Entry buat Miza.

Sabtu lepas saya melawat seorang sahabat yang asalnya seorang customer shaklee saya.

Beliau nak pindah ke perlis tak lama lagi..
kebetulan beliau baru melahirkan baby kedua beliau..
so, saya pun pergilah melawat beliau..

Bila kenang2 balik macam mana saya kenal beliau, blog inilah bermulanya detik perkenalan kami.
beliau mencari sid yang berhampiran untuk beli shaklee.

Kami contact2, beliau setuju nak join membership sekali, lalu kami pun set nak jumpa..

Lunch time..
saya ambil beliau, bawak ke branch terus..
lepas tu, lunch sesama..
Ala2 blind date gitu..hehe
(^_^)

Saya pernah buat open house..
gigih beliau datang sorang waktu malam..
kalau tak silap,beliau baru kawin dan tengah pregnant masa tu...


Tq for coming miza..
walaupun sesat-larat-beliau-call-saya-tak-jawab, hehe, sampai jugak beliau...
dah la waktu malam...
.
dan ini gambar terbaru.
sabtu lepas.


2 dah baby beliau..
sorang je lagi nanti dah boleh sama saya..hehe...
...
..
.
terima kasih Allah atas ukhuwah ini..
happy rasa dapat kawan baru dari blog ni..
(^_^)
Terima kasih jugak kat miza, sebab sudi berkawan dengan saya..
semoga kita dapat berjumpa lagi...

(^_^)

love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Cara pengambilan vitamin shaklee di bulan puasa.

hari ini 1 ramadhan.
semua umat islam yang tiada keuzuran, wajib berpuasa.
wajib maksudnya mesti!

ramai customer saya tanya, macam mana cara pengambilan vitamin shaklee di bulan puasa ni.


sebab, mostly makan banyak vitamin,kan...
bukan 1 jenis vitamin je...
so, dalam entry ni saya terangkan bagaimana cara saya makan vitamin2 shaklee saya..
actually, ia nya flexible..boleh ubah ikut kesesuaian masing2..
cuma, apa yang saya share ni, mungkin boleh jadi panduan anda semua...

apa yang saya consume?

1. vitamin c
2. vitalea
3. bcomplex
4. ESP / Cinch
5. meal shake
6. collagen
7. performance drink
8. cinch tea
9. alfalfa
10. ostematrix
11. lecithin
12. omega
13. ajht

haa..banyak,kan? hehe...
kalau baca 1 per 1 nama vitamin tu, memang banyak..
tapi kalau ngap je tanpa baca, insyaAllah tak rasa banyak.. ;)
the thing is, saya dah anggap vitamin2 ni seperti makanan ruji saya..
sehari tak makan macam nak pengsan rasa badan..
lemah..longlai...malas...tak bermaya...negatif...nak marah2...nak jadi singa...
tapi bila saya consume ikut aturannya, badan automatik jadi positif, happy, bertenaga, energetik, banyak idea, sihat... 
serius tau !!
kalau anda belum pernah cuba makan vitamin, anda cuba lah...
saya percaya anda akan rasa kelainan nya...
give yourself a try! okey bebeh!!!... (^_^)

okey...ni cara pengambilan vitamin shaklee saya sempena bulan ramadhan yang mulia ini.


sahur.

1. makan nasi dan air kosong.
2. VITAMIN C + VITALEA + BCOMPLEX + OMEGA + ALFALFA (3 biji) selepas makan nasi.
3. beberapa minit sebelum habis imsak / azan subuh, saya minum ESP / CINCH SHAKE + MEAL SHAKE + COLLAGEN + kurma dan segelas air kosong.
4. lain2 vitamin, PHYTOCOL-ST, VIVIX


berbuka puasa.

1. kurma, kuih muih / makanan yang ringan2 seperti roti jala, bubur, mi goreng atau bihun sup dengan kuantiti yang sedikit.
2. minum PERFORMANCE DRINK + CINCH TEA yang dibancuh sejuk atau suam..saya prefer suam2 sebab mak saya pesan jangan berbuka dengan air sejuk. PD dan CINCH TEA sangat penting untuk mengembalikan bendalir dalam tubuh badan dan tenaga kita.

solat maghrib.


makan malam (sebelum isyak)

1. nasi dan lauk pauk. nasi dengan kuantiti segenggam tangan masing2. kecik tangan korang, sikit lah nasi nye..besar genggam korang, banyak lah nasi nye..hehe..
2. selepas makan nasi, ambil LECITHIN + ALFALFA (7 biji) + AJHT.
3. minum air kosong 2-3 gelas.
4. lain2 vitamin yang korang boleh consume, GARLIC + PEPPERMINT GINGER PLUS + HERB LAX


sebelum tidur.

1. OSTEMATRIX (4 biji)
2. lain2 vitamin, VITAMIN E, CARATOMAX,VIVIX

..
itulah serba sedikit cara pengambilan vitamin dan diet saya sepanjang bulan ramadhan.
kata orang, bulan puasa ni bukan semata2 untuk menyucikan hati dengan perbanyakkan amalan ibadah..
tapi, bulan ni juga bulan untuk kita cuci tubuh badan kita dari toksin dan kekotoran yang badan kita mesti buang..
dah besar2 ni, err..maksud saya, dah matang ni, sudah2 lah beli macam2 juadah ketika berbuka..
cukup lah makan ala kadar sahaja...

kalau korang nak lebih mudah, risau terlupa vitamin apa yang korang perlu makan, boleh bubuh siap2 dalam pill box.
lebih organize dan tak de alasan untuk skip vitamin korang!


oh ye...
lupa pulak nak share lagi 1 benda..
last ramadhan, saya berpuasa dengan keadaan hamil 7 bulan.
apa yang saya share kat atas tu lah cara saya consume vitamin shaklee dan diet saya..
alhamdulillah, saya sangat bertenaga untuk berpuasa hampir penuh sebulan..
hujung2 tu ada rompong 2-3 hari sebab masuk hospital... (^_^)

tahun ni, saya berpuasa sebagai breastfeeding mommy...
doakan saya dapat berpuasa dengan bertenaga lagi untuk bulan ni ya...
kondisi ibu hamil dan ibu menyusu tu hampir sama.... (^_^)


okey la...
daaa....
selamat menjalani ibadah puasa dan tarawih..
semoga kita semua peroleh rahmat dan berkat berganda2 di bulan yang mulia ini...
aamiinn....
(^_^)


love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Bahan-bahan kek coklat kukus menggunakan sukatan cawan.


Minum petang kami hari ni..
petang last..
esok dah start puasa..

Air teh
Kek coklat kukus
Anggur

Nyumm..nyumm..
kek coklat tu, superb...
Masuk bakul angkat sendiri nampaknya..haha..
serious..bila makan tak boleh berhenti!

Saya bukan nak kata saya tere buat kek..
jangan annoying tau..hehe..
saya pernah dengar seorang chef cakap kat tv..saya tak ingat siapa..
kata chef tu,apa2 masakan pun sama je ingredient nya..
tak de secret resepi..
yang jadikan masakan tu sedap dari orang lain adalah sukatan nya..
yes..sukatannya..

Sebagai seorang bukan-chef, saya memang tak de lah penimbang untuk  sukat berapa gram bahan2 kek..
skill yang saya belajar dengan mak saya adalah sukatan guna cawan..

Pagi tu saya google untuk buat kek coklat kukus tu..
Alhamdulillah saya jumpa blog yang gunakan sukatan 'cawan' dalam bahan2 dia.
cawan yang selalu mak saya guna adalah cawan ni...

Dan saya rasa, sebab sukatan yang betul lah yang jadikan kek tu sangat lazzzat..hehe..

Ni saya share resepi yang di share oleh Cik Matahari.


Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan )

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus
  • Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
  • Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
  • Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
  • Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  • Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
  • Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
  • Kukus kek selama 1 jam.

1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega
  • Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.
ATAU

500 gram coklat masakan
220 ml susu cair
( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )


Senang kan?
Saya percaya kalau korang buat pun mesti lazzzatt sangat..
oh ye...saya tak ada susu cair.
Mak saya kata boleh ganti dengan fresh milk dalam kotak tu atau pun susu tepung anak2..
saya guna susu tepung diorang yang dibancuh..hehe..

So...selamat mencuba!!!
Jangan lupa share dengan saya tau bila dah buat kek coklat kukus korang...
(^_^)






love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

kek frozen ada tak?

semalam birthday celebration putri kat sekolah dia.
semua yang lahir bulan 6 sambut semalam.
so, a week before, teacher dah whatsapp dan inform untuk provide any cake atau apa2.

as usual, papa putri macam endah tak endah..
setelah di push2 oleh mama putri, baru lah berusaha pergi mydin dan beli something untuk goody beg.

kek.
setiap 5 minit kot putri asyik sebut nak kek frozen..kita nak bagi kawan kita kek frozen...aisya akila birthday ada kek frozen...bla..bla..bla...bebel macam mak nenek tak berhenti bebel...
mama dah gelisah..
cakap kat papa dia, as usual, buat tak kisah sangat...haha..
sampai papa dia cakap, cuba tanya teacher berapa orang celebrate hari tu..diorang bawak kek tak.kalau diorang bawak, tak payah dah la...

Oh..saya tahu kenapa papa dia tak gelisah..sebab putri bukan cakap kat papa dia setiap 5 minit nak kek frozen... ;)

so, isnin tu (celebration nye selasa), saya pun tanya teacher seperti apa yang papa dia suruh tanya..
teacher kata ada 4 orang..
tak bawakkan pun tak pe..
kadang membazir je...

okey.
i got the point .
sekarang tinggal nak pujuk putri, no cake!
tapi, as usual, putri asyik request kek frozen setiap 5 minit..rasanya macam tak sampai kot 5 minit..haha
bila bagitau tak de cake, dia tanya kenapa....kenapa...kenapa....

emm...nampak macam saya ni kejam ek..hehe..
actually ada tau effort saya..
cuma last minit sangat...tak de sapa mahu nolong...haha...
ahad tu saya ada pm kawan yang buat kek, tapi tu lah...last minit...
isnin tu pun saya ada pm baker yang lain..pun tak boleh buat..
sebab tu saya mencari kedai kek yang ada ready made cake..
dan isnin tu, lepas ambil putri balik sekolah, sempat jugak saya pegi kedai kek kat econsave.
unfortunately, takde dan dia tak nak kek lain..
nak kek frozen jugak katanya...hehe..
so, tak beli..

..
hari celebration.

saya bangun pagi untuk siapkan breakfast papa dia untuk bawak ke tempat keje.
tiba2 datang seruan...
putri kene bawak kek!
nanti kalau budak2 lain ada kek, tapi dia tak de kek, macam mana?
dia nak potong apa?
oh...terasa seperti akan mengecewakan dia..
saya mula gelabah..cemana ni?

saya sms teacher dia, tanya pukul berapa nak celebrate.
teacher kata pukul 9.30..
okey..sempat rasanya buat kek..
bahan2 dah ada..tinggal nak buat je ni..
saya pun apa lagi, tekad nak buat kek dan fokus!
pukul 8 mesti dah kukus!
saya decide nak buat kek coklat moist kukus.
so, gigih la buat..mujur sangat anak2 yang 2 orang tu tak bangun..
kek nak masuk pengukus baru diorang bangun.
Allah mudahkan alhamdulillah...
sepanjang buat kek tu, saya sebut laa hau la wa laa quwwata illabillah..
tiada daya upaya ku melainkan dengan pertolongan Allah..

9.15 pagi.
saya check kek. luar nampak dah garing. tapi bila cucuk dalam, ya Allah...basah lagi..
macam mana ni??
sadis dah ni..
tutup api. terus angkut anak2 masukkan dalam kereta nak hantar goody beg kat sekolah putri.
Sebelum tu nak round kejap kedai2 depan tu. kot2 ada rezeki ada kedai kek yang dah bukak.

round 1 area tu, tak de.
round lagi 1 area tu, tak de jugak.
waaaaa...i dah nak nangis!!! i bakal kecewakan putri!!!
tapi dalam hati tetap doa dan rasa yang Allah akan bantu...putri akan dapat kek frozen dia...
round 1 lagi area...
ada kedai tak de signboard dah bukak.
ada peti2 ais macam peti ais kek.
dah terlajak sikit. lepas tu uturn..

kedai kek!!!
ya Allah...rasa nak sujud syukur dah...
syukur syukur syukur sesangat..
tak kisah lah kek apa2 pun asalkan ada kek..

masuk kedai dan tengok2 kek dia.
ada kek upin2 dan kek2 yang deco biasa2 tu.
saya tanya abang kedai.. (perasan muda pulak nak panggil dia abang...haha..padahal awok dah 3 anak..;)
"kek frozen ada tak?"
"kek frozen belum siap lagi..."
"alaaaaaaa" panjang ala saya..
"kalau tepek je gambar frozen kat kek biasa2 tu, boleh kan?"
"boleh ~~~~" abang tu jawab sambil berfikir..dia sambung lagi, "memang nak buat kek frozen ni..tapi kalau akak tunggu sampai pukul 11.30 boleh?"
"alaaa....nak sekarang...." saya ala lagi..tapi pendek sikit ala nye...
"okey okey...sekejap ye..."
abang baker tu bawak kepingan gambar frozen dan sebuku kek masuk belakang...

saya tak abis2 lagi bersyukur ke hadrat Ilahi...
disaat2 akhir nak hantar goody beg kat sekolah putri, dengan usaha yang tinggal baki2 je tu tapi harapan tetap tinggi menggunung, akhirnya Allah tunaikan jugak hajat putri nak kek frozen..
sobssssss..sobsss...

kurang 5 minit kemudian, abang baker pun keluar dengan kek frozen yang di hias cantik!!!
masyaAllah...terima kasih Allah...kirimkan abang baker ni untuk tunaikan hajat anak kecil ku...
semoga Allah akan tunaikan pulak hajat2 beliau...


comey...mesti hati putri berbunga2... (^___________^)

Ni antara gambar2 yang teacher dia whatsapp..
happy nye dia...
(^___^)



ya Allah...syukur sangat2...
dah last minit sesangat dah tu..
sungguh ia nya 1 pengajaran buat saya...
kenapa kita kene berusaha sehingga ke saat2 akhir dengan harapan yang masih tinggi dan doa yang tak putus2...
sebab akhirnya, Allah pasti tunaikan hajat kita..Allah pasti tunaikan!
imagine kalau saya lost hope masa buat kek tak jadi tu (lambat masak) lepas tu saya hantar goody beg semata2 kat putri? tanpa 'last effort' mencari kedai kek? apa akan jadi? NO CAKE! apa yang putri nak tu tak dapat...
ya Allah...adakah ini pentunjuk yang ku minta selama ini? (-_-,)
Ingat tak entry saya tentang anak2 memberi inspirasi kat sini --> http://lovezurabahar.blogspot.com/2015/06/anak-anak-menyusahkan-atau-memberi.html?m=1

JANGAN PUTUS HARAPAN.
TERUSKAN BERDOA MEMINTA PADA ALLAH APA YANG KITA BETUL2 NAK.TERUSKAN BERUSAHA HINGGA DAPAT.

apa jadi dengan kek coklat moist saya???
.
Of course jadi kek..haha


Lepas hantar kek putri tu, saya sempat bawak natrah makan2 sebab dia pun request nak kek frozen. Tapi saya beli 1 je..
tunggu hari lahir putri betul2 baru beli lagi..so, nak kasi dia happy n lupakan kejap kek frozen yang dia request tu.
lepas tu, sempat lagi pergi shaklee, beli order customers.
Balik tu sambung kukus..hehe..
mentor baker saya risau dah kek tu bentan..
tapi alhamdulillah, menjadi gak..
seriously sedap tau..
moist gilaa...
(^_^)

Natrah potong kek coklat je lah ye... ;)



love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

15 kelebihan vitamin E yang anda tidak ketahui.

Assalamualaikum n hi !!!
Pagi2 ni rasa fresh sangat..
almaklumlah..Dah lama sangat bercuti sempena NC yang lalu..Kerja sendiri,kan..cuti pun sendiri2 je bila nak cuti.. :)
Tapi saya bukan boleh nak cuti lama2 ni..sehari tak dapat share pasal shaklee, rasa tak lengkap hidup..
rasa bersalah tak sebarkan kebaikan2 vitamin shaklee yang superb ni..
(^_^)

So hari ni, saya nak cerita pasal vitamin  E Complex shaklee yang sedang promosi ni.
umum tahu yang vitamin e ni lebih kepada untuk kecantikkan kulit. Saya sendiri consume untuk dapatkan kulit yang cantik. 




Seriously, hanya 1 kapsul vitamin e setiap malam sebelum tidur, kulit muka sangat gojes, tak berminyak, nampak suci bersih dan cerah tiap kali bangun tidur..ish..tak tau lah nak describe macam mana..you all kene cuba sendiri tau..baru faham perasaan saya ni tiap kali tengok muka kat cermin bila bangun tidur.

Untuk pengetahuan korang, dalam 1 kapsul vitamin e ni mengandungi, 
◎ 8kg sayur bayam


◎ 1kg benih gandum


◎ 500ml minyak safflower


◎ 500g badam



Haa...senak perut nak makan semua tu semata2 untuk dapat keperluan vitamin e yang cukup dalam sehari..bila kita tak dapat keperluan vitamin e yang cukup dalam sehari, tu yang kulit muka jadi kusam, period paid, kanser, stroke, sakit prostat dan macam2 lagi..

So, hari ni saya nak cerita apa dia kelebihan2 vitamin e yang kita tak boleh pandang enteng jika kita kurang consume.
pendek kata, jika kita nak cegah sakit, nak jaga tubuh badan amanah Allah ni sebaik2nya, kita wajib makan vitamin e yang cukup setiap hari.
sebabnya......

15 Kelebihan vitamin E :
1. Antioksidan
2. Pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular
3. Sangat berguna dalam rawatan “premenstrual syndrome”
4. Memelihara pembekuan darah yang normal
5. Mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan
6. Mengurangkan tekanan darah
7. Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
8. Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
9. Meningkatkan pengeluaran air mani
10.Menguatkan dinding kapilari
11. Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
12. Mencegah anemia
13. Mencegah “retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang boleh Menjangkiti bayi pramatang
14. Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
15. Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer.
 .
itulah dia pelbagai kelebihan vitamin e yang anda dah tahu sekarang. Saya ingat lagi kawan saya beli vitamin e untuk kurangkan period pain dia. Tujuan dia nak hilangkan rasa senggugut. Tup tup dia ngadu kat saya, kulit muka dia nampak glowing dan ramai orang tegur kulit dia lebih cantik.
sebab tu lah saya suka sangat2 vitamin2 shaklee ni..pelbagai kesan2 positif korang akan dapat dalam 1 vitamin tu..korang tengok je lah vitamin e complex tu pun dah ada 15 kesan positif..rugi sangat2 kalau tak cuba tau...
kalau korang nak cuba, feel free untuk hubungi saya di nombor telefon kat bawah ni..
bulan ni tengah diskaun baik punye!!!hubungi saya untuk info lanjut, k....
daaaaa.....
(^_^)

love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771
 --------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

ANAK-ANAK: MENYUSAHKAN ATAU MEMBERI INSPIRASI?


Saya tertarik dengan status fb seorang master shaklee, Master Lyna Noh.

Bukan apa, sebab sesetengah orang beranggapan, anak2 ni menyusahkan.
bila ada anak2 kecil, pergerakkan jadi terbatas. Nak kemana2 pun rasa susah sebab nanti anak2 ni buat bising lah, lari sana lari sini lah, bergaduh lah, berebut lah, macam2 lagi lah..

Bagi saya (bagi suami saya jugak rasanya), kami tak nampak ianya satu beban.
memang kadang2 hangin jugak kan bila dalam kereta diorang bergaduh, nangis2, berak,kencing dll..
tapi bila tak bawak diorang, sunyi nye la hai kereta kami..
Belum cerita kat kedai makan lagi..
tumpah sana sini..gaduh berebut makanan..
macam2 lagi lah...

..

Sebenarnya saya tengah cari benda alah ni.

Riki kat lelong.com (portal online shopping habibi),
Harganya rm400 lebih..
eemmm....
Dapat yang 2nd hand pun saya okey je..
tapi tak jumpa..
eh..Tak cari sangat sebenarnye..hehe..
saya just cari kat kedai2 baby area ipoh ni,bukan kedai online..

Kenapa saya nak benda alah ni?

Sebabnya, nak letak nailah dalam tu..hehe
Nailah dah mula on duty meronda rumah setiap hari..
so, bagi dia masuk dalam tu kalau saya nak solat ke, masak ke,terkawal lah sikit kawasan ronda dia, kan..

Nak sebulan gak saya cari..
tak jumpa...

Lalu, semalam, kanak2 riang kat rumah ni bermain dengan riang sekali..
kalau saya jaga, memang saya biar je diorang main sepah2..


Tak larat dah mak nak bebel dan suruh kemas..
kalau diorang kemas pun,sikit lagi je nak setel,diorang sepahkan balik..
Uwaaaaa...
sadis mak...

Diorang pun main lagi dan lagi dan lagi..
Tiba2 natrah panggil saya..
dia kata ,
'mama tengok!!.macam pagar !!.'
Saya pun pergi tengok...

Okey..mama dapat idea!
(^_^)
Terima kasih anak2 kerana memberi inspirasi pada mama...
(^_^)

Cool, huh ?!
Sempit la tapi...
hehe
Yang kakak ni, tak padan dengan 5 years..
emm...

Tapi nailah tetap mahu melekat dengan saya...
Nangis2 nak keluar..
;)

Okey lah..
Tak payah dah mama cari benda alah tu..
benda alah ni pun dah okey dah..
bukan mama nak bagi nailah dok lama2 pun dalam tu..
...
..
.
See...
Anak2...
Suka explore...
kadang2 saya pun tak sangka dengan apa yang diorang 'jumpa'...

Suplemen terbaik untuk support perkembangan otak diorang adalah OMEGA GUARD SHAKLEE.
Maksud suplemen adalah makanan tambahan.
bukan ubat.
tapi makanan.
sama macam kita bagi anak2 kita makan scot emulsion ke atau vitamin2 lain.
yang membezakannya adalah jenama.
pilihan saya semestinya OMEGA GUARD SHAKLEE.
(^_^)

berminat untuk anak anda?

Hubungi saya seperti nombor telefon di bawah..
(^_^)


love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com