Ex Boss Saya Punca Saya Berhenti Kerja dan Mulakan Bisnes Sendiri.


Sesekali, rindu jugak kat my ex bosses. Diorang suami isteri jalankan company tu. Company tu 'comey' je. Office kat dalam showroom. Staff pun beberapa orang je. Staff pun mostly family members diorang. Cuma 2-3 orang je orang luar yang jadi kerani n designer. 

Meja kerja saya beberapa langkah je dengan meja my ex boss. Boleh kata kami rapat sesama kami. Boleh tepuk tampar gak lah. Diorang baik. Tapi biasa lah, ada certain2 kes, stress jugak.

Tapi, yang mendorong saya untuk resign kerja sebenarnya bukan sebab stress dengan ex boss atau kerja2 di sana.
Saya enjoy buat kerja2 tu semua.
Factor utama saya resign adalah, saya stress sebab TAK DAPAT JADI MACAM EX BOSS SAYA!

Korang faham tak ni?

Saya nak jadi macam ex boss saya !!!.

Seriously saya cemburu bila boss sesuka hati nak masuk ofis jam berapa.
Saya cemburu bila boss sesuka hati bawak anak2 dia datang ofis.
Saya cemburu bila boss boleh keluar minum dengan client lepas je meeting.
Ikut suka dia je nak pi lepak kedai minum tea.

Tapi saya?
 Kene ikut waktu kerja.
Masuk jam 9, balik jam 6.
Waktu lunch boleh rehat cuma 1 jam!
Bosannya!!! 😩😩

Kecemburuan itu lah yang mendorong saya untuk BUAT BISNES MACAM BOSS SAYA.
Saya nakkan TIME FREEDOM!!
Saya nak bebas bekerja bebila pun yang saya suka.
Saya nak bebas keluar masuk ofis saya.
Tu yang bercita2 nak bukak ID Firm sendiri tu..😊

Saya usaha jugak kearah itu.
Tapi bila dah berkeluarga dan beranak2, saya mula cari bisnes yang sesuai dengan jiwa seorang ibu yang nak spend banyak masa dengan anak2.
Apa yang terlintas di fikiran saya adalah, BISNES ONLINE DARI RUMAH.

Siang malam saya doa.
Tak jemu2 minta pada Allah.
Dan akhirnya, Allah temukan saya dengan bisnes shaklee.
Waktu tu saya percaya, Allah telah tunaikan permintaan saya melalui bisnes shaklee ni.
Dan ternyata ianya memang benar apabila kini sudah 4 tahun lebih saya buat bisnes shaklee ini secara online dan sudah 3 tahun lebih saya jalankan secara full time dari rumah sahaja.
Anak2 saya jaga sendiri.
Kerja2 rumah saya selesaikan sendiri.
Suami saya uruskan sendiri..of course lah kan... 😄
Setiap bulan shaklee bayar bonus saya on time! 
Syukur alhamdulillah... 😊

Saya percaya, ada sebab Allah temukan saya dengan bisnes ni. 
Allah tak bagitau pun, inilah bisnes yang dapat penuhi kehendak kamu..tak de..dalam mimpi pun tak de..
Tapi, kepercayaan itu hadir sendiri..

Saya jugak percaya, ada sebab kenapa Allah gerakkan hati setiap anak bisnes saya untuk daftar ahli di bawah saya.
Kebanyakkan mereka pernah berimpian untuk bekerja sendiri dan jaga sendiri anak2 mereka sebab sedih nak tinggalkan anak2 kepada pengasuh. 

Saya selalu terfikir, tak ke diorang 'rasa' yang Allah sedang bukakan jalan buat diorang untuk capai hajat diorang?
Tak ke diorang 'belajar' sesuatu dari upline2 yang dah berjaya resign kerja makan gaji dan jaga sendiri anak2 diorang?

Kenapa diorang sia sia kan jalan yang Allah dah lorongkan ni (dengan menjadi ahli shaklee)?
Kenapa diorang masih tak nampak yang bisnes shaklee ni adalah flatform untuk diorang capai hajat2 diorang..
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?

Apapun, saya ucap juta juta terima kasih pada ex bosses saya yang telah membuka mata saya untuk berbisnes sendiri. 😊
Mereka bukan orang hebat pun..
Pelajaran biasa2 saja.
Tapi MEREKA BERJIWA BESAR, BERANI DAN YAKIN DENGAN DIRI SENDIRI. 💪💪
Kalau mereka boleh jalankan perniagaan mereka sendiri, kenapa saya yang ada degree ni tak mampu?
 haa... Tumbuk diri sendiri!!
Malu je..
Dush dush 👊👊👊

Ternyata TIME FREEDOM  yang saya idam idamkan selama ini memang SATU NIKMAT TERBESAR YANG ALLAH BERI.
TERIMA KASIH ALLAH... SYUKUR ALHAMDULILLAH.. 😊
Tak sia sia saya grab jalan yang Allah lorongkan ini..
Bukan saya seorang dah rasa yang bisnes shaklee ni punya masa depan, raaaaaaamai dah yang sedang nikmati..

Beruntunglah mereka yang GRAB peluang Allah beri ni.. 😊


My working space satu masa dulu.. Sebbek ada gak gambar buat kenangan...😍😍

love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Mulakan Langkah Pertama.


Mak saya dah lama pesan suruh masukkan Fauzan dalam buai.
Saya iye kan je..
Memang nak tapi rasanya masih boleh handle kalau dia tidur bawah je.
Tapi lelama rasa kesian pulak sebab Fauzan cepat tersentak.
Kekakak pulak selalu sangat bising bila main. Kalau tak bising tu, Nailah mesti akan kacau dia tidur..tarik bantal lah..peluk cium lah sampai terbangun.. Bila dah terbangun tu, tak tidur dah lah.
Sekejap sangat dia tidur, dalam 5 minit je tau..
Kalau saya masuk bilik air nak mandi tu, sempat gosok gigi je..
Lain2 tak sempat..then..terpaksa biar dia menangis sampai selesai urusan dalam bilik air.



Sebenarnya ada beberapa sebab yang buat saya refuse nak masukkan Fauzan dalam buai. Sebab utama adalah cabaran dari kakak2 Fauzan yang lambat matang tu. Nailah dulu pun tak masuk buai..
So, kalau Fauzan pakai buai, saya assume diorang akan 'jakun' n main buai tu.



Tapi akhirnya, saya nekad gak nak masukkan Fauzan dalam buai walaupun dah berusia 9 bulan.
Sebab nak bagi Fauzan tidur lebih sikit di siang hari..
Alhamdulillah..Fauzan sangat okey bila masuk buai..tak mengamuk2 sangat.
Kalau mengamuk pun biasanya dia akan tewas bila lelama dibuai.
Alhamdulillah..makin lama makin okey dan makin lama dia dapat tidur disiang hari..
Bukan apa...baby ni membesar sewaktu diorang tidur.
Kalau kata diorang tak cukup waktu tidur diorang, maka kuranglah proses tumbesarannya. 😊

Point yang saya nak sampaikan dari kisah ni sebenarnya adalah, kita selalu bersangka-sangka bila nak buat sesuatu benda yang boleh datangkan manfaat kepada kita.
Kita belum tahu apa outcome nya sampai lah kita cuba buat.
So..apa nak buat?
Just cuba je lah buat.
Once kita dah buat, apa saja dugaan or halangan selepas tu, kita mesti akan fikir solusi untuk selesaikannya. Bukan nya kita akan stop buat benda tu...

Contoh macam sebelum kita nak mulakan bisnes la.
Kita bersangka macam-macam.
Bisnes kita sama macam orang lain la. Orang lain dah ramai dah jual barang tu lah.
Nanti tak de siapa nak beli dengan kita.
Macam2 lagi lah 'alasan'nya.
Tapi, once kita dah start menjual, jika kita ikhlas menjual dan tahu apa matlamat kita, insyaAllah..segala obstacles yang mendatang, kita akan fikirkan solusi terbaik untuk menghadapinya..

So..buat rerakan bloggers dan followers yang sedang berkira2 untuk jalankan perniagaan, MULAKAN LAH LANGKAH PERTAMA ANDA.
Apa dia langkah pertama?

TETAPKAN MATLAMAT KENAPA ANDA NAK BERNIAGA! APA ANDA NAK ACHIEVE DARI PERNIAGAAN ANDA! 
KEMUDIAN, TULIS DAN TANPA DI NOTIS BOARD. SUPAYA IANYA SENTIASA MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK ANDA KETIKA ANDA SEDANG MENGUSAHAKAN BISNES ANDA.

All the best n Good Luck! 😊

Kalau nak join saya buat bisnes shaklee, feel free to whatsapp saya. Langkah pertama sekali, anda kene jadi member. Then saya akan ajar sikit2 macam mana nak start bisnes..okey? 😊✌


love, 
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Satu Teknik Mudah untuk Wean Off Breastfeeding Baby

Assalamualaikum..di malam yang hening dan pening ini (sebab saya sedang alami sakit kepala yang amat dahsyat 😌), saya nak share 1 teknik nak wean off baby..

Teknik ni mula2 saya cuba kat Natrah. Masa pregnantkan Nailah, Natrah masih menyusu walaupun dah lebih 2 tahun. Tapi sebab Cik B sangat sakit bila dia hisap, saya terpaksa wean off kan Natrah. Kalau tak sakit, saya biar je.. Bukan apa...tak rajin kot nak bancuh susu malam2..😂
Amazingly, hanya dengan 1 kali cubaan, Natrah terus stop menyusu.

Then, saya try teknik yang sama pada Nailah bebaru ni. Sebab, rasa stress bila dia nak nenen. Tak menyempat, mengamuk n rasa dia dah besar..hehe..maybe sebab dah rasa Fauzan menyusu..so, bila Nailah menyusu, rasa macam..eh..dah besar lah!!!

Amazingly, dengan kuasa Allah juga, hanya dengan 1 kali cubaan, Nailah terus stop menyusu.. Alhamdulillah...akhirnya..berjaya jugak saya wean off Nailah tanpa rasa sadis.. (sadis bila dia nak nenen sambil merengek2 pastu saya macam tak ikhlas nak kasi).
Apapun, syukur saya dapat lengkapkan Nailah menyusu sampai 2 tahun. Memang itu impian saya... Tq Allah..tunaikan hajat saya... 😊

Tekniknya adalah.... 
Saya sapu serbuk teh yang dibasahkan sikit kat Cik B !
Jenuh jugak nak control jangan bagi jatuh2. 
Saya just sapu masa dia minta nak menyusu. Pastu, tunjuk kat dia ada hitam2 kat nenen. Pastu, dia pun eii eeii..geli lah konon kan.. Pastu saya terus basuh.. Pastu dia nak tengok lagi... 😅😅 kene lah tepek balik sat... Pastu dia nak tengok pulak yang sebelah ada ke tak.. (saya buh sebelah je)..
Adoi...nak kelentong budak ceredik.. Gitu lah.... Ada je akal dia.. 😄😄
Lepas dari tu, dia terus tak nenen dah.. Bila dia minta, saya just cakap ada hitam2 kat nenen..eeii..geli..

Pastu..Bila dia tengok Fauzan nak menyusu, dia cakap, "eii..ada tam ya..geyi yaa" (eii..ada hitam lah..geli lah)
😆😆

Tu lah dia teknik yang saya guna. Kalau anda masih mencari2 teknik nak wean off baby, anda jugak boleh cuba. Mana tau berkesan jugak pada anak anda. 😊

Good luck, k! ✌



love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Suplemen Shaklee untuk Keracunan Makanan, Cirit Birit dan Muntah.

2 minggu lepas, bergilir gilir anak saya tak sihat.
Start dengan kakak putri, muntah2 sampai admit.
Doktor sahkan keracunan makanan.
Esoknya, saya pulak cirit birit dan muntah.
Flat terus tengah hari tu..tak lalu makan langsung..dan tak boleh bangun jugak.
Bila bangun je kepala pusing2 n terus rasa nak muntah.
 Tapi menjelang malam, alhamdulillah..getting better dan mula ada selera makan.
Siap order air kelapa n bihun sup kat suami..hehe..
Nanti saya share, macam mana saya boleh recover tanpa makan antibiotik pun..

Lepas tu, natrah pulak demam.
Demam biasa saja. Tapi sesekali merengek jugak lah.
Bila kakak putri keluar dari hospital, dia kene HFMD pulak. Banyak gila rashes naik kat tangan n kaki dia. Tak tidur dia malam tu dok menggaru dan merengek.
Lepas putri dah tak gatal2 (tapi rashes masih ada), Nailah pulak kene HFMD. Tapi tak seteruk kakaknya.

Esoknya pulak, Natrah muntah2 dan demam. Petang tu dah tak muntah so malam tu sedaplah dia makan roti balut sosej goreng. Elok je sihat nampaknya tapi sesekali ada dia mengadu sakit perut.
Tiba2, muntah pulak.. Tapi malam tu, sekali tu je lah dia muntah..
Esoknya, semua getting better..
Alhamdulillah...

MashaAllah...
Bergilir gilir anak2 tak sihat..
Mujur opah ada, dapatlah gilir gilir jaga diorang.
Saya redha dan syukur dengan ujian Allah..
Pasti Allah nak beri sesuatu yang sangat istimewa buat kami sekeluarga.. InsyaAllah aamiin..😊

Dan yang saya paling syukur adalah, Fauzan tak jangkit langsung.
Demam pun tak..
Padahal, dia 24jam melekat dengan saya.
Masa kakak putri baru masuk wad, saya terpaksa jaga putri..
Sebab habibi ada hal..
of course Fauzan sekali..siap baring atas katil putri lagi..

Tu lah kan..kuasa Allah...
Kalau Allah nak beri sakit, protect la macam mana sekali pun, makanlah berbotol botol vitamin C sekali pun, makanlah berkotak kotak nutriferon sekalipun, kalau Allah kata 'sakitlah kamu...' maka sakit jua lah kita.

Kalau Allah nak lindung, terdedah lah dengan virus sekali pun, kalau Allah kata 'virus takkan menjangkitimu..' maka sihat lah kita..
Buktinya, Fauzan tak jangkit walaupun sentiasa dikelilingi kakak2 yang tak sihat dan bervirus.
Syukur ya Allah...

Anak2 saya ni, actually jarang makan shaklee.. 😁
Mama dia je yang konsisten makan tapi diorang tak.
Just lately, saya selalu masukkan Meal Shake dalam air coklat diorang. And lepas semua dok sakit2 je ni, saya tambah nutriferon sekali. Nutriferon tu kalau suruh makan gitu je, natrah je yang suka makan. Yang lain2 memang tak makan. So, bila bubuh dalam air macam ni, diorang tak rasa pun.. Nutriferon ni untuk kuatkan antibodi diorang untuk serang sendiri virus2 yang menyerang.


Apa yang saya consume untuk saya pulih sendiri dari muntah2 dan cirit birit?

1. Nutriferon. Saya makan 1 sacet setiap 5 jam.
2. Sr Vitamin. Saya makan 2 biji setiap 5 jam.
3. Air garam. Untuk kembalikan bendalir dalam tubuh. Ni sebab saya tak de stok Performance Drink. Suppose minum PD pun insyaAllah membantu.





Saya elakkan minum sebarang air dalam tempoh 2-3 jam untuk elakkan saya muntah lagi. Selagi 'usus saya meradang', selagi tu saya akan muntah tiap kali air atau makanan masuk melalui mulut.
So..saya terpaksa biarkan diri saya lemah selemah lemahnya dan saya tidur.

Petang tu, saya minum sikit2 air garam dan mula ada energy n selera makan.

Macam tu jugak saya buat pada anak2 saya yang muntah2. Saya terpaksa minta diorang 'puasa' seketika.
Dan saya suruh diorang tidur je..
Nampaknya, kaedah ni insyaAllah bantu kami lebih cepat sihat.

Bila saya dah bebetul recover (dah boleh makan dan minum tanpa muntah), baru lah saya ambil Garlic pulak. Garlic ni antibiotik semulajadi.
Since garlic ni kene makan with food, sebab tu saya tak makan masa perut saya tengah kosong tadi.
Tujuan saya ambil Garlic ni, lebih kepada untuk pertahanan badan Fauzan.
Yela..dia belum kene apa2 masa tu..kiranya macam protection untuk tubuh dia.

Amazingly..dengan kuasa Allah..
Fauzan tak dijangkiti pun...
Syukur alhamdulillah...
😊😊😊

Apapun saya redha..ini yang Allah tulis untuk kami sekeluarga..
Habibi terpaksa cuti sampai abis cuti dia.
Dan saya doakan, semoga satu hari nanti, habibi saya akan punya masa sendiri.
Tak perlu lagi nak apply cuti untuk jaga kami...
Doakan juga ya... 😊
Aamiinn...

See..my anje boy yang kuat. 💪💪


love,
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Kedai Cuci Carpet di Ipoh.

Assalamualaikum..long time no see...
Load of works setiap hari sampai jarang jarang dah jenguk my beloved blog ni..

Hari ni just nak share something yang buatkan saya terfikir...
Terfikir tentang...
Kenapa tak ramai yang BERANI untuk tinggalkan majikan dan buat bisnes sendiri?
Tak teringin ke ada TIME FREEDOM..
Bila anak anak sakit, or parent sakit, kita punya MASA UNTUK URUSKAN MEREKA.
Emmm..maybe nak kene tunggu Anak2  or PARENT BETUL BETUL JATUH SAKIT TENAT DAN PERLUKAN JAGAAN RAPI baru nak ada KEBERANIAN itu..
Only Allah knows...
..
Saya hantar carpet untuk di cuci.
Tokey kedai dobi ni kiranya first time saya jumpa. Namanya kak ayu.
Tapi kak ayu ni ada pesona sendiri..senyum je dan sangat peramah..
First time jumpa pun macam dah kenal lama.. Kalau kak ayu baca, saya Seronok kenal kak ayu.. 😊😊
Saya nak story mory sikit ek pasal kedai dobi kak ayu..hehe

Hari ni kak ayu hantar carpet carpet saya yang dah di cuci.
Dapatlah borak lama sikit.
Sembang punya sembang, rupanya husband kak ayu yang handle kedai dobi diorang.
Dan husband kak ayu dulu kerja bank. Tapi sebab tak tahan kerja kat situ, beliau decide untuk usahakan kedai dobi n jaga sendiri anak anak diorang.
Oh ye..kak ayu ni kerja cikgu.

Lupa pulak nak tanya dah berapa lama kedai dobi kak ayu beroperasi.
Tapi, selama beroperasi ni, husband kak ayu lah yang basuh baju n carpet sengsorang. Kak ayu balik sekolah, kak ayu tolong..
Just recently diorang dapat hire seorang pekerja.

Seriously saya sangat kagum dengan tindakan yang husband kak ayu ambil.
And of course, awal awal bisnes ni memanglah kita kene buat semua sendiri.
Kalau kata bukak kedai dobi, kita lah nak cuci baju, kita lah yang nak entertain customers, kita lah yang nak uruskan akaun..
Unless u memang ada modal besar untuk terus hire staff.

And same goes dengan bisnes shaklee..
Awal2 bisnes memang kita lah yang kene jual produk, kita lah yang kene consult customer, kita lah yang kene manage order, place order etcs...
Then, slowly datang 'anak' bisnes..
Kita ajar pulak anak bisnes buat perkara yang sama dan lelama, bila group kita makin besar, insyaAllah..kita tak perlu struggle gila2 macam masa awal2 bisnes dulu..

Personally, thats the best way untuk u jadi kuat bila bisnes. Maksudnya, kalau pada awal2 bisnes u, u dah tahu cara pikat customer, macam mana nak handle order and so on, insyaAllah bisnes u boleh maju lagi in future.
Sebab, u dah experience memacam dugaan untuk u jadi lebih kuat.

My pray is, semoga husband saya juga diberi KEBERANIAN untuk memulakan bisnes. Dia ada niat n hajat tapi belum cukup BERANI lagi.
Macam saya dolu-dolu..
Dan saya percaya, insyaAllah satu hari nanti, pasti dia akan mulakan langkahnya yang pertama! 
Tapi janganlah lama sangat ya habibi.. 😅


2 tahun tak basuh carpet..hihi..
Kengkawan area manjoi, jelapang, klebang or tasek yang nak cuci carpet, boleh lah contact2 kak ayu ye.
Kalau nak no fon kak ayu, whatsapp saya nanti saya bagi..
Kedai kak ayu ada kat manjoi.
Nama kedainya Dobi D'Manjoi.
Kalau nak cuci carpet besar-dan-tebal-tak-larat-nak-angkat, kak ayu boleh datang ambil dan hantar.
Kosnya bergantung pada size.
Macam saya ni, size 6.6' x 8.6', 2 keping.. (carpet paling keping ke? 😅), rm110.
Pastu ada lah diskaun.. 😊

Saya doakan, semoga kedai dobi kak ayu di tambah2 rezeki nya oleh Allah swt.
InsyaAllah aamiin.. 




love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info