Showing posts with label Sustained Release Vita-C 500 mg. Show all posts
Showing posts with label Sustained Release Vita-C 500 mg. Show all posts

Mengantuk Punca Kemalangan.

Assalamualaikum semua..
pagi ni saya dengar radio perak.fm
laporan polis trafik melaporkan sebanyak 91 kemalangan telah berlaku semalam di seluruh perak.
syukur tiada yang maut.
Seorang cedera parah dan seorang cedera ringan.

wahhh..dalam sehari je ada 91 kemalangan.
banyak tu!

teringat saya masa saya excident bulan 12 tahun lepas.
malam tu pergi balai buat report, beratur orang nak buat report.
ramai!!

Ada 1 sebab yang sebenarnya adalah antara PUNCA UTAMA kemalangan iaitu MENGANTUK.
Percaya tak korang, 1 saat kita terlelap/tertidur ketika memandu pun boleh menyebabkan kemalangan tau.

Hanya sebab tertidur 1 saat, 
1. nyawa jadi taruhan. mungkin boleh mati terus. atau terpaksa tanggung sakit cedera parah/patah tulang berbulan2 lamanya.
2. kereta remuk. ambil masa untuk repair dan kita tiada kenderaan lain. dah kene pinjam kereta kawan/sedara atau kene sewa.
3. gangguan emosi. teringat2 tentang kemalangan atau mungkin fobia terus nak memandu.

hanya sebab tertidur 1 saat.


Biasanya kita tertidur sebab kita terlalu letih ketika memandu.
Letih semalam lewat tidur. Pagi2 dah kene pergi kerja. Memandu dalam keadaan letih.
atau
letih pulang dari kerja. kerja terlalu banyak tak sempat nak makan. Memandu pulang ke rumah dalam keadaan letih.
Letih.
Letih itu lah yang menyebabkan MENGANTUK.

Apa pulak punca letih ni?
1. tak cukup rehat/tidur.
2. terlalu banyak kerja yang dilakukan.
3. tekanan.
4. tak cukup air dalam badan.
5. tak cukup nutrisi harian.

So, macam mana nak overcome rasa letih ni?
1. pastikan rehat yang cukup kalau nak memandu. terutama jika kita dah plan nak memandu tempat yang jauh.
2. pastikan kita ambil air yang cukup setiap hari. sekurang-kurangnya 3 liter sehari supaya badankita sentiasa rasa segar kerana sistem badan dapat berfungsi dengan lancar (dengan adanya air yang sentiasa cukup dalam badan).
3. pastikan kita ambil nutrisi yang cukup lengkap untuk sehari. jaga makan, jangan biasakan diri berlapar. cara paling mudah untuk pastikan nutrisi harian kita cukup setiap hari adalah dengan pengambilan suplemen.

Suplemen Shaklee yang saya boleh cadangkan untuk anda yang selalu keletihan adalah, FAMILY WELLNESS SET.

Dalam set ini ada:
1. Energizing Soy Protein.
2. Vitalea Iron Formula (multivitamin tertua didunia yang lengkap dengan semua vitamin n mineral)
3. Sustain released Vitamin C.
4. Bcomplex.



kalau anda lebih gemar untuk consume suplemen dalam bentuk syrup, saya cadangkan anda ambil VIVIX. Vivix ni memang power dan recommended !!



hubungi saya jika anda mahu selamatnya nyawa anda untuk insan tersayang!


love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Hukum Darah Keguguran.



Assalamualaikum..
beberapa bulan lepas, saya didatangi soalan tentang hukum darah selepas keguguran.
Alkisahnya, wanita ini keguguran pada usia kandungan 13 minggu dan disarankan menjalankan D&C oleh doktor atau bahasa pasar nya 'kene cuci'.



Saya pun tak la arif tentang hukum hakam agama ni. Tapi sebab saya pernah alami situasi kene cuci tu, tu yang beliau tanya tu.

Kisah saya di 'cuci' ada di sini >> KEHILANGAN

Lalu saya pun rujuk kepada sahabat saya yang lebih arif berpangkat ustazah dan ustaz.

Jawapannya begini,

PANDANGAN ULAMA(MAZHAB SYAFIE) MENGENAI DARAH KEGUGURAN:


A - Berdasarkan ilmu perubatan dan sebahagian ulama berpandangan seperti berikut:

1). Keguguran di bawah usia kehamilan 10 minggu:

Sekiranya umur kehamilan belum mencapai 10 minggu dimana yang keluar  kerana keguguran itu berupa ketulan daging atau darah beku maka darah yang keluar itu dianggap sebagai darah haid.

B - Tempoh Haid Berdasarkan mazhab Syafie:

Dalam tempoh haid berlangsung wanita yang keguguran dikecualikan daripada ibadah fardu seperti solat fardu dan berpuasa fardu.

Tempoh minima keluar haid: 1 hari 1 malam.
Tempoh normal keluar haid :7 hari 7 malam.
Tempoh maksima keluar haid:sehingga 15 hari 15 malam.

C - Darah yang keluar selepas tempoh maksima darah haid (selepas 15 hari 15 malam) akan dianggap sebagi darah istihadoh (darah penyakit) di mana diwajibkan ke atas wanita yang keguguran tadi bersuci (mandi wajib) seterusnya menunaikan solat fardu dan puasa fardu (jika dalam bulan Ramadhan).

D - Keguguran setelah usia kehamilan 10 minggu ke atas /Janin Cukup Sifat
Apabila umur kehamilan telah mencapai 10 minggu dan atau dapat dipastikan yang keluar kerana keguguran itu berupa janin yang cukup sifatnya (seperti muka, jari jemari tangan dan kaki) maka darah yang keluar itu dianggap sebagai darah nifas.

E - Menurut mazhab Syafie darah nifas mula dikira setelah keluar janin tadi dan darah yang keluar sebelumnya adalah darah penyakit (istihadoh). Bagaimana pun ada pendapat yang mengganggap ianya darah haid.

F - Tempoh nifas berdasarkan mazhab Syafie:

Dalam tempoh nifas berlangsung wanita yang keguguran dikecualikan daripada ibadah fardu seperti solat fardu dan berpuasa fardu.

Tempoh minima keluar nifas:sedetik/seketika jua.
Tempoh normal keluar nifas :40 hari 40 malam
Tempoh maksima keluar nifas :sehingga 60 hari 60 malam

G - Sekiranya wanita tersebut mengalami pendarahan terputus-putus seperti wanita mengalami keluar darah beberapa hari kemudian terhenti beberapa hari tetapi kemudiannya keluar darah lagi, ianya adalah darah nifas selagi mana masih dalam tempoh maksima nifas 60 hari 60 malam tadi.

H - Manakala darah yang keluar selepas tempoh maksima darah nifas (selepas 60 hari 60 malam) akan dianggap sebagi darah istihadoh (darah penyakit) di mana diwajibkan ke atas wanita yang keguguran tadi bersuci (mandi wajib) seterusnya menunaikan solat fardu dan puasa fardu (jika dalam bulan Ramadhan).

..
wallahualam. begitulah jawapan yang sahabat saya bagi. sangat jelas penerangannya.
semoga ianya juga dapat bantu anda yang dalam kekeliruan.

buat wanita2 yang terpaksa jalani D&C,
anda boleh ambil Set Berpantang Shaklee untuk pulihkan balik sistem peranakan anda dan pulihkan kesihatan anda secara menyeluruh.



Sebarkan jika ianya bermanfaat buat anda.
(^_^)v


love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Bahaya Gajet Pada Otak Bayi.

manusia dan gajet tidak dapat dipisahkan kini especially handphone.
boleh kata setiap orang ada handphone.
apa lagi orang2 yang menjalankan perniagaan melalui internet ni,termasuk saya.
pernah 1 waktu handphone saya problem.
saya belum berkesempatan untuk beli baru.
saya hanya gunakan handphone lama suami yang masih boleh pakai.
memang handphone tu sangat2 berguna di saat2 emergency macam tu.
nak di jadikan cerita,
handphone tu tak ada whatsapp tapi ada telegram.
seorang regular customer saya ada hubungi saya melalui whatsapp tapi saya tak dapat nak reply.
lalu beliau call saya.
saya bagitahu yang hp saya rosak, whatsapp tak boleh baca.
lalu beliau jawab, "macam mana ni bisnes online tapi tak ada hp.."

deng!!! saya seperti di panah petir... hihi..

saya cerita pada suami saya..
tak lama lepas tu, suami saya belanja sebijik hp kat saya... :) :)
..
okey..balik pada tajuk... ;)
suami saya share 1 artikel yang beliau baca dalam fb..
saya copy paste saja untuk bacaan anda ye..
saya pasti mungkin anda jugak ada terbaca..
..

dari DrRizal Abu Bakar.

 TIDUR, TELEFON PINTAR DAN OTAK
=============================
Jam 6 petang tadi mesyuarat dengan pelajar. Ada agenda besar untuk pelajar. Memesrakan industri dan university. Selesai sebelum maghrib. Sempat berjemaah sekali.
Dalam perjalanan pulang teringat akan beberapa isu yang dibangkitkan oleh beberapa orang pelajar sepanjang minggu ini. Antara soalan yang banyak ditanya ialah tidur.
Masalah utamanya ialah susah mahu tidur. Masuk tidur awal. Berbaring. Bergolek ke kiri ke kanan. Mata tetap terang. Otak masih ligat berfikir. Mengantuk masih belum muncul.
Kenapa tanya beberapa orang pelajar?
Menjadi tabiat dewasa ini, telefon pintar diletakkan di sebelah kiri atau kanan kita sewaktu tidur. Ada dua alasan biasanya yang diberi. Sebagai penggera untuk mengejutkan tidur serta untuk mengecas bateri. Telefon tidak dimatikan.
Perbuatan meletakkan telefon disebelah kita dan tidak dimatikan menggangu fungsi otak. Teringat saya pada awal tahun 2002 di Melbourne. Ketika itu saya menjadi peserta penyelidikan kesan telefon ke atas gelombang otak.
Penyelidik dari Swinburn University. Saya di Monash University. Tidak jauh jarak antara kedua-dua universiti ini. Lebih kurang antara Kampung Kerinchi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.


Eksperimennya mudah. Bayarannya lumayan. AUD$50 untuk sekali ujian. Dengan menggunakan telefon Nokia yang terkenal pada waktu itu, peserta disuruh berbaring dan rehat atau tidur jika mampu. Dikenakan alatan untuk mengukur gelombang otak di kulit kepala.
Peserta diminta untuk menggunakan telefon tersebut untuk ujian pertama dan berbaring untuk berehat atau tidur. Alat pengukur masih terpasang. Komputer terus merekod.
Esoknya satu lagi eksperimen. Kali ini telefon Nokia tersebut hanya diletakkan disebelah peserta. Tidak dimatikan. Peserta diminta untuk berehat atau tidur. Komputer merekod seperti biasa.
Hasilnya menarik. Selepas menggunakan telefon selama setengah jam, kegiatan otak terus menerus sibuk sehingga tiga jam. Tiada satupun peserta dapat tidur. Otak menjadi terlalu sibuk. Ujian kedua juga sama. Walaupun telefon tidak diguna, otak terus sibuk.
Dalam kajian yang lebih terkini pula mendapati pencapaian prestasi otak menurun. Tidur tidak nyenyak. Banyak pengguna tegar mengalami insomnia – penyakit sukar untuk tidur.
Puncanya mudah. Ia mengganggu pineal gland yang mengeluarkan hormon tidur iaitu melatonin.

Jadi, andai mahu tidur nyenyak:
1- Jauhkan sahaja telefon pintar dari sisi.
2- Matikan telefon pintar itu.
3- Gunakan jam yang secara tradisionalnya berkesan mengejutkan pemilik dari lena tidur.
Selamat beradu.

---
itu lah artikel yang betul2 beri kesan kepada saya.
memang sejak beberapa bulan yang lepas, tiap kali waktu tidur, saya akan letakkan fon jauh dari kepala.
well actually dah lama dah suami saya pesan, tak elok letak fon bawah bantal.
tapi still buat...
sampai lah saya baca artikel ni, buatkan saya berfikir tentang baby2 saya yang selalu jugak dekat dengan hp.
sedekat mana kepala mereka dengan hp saya?
saya suka gunakan hp bila saya menyusukan mereka.
sebab saya rasa, waktu tu lah saya boleh buat macam2 contohnya update info bisnes, baca blog, join kelas online, follow ig orang, dan apa saja lah aktiviti berkaitan dengan hp.
yela..kita tengah menyusukan..bukan boleh buat kerja apa2.

tapi setelah difikir2kan..
saya telah bertindak kejam ke atas baby2 saya..
kepala mereka lebih hampir dengan hp pada waktu itu.
dan saya betul2 insaf..
sejak baca arkitel tu, saya tak lagi pegang hp ketika menyusukan.
sedaya upaya saya jauhkan hp dari baby2 saya ketika diorang tidur.
kesian diorang..tak lena tidur..
tergamak kah kita mengganggu  fungsi otak mereka sejak mereka bayi lagi?
.
semoga apa yang saya kongsi kan disini, dapat beri kebaikan kepada anda yang membaca.
(^_^)

love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info


---

Bulan ni promosi Vitamin C.

Harga sebotol Vitamin C tu tak sampai pun rm100.
Dan, sebotol tu untuk stok 6 bulan makan tau...
Kalau kira2, sebulan saya spend kurang dari rm20 untuk maintain kulit muka sihat dan berseri.
Jimat,kan?

..
Sempena promosi ni,
Harganya confirm lebih murah dari harga asal.
..
Berminat?
Telegram 016.595.2771

Bagaimana atasi masalah Selsema Bayi Dalam Pantang


Anak pertama dan kedua saya pun kene selsema sejak dalam pantang lagi.pergi klinik pun bukan doktor boleh kasi ubat. kene sedut sendiri mukus tu. saya memang tak reti nak buat. just sapu apa yang patut kat dada baby. mandi tak basahkan kepala.
tapi masa berpantangkan anak ke 3, alhamdulillah..baby saya tak kene selsema.. syukur sangat2.. baby sihat dan kuat antibodi.. berpantang anak ke 3 tu saya dah mula consume #SetBerpantangShaklee. jujurnya, saya ambil SR Vitamin C lebih dari dos yang di cadangkan. memang niat saya nak baby saya kuat antibodi. Alhamdulillah...baby sihat2 aja..


Bila berpantangkan baby Putra ni pun, saya tetap memilih Set Berpantang Shaklee. Alhamdulillah, Putra sihat2 aja.. cuma ada jaundis sikit masa awal2 hari tu. kategori low risk. amik darah pun selang 1 hari dan cuma 3 kali je ke klinik. sekarang dah bebas jaundis alhamdulillah..
mak mertua pun nampaknya berminat dengan Set Berpantang Shaklee since saya 'nampak' sihat dan cergas sejak dari hari ke 14-15 lagi.. siap nak order untuk hadiahkan kat anak sedara dia... ☺☺☺


"Saya selamat melahirkan baby girl yang sangat comel..kulit baby sangat halus mulus..putih merah..doktor pun puji...uri cantik, luka perinium sangat minimal dan proses jahitan sangat mudah..." testimoni Puan Anna yang mengamalkan vitamin Shaklee untuk kehamilan


tak de lain yang saya nak ucap selain syukur Alhamdulillah Allah temukan saya dengan Set Berpantang Shaklee. memang terasa sangat badan lebih kuat ketika berpantang. bila badan dah rasa kuat ni, mula lah kan nak start buat kerja macam2... 😁😁😁 tapi harus sentiasa ingat, dalaman tu yang nak kene jaga betul2. dalam tu kita tak nampak,kan...
Untuk dalaman, saya amalkan 'jamu' shaklee yang seriously sangat sangat mantop tau untuk wanita. dia macam kacip fatimah lah..tapi ni versi Shaklee punya.. ramai kawan2 saya yang consume 'jamu' shaklee ni akui suami diorang lebih berpuas hati...
;) ;)

Nak tahu produk yang mana? Semestinya Alfalfa Complex Shaklee.


jika anda berminat untuk mencuba produk2 shaklee, feel free untuk private massage saya dahulu untuk konsultasi.


love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771
 ---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info