Showing posts with label MANFAAT : omega guard. Show all posts
Showing posts with label MANFAAT : omega guard. Show all posts

Satu Teknik Mudah untuk Wean Off Breastfeeding Baby

Assalamualaikum..di malam yang hening dan pening ini (sebab saya sedang alami sakit kepala yang amat dahsyat 😌), saya nak share 1 teknik nak wean off baby..

Teknik ni mula2 saya cuba kat Natrah. Masa pregnantkan Nailah, Natrah masih menyusu walaupun dah lebih 2 tahun. Tapi sebab Cik B sangat sakit bila dia hisap, saya terpaksa wean off kan Natrah. Kalau tak sakit, saya biar je.. Bukan apa...tak rajin kot nak bancuh susu malam2..😂
Amazingly, hanya dengan 1 kali cubaan, Natrah terus stop menyusu.

Then, saya try teknik yang sama pada Nailah bebaru ni. Sebab, rasa stress bila dia nak nenen. Tak menyempat, mengamuk n rasa dia dah besar..hehe..maybe sebab dah rasa Fauzan menyusu..so, bila Nailah menyusu, rasa macam..eh..dah besar lah!!!

Amazingly, dengan kuasa Allah juga, hanya dengan 1 kali cubaan, Nailah terus stop menyusu.. Alhamdulillah...akhirnya..berjaya jugak saya wean off Nailah tanpa rasa sadis.. (sadis bila dia nak nenen sambil merengek2 pastu saya macam tak ikhlas nak kasi).
Apapun, syukur saya dapat lengkapkan Nailah menyusu sampai 2 tahun. Memang itu impian saya... Tq Allah..tunaikan hajat saya... 😊

Tekniknya adalah.... 
Saya sapu serbuk teh yang dibasahkan sikit kat Cik B !
Jenuh jugak nak control jangan bagi jatuh2. 
Saya just sapu masa dia minta nak menyusu. Pastu, tunjuk kat dia ada hitam2 kat nenen. Pastu, dia pun eii eeii..geli lah konon kan.. Pastu saya terus basuh.. Pastu dia nak tengok lagi... 😅😅 kene lah tepek balik sat... Pastu dia nak tengok pulak yang sebelah ada ke tak.. (saya buh sebelah je)..
Adoi...nak kelentong budak ceredik.. Gitu lah.... Ada je akal dia.. 😄😄
Lepas dari tu, dia terus tak nenen dah.. Bila dia minta, saya just cakap ada hitam2 kat nenen..eeii..geli..

Pastu..Bila dia tengok Fauzan nak menyusu, dia cakap, "eii..ada tam ya..geyi yaa" (eii..ada hitam lah..geli lah)
😆😆

Tu lah dia teknik yang saya guna. Kalau anda masih mencari2 teknik nak wean off baby, anda jugak boleh cuba. Mana tau berkesan jugak pada anak anda. 😊

Good luck, k! ✌



love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Bagaimana nak tahu anak kita ada masalah pertuturan atau tak.



saya dapat ilmu ni pun baru lagi.


masa pergi hospital untuk check jaundis putra
ilmu ni dikongsi oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran Unit Audiologi) di Hospital Kerajaan.
selama ni tak pernah alert pun.
sebab semua anak2 saya, saya bawak check up kat klinik kerajaan ikut jadual.

nurse yang akan tolong check kan progres tumbesaran diorang.

so far, Alhamdulillah..semuanya okey..
.
bagaimana kita nak tau pertuturan anak kita tu ikut progress ke tak.
cuba check,
● usia anak 1 tahun - 1 patah perkataan cthnya mama, papa, nak, susu, mamam, dll.
● usia anak 2 tahun - 2 patah perkataan contohnya 'nak susu', 'apa tu?', dll..
● usia anak 3 tahun - 3 patah perkataan contohnya 'buat apa tu?', 'baby nak susu', dll...

kalau anak kita tak ikut progres ni, cepat2lah bawak ke pakar untuk kesan apa masalah sebenar anak kita.
mungkin juga masalah pendengaran sebab pendengaran dan pertuturan ni berkaitan.


saya pernah dengar kat tv, dah lama dulu, ada kanak-kanak ni tak boleh bertutur sebab dia ada masalah pendengaran. dia sebenarnya boleh bercakap, tapi sebab dia tak boleh dengar, so dia tak faham apa yang parent dia ajar selama ni.


Nailah 2 tahun. Dah boleh cakap 3 patah perkataan.
"ute anak oyeh" kata Nailah..hehe
Alhamdulillah..proses tumbesaran dia bagus.
cuma pelat je la...

progres dia lebih cepat dari kakak2 dia sebab dia adalah baby Shaklee sejak dari proses pembenihan dia sampai lah sekarang..  ☺☺☺
of course baby tak boleh consume suplemen,kan...
mama dia lah yang bertanggungjawab untuk jaga 'pengambilan suplemen' untuk dia.
apa yang saya consume untuk bantu proses tumbesaran beliau adalah Omega Guard.
sejak dari mengandungkan beliau sehingga menyusukan, saya konsisten amalkan Omega ni..



love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

ANAK-ANAK: MENYUSAHKAN ATAU MEMBERI INSPIRASI?


Saya tertarik dengan status fb seorang master shaklee, Master Lyna Noh.

Bukan apa, sebab sesetengah orang beranggapan, anak2 ni menyusahkan.
bila ada anak2 kecil, pergerakkan jadi terbatas. Nak kemana2 pun rasa susah sebab nanti anak2 ni buat bising lah, lari sana lari sini lah, bergaduh lah, berebut lah, macam2 lagi lah..

Bagi saya (bagi suami saya jugak rasanya), kami tak nampak ianya satu beban.
memang kadang2 hangin jugak kan bila dalam kereta diorang bergaduh, nangis2, berak,kencing dll..
tapi bila tak bawak diorang, sunyi nye la hai kereta kami..
Belum cerita kat kedai makan lagi..
tumpah sana sini..gaduh berebut makanan..
macam2 lagi lah...

..

Sebenarnya saya tengah cari benda alah ni.

Riki kat lelong.com (portal online shopping habibi),
Harganya rm400 lebih..
eemmm....
Dapat yang 2nd hand pun saya okey je..
tapi tak jumpa..
eh..Tak cari sangat sebenarnye..hehe..
saya just cari kat kedai2 baby area ipoh ni,bukan kedai online..

Kenapa saya nak benda alah ni?

Sebabnya, nak letak nailah dalam tu..hehe
Nailah dah mula on duty meronda rumah setiap hari..
so, bagi dia masuk dalam tu kalau saya nak solat ke, masak ke,terkawal lah sikit kawasan ronda dia, kan..

Nak sebulan gak saya cari..
tak jumpa...

Lalu, semalam, kanak2 riang kat rumah ni bermain dengan riang sekali..
kalau saya jaga, memang saya biar je diorang main sepah2..


Tak larat dah mak nak bebel dan suruh kemas..
kalau diorang kemas pun,sikit lagi je nak setel,diorang sepahkan balik..
Uwaaaaa...
sadis mak...

Diorang pun main lagi dan lagi dan lagi..
Tiba2 natrah panggil saya..
dia kata ,
'mama tengok!!.macam pagar !!.'
Saya pun pergi tengok...

Okey..mama dapat idea!
(^_^)
Terima kasih anak2 kerana memberi inspirasi pada mama...
(^_^)

Cool, huh ?!
Sempit la tapi...
hehe
Yang kakak ni, tak padan dengan 5 years..
emm...

Tapi nailah tetap mahu melekat dengan saya...
Nangis2 nak keluar..
;)

Okey lah..
Tak payah dah mama cari benda alah tu..
benda alah ni pun dah okey dah..
bukan mama nak bagi nailah dok lama2 pun dalam tu..
...
..
.
See...
Anak2...
Suka explore...
kadang2 saya pun tak sangka dengan apa yang diorang 'jumpa'...

Suplemen terbaik untuk support perkembangan otak diorang adalah OMEGA GUARD SHAKLEE.
Maksud suplemen adalah makanan tambahan.
bukan ubat.
tapi makanan.
sama macam kita bagi anak2 kita makan scot emulsion ke atau vitamin2 lain.
yang membezakannya adalah jenama.
pilihan saya semestinya OMEGA GUARD SHAKLEE.
(^_^)

berminat untuk anak anda?

Hubungi saya seperti nombor telefon di bawah..
(^_^)


love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

bagaimana cara untuk elakkan lahir bayi pramatang.



Dianggarkan ramai dikalangan wanita yang pernah mengalami masalah kelahiran bayi pra-matang sehingga kini masih tidak mengetahui punca utama disebalik masalah kesihatan yang serius ini.

Maka ramai yang cuba mencari jawapan dan kaedah untuk mengelakkan ianya berlaku sekali lagi dalam kehamilan yang akan datang.

Berita baiknya,satu kajian yang dilakukan Pusat Perubatan Universiti Kansas telah dapat membuktikan bahawa asid docosahexaenoic (DHA), salah satu daripada asid lemak omega-3, didapati boleh mengurangkan risiko wanita melahirkan bayi terlalu awal.

Dalam kajian ini, 350 wanita telah diberikan 200mg DHA tiga kali sehari semasa hamil sehingga sampai masa untuk melahirkan. Mereka mendapati bahawa wanita yang mengambil DHA ini cenderung untuk melahirkan bayi yang lebih besar, lebih berat dan lebih lewat daripada kumpulan plasebo.

Kajian juga menunjukkan wanita daripada kumpulan plasebo melahirkan bayi yang paling awal daripada kumpulan yang mengambil DHA(kurang daripada 34 minggu ).

Bagi kumpulan wanita yang mengambil suplimen DHA, hanya 1% melahirkan bayi mereka pada 34 minggu atau kurang, berbanding 5% daripada wanita yang tidak mengambil DHA.

Walaupun memakan ikan bermanfaat dalam kehamilan, namun untuk mendapatkan 600mg DHA yang diperlukan, wanita mungkin perlu memakan ikan dalam kuantiti yang banyak sehingga ianya boleh meletakkan janin berisiko tinggi kepada pendedahan merkuri.

Atas sebab ini, pengambilan DHA dalam bentuk suplimen adalah digalakkan untuk memastikan wanita hamil bebas dari PCB dan merkuri. Trigliserida dalam bentuk DHA mudah diserap dan bermanfaat.InsyaaAllah

Sumber dari Dr Salwa.
...

Dari pengalaman saya mengandungkan 3 orang bayi, 
anak pertama dan kedua saya tak mengamalkan apa2 vitamin selain vitamin c, asid folik dan ubat tambah darah yang klinik kerajaan bagi.
anak pertama saya lahir pada 37 minggu, anak kedua lahir ngam2 37 minggu jugak tapi 36 minggu tu saya dah sakit n laluan dah buka.
masa mengandungkan anak ke3 baru lah saya amalkan vitamin shaklee.
Salah satu vitamin yang saya amalkan adalah Omega Guard Shaklee, kaya dengan DHA, EPA & OMEGA-3.
Dan anak ketiga saya lahir pada 40 minggu 2 hari.
Overdue sudah.
(^_^)

Inilah dia ketiga tiga putri saya.
Alhamdulillah..semuanya sihat2 belaka.

...


Nak hamil?
♡ saya consume GLA, VITALEA, VITAMIN C, BCOMPLEX, ESP, VIVIX.

Nak bertenaga ketika hamil?
♡ saya consume VITALEA 2 BIJI, BCOMPLEX, VITAMIN C, ESP, OSTEMATRIX, VIVIX.

Nak kurangkan rasa morning sickness?
♡ saya consume PAPERMINT GINGER PLUS.

Berpantang?
♡ saya consume ZINC, VITALEA, BCOMPLEX, VITAMIN C, ESP, VIVIX.

Nak perbanyakkan susu badan?
♡ saya consume MEAL SHAKE, ESP, ALFALFA, OSTEMATRIX, VITALEA, BCOMPLEX, VITAMIN C,VIVIX.

Nak kurus lepas hamil?
♡ saya consume LECITHIN, ALFALFA, ESP, CINCH SHAKE, CINCH TEA, VIVIX.

Nak baby putih melepak cantik kulitnye?
♡ saya consume MEAL SHAKE sepanjang kehamilan dan sepanjang saya menyusukan baby saya.



*gambar saya sedang berpantang, Putri Nailah berumur 31 hari..

...

love, 
 zura bahar
 hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

KEPENTINGAN DHA KEPADA PERKEMBANGAN OTAK ANAK-ANAK


Budak omega ni selalu tengok mickey mouse kat channel disney junior, english version.


Pagi ni dia tengok kat tv2, versi bahasa melayu.
Lalu dia tanya saya, "mama..dia cakap apa?"
Hihi..

Saya tak speaking pun dengan anak2 kat rumah. Diorang banyak belajar english melalui kartun.
Sekarang diorang dah jarang tengok disney junior, so diorang pun dah jarang speaking london dengan saya..hihi
.
Anak2 kecil, otak nya seperti span..
Sangat mudah 'menyerap' apa yang diorang tengok dan dengar.
Untuk menambahkan lagi kadar penyerapan diorang untuk lebih mudah belajar, kita kene tambah DHA & EPA dalam diet harian diorang.

Nak sediakan makanan yang kaya dengan DHA  ni saya tak reti. Takut terlebih masak ke, sudahnya hilang gitu je DHA dalam makanan tu.
So sebagai solusi, saya bagi OMEGA GUARD SHAKLEE. Dah tentu keperluan DHA cukup untuk anak2 saya.


Putri natrah ni memang suka sangat makan omega ni.
Kalau tak pantau,mau habis satu botol masa tu jugak.
Hasilnya, Putri natrah si budak omega ni sangat cepat belajar dari apa yang dia dengar.
Semua lagu2 sekolah kakak dia, dia dah tahu dah..
Kakak tak de sebagai penyanyi latar pun dia boleh menyanyi solo..hihi



Serius tau!!
Otaknya seperti span..
Sekejap je dia boleh pick up apa yang dia tengok dan dengar.

Dan...
Sebagai parent, make sure kene control apa yang dia tengok dan dengar!
(^_^)


love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

10 MANFAAT OMEGA GUARD SHAKLEE.


BAIK UNTUK JANTUNG, MINDA DAN TUBUH BADAN.
1 HIDANGAN OMEGA GUARD DAPAT MEMBEKALKAN 905mg ASID-ASID LEMAK OMEGA-3 EPA dan DHA.


antara manfaat2 omega guard shaklee adalah:


    1. MELINDUNGI JANTUNG.
    membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.



      2. MEMBANTU MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG.
      pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh kurangkan risiko penyakit jantung koronari. 
      penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. 
      plus, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.



        3. MENCEGAH PENYAKIT SALURAN DARAH DAN STROK.
        DHA dan EPA bole menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar.
        ia juga bole mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.



          4. MEMBANTU TUMBESARAN & PERKEMBANGAN OTAK JANIN.
          DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina.
          sangat penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan.



            5. MEMBANTU PERKEMBANGAN MEMORI.
            DHA dapat meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah menyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine.



              6. MENINGKATKAN SISTEM IMUN & MENYIHATKAN PARU-PARU.
              mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (system lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

              7. MENENTANG KANSER.
              kajian telah menunjukkan bahawa omega-3 bole mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat, dan kolon.
              ia juga bole meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.



                8. MEMELIHARA FUNGSI-FUNGSI SENDI.
                paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan.
                oleh sebab itu ia bole mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.
                ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.



                  9. MENCEGAH INSOMNIA.
                   EPA dan DHA membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.



                    10. MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN.
                    kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi



                    so..tunggu apa lagi?
                    kalau anda ada masalah2 di atas, jangan segan silu sms atau pm saya ye...
                    :)
                    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                    LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
                    untuk order dan pertanyaan,
                    sila add saya di fb saya, baizura bahar 
                    atau email shaiful_baizura@yahoo.com
                    atau sms 016-5952771