Kisah Rumah Tangga Kami Selepas 11 Tahun Berkahwin.

Ucapan sweet2 dah lama kurang dah. But still, yang basic2 tu of course masih lagi sebut.

i love you.
i miss you.
i need you.
i cannot live without you.

tapi, kami lebih kepada gurau2, ketawa2, buat2 terkejut and biiznillah, lebih saling memahami antara satu sama lain.

semakin boleh kawal amarah. dah tak mudah angin atas sebab benda2 kecil je. dan biiznillah juga, semakin bijak twist keadaan yang akan buat pasangan marah, kepada melawak.

bosan juga nak bersweet2 je sepanjang masa, kan. hihi.

bukanlah tak bersweet2 langsung dah. tapi faham2 lah pasangan yang berkahwin, kita boleh ekspresikan sweet itu dengan banyak cara lain, kan.

tak payah cakap pun kita boleh sweet2. 

dan disebabkan anak2 dah besar jugak lah, tak boleh nak sweet2 sangat. again, kene twist sweet tu kepada gurau2 kasar yang kadang2 budak2 ni pun join ketawa sama. seronok depa kalau tengok papa diorang buli mama diorang. lagi jadi batu api adalah..

dan disebabkan anak2 suka skodeng wasap mama papa jugak lah, mama papa terpaksa pendam rindu diam2 bila berjauhan. nak tulis sweet2 kat wasap pun tak boleh dah, nanti diorang baca. 


jujurnya, zura tak berani nak sebut lebih2 tentang rumah tangga. kami sendiri pun, baru 11 tahun membina masjid kami. banyak sangat yang perlu di hiasi masjid ini. 
apapun, zura bersyukur sangat Allah hadirkan dia menjadi suami zura. kalau nak kira kekurangan dan kelebihan dia, dia lebih banyak kelebihan dari kekurangan. 
dia paling tinggi sabar nya melayan sifat zura. 
terima kasih Allah. terima kasih kerana menganugerahkan dia dalam hidup ku.



❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 
 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Resepi Homemade Cheese Cake Paling Mudah dan Paling Gebu.


Teringin pulak nak makan cheese kek. Nyum nyum.. 


Homemade cheese cake.

 Mengidam nak makan ni. (asyik mengidam je..)

So.. Kita pun buat sendiri lah.. Makan sampai muak. Ha ha ha



Resepi Homemade Cheese Cake Paling Mudah dan Paling Gebu.




Bahan-bahannya:

5 biji telur (gred A)
1 buku butter (250g)
250g Tartura Cream Cheese (pack kecil)

1 kotak tepung adunan kek span brand Nona (refer gambar)
200ml air


Cara2 nya.

1. Pukul telur hingga kembang.
2. Masukkan tepung perlahan-lahan bersulam kan air.
3. Masukkan butter.
4. Masukkan cream cheese.

Pukul sampai kembang.
Panaskan oven pada suhu 160°.
Letak air dalam tray.
Sapukan loyang 8' dengan butter.
Tuang adunan ke dalam loyang.
Then, 1-2-3 bakar! Letak loyang berisi adunan tu di atas tray yang ada air. 😊




Actually, nak kukus pun boleh. Tapi zura 'kukus' dalam oven sebab nak jimat gas. 😁
Sebab tu zura bubuh air dalam tray oven tu.

Bakar dalam tempoh 30 minit. Atau bila dah berbau, boleh lah pi tengok oven, and try cucuk kek tengok dah masak ke belum.


Kalau nak efek hangit2 sikit atas kek, boleh lah bakar lama sikit lagi. Walaupun luar dia nampak hangit, dalam dia tetap lembut and gebu and lazat di makan. 😍😍

Kecuali kalau korang lupa berjam2 bako, memang terbako lah kek korang.

Kalau rajin, deco2 lah atas tu.
Kita ni, mana sempat nak deco bagai. Keluar je oven, semua dah berkerumun nak makan. Tangan dah standby je nak cuit2 kek.
.

Selamat mencuba!
.
Lagi resepi menarik kat sini:





❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 
 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Baru Berkenalan Dengan Teme Abdullah.

sebenarnya, 
dah beberapa kali zura terpandang buku arkitek jalanan dan penulis jalanan kat merata2. merata2 maksudnya, kat fb dan kat kedai buku bila pergi kedai buku. memang teringin nak beli sebab ada perkataan 'arkitek' tu. tapi, tak beli2. belek2 pun tak bila pergi kedai buku.

sampai lah satu hari, 
pergi popular kat aeon klebang ni. 

Review Tentang Aeon Klebang Ipoh. 

tak tertarik pulak nak beli buku2 motivasi which is salah satu genre buku yang zura suka baca sejak berniaga ni. hari tu, zura belek buku arkitek jalanan. baca sinopsis kat belakang. emm... macam best. sebab dia macam novel. ambil pulak buku penulis jalanan. eh...2 buku ni related. nak ambil satu ke dua?

lama berkira-kira nak ambil 1 ke 2. last2, zura ambil je dua2 sekali. haa... tamak pulak. hehe.. 



waktu tu, pergi popular tu waktu malam. 
dah janji dengan anak2 nak belikan diorang buku pilihan sendiri. selalu zura je yang pilihkan sebab beli online. balik tu, tak sesabo nak baca. malam tu jugak zura start baca.

eh...menarik lah penulisan dia. 
sebab, dia cerita kisah hidup dia. zura memang suka baca cerita kisah orang tapi dalam bentuk fiksyen. tak bosan nak baca and rasa macam tengah nonton movie tentang orang tu.

soalannya, siapa dia? dia lah Teme Abdulllah. 
pertama kali berkenalan dengan dia. padahal, dah banyak buku dia tulis. dah beratus ribu follower ig dia. zura je yang lambat berkenalan dengan dia.. haha..

tak kisah lah.

tapi, bila baca buku dia, zura macam melihat diri sendiri. apa yang dia dah buat and tengah buat sekarang ni, semua seperti yang zura impikan sejak kecik.

zura nak jadi arkitek dan pelukis. dia dah jadi dah arkitek n pelukis.

zura ada juga simpan cita-cita nak jadi penulis, dia dah tulis 8 buku. 

karaktor dia pun, macam ada sama sikit2 dengan zura.. chewahh perasan. haha.

tapi betul. 
bila baca buku2 dia, baca kisah2 dia, 
zura seperti membaca tentang diri sendiri. walaupun impian dan cita-cita zura tak kesampaian, which is zura akhirnya memilih untuk berniaga dan menjaga anak2 sendiri, 
at least dengan buku2 dia, zura boleh lah berangan seperti impian zura jadi kenyataan. :)

and yang lebih penting, zura suka kutip pengajaran2 dari kisah benar hidup seseorang. tak kisah lah siapa pun orang tu, mana yang baik, zura akan cuba apply dalam keadaan dan kehidupan zura sekarang.

Ni antara lukisan teme yang ada dalam buku beliau. 

lalu, 
disebabkan teruja dan termotivasi dengan buku2 beliau, zura terus beli pen2 dan kaler2. terus berhajat nak start melukis semula. haaih..mudah terpengaruh betul.. haha





ada satu file koleksi lukisan2 zura masa study dulu, abis dah terbakar masa rumah sewa terbakar dulu. portfolia projek2 masa study n bazooka pun abis terbakar. sedih sangat tau... tu je kenangan lukisan2 masa study dulu. gambar2 tak banyak. 

aih... sedih pulak bila teringatkan portfolio zura. dulu ada jugak scan buh dalam computer. tapi entah mana dah perginya file tu.. ahhhh.. sedih. :(  tak mo ingat dah...

so, demi melupakan portfolio2 kesayanganku itu, zura ter pre-order pulak 2 buku beliau yang latest. (^_^)



Kalau ada yang berminat nak dapatkan buku2 teme ni, korang boleh lah pi kat website imanshop. Tengok kat gambar bawah ni ye alamat web nya. Maleh nak letak link. Haha.. 

Tu tengah ada promo buku2 dia tu.




Cadangan Vitamin Shaklee Untuk Puasa

Hari ni zura puasa. Puasa ganti.
ada 5 hari lagi kene ganti. hehe..

dah last2 minit baru nak ganti,kan. jangan ikut perangai ni.
dah la banyak hari nak kene ganti. 15 hari tau!.

sebabnya, sejak zura guna IUCD, period jadi panjang sangat. paling pendek 12 hari gitu. kadang2 sampai lebih 15 hari. jenuh nak ganti puasa!




biasanya, zura memang agak lembik bila puasa di bulan yang bukan ramadhan. dengan anak2 banyak nak handle lagi. nak masak untuk diorang. bisnes lagi. kerja rumah lagi. lain penatnya bila puasa bulan ramadhan. mungkin sebab ramadhan tu sendiri ada berkatnya dan semua orang pun puasa,kan. 

tapi sejak zura ambil vitamin2 shaklee sepanjang puasa, alhamdulillah rasa beza sangat energy tu. still ada rasa penat tu, of course. tapi, tak lapar sangat tau. tak de lah perut sampai bunyi-bunyi walaupun cuma sahur benjo dan ESP je. tak makan nasi pun. still tak rasa lapar.


bulan puasa pun dah nak dekat ni kan. produk hot bila bulan puasa ni, of course Performance Drink. kadang2 tu sampai out of stock satu malaysia tau. 




apa yang buat rakyat malaysia suka sangat PD ni, PD ni minuman isotonik. kira macam geng2 100 plus lah. 

bezanya, PD ni tak bergas, tak ada gula tambahan, tak ada perasa tambahan dan rasa dia natural je. mengandungi 6 jenis eletrolit yang buat kita kekal bertenaga.

ada 2 natural flavour iaitu lemon lime dan orange. lemon lime ni perasa baru yang di bawa masuk ke malaysia. and zura lagi suka lemon lime ni compare dengan orange. lagi pun, lemon ni sesuai nak mix dengan apa2 drink pun. antaranya, teh, sirap, sirap bandung.

and of course bila minum sejuk2, segar sangat2 rasa. 
terus energetic. 
terus tak jadi mengantuk. 
terus bersemangat nak pi solat terawih. 
dan yang paling haru, tak boleh berhenti minum. haha.. 
sedap dia sedap yang menyegarkan tau. 
bukan sedap sebab gula. 
tapi sedap yang ahhhhh nikmat lah.. 
susah nak cerita, korang kene rasa sendiri.
serious korang kene rasa sendiri. 

ni contoh resepi PD yang korang boleh try.


so, kalau korang belum pernah try lagi Performance Drink ni, 
dan nak try setin, cepat2 wasap zura, k. 
bukan apa, risau korang kempunan tak dapat rasa. 
barang baik selalu cepat habis, kan.







❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 
 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Bertemu Sahabat Baik Yang Sentiasa Dirindui.

Zura tak ramai 'bestfriend' masa kat uia dulu. Tapi ada sorang ni, memang baik dengan beliau since first day and first year kat uia main campus, gombak.

zura ingat lagi, masa daftar tu, zura dapat bilik yang macam dorm. ada bilik yang 4 orang then ada compartment. tapi bilik zura macam dorm. satu dorm tu, ada 10 orang.

kami semua under kuliyyah yang sama, KAED. Kuliyyah of Architecture and Environmental Design. under kaed ni ada 4 lagi course. so dalam dorm tu, ada semua course kalau tak silap. lupa lah... haha..
tapi yang zura ingat, zura tak berapa kenal pun semua dalam dorm tu. ada sorang sama studio masa kat matrix uia tu. tapi tak rapat jugak.

then, bila nak ke kaed, naik bas uia, ada sorang yang macam lost jugak tak de kawan. haha.
so, kami pun together2 naik bas sebab kami sama course, archy. start dari situlah, kami mula kawan, mula kenal hati budi dan perangai masing2 dan akhirnya kekal bersahabat sampai final year part 1.
aihh.... touching pulak bila ingat.

so, since BLNC bulan dua hari tu buat dekat putrajaya, kami decide nak stay kat putrajaya jugak. kalau stay kat rumah kakak zura, of course lah malam tu tak payah keluar cari makan, kan. makan sama2 kat rumah je.

tapi sebab nak stay kat homestay, zura mula lah berfikir2 nak jumpa my sahabat ni. seingat zura dia dah duduk bukit jalil. punya lah fikir nak cakap apa ye kat suami, nak ajak pegi rumah sahabat zura ni. bukan apa, zura jenis takut nak request apa2 kat suami walaupun sebenarnya suami okey je.

so, fikir punya fikir, zura cakap lah yang sahabat ni dah duduk rumah sendiri. suami dia buat ID sendiri. both diorang suami isteri kawan uia zura and both pun arkitek. so, macam teruja lah nak pi rumah arkitek, kan. 

suami bila dengar je ID, macam bersinar2 mata dia. haha.
"dia duduk mana?"

wahh... kira on lah tu !!

lagipun suami tahu yang beliau ni satu2 nye sabahat baik zura kat uia dulu.

so, malam tu, siap2 lah nak pergi rumah beliau. perut kenyang lagi sebab makan banyak. kalau pergi conference shaklee, memang shaklee jaga perut kita. tu belum cerita pergi trip shaklee, lagi lah makan sesaja. tak sempat nak lapar langsung.

dari putrajaya nak ke bukit jalil, lalu satu highway ni. highway apa entah, lupa lah.. ni lah akibat update cerita 2 bulan kemudian. ;P

ikut map, sekejap je kurang setengah jam sampai. sekali, tutup jalan pulak kat jalan tu,  tinggal satu lane je. jem lah kejap, 15 minit gitu. 

okey.. selesai tempuh jem tu, sampai lah kat bukit jalil. okey.. ni first time zura sampai bukit jalil. selama ni zura imagine yang bukit jalil tu tempat luas, lapang, banyak parking macam kat stadium ipoh ni. rupa-rupanya, ya Allah, pack gila!

penuh dengan umat manusia dan kereta n bas2 segala. 

jalan punya jalan, tak tahu nak masuk lorong mana. tak jumpa! 
lepas tu, jalan punya jalan lagi, ni kira dah macam uturn lah nak cari lorong masuk ke apartment sahabat zura ni, termasuk balik highway tadi.

ahh sudah! highway ni memang straight terus ke putrajaya balik. hahadoi... 

jam dah pukul 9 lebih gitu. perut dah start lapar balik. anak2 dah tertidur semuanya. sahabat dah mesej2 tanya ko sesat ke.. haha.. 

zura risau satu je, zura risau suami ajak balik tak payah pi rumah beliau... waaaa.... nangis zura nanti. sahabat tu dah siap masak2 sejak petang lagi. 

sampai serdang, keluar n uturn balik. okey...gigih nak pergi jugak rumah sahabat ni kan. so, kene tempuh balik jem buat jalan tadi.

begitu begini, akhirnya jumpa juga lorong nak masuk rumah sahabat ni. rupanya, yang memula tadi, belum sampai ke lorongnya kitorang dah patah balik. hehe...

tu pun jam dah pukul 10 lebih dah. alahai... kesian jugak kat sahabat ni. kami menggangu je malam2 minggu diorang nak rehat. tapi zura tak kira, nak jugak pi jumpa beliau!. 

alhamdulillah... setelah sekian lama, akhirnya berjumpa jugak dengan ko, asma'. happy nye aku. aku tahu ko pun happy gila kan.







ko masak2 untuk aku. siap buat puding roti lagi. ya Allah... thanks sangat2. terasa sangat2 yang kehadiran diri ni di sambut baik oleh mu. prepare macam2 nak jamu kitorang datang. rindu sangat2 kat ko. dah sampai rumah ko, malas pulak rasa nak balik. rasa nak tidur je situ. haha.. rasa macam tak abis benda nak cerita. 

last jumpa masa masing2 anak baru sorang. now, aku 5, ko 4. boleh tahan gak kita ek..haha.

haihhh... walaupun 2 bulan kemudian baru nak cerita pasal ni, masih terasa manisnya saat2 dapat jumpa ko.

thank you for being my loyal sahabat. sahabat yang suka 'perli2' aku. and aku pun suka 'perli' ko. haha.. kita je yang faham 'perli' kita ni. ;P
tapi, ko tak pernah tunjuk yang ko terasa hati dengan aku. mungkin ada yang ko terasa dengan aku. tapi ko tak pernah tunjuk n ko selalu jaga hati aku. thank you asma'. 
from the bottom of my heart, aku doa kita dapat bersahabat sampai bila2. 
over tak kalau aku kata, i love you.... haha

really hope apa yang kita plan tu, dapat dilaksanakan satu hari nanti. insyaAllah..

dan kepada encik suami, of course ada jugak kata2 untuk suami yang baik dan penyabar seperti beliau.
thank you sebab tak keluar sikit pun keluhan since kita terpatah balik tu dan bila lambat2 nak balik ke homestay semula. jam dah pukul 1 lebih, still sembang2 lagi, abang okey je. balik tu pun, abang tetap okey. tq sangat2. i love u abang... 




.......
❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - 
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com