Showing posts with label omega guard. Show all posts
Showing posts with label omega guard. Show all posts

Friday, August 21, 2026

Sakit Lutut Semakin Kurang

Masa aku pantang dulu, aku berurut dengan sorang makcik ni. Sedap dia urut. Dia siap promot minyak kuat dia. Tapi minyak ni untuk perempuan je tau.

Dia cerita, ada sorang isteri ni beli. Lepas tu, isteri ni cakap, husband dia nak jugak. Sebab husband dia rasa isteri dia best.. haha
"Tapi makcik tak bagi husband dia beli dan guna. Sebab bahaya kalau suami terlebih kuat. Isteri yang kuat tak pe.." begitu lah makcik ni mengakhiri cerita dia. Tapi aku tak beli pun.. haha..
kira aku tak berjaya lah di pengaruhi makcik ni untuk beli produk dia. sebab aku dah ada produk kuat kegemaran aku sendiri time tu. :)

Lepas dah beberapa bulan aku bersalin tu, aku sakit kat betis. Aku pun pegi rumah dia nak berurut. Masa tu dia ajar aku sikit ilmu urut.

Dia kata, ada urat tersimpul ni. -istilah biasa tukang urut kan.. pastu dia pun urut2. aku sakit tempat lain tau. tapi dia urut kat tempat lain yang bila dia sentuh tu baru aku rasa sakit. kiranya, kalau tak kene urut part tu, tak sakit pun. 

Tu yang dia ajar, bila urut tu, cari tampat yang macam ada bonjol sikit. kat situ lah urat yang tersimpul tu. tapi effect sakit kat tempat lain. lebih kurang gitu lah dia ajar aku.

lepas dia urut tu, aku tak lah terus okey. tapi aku urut sendiri kat tempat yang dia urut tu. dan slowly sakit tu beransur2 hilang.. alhamdulillah..

dan sejak tu, kalau aku rasa sakit2 kat mana2, aku akan cari saluran darah/urat yang ada bonjol sikit dan urut kat situ slow2. aku urut kat diri sendiri je.. kalau kat orang lain, aku rasa aku pun tak reti nak cari urat yang berbonjol tu. yela.. aku bukan pakar pun.

actually, sebelum aku sakit lutut ni, aku sakit satu kaki tau. kaki kanan. tidak lah aku terfikir nak cari benjolan urat. cuma baru2 ni aku urut sendiri sambil mencari2 dan akhirnya aku jumpa. dalam keadaan biasa, tak sakit pun kat situ. memang area lutut je yang sakit. tapi bila aku sentuh n urut, sakit wei..

dan 2 hari aku slow2 urut part tu sambil2 aku duduk. sakit kaki aku dah kurang sakit.. alhamdulillah...
selain tu kan aku ikhtiar dengan Omega Guard shaklee ni. omega ni bantu lancarkan aliran darah dan pecahkan darah beku juga.

aku bukan apa...aku ni keje hantar n ambil anak sekolah naik kereta. kaki yang sakit pulak kaki kanan. kome boleh relate tak apa yang aku risau kan.. emm...

Selain tu, kandungan omega 3 yang rendah dalam tubuh berisiko untuk otak, mata dan jantung yang tidak sihat.
Manakala kandungan omega 3 yang tinggi dalam tubuh adalah sangat bagus untuk kesihatan menyeluruh.



--------------
❤ LIFE, ❤ SHAKLEE! 
- 
 ðŸ“£ klik untuk order shaklee. 👇👇👇
daftar ahli untuk dapat potongan harga 10%-20% untuk setiap produk.


Tuesday, August 04, 2026

Aku Sakit Lutut!

Lately aku sakit lutut. Serious sakit. Actually aku dah stop makan shaklee. Sebabnya tak ada budget. Sesekali tu ada lah juga aku beli ostenutrix dan vitamin C. Tapi aku dah tak ambil daily lah macam sebelum ni. 

Tapi tu lah.. Lately ni, berpanjangan pulak sakit lutut aku ni. Hari tu aku jumpa doktor, doktor kata sebab faktor penuaan. Haha... Aku tahu tu doktor.. Dan aku sedar diri aku makin menua. Pelincir kat lutut aku dah kurang. Kaki kanan je. Kaki kiri okey alhamdulillah.

Concern aku adalah, aku risau jadi pape kat kaki aku waktu aku drive amik-hantar anak2 sekolah. Kaki kanan kan yang sakit. Tapi aku dah pesan kat fathan, in case jadi apa2 kat aku waktu aku hantar dia sekolah, apa step2 yang dia kene buat.

1. tarik handbreak. - dia paling suka nak explore segala komponen kereta. dia siap boleh explain step macam mana kereta boleh bergerak. aku dan bapak dia tak pernah ajar tau.. dia belajar sendiri dari pemerhatian ni.

2. tekan lampu emergency.

3. ambil phone mama, call papa.

4. ambil beg duit mama, simpan dalam beg sekolah.

5. kalau ada orang datang tengok, bukak tingkap dan bagitau mama sakit.

time tu aku asyik kene sakit kepala yang teruk je. tu yang aku ajar dia tu. kot la aku pengsan ke time hantar dia. lepas aku explain tu, dia diam je.. entah apa lah yang dia fikir. mesti dia takut. huhu

kita ni memang dah try hard jaga diri sendiri, kan. kalau boleh, kalau apa2 jadi kat aku, biar lah waktu kat rumah yang semua orang ada especially papa diorang. tapi kita hanya hambaNya. takdir kita, hanya Allah je yang tahu.

emm... asalnya nak tulis pasal sakit lutut, kan. dah melalut ke lain pulak.. haha..
macam ni lah aku kalau dah menulis.. nampak gaya, aku kene betul2 serius start balik menulis. 
baik lah. aku cuba!

okey, sambung cerita sakit lutut...
aku dah start consume omega guard shaklee which is ianya dapat bertindak sebagai pelincir sendi2 aku. baru hari kedua hari ni.

dari apa yang aku belajar suatu macam dulu, suplemen ni ambil masa 3 bulan untuk dia betul2 serasi dan berkesan. aku harap, aku tak perlu ambil masa selama itu. banyak kerja kat rumah ni weii nak buat..

actually banyak lagi benefit Omega Guard Shaklee ni. Antaranya seperti dalam poster kat bawah ni. 
Kredit kepada https://www.shaklee.com.my/


okey lah untuk kali ni. 
aku tengah ambil mood untuk start menulis balik ni.
doakan yang baik2 untuk aku ya!

terima kasih sudi baca blog aku walau dimana pun korang berada.
hopefully ada lah sesuatu yang bermanfaat korang dapat dari blog ni.





Wednesday, May 25, 2016

Bagaimana nak tahu anak kita ada masalah pertuturan atau tak.



saya dapat ilmu ni pun baru lagi.


masa pergi hospital untuk check jaundis putra
ilmu ni dikongsi oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran Unit Audiologi) di Hospital Kerajaan.
selama ni tak pernah alert pun.
sebab semua anak2 saya, saya bawak check up kat klinik kerajaan ikut jadual.

nurse yang akan tolong check kan progres tumbesaran diorang.

so far, Alhamdulillah..semuanya okey..
.
bagaimana kita nak tau pertuturan anak kita tu ikut progress ke tak.
cuba check,
● usia anak 1 tahun - 1 patah perkataan cthnya mama, papa, nak, susu, mamam, dll.
● usia anak 2 tahun - 2 patah perkataan contohnya 'nak susu', 'apa tu?', dll..
● usia anak 3 tahun - 3 patah perkataan contohnya 'buat apa tu?', 'baby nak susu', dll...

kalau anak kita tak ikut progres ni, cepat2lah bawak ke pakar untuk kesan apa masalah sebenar anak kita.
mungkin juga masalah pendengaran sebab pendengaran dan pertuturan ni berkaitan.


saya pernah dengar kat tv, dah lama dulu, ada kanak-kanak ni tak boleh bertutur sebab dia ada masalah pendengaran. dia sebenarnya boleh bercakap, tapi sebab dia tak boleh dengar, so dia tak faham apa yang parent dia ajar selama ni.


Nailah 2 tahun. Dah boleh cakap 3 patah perkataan.
"ute anak oyeh" kata Nailah..hehe
Alhamdulillah..proses tumbesaran dia bagus.
cuma pelat je la...

progres dia lebih cepat dari kakak2 dia sebab dia adalah baby Shaklee sejak dari proses pembenihan dia sampai lah sekarang..  ☺☺☺
of course baby tak boleh consume suplemen,kan...
mama dia lah yang bertanggungjawab untuk jaga 'pengambilan suplemen' untuk dia.
apa yang saya consume untuk bantu proses tumbesaran beliau adalah Omega Guard.
sejak dari mengandungkan beliau sehingga menyusukan, saya konsisten amalkan Omega ni..



love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Thursday, May 28, 2015

bagaimana cara untuk elakkan lahir bayi pramatang.



Dianggarkan ramai dikalangan wanita yang pernah mengalami masalah kelahiran bayi pra-matang sehingga kini masih tidak mengetahui punca utama disebalik masalah kesihatan yang serius ini.

Maka ramai yang cuba mencari jawapan dan kaedah untuk mengelakkan ianya berlaku sekali lagi dalam kehamilan yang akan datang.

Berita baiknya,satu kajian yang dilakukan Pusat Perubatan Universiti Kansas telah dapat membuktikan bahawa asid docosahexaenoic (DHA), salah satu daripada asid lemak omega-3, didapati boleh mengurangkan risiko wanita melahirkan bayi terlalu awal.

Dalam kajian ini, 350 wanita telah diberikan 200mg DHA tiga kali sehari semasa hamil sehingga sampai masa untuk melahirkan. Mereka mendapati bahawa wanita yang mengambil DHA ini cenderung untuk melahirkan bayi yang lebih besar, lebih berat dan lebih lewat daripada kumpulan plasebo.

Kajian juga menunjukkan wanita daripada kumpulan plasebo melahirkan bayi yang paling awal daripada kumpulan yang mengambil DHA(kurang daripada 34 minggu ).

Bagi kumpulan wanita yang mengambil suplimen DHA, hanya 1% melahirkan bayi mereka pada 34 minggu atau kurang, berbanding 5% daripada wanita yang tidak mengambil DHA.

Walaupun memakan ikan bermanfaat dalam kehamilan, namun untuk mendapatkan 600mg DHA yang diperlukan, wanita mungkin perlu memakan ikan dalam kuantiti yang banyak sehingga ianya boleh meletakkan janin berisiko tinggi kepada pendedahan merkuri.

Atas sebab ini, pengambilan DHA dalam bentuk suplimen adalah digalakkan untuk memastikan wanita hamil bebas dari PCB dan merkuri. Trigliserida dalam bentuk DHA mudah diserap dan bermanfaat.InsyaaAllah

Sumber dari Dr Salwa.
...

Dari pengalaman saya mengandungkan 3 orang bayi, 
anak pertama dan kedua saya tak mengamalkan apa2 vitamin selain vitamin c, asid folik dan ubat tambah darah yang klinik kerajaan bagi.
anak pertama saya lahir pada 37 minggu, anak kedua lahir ngam2 37 minggu jugak tapi 36 minggu tu saya dah sakit n laluan dah buka.
masa mengandungkan anak ke3 baru lah saya amalkan vitamin shaklee.
Salah satu vitamin yang saya amalkan adalah Omega Guard Shaklee, kaya dengan DHA, EPA & OMEGA-3.
Dan anak ketiga saya lahir pada 40 minggu 2 hari.
Overdue sudah.
(^_^)

Inilah dia ketiga tiga putri saya.
Alhamdulillah..semuanya sihat2 belaka.

...


Nak hamil?
♡ saya consume GLA, VITALEA, VITAMIN C, BCOMPLEX, ESP, VIVIX.

Nak bertenaga ketika hamil?
♡ saya consume VITALEA 2 BIJI, BCOMPLEX, VITAMIN C, ESP, OSTEMATRIX, VIVIX.

Nak kurangkan rasa morning sickness?
♡ saya consume PAPERMINT GINGER PLUS.

Berpantang?
♡ saya consume ZINC, VITALEA, BCOMPLEX, VITAMIN C, ESP, VIVIX.

Nak perbanyakkan susu badan?
♡ saya consume MEAL SHAKE, ESP, ALFALFA, OSTEMATRIX, VITALEA, BCOMPLEX, VITAMIN C,VIVIX.

Nak kurus lepas hamil?
♡ saya consume LECITHIN, ALFALFA, ESP, CINCH SHAKE, CINCH TEA, VIVIX.

Nak baby putih melepak cantik kulitnye?
♡ saya consume MEAL SHAKE sepanjang kehamilan dan sepanjang saya menyusukan baby saya.



*gambar saya sedang berpantang, Putri Nailah berumur 31 hari..

...

love, 
 zura bahar
 hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Sunday, May 24, 2015

7 SEBAB ANDA WAJIB LAKUKAN BODY COMPOSITION ANALYSIS.

Ingat tak entry saya buat kelas kat KL hari tu saya ada check body composition saya?


Saya janji nak share result nye kan?
Actually saya mencari2 result yang saya buat beberapa bulan lepas.
nak compare kan dengan result yang baru ni.
tapi tak jumpa pulak.
ada 1 part je yang saya ingat. Yang lain2 saya tak berapa nak alert sangat apa nutritionist explain sebab tak faham..
main angguk2 geleng2 je..
hehe..

Itulah mesin nye,called KARADA SCAN MACHINE
 Lepas dah berdiri atas tu dan tarik handle tu, nanti bacaan akan keluar kat handle tu.
tu contoh bacaan yang akan keluar.
kene klik2 untuk view bacaan2 nye..
.
haa..
ini lah result saya
Saya attach kasi extra larga haa...
biar saya explain apa result nye.

1. Weight. 
Tau lah kan maksudnye berat. Emm..saya punye tu masih berat kalau nak compare dengan zaman muda remaja. Sebelum kawin dulu, maintain 50kg - 51kg. 56kg ni kira berat tetap selepas bersalin. Hehe..

2. Body fat percentage.
tu adalah bacaan untuk lemak di lapisan bawah kulit. Lemak ni yang menentukan size badan korang. Ehh...saya jugak lah..hihi..
Kalau orang dok sedut2 lemak untuk kurus, haa...lemak kat sini lah yang disedut tu..
lemak2 kat sini jugak le yang ditambah untuk menganjalkan. 'Ditambah' melalui suntikan..adoi la..lemah sungguh dengan suntik2 ni..


Tengok gambar2 suntik ni.
Kalau kita tahu jaga pemakanan kita dan tahu cara nak kurangkan lemak di bahagian ni dengan cara selamat dan tidak menyakitkan,why not kita gunakan cara tu.
nanti saya beritahu macam mana.
so,result saya 29.7%. Ngam2 kat range normal. Alhamdulillah..
(Patut la kurus...ngeh..ngeh..ngeh...;p ))

3. Body Age.
ini menunjukkan umur dalam badan saya sama usia dengan orang yang berumur 39 tahun.
adududuhhh..
umur ku baru 31 dong..
ni kire dah muda sikit. Sebelum ni 40 lebih..haha..
patut la cepat sangat letih bila malam menjelma..
lalu, ku telan vivix banyak2 dan hasilnya, alhamdulillah dah muda sikit. Target saya nak dapat umur belasan tahun supaya saya cepat, pantas dan cergas melakukan aktiviti harian! Hoyehh!!!

4. Body mass index (BMI).
Bmi ni menunjukkan adakah berat saya sesuai dengan ketinggian saya. Bacaan saya, 24.1. Ngam2 jugak kat paras normal.
Sebelum ni bacaannya jatuh kat overweight. Huahaha...
Kalau dapat berat sebelum kahwin dulu, memang cun dah saya..hihi

5. Resting metabolism (kcal).
Bacaan ni menunjukkan berapa jumlah kalori kita terbakar dalam keadaan kita sedang berehat. Ye..kita tengah rehat2 pun kalori kita terbakar. So, jangan takut nak rehat2 kalau korang tengah struggle fit kan badan. Tapi, make sure bacaannya lebih 1000. Kalau kurang 1000 tu sangat lah tidak bagus. Dan kalau bacaan bawah 1000, korang memang kene struggle sikit untuk slim & fit. 

Macam mana nak tingkatkan bacaan resting metabolism ni?
♡ minum teh hijau
♡ minum cinch tea
♡ minum cinch shake

6. Visceral fat.
haa...Visceral fat ni lah lemak yang merbahaya dalam badan kita. Ianya adalah lelemaks yang melitupi organ2 tubuh kita. Ni saya belanja gambar lemak 1...hihi
Haa..cuba baca info kat atas tu..
Visceral fat ni biasanya 'menginap' di bahagian obdomen sebab kebanyakkan organ kita di bahagian obdomen. Yang buncit2 tu lebih baik korang jaga2..bukan nak takut kan, tapi memang dah kenyataan. Risikonya, MUDAH DI SERANG SAKIT JANTUNG DAN DIABETES.
kalau korang nak maintain kurus, pastikan kedua-dua jenis lemak (lemak bawah lapisan kulit @ subcutaneous fat DAN visceral fat) tu sama2 berkurang. Kalau SF (subcutaneous fat) je yang berkurang, tapi VF (visceral fat) tak kurang atau tak dibuang, tu yang korang senang gemuk balik.
thats why kita kene konsisten amalkan vitamin2 shaklee untuk maintain slim & fit. Alhamdulillah..bagi saya dan suami, vitamin2 shaklee ni dah jadi makanan ruji dah. Dan hasilnya, alhamdulillah..sama2 maintain slim & fit. 
(^_^)

Nak buang VF ni tak boleh guna kaedah liposuction macam yang kene sedut tadi tu. Tapi, perlulah dilakukan 'pembakaran' lemak dalam perut dengan bantuan OMEGA GUARD & LECITHIN SHAKLEE. Kedua-dua vitamin ni membantu 'menguraikan' atau memecahkan VF dan akan dibuang melalui najis (natural procedure). Tak sakit dan tidak memudaratkan, InsyaAllah..
.
.
okey..sambung lagi sikit apa lagi Karada Scan Machine boleh 'baca'.


7. Gambar rajah ni menunjukkan bacaan SF dan Skeletal Muscle (SM).

gambar yang atas tu bacaan untuk overall atau the whole body.
tengok kat column under RATE.
0 atau zero bermaksud, SF dan SM saya normal. (^_^)

3 gambar yang bawah tu tunjuk bacaan yang lebih detail di bahagian lengan, abdomen dan kaki.
tengok bacaan under column RATE.

TRUNK
SF = 0
SM = -1
maksudnya, lemak di badan saya normal tapi muscle kurang. Kene fit kan lagi.

LEGS.
SF = +1
SM = 0
Maksudnye, lemak terlebih di bahagian kaki tapi muscle (otot) kaki saya dah okey.
(No wonder tengok cermin bentuk kaki nampak cun je...muahahaha )

ARMS
SF = 0
SM = 0
maksudnya, lemak dan muscle di bahagian lengan saya cun dah tu..
Alhamdulillah...
(^_^)

(bacaan yang percentage tu untuk kita compare dengan result2 kita yang akan datang)
.
Itulah dia apa yang Karada Scan Machine ni boleh baca.
dari bacaan2 ni, kita boleh tahu part2 tubuh kita yang mana kita perlu concern lebih.
especially untuk yang sedang amalkan vitamin2 shaklee untuk slim & fit.
bila kita dah tahu apa masalah badan kita,
VF terlebih ke, SF terlebih ke, otot terkurang ke,baru lah kita senang nak plan apa kita perlu buat.
contoh kalau kurang otot, kita kene consume CINCH SHAKE atau ESP untuk bina otot2 kita and so on..
kene tulis entry lain untuk saya cerita lebih detail, 
HOW TO GET SLIM & FIT WITH SHAKLEE! 
.
.
oh ye..
hari ni, 24 mei 2015, ahad,
rakan2 shaklee saya ada bukak booth untuk health check up secara PERCUMA.
korang boleh pergi beramai2 untuk kenali dalam badan korang lebih detail lagi.
ada macam2 check up selain body composition ni..
detail lokasi dan person in change seperti dalam poster kat bawah ni.
HARI NI SAHAJA TAU!

Ada product sample.
ada lucky draw.
best tau...
free semua ni..
rugi kalau tak grab barang free..
(^_^)
.
Kalau tak dapat pergi hari ni, jom follow facebook saya, baizura bahar.
saya selalu update kat situ.



love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771
 ---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com