Showing posts with label Vita-Lea® Iron Formula. Show all posts
Showing posts with label Vita-Lea® Iron Formula. Show all posts

Satu Teknik Mudah untuk Wean Off Breastfeeding Baby

Assalamualaikum..di malam yang hening dan pening ini (sebab saya sedang alami sakit kepala yang amat dahsyat 😌), saya nak share 1 teknik nak wean off baby..

Teknik ni mula2 saya cuba kat Natrah. Masa pregnantkan Nailah, Natrah masih menyusu walaupun dah lebih 2 tahun. Tapi sebab Cik B sangat sakit bila dia hisap, saya terpaksa wean off kan Natrah. Kalau tak sakit, saya biar je.. Bukan apa...tak rajin kot nak bancuh susu malam2..😂
Amazingly, hanya dengan 1 kali cubaan, Natrah terus stop menyusu.

Then, saya try teknik yang sama pada Nailah bebaru ni. Sebab, rasa stress bila dia nak nenen. Tak menyempat, mengamuk n rasa dia dah besar..hehe..maybe sebab dah rasa Fauzan menyusu..so, bila Nailah menyusu, rasa macam..eh..dah besar lah!!!

Amazingly, dengan kuasa Allah juga, hanya dengan 1 kali cubaan, Nailah terus stop menyusu.. Alhamdulillah...akhirnya..berjaya jugak saya wean off Nailah tanpa rasa sadis.. (sadis bila dia nak nenen sambil merengek2 pastu saya macam tak ikhlas nak kasi).
Apapun, syukur saya dapat lengkapkan Nailah menyusu sampai 2 tahun. Memang itu impian saya... Tq Allah..tunaikan hajat saya... 😊

Tekniknya adalah.... 
Saya sapu serbuk teh yang dibasahkan sikit kat Cik B !
Jenuh jugak nak control jangan bagi jatuh2. 
Saya just sapu masa dia minta nak menyusu. Pastu, tunjuk kat dia ada hitam2 kat nenen. Pastu, dia pun eii eeii..geli lah konon kan.. Pastu saya terus basuh.. Pastu dia nak tengok lagi... 😅😅 kene lah tepek balik sat... Pastu dia nak tengok pulak yang sebelah ada ke tak.. (saya buh sebelah je)..
Adoi...nak kelentong budak ceredik.. Gitu lah.... Ada je akal dia.. 😄😄
Lepas dari tu, dia terus tak nenen dah.. Bila dia minta, saya just cakap ada hitam2 kat nenen..eeii..geli..

Pastu..Bila dia tengok Fauzan nak menyusu, dia cakap, "eii..ada tam ya..geyi yaa" (eii..ada hitam lah..geli lah)
😆😆

Tu lah dia teknik yang saya guna. Kalau anda masih mencari2 teknik nak wean off baby, anda jugak boleh cuba. Mana tau berkesan jugak pada anak anda. 😊

Good luck, k! ✌



love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Mengantuk Punca Kemalangan.

Assalamualaikum semua..
pagi ni saya dengar radio perak.fm
laporan polis trafik melaporkan sebanyak 91 kemalangan telah berlaku semalam di seluruh perak.
syukur tiada yang maut.
Seorang cedera parah dan seorang cedera ringan.

wahhh..dalam sehari je ada 91 kemalangan.
banyak tu!

teringat saya masa saya excident bulan 12 tahun lepas.
malam tu pergi balai buat report, beratur orang nak buat report.
ramai!!

Ada 1 sebab yang sebenarnya adalah antara PUNCA UTAMA kemalangan iaitu MENGANTUK.
Percaya tak korang, 1 saat kita terlelap/tertidur ketika memandu pun boleh menyebabkan kemalangan tau.

Hanya sebab tertidur 1 saat, 
1. nyawa jadi taruhan. mungkin boleh mati terus. atau terpaksa tanggung sakit cedera parah/patah tulang berbulan2 lamanya.
2. kereta remuk. ambil masa untuk repair dan kita tiada kenderaan lain. dah kene pinjam kereta kawan/sedara atau kene sewa.
3. gangguan emosi. teringat2 tentang kemalangan atau mungkin fobia terus nak memandu.

hanya sebab tertidur 1 saat.


Biasanya kita tertidur sebab kita terlalu letih ketika memandu.
Letih semalam lewat tidur. Pagi2 dah kene pergi kerja. Memandu dalam keadaan letih.
atau
letih pulang dari kerja. kerja terlalu banyak tak sempat nak makan. Memandu pulang ke rumah dalam keadaan letih.
Letih.
Letih itu lah yang menyebabkan MENGANTUK.

Apa pulak punca letih ni?
1. tak cukup rehat/tidur.
2. terlalu banyak kerja yang dilakukan.
3. tekanan.
4. tak cukup air dalam badan.
5. tak cukup nutrisi harian.

So, macam mana nak overcome rasa letih ni?
1. pastikan rehat yang cukup kalau nak memandu. terutama jika kita dah plan nak memandu tempat yang jauh.
2. pastikan kita ambil air yang cukup setiap hari. sekurang-kurangnya 3 liter sehari supaya badankita sentiasa rasa segar kerana sistem badan dapat berfungsi dengan lancar (dengan adanya air yang sentiasa cukup dalam badan).
3. pastikan kita ambil nutrisi yang cukup lengkap untuk sehari. jaga makan, jangan biasakan diri berlapar. cara paling mudah untuk pastikan nutrisi harian kita cukup setiap hari adalah dengan pengambilan suplemen.

Suplemen Shaklee yang saya boleh cadangkan untuk anda yang selalu keletihan adalah, FAMILY WELLNESS SET.

Dalam set ini ada:
1. Energizing Soy Protein.
2. Vitalea Iron Formula (multivitamin tertua didunia yang lengkap dengan semua vitamin n mineral)
3. Sustain released Vitamin C.
4. Bcomplex.



kalau anda lebih gemar untuk consume suplemen dalam bentuk syrup, saya cadangkan anda ambil VIVIX. Vivix ni memang power dan recommended !!



hubungi saya jika anda mahu selamatnya nyawa anda untuk insan tersayang!


love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Hukum Darah Keguguran.



Assalamualaikum..
beberapa bulan lepas, saya didatangi soalan tentang hukum darah selepas keguguran.
Alkisahnya, wanita ini keguguran pada usia kandungan 13 minggu dan disarankan menjalankan D&C oleh doktor atau bahasa pasar nya 'kene cuci'.



Saya pun tak la arif tentang hukum hakam agama ni. Tapi sebab saya pernah alami situasi kene cuci tu, tu yang beliau tanya tu.

Kisah saya di 'cuci' ada di sini >> KEHILANGAN

Lalu saya pun rujuk kepada sahabat saya yang lebih arif berpangkat ustazah dan ustaz.

Jawapannya begini,

PANDANGAN ULAMA(MAZHAB SYAFIE) MENGENAI DARAH KEGUGURAN:


A - Berdasarkan ilmu perubatan dan sebahagian ulama berpandangan seperti berikut:

1). Keguguran di bawah usia kehamilan 10 minggu:

Sekiranya umur kehamilan belum mencapai 10 minggu dimana yang keluar  kerana keguguran itu berupa ketulan daging atau darah beku maka darah yang keluar itu dianggap sebagai darah haid.

B - Tempoh Haid Berdasarkan mazhab Syafie:

Dalam tempoh haid berlangsung wanita yang keguguran dikecualikan daripada ibadah fardu seperti solat fardu dan berpuasa fardu.

Tempoh minima keluar haid: 1 hari 1 malam.
Tempoh normal keluar haid :7 hari 7 malam.
Tempoh maksima keluar haid:sehingga 15 hari 15 malam.

C - Darah yang keluar selepas tempoh maksima darah haid (selepas 15 hari 15 malam) akan dianggap sebagi darah istihadoh (darah penyakit) di mana diwajibkan ke atas wanita yang keguguran tadi bersuci (mandi wajib) seterusnya menunaikan solat fardu dan puasa fardu (jika dalam bulan Ramadhan).

D - Keguguran setelah usia kehamilan 10 minggu ke atas /Janin Cukup Sifat
Apabila umur kehamilan telah mencapai 10 minggu dan atau dapat dipastikan yang keluar kerana keguguran itu berupa janin yang cukup sifatnya (seperti muka, jari jemari tangan dan kaki) maka darah yang keluar itu dianggap sebagai darah nifas.

E - Menurut mazhab Syafie darah nifas mula dikira setelah keluar janin tadi dan darah yang keluar sebelumnya adalah darah penyakit (istihadoh). Bagaimana pun ada pendapat yang mengganggap ianya darah haid.

F - Tempoh nifas berdasarkan mazhab Syafie:

Dalam tempoh nifas berlangsung wanita yang keguguran dikecualikan daripada ibadah fardu seperti solat fardu dan berpuasa fardu.

Tempoh minima keluar nifas:sedetik/seketika jua.
Tempoh normal keluar nifas :40 hari 40 malam
Tempoh maksima keluar nifas :sehingga 60 hari 60 malam

G - Sekiranya wanita tersebut mengalami pendarahan terputus-putus seperti wanita mengalami keluar darah beberapa hari kemudian terhenti beberapa hari tetapi kemudiannya keluar darah lagi, ianya adalah darah nifas selagi mana masih dalam tempoh maksima nifas 60 hari 60 malam tadi.

H - Manakala darah yang keluar selepas tempoh maksima darah nifas (selepas 60 hari 60 malam) akan dianggap sebagi darah istihadoh (darah penyakit) di mana diwajibkan ke atas wanita yang keguguran tadi bersuci (mandi wajib) seterusnya menunaikan solat fardu dan puasa fardu (jika dalam bulan Ramadhan).

..
wallahualam. begitulah jawapan yang sahabat saya bagi. sangat jelas penerangannya.
semoga ianya juga dapat bantu anda yang dalam kekeliruan.

buat wanita2 yang terpaksa jalani D&C,
anda boleh ambil Set Berpantang Shaklee untuk pulihkan balik sistem peranakan anda dan pulihkan kesihatan anda secara menyeluruh.



Sebarkan jika ianya bermanfaat buat anda.
(^_^)v


love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Cara pengambilan vitamin shaklee di bulan puasa.

hari ini 1 ramadhan.
semua umat islam yang tiada keuzuran, wajib berpuasa.
wajib maksudnya mesti!

ramai customer saya tanya, macam mana cara pengambilan vitamin shaklee di bulan puasa ni.


sebab, mostly makan banyak vitamin,kan...
bukan 1 jenis vitamin je...
so, dalam entry ni saya terangkan bagaimana cara saya makan vitamin2 shaklee saya..
actually, ia nya flexible..boleh ubah ikut kesesuaian masing2..
cuma, apa yang saya share ni, mungkin boleh jadi panduan anda semua...

apa yang saya consume?

1. vitamin c
2. vitalea
3. bcomplex
4. ESP / Cinch
5. meal shake
6. collagen
7. performance drink
8. cinch tea
9. alfalfa
10. ostematrix
11. lecithin
12. omega
13. ajht

haa..banyak,kan? hehe...
kalau baca 1 per 1 nama vitamin tu, memang banyak..
tapi kalau ngap je tanpa baca, insyaAllah tak rasa banyak.. ;)
the thing is, saya dah anggap vitamin2 ni seperti makanan ruji saya..
sehari tak makan macam nak pengsan rasa badan..
lemah..longlai...malas...tak bermaya...negatif...nak marah2...nak jadi singa...
tapi bila saya consume ikut aturannya, badan automatik jadi positif, happy, bertenaga, energetik, banyak idea, sihat... 
serius tau !!
kalau anda belum pernah cuba makan vitamin, anda cuba lah...
saya percaya anda akan rasa kelainan nya...
give yourself a try! okey bebeh!!!... (^_^)

okey...ni cara pengambilan vitamin shaklee saya sempena bulan ramadhan yang mulia ini.


sahur.

1. makan nasi dan air kosong.
2. VITAMIN C + VITALEA + BCOMPLEX + OMEGA + ALFALFA (3 biji) selepas makan nasi.
3. beberapa minit sebelum habis imsak / azan subuh, saya minum ESP / CINCH SHAKE + MEAL SHAKE + COLLAGEN + kurma dan segelas air kosong.
4. lain2 vitamin, PHYTOCOL-ST, VIVIX


berbuka puasa.

1. kurma, kuih muih / makanan yang ringan2 seperti roti jala, bubur, mi goreng atau bihun sup dengan kuantiti yang sedikit.
2. minum PERFORMANCE DRINK + CINCH TEA yang dibancuh sejuk atau suam..saya prefer suam2 sebab mak saya pesan jangan berbuka dengan air sejuk. PD dan CINCH TEA sangat penting untuk mengembalikan bendalir dalam tubuh badan dan tenaga kita.

solat maghrib.


makan malam (sebelum isyak)

1. nasi dan lauk pauk. nasi dengan kuantiti segenggam tangan masing2. kecik tangan korang, sikit lah nasi nye..besar genggam korang, banyak lah nasi nye..hehe..
2. selepas makan nasi, ambil LECITHIN + ALFALFA (7 biji) + AJHT.
3. minum air kosong 2-3 gelas.
4. lain2 vitamin yang korang boleh consume, GARLIC + PEPPERMINT GINGER PLUS + HERB LAX


sebelum tidur.

1. OSTEMATRIX (4 biji)
2. lain2 vitamin, VITAMIN E, CARATOMAX,VIVIX

..
itulah serba sedikit cara pengambilan vitamin dan diet saya sepanjang bulan ramadhan.
kata orang, bulan puasa ni bukan semata2 untuk menyucikan hati dengan perbanyakkan amalan ibadah..
tapi, bulan ni juga bulan untuk kita cuci tubuh badan kita dari toksin dan kekotoran yang badan kita mesti buang..
dah besar2 ni, err..maksud saya, dah matang ni, sudah2 lah beli macam2 juadah ketika berbuka..
cukup lah makan ala kadar sahaja...

kalau korang nak lebih mudah, risau terlupa vitamin apa yang korang perlu makan, boleh bubuh siap2 dalam pill box.
lebih organize dan tak de alasan untuk skip vitamin korang!


oh ye...
lupa pulak nak share lagi 1 benda..
last ramadhan, saya berpuasa dengan keadaan hamil 7 bulan.
apa yang saya share kat atas tu lah cara saya consume vitamin shaklee dan diet saya..
alhamdulillah, saya sangat bertenaga untuk berpuasa hampir penuh sebulan..
hujung2 tu ada rompong 2-3 hari sebab masuk hospital... (^_^)

tahun ni, saya berpuasa sebagai breastfeeding mommy...
doakan saya dapat berpuasa dengan bertenaga lagi untuk bulan ni ya...
kondisi ibu hamil dan ibu menyusu tu hampir sama.... (^_^)


okey la...
daaa....
selamat menjalani ibadah puasa dan tarawih..
semoga kita semua peroleh rahmat dan berkat berganda2 di bulan yang mulia ini...
aamiinn....
(^_^)


love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

bayi organik



Cute sangat gambar dari page http://www.applecrumbyandfish.com
Saje je tepek gambar ni sebab sangat comel..hehe..

Siapakah dia organik bayi yang saya nak cerita ni?
.
.
.
Of course my beautiful baby princess, Putri Nailah Ruwaida.

Kalau korang nak tahu, dari proses pembenihan nailah lagi saya dah amalkan vitamin organik iaitu vitamin2 shaklee.
kirenya, memang dari dalam perut lagi nailah dah dibekalkan dengan yang organik2 aje..

Inilah vitamin2 yang saya amalkan dulu, kini dan selamanya...
(^_^)

Nak dijadikan cerita, kulit beliau memang sangat2 halus tulus dan mulus.
cerah pun ye jugak.
tapi, kulitnya sangat sensitif pada produk yang ada chemical.
masa dalam pantang, saya sabunkan dengan mandian baby johnson.
dengan sekali pakai je, naik ruam2 kat bahaian2 pelipat macam ketiak n belakang siku.
kalau pakai shampoo pulak, kulit kepala dia jadi kuping2 macam kelumumur tu.
senang nak jadi tapi susah nak hilangkan kelumumur tu..
haih...
saya try pureen pun sama jugak.
Saya tak nampak pun ini satu masalah tapi saya suka sebab badan dia reject chemical product..hehe...
Sudahnya, nailah mandi tak bersabun dan tak bersyampoo sampai 8 bulan! Hehe...

Alhamdulillah...kulit nailah masih mulus tulus dan gebus macam tu.
tapi saya risau gak sebab kuman2 boleh melekat kat kulit kalau kita tak 'buang' atau antibodi kita tak kuat untuk tepis kuman2 tu.
akhirnya, kulit boleh jadi macam ni...
Horror kan!
Orang ni hidup dah berpuluh2 tahun.
disebabkan antibodi dia tak kuat untuk tepis kuman yang hinggap kat kulit dia, lama2 terkumpul sampai jadi macam tu..

So, saya pun cuba 1 organik produk untuk nailah.
BUDS.

produk ni je produk organik yang saya jumpa kat sini.
memula cuba yang mandian punya.
kene campur dalam air mandi, bukan direct ke kulit.
saya tengok kulitnya boleh accept, baru lah saya beli shower foam dan shampoo.
Rm70 tau untuk both ni..
uwahaha...
jangan main2 dengan bayi organik ni..hihi
Mama pakai pun jimat2 je.. (^_-)
sampai hari ni, dah seminggu nailah pakai, alhamdulillah kulit nailah boleh accept.
tak de naik ruam2 pun.
memang organik sungguh nailah ni..hehe..
dan saya pun dah fall in love dengan BUDS ni..dah le comey je packaging nye..
kalau shaklee punya produk untuk baby masuk kat malaysia, of course lah saya pilih shaklee..
(^_-)
Tak de kat malaysia tau shaklee baby ni.

Selama 8 bulan nailah mandi tanpa sabun, alhamdulillah kulitnye tak berdaki walaupun saya cuma gosok2 dengan tangan je.
berkat saya amalkan vitamin shaklee dan fully direct breastfeeding nailah, antibodi nailah sangat kuat.
mungkin sebab tu kulit nya tak mudah di serang kuman.
Alhamdulillah..
semuanya atas kehendak Allah...


And saya happy sekarang sebab dapat sabun dan syampoo kan nailah..
(^_^)

Sempat gak terbeli baju 'raya' nailah masa mencari2 BUDS kat baby mall..hihi

.....

Nak hamil?

♡ saya consume GLA, VITALEA, VITAMIN C, BCOMPLEX, ESP, VIVIX.



Nak bertenaga ketika hamil?
♡ saya consume VITALEA 2 BIJI, BCOMPLEX, VITAMIN C, ESP, OSTEMATRIX, VIVIX.



Nak kurangkan rasa morning sickness?
♡ saya consume PAPERMINT GINGER PLUS.



Berpantang?
♡ saya consume ZINC, VITALEA, BCOMPLEX, VITAMIN C, ESP, VIVIX.



Nak perbanyakkan susu badan?
♡ saya consume MEAL SHAKE, ESP, ALFALFA, OSTEMATRIX, VITALEA, BCOMPLEX, VITAMIN C,VIVIX.



Nak kurus lepas hamil?
♡ saya consume LECITHIN, ALFALFA, ESP, CINCH SHAKE, CINCH TEA, VIVIX.



Nak baby putih melepak cantik kulitnye?
♡ saya consume MEAL SHAKE sepanjang kehamilan dan sepanjang saya menyusukan baby saya.



*gambar saya sedang berpantang, Putri Nailah berumur 31 hari..

...


love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Kenapa perlu dapatkan VITALEA-IRON-FORMULA secara PERCUMA?

Siapa mahu FREE VITALEA 1 BOTOL???
.
hey..siapa yang tak nak, kan..
2 orang new member dah dapat FREE VITALEA mereka.


.
Whats so HOT tentang VITALEA ni?

.
5 SEBAB VITALEA JADI PILIHAN RAMAI !!
..
1. Mulitivitamin PERTAMA di dunia !


2. Lengkap segala nutrisi, iron dan kalsium yang badan kita perlukan.


3. Sangat bagus untuk ibu2 hamil dapat bacaan HB lebih 12.


4. Sangat bagus untuk mereka yang selalu rasa nak pitam, anemia, lemah2 badan,mengantuk dan selalu tak sihat.

5. Mudah serap, berasaskan bahan semula jadi dan berkesan! Selamat dimakan begitu saja... ;)

.
.
So..
Kalau anda memang selalu beli vitamin shaklee tapi belum jadi ahli, inilah masa yang tepat untuk anda jadi ahli!.
.
Harga vitalea 1 botol rm88.
Yuran keahlian rm68.90.
.
Lebih baik bayar yuran keahlian, ye tak??
.
.
So, amacam?
Beli mana2 produk shaklee, anda layak dapat FREE VITALEA !!!

GRAB NOW, OKEY!!!
(Sah sehingga Oktober 2015 sahaja)

love,
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771
 --------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK IBU MENYUSU

 SUSU IBU ADALAH SUSU PALING SIHAT UNTUK SI MANJA !

kerana susu ibu diakui susu yang mengandungi nutrien paling lengkap untuk bayi,
yang terbukti memberi sejuta kebaikan dalam proses tumbesaran dan perkembangan si manja.

Banyak klinikal study membukti gejala 'stomach viruses', 'respiratory illnesses' dan 'meningitis' pada bayi kurang berlaku pada bayi yang minum susu ibu.
Ini kerana, susu ibu mengandungi antibodi semulajadi yang dapat menguatkan sistem imun bayi kita dari dijangkiti kuman dan penyakit.

Oleh sebab itu, diet yang sihat sangat penting untuk ibu yang menyusu bagi mengekalkan komposisi susu yang sihat buat si manja dan kesihatan ibu itu sendiri.
Antara suplemen shaklee yang dapat membantu si ibu kekal sihat dan si bayi dapat membesar dengan sihat adalah:

- VITALEA - VITAMIN C - B COMPLEX - ALFALFA - ESP - OSTEMATRIX - OMEGA GUARD -


 VITALEA - VITAMIN C - BCOMPLEX
vitalea/multivitamin membekalkan vitamin dan mineral penting buat si ibu yang mungkin tak dapat nutrien lengkap dari diet harian.
bekalan vitamin C dan B yang cukup dalam diet harian ibu dapat membantu menghasilkan susu ibu yang berkhasiat dan sihat untuk memberi kesihatan menyeluruh buat ibu dan bayi.
kenapa vitamin C penting?
sebab vitamin C memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sel tumbesaran bayi.
kenapa pulak vitamin B complex penting?
sebab vitamin B complex dapat mengekalkan kesihatan sistem saraf bayi. ia juga penting untuk penghasilan hormon dan sel darah merah bayi.
buat si ibu pulak, ia dapat mengurangkan tekanan sekaligus dapat buat ibu sentiasa berasa tenang.


ESP
bayi kita memerlukan sumber protien yang mencukupi dalam proses tumbesaran kerana protien adalah 'basic building block of the body'.
selain tu, sumber protien yang selamat seperti non-gmo soy sangat membantu dalam penghasilan susu ibu.


OSTEMATRIX
susu ibu dihasilkan 40% daripada kalsium.
dan, kalsium ini sangat penting untuk tulang dan gigi yang sihat buat simanja.


OMEGA GUARD
omega guard yang mengandungi omega-3 fatty acid sangat membantu dalam perkembangan otak dan mata yang sihat buat si manja.
kajian saintifik membuktikan, lebih banyak bekalan omega-3 anda bekalkan kepada bayi anda, lebih hebat dan cepat neurons akan berhubung sekali gus menjadikan anak kita pintar.


ALFALFA
alfalfa mengandungi banyak nutrien penting seperti vitamin K,A,B1,B6,C,E kalsium, zinc and iron.
kesemua nutrien2 ini adalah penting untuk tumbesaran bayi yang sihat.
dan....alfalfa ini adalah rahsia turun temurun untuk menambahkan susu ibu!



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
untuk order dan pertanyaan, 
sila add saya di fb saya, baizura bahar 
atau email shaiful_baizura@yahoo.com 
atau sms 016-5952771

Vita-Lea® Iron Formula



Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:


•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah
      merah.*


Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


sumber: www.shaklee.com.my


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
untuk order dan pertanyaan, 
sila add saya di fb saya, baizura bahar 
atau email shaiful_baizura@yahoo.com 
atau sms 016-5952771