Setiap orang ada 'pesona' masing-masing. 'Pesona' ini lah yang akan menarik orang untuk rasa suka dan senang dengan seseorang itu walaupun mungkin individu itu punya ciri-ciri fizikal yang sama dengan individu lain. Pendek kata, setiap orang ada 'keunikan' nya yang tersendiri.
Begitu juga dalam bisnes. Kebanyakkan orang bisnes menjual produk yang sama. Jarang lah kita jumpa dia sorang je jual satu produk tu kan. So, apa yang membuatkan orang ramai beli dengan dia tapi bukan dengan kita? 'Pesona' seseorang itu lah yang membuatkan orang berebut nak beli dengan dia. Padahal kita pun jual. Kita siap turunkan harga lagi. Yang orang tu relax je jual harga lagi mahal but still orang berebut beli dengan dia.
Jika anda seorang ahli perniagaan, 'Pesona' ini boleh dibina sebenarnya. Ianya dipanggil 'Branding'. Dalam dunia perniagaan yang sangat luas zaman kini, branding ni sangat penting untuk kita bina. Kita tak boleh lagi tunggu pelanggan datang pada kita. Tapi, kita lah yang perlu menarik pelanggan untuk datang pada kita dengan membina branding diri kita.
Ya.. inilah salah satu Tips Bisnes Online yang penting sekali iaitu Bina Branding Diri. So dalam entry ini, zura nak share salah satu tips bisnes online iaitu Bagaimana Nak Bina Branding Diri Secara Online.
Bagaimana Nak Bina Branding Diri Secara Online.
1. Sediakan platform online seperti Facebook, Blog, Instagram, Tiktok, Youtube dan sebagainya.
Dah kata nak branding secara online kan? haruslah ada akaun untuk platform media sosial ini. Sama ada anda fokus pada 1-2-3 platform saja ataupun anda ada semua platform dengan content sama. Ini bergantung pada kemampuan diri anda untuk beri komitmen pada media sosial-media sosial anda.
2. Beri Nilai Tambah dalam konten anda.
Apabila anda buat bisnes, tak semestinya untuk anda kongsi harta dunia yang anda ada. Ianya ya adakala mampu untuk menarik pelanggan untuk berurusan dengan anda. Tetapi, pelanggan-pelanggan yang tertarik disebabkan duniawi ni biasanya mudah tertarik pada duniawi yang lain, yang dikongsi oleh orang lain. Maka, mereka ini berpotensi untuk 'curang' dengan anda.
Maksud beri nilai tambah adalah dengan berkongsi ilmu pengetahun sama ada ilmu produk, ilmu marketing, atau ilmu2 yang bermanfaat yang anda tahu. Dengan cara ini, bakal pelanggan anda merasakan yang mereka telah mendapat satu ilmu baru dan menjadikan mereka ingin 'follow' media sosial anda.
3. Kekal konsisten dalam berkongsi.
Konsisten adalah kata kunci untuk apa saja yang anda usahakan jika anda ingin berjaya. Tak ramai yang mampu buat tapi ianya sebenarnya tidak lah terlalu sukar. Masalah kepada konsisten ini selalunya adalah penyakit M iaitu Malas. Malas mencari menjadikan anda tidak tahu nak beri-nilai-tambah apa kepada follower dan bakal pelanggan anda. Oleh itu, anda perlu selesaikan masalah penyakit M dahulu dengan 'paksa' diri untuk mencari ilmu sama ada dengan membaca atau menghadiri kelas-kelas yang berkaitan. Dengan itu insyaAllah, anda tidak malas lagi dan anda ada banyak ilmu yang anda ingin kongsikan.
4. Gunakan teknik yang berbeza.
Apabila kita menggunakan teknik yang berbeza dari pesaing anda, contohnya anda suka buat video, maka anda haruslah lebih kerap berkongsi konten melalui video, ini yang akan membezakan anda dengan orang lain. Sekaligus ianya menjadi branding diri anda. Apabila orang melihat video, dah tertanam dalam kepala mereka ini adalah anda!
5. Just be you!
Lastly, jadilah diri anda sendiri. Tapi, biarlah diri anda yang baik-baik saja yang anda pamerkan. Mana-mana yang negatif (yang anda sahaja tahu), simpanlah baik2. Jangan di buka aib sendiri. Jangan sesekali meluahkan rasa marah di sosial media anda. Sentiasa ingat, setiap yang tak baik, akan 'menarik' hal-hal yang tak baik juga. Dan jika anda sentiasa 'bersikap' baik, insyaAllah hal-hal yang baik-baik saja akan datang pada anda.
Bina branding bukan lah sesuatu yang boleh berlaku dalam sekelip mata. Ianya adalah sesuatu yang akan terbina sedikit demi sedikit seiring dengan berkembangkan perniagaan anda. Branding ini juga adalah satu bentuk hubungan emosi antara anda, bakal pelanggan anda dan perniagaan anda.
Tugas anda adalah untuk mempengaruhi hubungan ini melalui proses branding diri anda. Dan dalam situasi ini, bina branding diri secara online.
Jika anda masih belum melakukan nya, mulakan lah dengan segara dan terus konsisten dengan usaha anda dalam membina branding diri anda secara online. Cepat atau lambat, bergantung kepada rezeki anda. Yang penting, tetaplah terus percaya dan berusaha sehingga anda dapat branding diri anda!.
Baca juga:
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
-
📣 untuk order dan pertanyaan,
📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com,