Suri rumah dapat MC.

Hari ni, isnin.
Putri dan natrah insyaAllah boleh balik rumah hari ni. 
Syukur...
Terima kasih Allah..
Diorang bukan main enjoy dok dalam wad tu..siap panjat almari n lompat2 kat tilam sepertinya tilam tu ada spring..
Tapi, salam dok enjoy2 tu, sorang tu, bila dokter datang nak check, lari bawah ketiak opah.
Yang lagi sorang tu, bila kene makan ubat, jerit2 tak nak..
Sabo je lah opah menjaga kome ye..
Nanti opah jugak lah yang akan jaga kome kat rumah..
Sebab...
Mama n nailah pulak warded.
Hari ni hari ke 3 sebenarnya saya dan nailah warded.
Kitorang demam sampai 39 darjah celcius.
Suami saya pun risau saya berdua je dengan nailah kat rumah bila waktu malam.
Sebab dia dan opah jaga putri2 kat hospital.
Akhirnya, serah diri untuk di cucuk tubuh ini dengan ubat-ubatan.. sobss...
Hasil ujian influenza B ke atas saya dan nailah adalah....

Saya positif.
Nailah negatif.

Syukur baby tak kena.
Haruslah saya berjaga2 dengan pakai mask setiap masa.
Lagipun kami tak boleh nak berpisah wad..tak de sapa nak jaga baby..so, baby duduk 1 wad dengan saya..



Esok hari ke 4,  saya dan nailah akan di buat ujian influenza tu sekali lagi untuk pastikan yang kami betul2 bebas dari virus ni.
Setakat 2 hari kat hospital ni, kami tak demam dah..
Dan dokter baru lepas round dan bagitau saya, bila saya boleh discaj adalah bila doktor nailah kata nailah dah boleh balik...

Memang rehat betul2 rehat ni..
Makan ubat rasanya mengantuk je sentiasa.
Tapi bukan boleh rehat sangat pun.
Baby nailah ni aktif je.

Luckily, nailah nak dekat papa dia je.
Pantang nampak papa, dia minta didukung.
Dapatlah saya rehat sikit.
Orang sakit jaga orang sakit.
Faham2 je lah..

Inilah ubat yang dicucuk kedalam tubuh saya.
Ada lagi 2 ubat kene cucuk kat line dan 4 jenis ubat makan...
Mak aiii....banyak rupanya..

Nailah just dapat ubat demam, antibiotics dan ubat cair kahak.

Saya mohon sangat2 doa ahli keluarga dan kawan2 sekalian, doakan nailah bebas dari virus ni dan kami dapat balik rumah dan jalani kehidupan seperti biasa..
Terima kasih sebab sudi doakan kami..
Manalah tau, dalam ramai2 yang doakan kami, doa anda yang Allah pilih untuk dikabulkan..

Stay strong ye baby...



love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771
 -------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.