Check in hospital lagi.


sepanjang dalam kerete ke hospital, putri terbaring je.
lemah sangat barangkali.
breakfast tu pun dia tak selera nak makan.
roti dia jamah sikit.
pizza semalam dia makan sikit.
bihun saya goreng dia tak nak.

sampai hospital, saya offer untuk dukung dia.
saya turun dulu sementara papa dia cari parking.
dia tak nak, dia kata dia nak jalan sendiri.
okey lah..saya pimpin dia.

sementara tunggu turn jumpa doktor tu, dia nampak ada tenaga sikit.
nak jugak join baby main mainan kat ruang menunggu tu.
sampai lah nurse panggil nama dia.
kami masuk.


saya cerita dari A to Z pada doktor apa yang jadi.
doktor angguk2 dan tanya few questions.
doktor check pernafasan, tekak, telinga dan periksa badan dia.
hasil dari diagnosis doktor, doktor bagitahu dia ada 'penat' sikit.
paru2 dia dah sempit dan dia struggle untuk bernafas.
dia banyak bernafas guna mulut sebenarnya.
macam mana nak tahu, bila dia bernafas tu akan nampak lekuk antara 2 tulang yang kat bawah leher dia tu.
penat dia mungkin dah lama tapi baru sekarang show.
(atau baru sekarang saya buat thorough treatment pada dia).
yela..sebelum ni just bawak ke klinik swasta biasa saja.
bukan jumpa PAED.
terjawab lah persoalan teacher dia hari tu, kenapa putri nampak lemah je? tak ceria je?
lagi doktor kata, tekak dia 80% dah merah.
tanda ada virus.
doktor siap check baby jugak sebab saya masuk dengan baby.
tekak baby pun dah ada merah sikit.
owhh...wajib lah saya tingkatkan imuniti baby dengan susu ibu.
memang saya ambil 2 biji Vitamin C 2 kali sehari dan garlic sempena kakak2 baby tak sihat ni.
setakat ni alhamdulillah, baby baik2 aje.
so..decide untuk warded.
mujur sangat ada bed kosong, tak perlu tunggu.

actually, saya ada update keadaan putri dekat family saya.
kebetulan mak ayah saya ada kat KL.
tiba2 mak saya whatsapp bagitahu yang mak ayah dah naik tren ke ipoh.
jadualnya mak ayah saya nak balik melaka hari ni. tapi diorang tak sedap hati.
decide untuk ke ipoh.

actually jugak, saya ada minta suami saya minta opah balik ipoh.
sebab saya takut nak handle anak sorang2 dengan keadaan putri macam tu.
kalau demam biasa saja, gagah lah jugak. tapi ni sampai meracau2, susah hati saya.
rupa2nya opah pun demam kat kampung sana.
so saya kata tak pa lah..
tiba2 opah call bagitahu nak balik dengan adik ipar saya tengah hari tu.
opah memang tak senang hati kalau cucu2 dia tak sihat.
tiba2 lagi opah call tanya pukul berapa nak pegi hospital.
opah dah kat taiping nak naik bas ke ipoh.
mashaAllah...baiknya Allah kirimkan saya orang2 kuat saya ketika saya perlukan mereka..
sobs... :(

ramailah yang escort putri masuk wad kali ni.
papa dan opah kata nak jaga putri sama2.
so petang tu saya balik rumah kejap dengan parent saya, natrah n baby.
kelam kabut packing barang2 papa dia.
dengan waktu maghrib yang suntuk..
nak beli makanan untuk suami dan opah..
dan saya mesti sampai hospital sebelum pukul 9 malam!
sebab lepas 9 malam nanti susah nak masuk ramai2.
memang tak sempat nak tengok handphone pun.

Sampai hospital ngam2 pukul 9.
Saya minta mak ayah saya naik wad dulu.
Saya naik kemudian sebab nak cari parking.
Bila saya naik wad, ibu pesakit yang sama wad dengan putri bagitau yang putri dah tukar wad.

Barulah saya check hp. Suami sms bgtau no bilik baru dan pesan saya bawa Vitamin C.
Putri kene INFLUENZA !

Ya Allah...
Speechless..
Saya tahu influenza ada beberapa jenis. 
Moga2, influenza putri yang biasa2 saja.
Baru dapat berita macam ni pun saya dah tak keruan..tak boleh tidur malam..
macam mana lah pulak perasaan ibu2 yang dapat berita anak sakit yang lebih teruk lagi?

Saya pasti ada hikmah atas semua ni..
Saya cuma concern kan suami saya..
Saya percaya dia lebih susah hati sebab tanggungjawab pada anak dan kerja yang terpaksa ditinggalkan..
Mujurlah saya dah kerja sendiri..
Kurang 1 beban tekanan perasaan yang perlu saya tanggung.

Petang ni saya dapat bertemu dengan doktor yang rawat putri. Putri kene influenza B dan ada bakteria sekali.
Tapi hari ni demam dia dah kebah, merah2 di tekak dia pun dah kurang n dia ada selera makan. 
Dia masih kene ambil gas sebab paru2 dia masih ketat.
Tapi pagi tadi dah keluar hingus2 yang kaler hihjau tu. Opah kata, tu stok hingus yang lama2..

Alhamdulillah..perkembangan yang positif.

Best sangat doktor yang rawat putri ni..
Nama nya Doktor Cheong. PAED di hospital pantai ipoh.
Sangat lembut dan pandai sangat2 ambil hati budak2. Sampai putri pun kata doktor baik.. :)
Baby nailah pun doktor checkkan sekali.. ;)

Akhir sekali, 
Terima kasih atas doa rakan2 dan kenalan skalian.
Saya terharu dan amat2 menghargainya..
Saya sekadar berkongsi perasaan saya ketika ini di dalam blog saya yang akan di baca oleh putri2.
Semoga kita semua sentiasa dilindungi dengan rahmat dan kasih sayang Allah serta dijauhkan dari mala petaka dan bala bencana...aamiin...

Special thanks to my parent yang tolong jaga baby.
Putri perlu dikuarantin. Baby perlu jauh dari dia.
Atuk nenek yang teman dia selama mama teman kakak kat wad.


love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771 

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.