Sunday, April 24, 2016

Bahaya Gajet Pada Otak Bayi.

manusia dan gajet tidak dapat dipisahkan kini especially handphone.
boleh kata setiap orang ada handphone.
apa lagi orang2 yang menjalankan perniagaan melalui internet ni,termasuk saya.
pernah 1 waktu handphone saya problem.
saya belum berkesempatan untuk beli baru.
saya hanya gunakan handphone lama suami yang masih boleh pakai.
memang handphone tu sangat2 berguna di saat2 emergency macam tu.
nak di jadikan cerita,
handphone tu tak ada whatsapp tapi ada telegram.
seorang regular customer saya ada hubungi saya melalui whatsapp tapi saya tak dapat nak reply.
lalu beliau call saya.
saya bagitahu yang hp saya rosak, whatsapp tak boleh baca.
lalu beliau jawab, "macam mana ni bisnes online tapi tak ada hp.."

deng!!! saya seperti di panah petir... hihi..

saya cerita pada suami saya..
tak lama lepas tu, suami saya belanja sebijik hp kat saya... :) :)
..
okey..balik pada tajuk... ;)
suami saya share 1 artikel yang beliau baca dalam fb..
saya copy paste saja untuk bacaan anda ye..
saya pasti mungkin anda jugak ada terbaca..
..

dari DrRizal Abu Bakar.

 TIDUR, TELEFON PINTAR DAN OTAK
=============================
Jam 6 petang tadi mesyuarat dengan pelajar. Ada agenda besar untuk pelajar. Memesrakan industri dan university. Selesai sebelum maghrib. Sempat berjemaah sekali.
Dalam perjalanan pulang teringat akan beberapa isu yang dibangkitkan oleh beberapa orang pelajar sepanjang minggu ini. Antara soalan yang banyak ditanya ialah tidur.
Masalah utamanya ialah susah mahu tidur. Masuk tidur awal. Berbaring. Bergolek ke kiri ke kanan. Mata tetap terang. Otak masih ligat berfikir. Mengantuk masih belum muncul.
Kenapa tanya beberapa orang pelajar?
Menjadi tabiat dewasa ini, telefon pintar diletakkan di sebelah kiri atau kanan kita sewaktu tidur. Ada dua alasan biasanya yang diberi. Sebagai penggera untuk mengejutkan tidur serta untuk mengecas bateri. Telefon tidak dimatikan.
Perbuatan meletakkan telefon disebelah kita dan tidak dimatikan menggangu fungsi otak. Teringat saya pada awal tahun 2002 di Melbourne. Ketika itu saya menjadi peserta penyelidikan kesan telefon ke atas gelombang otak.
Penyelidik dari Swinburn University. Saya di Monash University. Tidak jauh jarak antara kedua-dua universiti ini. Lebih kurang antara Kampung Kerinchi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.


Eksperimennya mudah. Bayarannya lumayan. AUD$50 untuk sekali ujian. Dengan menggunakan telefon Nokia yang terkenal pada waktu itu, peserta disuruh berbaring dan rehat atau tidur jika mampu. Dikenakan alatan untuk mengukur gelombang otak di kulit kepala.
Peserta diminta untuk menggunakan telefon tersebut untuk ujian pertama dan berbaring untuk berehat atau tidur. Alat pengukur masih terpasang. Komputer terus merekod.
Esoknya satu lagi eksperimen. Kali ini telefon Nokia tersebut hanya diletakkan disebelah peserta. Tidak dimatikan. Peserta diminta untuk berehat atau tidur. Komputer merekod seperti biasa.
Hasilnya menarik. Selepas menggunakan telefon selama setengah jam, kegiatan otak terus menerus sibuk sehingga tiga jam. Tiada satupun peserta dapat tidur. Otak menjadi terlalu sibuk. Ujian kedua juga sama. Walaupun telefon tidak diguna, otak terus sibuk.
Dalam kajian yang lebih terkini pula mendapati pencapaian prestasi otak menurun. Tidur tidak nyenyak. Banyak pengguna tegar mengalami insomnia – penyakit sukar untuk tidur.
Puncanya mudah. Ia mengganggu pineal gland yang mengeluarkan hormon tidur iaitu melatonin.

Jadi, andai mahu tidur nyenyak:
1- Jauhkan sahaja telefon pintar dari sisi.
2- Matikan telefon pintar itu.
3- Gunakan jam yang secara tradisionalnya berkesan mengejutkan pemilik dari lena tidur.
Selamat beradu.

---
itu lah artikel yang betul2 beri kesan kepada saya.
memang sejak beberapa bulan yang lepas, tiap kali waktu tidur, saya akan letakkan fon jauh dari kepala.
well actually dah lama dah suami saya pesan, tak elok letak fon bawah bantal.
tapi still buat...
sampai lah saya baca artikel ni, buatkan saya berfikir tentang baby2 saya yang selalu jugak dekat dengan hp.
sedekat mana kepala mereka dengan hp saya?
saya suka gunakan hp bila saya menyusukan mereka.
sebab saya rasa, waktu tu lah saya boleh buat macam2 contohnya update info bisnes, baca blog, join kelas online, follow ig orang, dan apa saja lah aktiviti berkaitan dengan hp.
yela..kita tengah menyusukan..bukan boleh buat kerja apa2.

tapi setelah difikir2kan..
saya telah bertindak kejam ke atas baby2 saya..
kepala mereka lebih hampir dengan hp pada waktu itu.
dan saya betul2 insaf..
sejak baca arkitel tu, saya tak lagi pegang hp ketika menyusukan.
sedaya upaya saya jauhkan hp dari baby2 saya ketika diorang tidur.
kesian diorang..tak lena tidur..
tergamak kah kita mengganggu  fungsi otak mereka sejak mereka bayi lagi?
.
semoga apa yang saya kongsi kan disini, dapat beri kebaikan kepada anda yang membaca.
(^_^)

love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info


---

Bulan ni promosi Vitamin C.

Harga sebotol Vitamin C tu tak sampai pun rm100.
Dan, sebotol tu untuk stok 6 bulan makan tau...
Kalau kira2, sebulan saya spend kurang dari rm20 untuk maintain kulit muka sihat dan berseri.
Jimat,kan?

..
Sempena promosi ni,
Harganya confirm lebih murah dari harga asal.
..
Berminat?
Telegram 016.595.2771

Saturday, April 23, 2016

Bagaimana atasi masalah Selsema Bayi Dalam Pantang


Anak pertama dan kedua saya pun kene selsema sejak dalam pantang lagi.pergi klinik pun bukan doktor boleh kasi ubat. kene sedut sendiri mukus tu. saya memang tak reti nak buat. just sapu apa yang patut kat dada baby. mandi tak basahkan kepala.
tapi masa berpantangkan anak ke 3, alhamdulillah..baby saya tak kene selsema.. syukur sangat2.. baby sihat dan kuat antibodi.. berpantang anak ke 3 tu saya dah mula consume #SetBerpantangShaklee. jujurnya, saya ambil SR Vitamin C lebih dari dos yang di cadangkan. memang niat saya nak baby saya kuat antibodi. Alhamdulillah...baby sihat2 aja..


Bila berpantangkan baby Putra ni pun, saya tetap memilih Set Berpantang Shaklee. Alhamdulillah, Putra sihat2 aja.. cuma ada jaundis sikit masa awal2 hari tu. kategori low risk. amik darah pun selang 1 hari dan cuma 3 kali je ke klinik. sekarang dah bebas jaundis alhamdulillah..
mak mertua pun nampaknya berminat dengan Set Berpantang Shaklee since saya 'nampak' sihat dan cergas sejak dari hari ke 14-15 lagi.. siap nak order untuk hadiahkan kat anak sedara dia... ☺☺☺


"Saya selamat melahirkan baby girl yang sangat comel..kulit baby sangat halus mulus..putih merah..doktor pun puji...uri cantik, luka perinium sangat minimal dan proses jahitan sangat mudah..." testimoni Puan Anna yang mengamalkan vitamin Shaklee untuk kehamilan


tak de lain yang saya nak ucap selain syukur Alhamdulillah Allah temukan saya dengan Set Berpantang Shaklee. memang terasa sangat badan lebih kuat ketika berpantang. bila badan dah rasa kuat ni, mula lah kan nak start buat kerja macam2... 😁😁😁 tapi harus sentiasa ingat, dalaman tu yang nak kene jaga betul2. dalam tu kita tak nampak,kan...
Untuk dalaman, saya amalkan 'jamu' shaklee yang seriously sangat sangat mantop tau untuk wanita. dia macam kacip fatimah lah..tapi ni versi Shaklee punya.. ramai kawan2 saya yang consume 'jamu' shaklee ni akui suami diorang lebih berpuas hati...
;) ;)

Nak tahu produk yang mana? Semestinya Alfalfa Complex Shaklee.


jika anda berminat untuk mencuba produk2 shaklee, feel free untuk private massage saya dahulu untuk konsultasi.


love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771
 ---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Friday, April 15, 2016

Best ke Ber'anak' 4?

best ke?

pertama2, syukur kehadrat Allah kerana kurniakan saya 4 orang anak..
anak pertama, memang nak sangat2...
anak kedua, tak sangka akan hamil lagi...
anak ketiga, memang plan nak tambah anak...
anak keempat, kami suami isteri terkejut saya hamil lagi... ;)

alhamdulillah...
mereka semua rezeki..
plan atau tidak, semuanya amanah Allah..
Allah beri bila sampai masanya..

best ke ada 4 orang anak?

emmm....setakat ni, belum tahu lagi...
baru 16 hari Putra hidup di dunia ini...
panjang lagi perjalanan kami sekeluarga untuk menuju syurga bersama2...
apa yang saya nampak, semua anak2 pun tetiba tantrum..
termasuk yang umur 6 tahun tu...
ada masa memang semuanya baik sangat2 dengan Putra..
ada masa, masing2 nakkan perhatian kami yang menjaga mereka.
yang paling saya tak tahan bila semuanya me'ghumbun' kat saya...haha..

masa mak saya ada kat sini, saya tidur dengan mak saya kat ruang tamu..
tapi bila mak dah balik, saya tidur dengan suami n nailah kat bilik kami..
siang hari memang saya lepak bawah aje..
lepas maghrib, dah siap makan semua, baru saya naik bilik..
masa tu lah anak2 semua berkumpul kat katil kami..
bila sorang bawak buku, semua pun bawak buku..
bila sorang bawak mainan, semua pun bawak mainan..
bila papa diorang balik, papa pun baring2 atas katil...
penuh dah katil dengan kami sekeluarga...
Putra pun tak boleh tidur sebab kakak3 dia bising sangat...
masa tu lah saya rasa, alhamdulillah...syukur atas kemeriahan ini...
:) :) :)
saya harap sangat, suami saya juga rasa sama macam saya rasa...

kadang2 memang rasa pendeknya masa nak bercinta dengan suami bila ada anak banyak2 ni...
pernah seorang rakan share, dia diberi pilihan sama ada 'nak anak atau nak abang'?
yela...hanya suami isteri yang ada anak2 je yang mengerti macam mana keadaannya bila ada anak2 kecil ni...
memang tak banyak masa dapat spend dengan pasangan masing2..
tambah2 kalau pasangan tu tak nak pulak berpisah dengan anak2 (macam suami saya...hehe)
teringat masa mula2 bagi kakak putri tidur antara saya dan suami, 
ya Allah...rasa suami jauh sangat dengan saya...sedihnya bila tidur berjauhan dengan suami...hihi.. over kan saya? ;)
tapi sekarang dah boleh accept dah, ada 2-3orang anak di antara kami ketika tidur... :)

cuma saya harap, kami suami isteri dapat bersabar untuk bercinta semula sementara anak2 masih kecil ni...
inilah ujian yang Allah beri untuk menguji sejauh mana kesetiaan dan setinggi mana tahap sayang kita pada pasangan kita...
semoga kami sama2 lulus dalam ujian ini..
dan pastinya ada manis di hujung sabar kita...
bersabarlah abang untuk kita bercinta semula... :)

.
lagu ini khas buat suami yang ku cinta...
mood rindu bangat sama suami ku.... 
inilah rutin bila berpantang..menonton cinetron... (^_^)v

Bunga Citra Lestra - Cinta Yang Terindah


...
Cinta yang terindah 
adalah karunia 
suci tiada ternoda 
tulus ikhlas dan mulia

jujur adalah cermin
janji kita berdua
dalam satu ikatan
penuh kasih dan sayang

tiada lagi keraguan
jalani hidup bersamamu
ku yakin kaulah satu-satunya
yang terbaik di hidupku

syukur kupersembahkan
dari hati yang terdalam
kini yang kurasakan
bahagia bersamamu

tiada lagi keraguan 
jalani hidup bersamamu
ku yakin kaulah satu-satunya
yang terbaik di hidupku

Selamanya...
kaulah cintaku
hidup dan matiku
ku serahkan kepadamu

engkaulah jiwaku
jiwa dan ragaku
takkan pernah terpisah
hingga waktu memisahkan kau dan aku

...

sedap betul suara BCL...
.

love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Wednesday, April 06, 2016

2 amalan pemakanan untuk dapatkan zuriat lelaki

setiap pasangan yang berkahwin mesti nak anak.
bila dah ada anak, mesti nak ada anak lelaki dan perempuan.
baru lah rasa sempurna rumah tangga kita.

tapi hidup kita ni, bukan kita yang tentukan...
kalau boleh kita atur, of course kita nak yang indah2 je dalam hidup kita..
macam saya, Allah kurniakan rezeki anak2 kepada saya.
tapi, ketiga-tiga anak saya semuanya perempuan..
saya tetap bersyukur..
sekurang2 nya, tak masih boleh sexy2 kat rumah sebab anak2 semua perempuan..
tak lah segan sangat..hehe..

bila tahu saya hamil anak ke 4, terasa ingin sangat2 anak lelaki...
teringin jugak nak beli baju melayu untuk si kecil,kan...
nak beli kemaja comel2...
tapi, sebab saya memang tak tahu jantina anak ke 4 ni, saya just beli beberapa helai je baju kaler2 yang tak berpihak pada girl or boy..hehe...
---

ada 2 pemakanan yang saya amalkan dari saat saya tahu saya hamil.
saya tak boleh jamin pemakanan ni boleh bagi anda anak lelaki tau..
sebagai orang islam, kita memang tahu kan rezeki anak tu adalah kerja Allah.
kita ikhtiar mana yang boleh..
ikhtiar yang paling agung adalah DOA..
selain tu, kalau anda google, memang baaaaaaanyak sangat tips nya..
bukan setakat tips dari segi pemakanan, tips untuk 'bersama' pun ada..
tapi, apa yang saya nak share ni hanyalah apa yang saya amalkan dari segi pemakanan sahaja..
amalan yang lain2, macam selalu je... ;p

---
2 pemakanan yang saya amalkan untuk dapatkan anak lelaki.
---

1. Makanan Laut.
saya lupa dari mana saya baca/dengar tips ni. tapi saya ingat sumber ni adalah dari seorang doktor.
saya selalu makan makanan laut masa awal2 pregnant dulu.
ikan, udang, sotong, ..tu menu hari2... paling fov time tu adalah tomyam campur..
hari2 rasa nak makan tomyam..
masa saya pregnantkan kakak2 putra dulu, memang jarang sangat makan seafood. saya selalu makan ayam & daging..
bagaimana dan apa kaitan seafood dengan proses jantina tu jujurnya saya tak tahu dan tak buat research... saya share ni berdasarkan apa yang saya pernah tahu...:)

2. Sayur Sawi.
tips ni mak saya yang bagi. ni pun mak saya dengar dari doktor yang share tips ni dalam TV.
again, bagaimana sayur sawi dapat bantu kita dapat anak lelaki, saya tak pasti dan tak buat research.
masa awal2 pregnant tu, setiap hari saya makan sayur sawi..memang stok sawi sentiasa ada kat fridge.

---
itulah 2 pemakanan yang saya amalkan masa awal2 pregnant dulu.
ianya sekadar ikhtiar.. 
sebelum makan makanan tu, ingatlah untuk titipkan doa, 
"ya Allah..makanan ini sebagai ikhtiar untuk aku peroleh zuriat lelaki..hanya Kau penentu segalanya..."
berdoa lah dengan seikhlas hati anda..
semoga dengan ikhtiar ini hajat anda terlaksana...



Tiada Daya Upaya Melainkan Dengan PertolonganNya





love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Putra..kelahiran yang dinanti...

assalamualaikum wahai pembaca blog lovezurabahar...
hari ni rasa teruja nak share cerita tentang seorang Putra..
kehadiran seorang Putra yang sangat2 dinantikan sejak mengandungkan anak ke3 lagi sebenarnya...
tapi, belum masa untuk Allah amanahkan seorang Putra buat kami..

saya di'kesan' hamil ketika saya dan putri3 disahkan menghidap influenza B..
memang tak plan untuk hamil lagi sebab masa tu baby nailah belum pun setahun lagi.
dengan period yang tak betul, sekejap datang sekejap tak datang, so..memang tak sangka akan hamil..
tapi tu lah...kuasa Allah..tiada siapa yang boleh menidakkannya...
Allah hadirkan janin dalam rahim saya... :)

37 minggu mengandungkan baby ini, tanpa saya tahu jantina nya...
soalan femes bila kita pregnant adalah, "dah scan dah? baby boy ke girl?"..
demi menghormati pendirian suami saya yang nak tahu jantina bila baby lahir, memang saya tak tanya doktor baby saya girl atau boy...termasuk kandungan ke 4 ni.. 
doa je yang saya mampu buat, moga2 baby kali ni adalah baby boy..
ada juga 'petua' dari doktor2 yang saya amalkan...
nanti saya share....hehe...sabar ye...

minggu ke 37 tu saya dah rasa sakit..tapi tak kerap dan tak strong..
so,layankan aje contraction tu..
anak dah banyak..tak boleh nak lepak lama2 kat hospital..
siapa yang nak uruskan rumah, siapa yang nak uruskan anak2 kalau saya berehat2 je kat hospital?
procedur kat GH, kalau dah bukak 2cm kene admit..
dibuatnye bukak 1cm dalam seminggu macam baby Nailah hari tu, kan kesian kat suami n mak2 yang perlu uruskan anak2 n rumah..

...hai lah wanita...selagi terdaya, selagi boleh menguit, selagi tu fikirkan pasal kerja2 rumah dan anak2...semoga para suami lebih menghargai isteri masing...cukuplah dengan kesetiaan dan kejujuran dalam rumah tangga...

ada 1 malam tu, terasa seperti dah kerap sakit dan lebih kuat..
selesai saya tidurkan semua anak2, kami suami isteri pergi ke hospital..
hampir 12 malam masa tu..
doktor check, baru bukak 1cm dan doktor izinkan saya balik...
so..balik lah...sempat jugak makan tosai n minum teh tarik kat mamak masa on de way balik rumah pukul 3 pagi tu... ;)

siang nya, rutin seperti biasa...

esoknya, masih belum rasa terlalu kerap dan kuat...

lusanya, rasa macam dah sampai masa...
tengahari tu dah bagitau suami, tapi suami buat relax saja..haha...
saya susah hati dah tapi buat relax je macam suami... ;)
bukan apa, saya risau kalau bukaan just bukak 2 cm dan saya mesti admit...

saya tak nak !!!


last2, atas nasihat mak dan mak mertua, pergi jugaklah hospital lepas maghrib tu...
makan nasi siap2 dan siap2 bawak semua barang termasuk barang makanan...

actually, mengandung kali ni ada 3 hajat yang saya selalu doa..
1. saya nak terus ke labor room bila datang hospital check bukaan.
2. saya nak suami ada disisi saat saya lahirkan baby ni. (anak no 2 & 3 suami tak sempat masuk).
3. saya tak nak kene jahit.

dalam kereta tu, suami sempat bergurau...
"entah2 baru bukak 2cm je...."
adoi....orang semangat ni nak terus masuk labor room !

bila doktor check, dah bukak 4cm...alhamdulillah...confirm ke labor room terus...
hajat no 1 Allah makbulkan...syukur... :)
so, masuklah labor room tu dalam pukul 10 malam gitu...

doktor datang review bersama 2 orang MO..
baik doktor tu n lembut je orang nya...
dia suruh MO bukak alat yang lekap kat perut untuk scan jantung baby tu since ibu (saya) tak de apa2 problem..
so, ibu bebas bergerak sementara tunggu baby keluar..
plan doktor, pukul 1 check bukaan..kalau ada progress, tunggu air ketuban pecah sendiri..
kalau tak de progress, doktor akan pecahkan air...

suami saya kesejukkan tunggu saya kat luar dengan rasa mengantuk sangat2..
maklum lah..pergi hospital tadi lepas suami balik kerja..
tak sempat rehat pun...
lepas tu, lupa pulak bawak jaket...
kesejukkanlah kat waiting room tu...

maafkan dinda ye kanda...
demi anak kita bersama, kenelah sama2 susah...hehe...
dinda pun bukan boleh tidur kat dalam labor room tu...bila nak terlelap je, contraction datang...
terus terjaga....

pukul 1 pagi. 31 mac 2016.
MO datang check bukaan.
dah bukak 6cm.
tunggu air ketuban pecah.

so..saya tunggu...tunggu...dan tunggu...
sambil msg2 dengan suami yang masih setia menanti kat luar..
sampai pukul 3 pagi, saya minta nurse panggil suami saya untuk teman saya..
sakit dah sangat2 kuat tapi tak sampai tahap nak meneran.
air ketuban pun tak pecah2 lagi...
keadaan berterusan macam tu sampai lah masuk waktu subuh...
suami saya keluar dulu untuk solat subuh..
dengan rasa sedih hati, ku relakan jua... :(

around 6.30 pagi...
(almost 12 jam saya tak makan n minum..)
doktor datang bersama 2 orang nurse.
doktor check bukaan, dah fully !!
omg!!! maksudnya dah bukak 10cm !!
saya cuma rasa sakit yang kuat tapi bukan tahap meneran sebab air ketuban masih tak pecah2...
doktor kata nak pecahkan air ketuban..
tapi sebelum tu, saya kene kosongkan pundi kencing saya dulu...
selalunya nurse akan guna tiub tapi saya tak nak..
syukur sangat nurse baik hati bagi saya buang air kecil kat mangkuk kencing tu..
bila doktor nak pecah kan air ketuban, doktor tanya air dah turun ke?
yup...saya terasa macam dah keluar masa buang air tadi...

bila air dah pecah, mula lah rasa sakit yang amat2..
yang hanya ibu2 je yang tahu rasa sakit nya macam mana...
tapi, sakit kuat tu datang lambat dan baby masih 'tinggi'..

nurse bertukar shift..
nurse lain handle saya..
nampaknya sangat berpengalaman.
kata dia, ni kandungan ke 4. baby tinggi tu biasa..sekarang dah fully, saya sepatutnya dah kene teran..


tapi masalahnya, sakit saya tak tahap rasa nak teran!!
macam mana saya nak teran dengan energy yang tinggal 10% je ni...

kalau sakit tu tahap nak teran, at least ia membantu saya teran..
tapi ni sakit-yang-belum-nak-teran...saya perlukan lebih energy untuk paksa meneran..
ishh...susahlah nak describe..rasanya ibu2 faham apa yang saya tulis ni...hehe....

nurse tadi ajar saya macam mana nak 'turun'kan baby..
tak boleh nak ingat keadaan masa tu..
memang rasa nak nangis n putus harap dah nak teran..
saya tak de energy.........................
tapi gagahkan jua demi anak ini...
saya minta panggil suami..
nurse kata 3x dia panggil, tapi tak de...
sedih nye hati......
lalu ku pujuk hati..Allah ada...
Allah ada menemani ku...
merayu2 saya mohon, minta diberi kekuatan untuk keluarkan baby ni...
banyak kali jugaklah saya perlu teran (tanpa ada rasa nak teran) untuk turunkan baby ni...

bila baby dah turun, mula lah proses mengeluarkan baby ni...
nurse kelam kabut minta nurse kat luar panggil suami..
akhirnya, suami saya ada di sisi...
Allah makbulkan hajat ke 2 saya.... syukur...
bertarung nyawa rasanya nak keluarkan anak ini...
dengan contraction yang 'lambat' datang...
saya pun tak ingat berapa kali saya teran...
sampai rasa nak nangis give up dah...
penat..tak larat...tak kuat...oh Allah...tak daya sangat2 dah rasanya..
tapi saya mesti gagahkan jugak..
sampailah kali terakhir saya push, saya push habis habisan..
sampai nurse marah sebab saya keluarkan suara..
sampai saya kata, tolong nurse !!!.. nurse pun sempat jawab, ye..nurse tolong lah ni...
dan akhirnya, seorang Putra yang keluar dari rahim saya...
lega...penantian dan segala kesakitan terubat dengan lahirnya seorang Putra... (*_*)

nurse letak Putra atas saya dan suami saya azankan dia masa tu jugak...
syahdu rasa sayup2 suara suami mengazankan anak kami...
saya tak pernah dengar suami azankan anak2 yang lain...
sebab suami azankan kat tempat lain masa saya masih di labor room..
oh Allah....syukur sangat sangat n lega sangat2 rasanya...
nyaring suara Putra bila menangis..
masa atas saya tu, beberapa kali dia cuba bukak mata..
dan beberapa kali dia menguap besar...
tak cukup tidur jugak agak nya ye...
tak boleh tidur nak jumpa mama papa n kakak2 ye... :)

hajat no 3 saya, tak tercapai...
ada sikit jahitan sebab tangan Putra tersangkut masa nak keluar...
tak apa lah Putra...demi Putra mama, mama rela di jahit....

tiada rasa yang lebih indah selain rasa syukur kehadrat Allah...
lega sangat2 Allah kirimkan saya doktor2 n nurse2 yang baik..
yang paling penting, nurse yang berpengalaman sambut baby..
memang saya syukur sangat2.. :)

Putra yang di nanti ini saya berikan nama Putra Fauzan Adzim...
maksudnya, kejayaan/kemenangan yang besar.... 
nama ni dah standby masa baby nailah dulu lagi kalau nailah tu baby boy...
alhamdulillah...dapat jugak nama tu kat anak yang ke 4 ni... :)

maka..
bermula lah episod cinetron saya sebagai ibu ber'anak' 4...
3 putris yang sedia ada pun dah ada 3 'pancaragam' berlainan...
ni tunggu Putra Fauzan besar sikit, macam mana pulak 'pancaragam' dia...
:) :) :)



love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Tuesday, March 22, 2016

Bersediakah Nailah Menjadi Kakak.

Menanti detik kelahiran memang mendebarkan saya.
walaupun ini kali ke 4 melahirkan, ia tetap mendebarkan..

cuma kali ni, kalau boleh bila pergi hospital check bukaan, saya nak terus ke labor room..
tak mo kene tahan wad dulu macam sebelum2 ni..
bukan apa..kalau saya masuk wad, macam mana pulak lah keadaan anak2 kat rumah.
tambah2 lagi baby Nailah.
Nailah masih baby lagi..belum 2 tahun lagi...
masih menyusu badan...
tu yang rasa berat nak gi hospital check selagi belum ada tanda2 yang nyata macam turun air ketuban atau turun darah...

contraction saya masih tahap main2 saya rasa...
kadang2 kerap n konsisten setiap 15-20 minit..
pastu tiba2 lama tak rasa..
pastu nanti, rasa pulak...
sabo je lah kan....hehe..
.
persoalannya, bersediakah Nailah menjadi kakak?



kalau tengok kat gambar, insyaAllah bersedia dah tu... ;P
memang dah praktis suruh dia bagi tidur anak patung, tepuk anak patung, dukung anak patung dll..
tapi emosi dia macam mana?
emmmmmmmmmmmmmmmmmmmm........

nampak tu panjang nye em saya..
kalau throwback masa zaman putri dan natrah dulu,
jarak umur diorang pun lebih kurang sama macam Nailah n baby baru ni...
tapi masa tu, Putri memang dah nampak sangat sukakan baby dan boleh jaga baby...
bila Natrah keluar, memang Putri saaaaaaayang sangat kat Natrah..
tak kacau atau 'dengki' pun dengan Natrah..
Putri memang suka sangat2 dengan baby walaupun dia sendiri masih baby...

tapi Nailah ni...
setakat 2-3 hari ni, beliau dah mula mengamuk dengan amukan yang sukar dipujuk lagi..
menangis mengamuk tak kira tempat..
kat rumah of course.
kat dalam kereta of course.
kat aeon pun of course.
just because beliau tak dapat apa yang beliau nak.
beliau akan menangis mengamuk sungguh2 sampai beliau dapat jugak apa yang beliau nak tu..
fuhhh...mencabar sungguh sebab beliau bukan begitu  sebelum ni...
saya dan habibi setakat ni alhamdulillah faham gangguan emosi beliau ni...
faham yang beliau semakin hampir dapat adik..
faham yang beliau masih terlalu baby untuk dimarahi...
beliau baru 18 bulan hidup dibumi ini!!

oh Nailah...


tapi saya percaya, bila adik baby keluar nanti, all is well....
insyaAllah...
setiap yang berlaku itu adalah rancangan terbaik dari Allah buat kita.
Allah dah aturkan cantik2 untuk kita..
kita just buat kerja kita untuk teruskan hidup ini dengan sabar dan kuat....
insyaAllah...all is well....:)

-------
buat ibu2 hamil yang masih mencari2 'ubat bersalin/pantang', saya syorkan ibu2 cuba pula 
'Confinement Set Shaklee'.

‪#‎confinementsetshaklee‬ merupakan ‪#‎ubatbersalin‬ yang berasaskan tumbuh-tumbuhan semulajadi.
.
Dijamin selamat dimakan walaupun anak anda dihidapi ‪#‎demamkuning‬
.
98% ibu-ibu dalam pantang mengakui bahawa,
Confinement Set Shaklee ini dapat berikan mereka kesan2 berikut:
+ LUKA CEPAT SEMBUH.
+ LEBIH BERTENAGA.
+ MUDAH BUANG AIR BESAR.
+ MEMUDARKAN STRECH MARK.
+ TIDAK STRESS.
+ DAPAT SUSUKAN BAYI DENGAN SUSU IBU.



hubungi saya untuk dapatkan Set Bersalin Shaklee ibu2 ya... :)


love, 
 zura bahar
 hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Monday, March 21, 2016

Let bygones be bygones.

Assalamualaikum w.b.t

lama sangat2 rasanya tak 'hidup' kat sini..
tempat perkongsian saya tentang hidup saya dan anak2..

saya masih ingat sebab musabab saya berhenti 'seketika' hidup kat sini..
sebab masa tu saya ada job 3D..
terlalu sibuk siapkan job tu sampai bersawang terus blog ni...

baaaaaaaaanyak sangat yang terjadi dalam tempoh 4 bulan blog ini tidak hidup.
antara perkara paling 'besar' yang saya alami adalah, saya dan 3 orang anak saya accident.
masa tu cuti sekolah bulan 12.
anak sulong saya patah ibu jari kaki.
saya dan 2 orang anak lain, alhamdulillah tak de apa2...
saya agak trauma juga, berbulan2 tak drive.
anak2 pun sama tapi diorang punya trauma tak macam trauma pun...
masa baru2 jadi kerap tanya saya kenapa mama langgar orang, kenapa itu, kenapa ini..
sekarang tak tanya dah la..
tapi, tiap kali papa diorang emergency break, diorang akan sebut pasal accident..
"nasib baik tak accident..." 
"kalau accident kete berasap lah...." 
masa accident tu, hentaman sangat kuat sampai air beg depan 2-2 keluar dan berasap..asap aircond..
itu lah yang diorang selalu sebut...
sebab diorang dah dapat gambaran macam mana keadaan bila accident.
phsyco betul diorang ni...
kalau boleh memang saya tak nak ingat dah detik tu....

keadaan kerete sangat teruk..
sampai sekarang masih kat worksyop..
insyaAllah lagi seminggu siap lah tu...
dah masuk body part untuk repair...

tu cerita yang dah lepas...

...

cerita yang belum lepas, saya sekarang sedang menanti detik kelahiran baby ke 4...
(^_^)v

syukur atas rezeki ini..
actually, due date nye bulan 4..
tapi sekarang dah masuk 37w.
last week doc scan, doc kata baby dah turun n anytime boleh keluar..
saya pun dah ada rasa contraction ni..
tapi belum regular n belum kerap lagi..
2 hari ni saya terlalu 'push' untuk baby keluar...
sebab rasa tak larat betul dah nak bawak perut..
besarnya luar biasa padahal berat baby normal je...
last week punya scan, 2.6kg..
saya tak dapat fokus untuk buat apa2 pun..

tapi saya lupa, itu semua kerja Allah...saya tak patut buat kerja Allah...
saya sepatutnya teruskan kehidupan saya seperti biasa...
buat kerja2 saya yang diamanahkan oleh Allah dan diri sendiri..
sebab tu lah hari ni saya bersemangat nak update blog.. (^_^)v
baru nak sedar diri..hehe...

okey lah...azan subuh dah berkumandang..
masa untuk dating dengan Allah....

jumpa lagi next entry!!! insyaAllah..



love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info