasa sempurna dah pagi ni. Walaupun pagi tadi terlewat bangun, i thought everthing akan spoil untuk satu hari. Tapi tak..Allah tu maha baik. Maybe asbab pasang al waqiah dalam kereta masa hantar kakak2 sekolah tadi.

Then, pergi ambil kakak2 balik sekolah agama pulak. Hati dah gumbira dah sebab dah siap masak. So, boleh lah lepak2 jap sambil layan fon n layan anak2. Oh...sempat sidai kain jugak! Selalunya matahari dah nak tenggelam baru nak sidai kain. Hihi..

Jam 12 lebih sikit, keluar ambil baby balik tadika pulak. Since kakak masuk sekolah petang lewat sikit, ambil lah nailah dulu. Boleh makan sama2 nanti sebelum hantar kakak sekolah. Sempat jugak singgah kedai runcit beli roti, tempe dan mi.

Sampai rumah, terus hidang lunch n ajak anak2 makan. Dalam hati rasa syukur sangat. Semuanya nampak smooth aja. Perfect!  Selesai lunch, sementara tunggu kakak2 siap, fauzan pun sibuk lah nak bersiap jugak. Sebab dia basuh tangan sampai lenjun baju dan seluar dia. Okey, fine. Masih ada masa lagi.

Sampai saat betul2 nak keluar rumah, zura pergi ke dapur. Zura nampak something warna putih2 macam tisu atas lantai. Apa benda ni? Takkan nasi kot, macam lain je. Sebab diorang makan tumpah2 kat meja makan tu tak kemas lagi. Nampak macam berkapas..apa benda ni?  Berkali2 zura telek. Apa ni? Jalan ke depan, eh ada lagi. Macam rata satu rumah benda putih2 ni berterabur.

Tiba2 kakak jerit, “Mama!!! Pampers fauzan bocor!!!  Euww...”
Oh Allah.. ni lah benda putih2 tu. Isi pampers fauzan terkeluar. Hadoiii..  rata satu rumah, susah nak lap wei. Terus rasa nak nyanyi lagu Fauziyah Latif.. “inikah dugaan..yang ku terima....”
Dah lah anak2. Jom lah kita hantar kakak2 dulu. Balik nanti kita mikio kan nya... emm...

Gitu lah life zura, sendirian urus 5 orang anak setiap hari. Hidup ni memang takkan pernah sempurna. Ada masa kita happy, happy gila, happy sikit2... ada masa kita down, down gila, down sikit2... Itu lah hidup nama nya. Kalau tak nak tempuh tu semua, em....bukan hidup lah namanya.

Zura sekarang ni belajar dari anak2 untuk let go segala perasaan down ke, stress ke. Diorang ni kalau kene marah tahap diorang nangis2, time tu je lah nangis2 pun. Tak lama lepas tu, elok je ketawa ngekek2, tanya mama macam2, macam tak de apa2 yang jadi tadi. Diorang macam tak simpan pun dalam hati. Let go je perasaan sedih kene marah tu.

Contoh macam tadi lah, kalau ikut perasaan, memang nak stress je satu hari. Orang dah kalut nak keluar rumah, time tu baru nak bocor pampers dia kotorkan satu rumah. Pastu orang jugak yang nak kene bersihkan. Orang dah lah banyak kerja ni. Dengan fathan selalu nak melekat je. Tu kalau rasa nak stress lah.. Tapi zura pilih untuk, pergi sekolah tak payah pikir apa jadi kat rumah. Balik nanti bersihkan lah.. dah! Simple!


Let go je segala perasaan tak best yang datang kat kita. Tak payah nak fikirkan sangat sampai sakit hati sakit kepala bagai. Kita dok sengsara fikir sume tu, orang lain happy je. So.. Lepaskan je.. dan zura rasa emosi zura lebih baik lepas apply apa yang anak2 ‘ajar’ zura ni. Tak simpan dalam hati bak kata orang. And lagi satu zura ingat pesan ustaz ebit, apapun ujian yang datang, cakap je ‘inilah takdirku...’ dan ucapkan ‘innalillahi wa innailaihirraaji’uun macam yang ustazah (lupa nama dia) ajar. 



love, 
 Baizura Bahar 
 Pengedar Shaklee Chemor.  

Order atau keahlian Shaklee? 
--------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com