Nak Mulakan Dengan Cerita Apa?

Setiap hari berazam nak rajin menulis semula. tapi selalu, berazam je lah. tak realisasikan pun.
entah apa yang di busykan di kala usia semakin bertambah ni? tapi jujur, sejak ulangtahun ke 39 tahun lepas pada 25 sept tu, tetiba je rasa tak nak share sangat life kat sosial media. serius!

kalau tidak, sikit2 nak up story. sikit2 nak up story. tapi sejak masuk 39 tahun tu, hilang rasa nak share tu.
maybe sebab faktor usia. lepas tu dok tengok rakan sebaya dok up benda yang sama dan sendiri rasa macam annoying.. hehe.. sudah nya, ku pun fikir orang lain pun maybe rasa annoying dengan ku..

entah la..
bila usia dah makin bertambah ni, semakin rasa nak jaga hati orang lain bila share. sebelum share tu, banyak sangat fikir. 

patut ke share.
apa motif aku share.
boleh buat orang sedih tak.

walaupun orang kata, tak payah nak jaga hati orang sangat. share je dah sosial media kita. 

tapi serius, semakin berusia, semakin rasa nak jaga hati orang. maybe sebab risau nanti mati dalam keadaan orang terasa hati dengan kita. dan ku tak kisah pun kalau perlu jaga hati orang.

tak lama lepas birthday tu, 7 oktober berlaku peristiwa bersejarah di bumi Palestin yang akan dikenang sampai bila-bila. in fact, peristiwa yang akan dikenang oleh satu dunia!

fokus ku terus pada palestin. terlupa kat diri sendiri. sampai saat ku menulis ini, perang palestin - israel masih belum ada tanda-tanda akan berakhir. sangat sedih tiap kali baca update sebab tak mampu nak buat apa-apa.

tapi, satu benda yang ku belajar dari perang ini, Setiap kesedihan yang Allah kurniakan, andai kita sangat sabar menempuhnya, ganjaran syurga insyaAllah akan jadi milik kita. dan ku jadi tak sabar nak dapatkan ganjaran syurga dari Allah. 

actually banyak sangat ibrah dari peristiwa 7 oktober ni untuk diri sendiri. insyaAllah nanti kita list kan. mudah mudahan jadi satu list muhasabah diri untuk diri ini.





❤, 
LOVE HEALTH, LOVE SHAKLEE! 
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | Vitally Vitamin - Pengedar Shaklee Chemor
 ðŸ“² sms|whatsapp 016-5952771, 
 ðŸ“§ email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee Paling Premium.



Kalau nak cerita pasal kenapa saya pilih vitamin shaklee sebagai makanan tambahan saya, actually saya jenis tak suka nak bertukar-tukar produk bila saya rasa dah serasi dengan satu produk tu.

Shaklee kira bertuah lah sebab shaklee vitamin pertama yang saya consume (untuk milk booster waktu itu) dan ianya berkesan untuk saya. In fact, ianya bukan je membantu boost kan susu ibu saya yang tengah drop waktu tu, tak semena-mena perut saya mengempis dalam tempoh lebih kurang 2 minggu saya consume vitamin shaklee untuk kurus. 

Siapa yang tak happy bila perut kempis kan. So sejak itu lah saya fall in love dengan vitamin shaklee sebab kesannya agak cepat. Maka, tidak lah saya nak try vitamin lain pulak.

Tapi, dalam entry ni, saya nak cerita kenapa saya pilih  dan sangat-sangat suka vitamin shaklee yang paling premium iaitu Resv dan Vivix. Harga kedua-dua vitamin ini agak keras dan penggunaannya hanya untuk sebulan saja. Tapi, sebab kesannya yang sangat-sangat bagus pada saya, ini membuatkan dalam banyak-banyak vitamin shaklee, Resv dan Vivix lah vitamin yang paling saya suka.


5 Sebab Saya Suka dan Pilih Vitamin Shaklee Resv dan Vivix.

1.
Kesannya seawal 1 hari.
Saya masih ingat lagi pertama kali saya consume vivix. Hari tu hari ahad, hari berehat. Suami saya kerja hari tu. Jadinya, saya sendirian perlu uruskan rumah dan 2 orang anak-anak kecil. 
Saya ambil vivix pagi tu. Lepas tu, saya jalani rutin hari ahad saya seperti biasa. Kemas rumah, basuh baju, masak-masak. Anak-anak juga bermain, sepah rumah, gaduh2 seperti biasa.
Sampai lah malam hari, lepas selesai semuanya dan nak masuk tidur. Kami biasa tidur semua sekali pada waktu yang sama. Maksudnya, kalau kami tidur lewat, anak-anak pun ikut tidur lewat. 
Jam dah pukul 12 malam. Semua dah lena diulik mimpi. Tinggal saya seorang terkebil-kebil atas katil, masih tak boleh nak tidur. Dah tak boleh tidur tu, mula lah saya berfikir-fikir, kenapa tak boleh nak tidur ni.
Lalu baru saya perasan, pagi tadi makan vivix. Sepanjang hari saya boleh layan anak-anak dengan baik. Walaupun ragam diorang buat saya menyinga, tapi hari itu saya perasan yang saya sangat tenang melayan anak-anak. Tak ada pulak marah-marah waktu tu. Subhanallah.. itu lah kesan vivix yang saya tak pernah lupa.

2.
Dapat nikmati buah anggur muscadine yang premium.
Kalau anda belum tahu, antara ingredient utama Resv dan Vivix adalah anggur muscadine. Anggur muscadine ni sangat special sebab size nya sebesar bola golf dan kulit dia sangat tebal. Yang lagi special, dna anggur ini lain dari anggur biasa, menjadikan khasiatnya lebih premium daripada anggur biasa.
Shaklee telah patent kan ingredient ini hanya untuk Resv dan Vivix. Sebab itu lah saya rasa sangat bertuah kerana dapat 'makan' buah yang susah nak dapat dalam vitamin dan suplemen dari brand lain.

3.
Berikan tidur yang lena (tidur mati) dan bangun dengan rasa sangat segar.
Antara Resv dan Vivix, Vivix terlebih dahulu berada di pasaran Malaysia. Beberapa tahun kemudian, baru lah Resv pulak masuk pasaran Malaysia. Disebabkan saya dah jatuh cinta betul dengan vivix ni, of course lah saya takkan ketinggalan untuk consume resv seawal hari pertama resv dipasarkan. 
Resv disarankan untuk diambil sebelum tidur. Didatangkan dalam bentuk kapsul, of course ianya lebih memudahkan untuk dibawa kemana-mana saja compare dengan vivix. Sebab vivix ni dalam bentuk syrup dan perlu simpan dalam peti ais. So, bila ada resv ni, pastinya lebih mudah nak travel dengan shaklee!
Okey, balik pada cerita resv. Pertama kali saya consume resv pada malam tu, ternyata tidur malam saya sangat nyenyak, tidoq mati bak kata orang utagha. Dan yang amazingnya, bila bangun tidur tu, mata terus terbuka luas, badan pun rasa ringan dan mudah sangat nak bangun dari tidur. Saya dapat rasa yang saya dapat tidur yang sangat berkualiti, yang membuatkan badan saya dapat rehat secukupnya. Dan disebabkan itu lah saya jadi sangat mudah bangun tidur dan badan tak de sengal-sengal langsung.
MasyaAllah... memang best! 
Dan of course yang paling best adalah, kesannya seawal 1 hari!

4.
Menjadikan hari-hari saya sentiasa bersemangat dan bermakna.
Ini harus saya akui, bila saya ambil vivix pada pagi hari tu, tubuh badan saya automatik jadi bersemangat dan rasa macam tak boleh nak duduk diam. Ada je kerja nak buat dan bila buat kerja tu, dengan rasa bersemangat sekali. Rasa hari tu sangat produktif dan bermakna sebab macam-macam kerja dapat selesaikan.

5.
Emosi rasa tenang dan relax-relax saja.
Selain dari rasa bersemangat dan produktif pada hari tu, emosi saya juga rasa sangat tenang dan lapang. Walaupun ada perkara yang boleh buat saya rasa stress dan rasa marah, emosi itu boleh dikawal dan saya jadi sangat tenang menghadapi apapun situasi. Especially masa saya pjj dengan suami tempoh hari dan harus uruskan 5 orang anak sendirian, alhamdulillah saya dapat uruskan dengan tenang. Ya walaupun ianya tak lah mudah tapi yang pasti, emosi saya sangat berbeza bila saya consume vivix dan tidak consume. Ini sangat pasti. 

--
Kalau nak cerita detail sebenarnya ada banyak lagi shaklee effect saya dengan Resv dan Vivix ini yang boleh buat saya tak nak miss consume keduanya walaupun satu hari.

Dengan asbab ini lah saya sangat-sangat recommend ibu-ibu yang sentiasa penat dan stress dalam uruskan kerjaya, rumah tangga dan anak-anak untuk cuba tambah vivix dan resv dalam diet harian ibu-ibu sekalian. Saya sangat-sangat faham keadaan ibu-ibu yang keletihan dan stress dalam uruskan semuanya sebab saya sendiri pun alaminya. 



Doa Dan Amalan Wanita Ketika Haid dan Nifas

Haid ni fitrah kejadian buat wanita dan ianya adalah ketentuan Allah ke atas setiap wanita. Waktu wanita didatangi haid ini, mereka sering mengalami penurunan iman. Kerana itu lah, wanita mudah 'diganggu' ketika haid dan mudah juga kalah dengan emosi sendiri. 

Begitu juga dengan wanita yang sedang nifas atau selepas melahirkan bayi. Mereka dilarang untuk mengerjakan solat dan membaca al quran, seakan-akan tertutup semua pintu ibadah untuk mereka, sehingga ibu yang baru melahirkan boleh mengalami post natal prepartum atau bahasa pasar nya di sebut 'meroyan'.

Atas persepsi ini lah, kebanyakkan wanita yang sedang dalam haid dan nifas, lebih melakukan aktiviti yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Padahal, ada banyak doa dan amalan ibadah yang mereka boleh lakukan selain solat dan membaca al quran.

3 Amalan Utama Wanita Ketika Haid dan Nifas.

Secara umumnya, amalan ini dipecahkan kepada 3 iaitu:
1. Amalan Rohani.
2. Amalan Lisan.
3. Amalan Fizikal.

Pengalaman Percutian Bersama Shaklee


Kami bukan lah 'kaki' travel. Jarang sangat pergi melancong. Apalagi melancong luar negara. Tapi, bila zura jalankan bisnes Shaklee, salah satu reward yang Shaklee bagi bila organisasi kita perform dengan cemerlang adalah, MELANCONG BERTARAF 5 BINTANG.

Bunyi nye macam WOW sangat kan. Tapi memang WOW sangat-sangat. Shaklee provide semuanya secara percuma termasuk beg, baju untuk aktiviti, suplemen shaklee dan duit poket juga. Makan dan hotel tu dah tentu lah kan. Perut sentiasa kenyang sebab makan sangat mewah. 

Alhamdulillah. Allah beri kesempatan untuk zura rasa percutian bersama shaklee. Apa yang lebih menarik lagi, ada percutian yang zura dapat bawak bersama suami, anak-anak dan mak ayah juga. Syukur alhamdulillah.. zura rasa, susah nak jumpa company yang boleh sponsor sepenuhnya keluarga kita kalau kita nak bawak keluarga bersama. Dengan Shaklee, keluarga kita pun akan dapat sama macam yang kita dapat, semuanya secara percuma!

So kali ini, zura nak share pengalaman percutian zura bersama Shaklee. Pastinya ianya pengalaman yang sangat manis untuk dikenang.

2014
Percutian 3 hari 2 malam di Sunway Resort Hotel & SPA


Percutian ni actually disekalikan dengan National Conference yang berlangsung selama 2 hari untuk meraikan leader-leader yang berjaya 'meet the requirement' dalam bisnes shaklee.
Kat bawah ni tentatif program yang direncanakan sepanjang percutian tersebut.



Dapat tiket untuk mak ayah sekali. Anak-anak of course tak leh tinggal. Anak baru 2 time ni. hehe.

Glitter Night! Makan sedap of course.

Seronok rasanya dapat berkongsi kejayaan dengan ayah. 

Mak ayah sama-sama masuk dewan tengok kita ambil award.

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah atas kurniaanNya.

5 Tips Penting Travel Dengan Kanak-kanak.

Travel memang menyeronok kan. Lagi-lagi kalau dapat travel berduet je dengan pasangan. Pergerakkan lebih mudah dan ringkas. Tapi, macam mana pulak dengan pasangan yang ada anak-anak kecil? Adakah perlu kita tinggalkan anak-anak semata-mata nak pergi travel berdua?


Tak perlu lah tinggal anak-anak. Bawak je diorang. Walaupun rasa macam tak bercuti pun bila travel dengan anak-anak kecil, saya percaya ianya lebih menyeronokkan kita sebagai parent. Travel kita jadi lebih 'warna warni' dan lebih banyak kenangan pahit manis untuk dikenang. Lagi-lagi bila anak-anak kita tu dah besar. Boleh lah kita throwback kat diorang, memori 'kurang best' masa travel dengan diorang.

Apa-apapun, nak travel dengan kanak-kanak ni perlukan persediaan fizikal dan mental jugak tau. Supaya kita as parent boleh happy, anak-anak apatah lagi.

So kali ni saya nak share 5 Tips Penting Untuk Travel dengan Kanak-kanak.


1. Sediakan 1 beg untuk makanan mereka.

Kenapa tips ni no 1? Sebab, kanak-kanak ni mudah meragam bila diorang lapar. So, sangat lah penting untuk make sure yang perut diorang sentiasa kenyang.

2. Gunakan baby carrier/sling bagi yang bawa bayi.

Ini pulak untuk memudahkan ibu/bapa yang membawa bayi tu lebih mudah bergerak dan of course lebih mudah nak pujuk bayi kalau bayi tak selesa. Bayi kan suka kalau kita dukung sentiasa. Dan untuk ibu yang beri susu badan, tentu lah ianya lebih memudahkan ibu.

3. Pilih pada waktu yang sesuai.

Secara peribadinya, travel waktu malam lebih sesuai dan mendamaikan bila travel dengan kanak-kanak ni sebab diorang cenderung untuk tidur je sepanjang perjalanan. Kami biasa travel di siang hari. memang macam-macam ragam. Then, bila sesekali travel tengah malam atau awal pagi (disepertiga malam), memang syok sangat rasa. Elok je anak-anak diam sebab tidur. hehe...

Tapi kat Malaysia ni, kalau bukan waktu perayaan, travel waktu malam agak merbahaya disebabkan banyak lori-lori besar yang bergerak pada waktu malam dan tengah malam. Dan banyak juga kes kemalangan maut dengan lori berlaku pada waktu malam. 

Apapun, kalau pilih untuk travel waktu malam juga, pastikan pemandu dapat rehat yang secukupnya, kereta dalam keadaan yang baik dan tidak lupa untuk baca doa menaiki kenderaan serta doa pelindung dari bala bencana sebelum memulakan perjalanan.

4. Kerap berhenti di RnR atau berhenti dalam jangka masa yang lama.

Begini lah kami bila travel dari ipoh ke melaka. Kalau orang yang tak de anak kecil, ipoh-melaka dalam 5 jam dah sampai. Tapi kami, dengan anak-anak kecil yang ramai ni, boleh sampai 7-8 jam juga walaupun trafik lancar je. hehe...

sebabnya adalah, bila berhenti di RnR tu, kami ambil masa yang lama untuk berehat. Masa anak-anak belum sekolah lagi, kami kene solat bergilir-gilir sebab risau je nak biarkan anak sambil solat. Kita tak tahu orang jahat tu ada kat mana, kan. So lebih baik berjaga-jaga. 

Lepas tu, nak melayan ragam waktu makan, nak uruskan buang air besar n air kecil semua anak-anak, macam-macam! Tu yang kadang tu, berhenti rehat je sampai 2 jam!

5. Bawa kereta dengan berhemah.

Tak perlu nak rushing bila travel dengan kanak-kanak ni. Bawak lah kereta dengan berhemah, mudah-mudahan kita selamat tiba ke destinasi yang di tuju.








LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | vitally vitamin  
 ðŸ“² sms|whatsapp 016-5952771
📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 


Tips Bisnes Online: Bagaimana Nak Bina Branding Diri Secara Online

Setiap orang ada 'pesona' masing-masing. 'Pesona' ini lah yang akan menarik orang untuk rasa suka dan senang dengan seseorang itu walaupun mungkin individu itu punya ciri-ciri fizikal yang sama dengan individu lain. Pendek kata, setiap orang ada 'keunikan' nya yang tersendiri.

Begitu juga dalam bisnes. Kebanyakkan orang bisnes menjual produk yang sama. Jarang lah kita jumpa dia sorang je jual satu produk tu kan. So, apa yang membuatkan orang ramai beli dengan dia tapi bukan dengan kita? 'Pesona' seseorang itu lah yang membuatkan orang berebut nak beli dengan dia. Padahal kita pun jual. Kita siap turunkan harga lagi. Yang orang tu relax je jual harga lagi mahal but still orang berebut beli dengan dia.

Jika anda seorang ahli perniagaan, 'Pesona' ini boleh dibina sebenarnya. Ianya dipanggil 'Branding'. Dalam dunia perniagaan yang sangat luas zaman kini, branding ni sangat penting untuk kita bina. Kita tak boleh lagi tunggu pelanggan datang pada kita. Tapi, kita lah yang perlu menarik pelanggan untuk datang pada kita dengan membina branding diri kita. 

Ya.. inilah salah satu Tips Bisnes Online yang penting sekali iaitu Bina Branding Diri. So dalam entry ini, zura nak share salah satu tips bisnes online iaitu Bagaimana Nak Bina Branding Diri Secara Online.

Bagaimana Nak Bina Branding Diri Secara Online.

1. Sediakan platform online seperti Facebook, Blog, Instagram, Tiktok, Youtube dan sebagainya.

Dah kata nak branding secara online kan? haruslah ada akaun untuk platform media sosial ini. Sama ada anda fokus pada 1-2-3 platform saja ataupun anda ada semua platform dengan content sama. Ini bergantung pada kemampuan diri anda untuk beri komitmen pada media sosial-media sosial anda.

2. Beri Nilai Tambah dalam konten anda.

Apabila anda buat bisnes, tak semestinya untuk anda kongsi harta dunia yang anda ada. Ianya ya adakala mampu untuk menarik pelanggan untuk berurusan dengan anda. Tetapi, pelanggan-pelanggan yang tertarik disebabkan duniawi ni biasanya mudah tertarik pada duniawi yang lain, yang dikongsi oleh orang lain. Maka, mereka ini berpotensi untuk 'curang' dengan anda. 

Maksud beri nilai tambah adalah dengan berkongsi ilmu pengetahun sama ada ilmu produk, ilmu marketing, atau ilmu2 yang bermanfaat yang anda tahu. Dengan cara ini, bakal pelanggan anda merasakan yang mereka telah mendapat satu ilmu baru dan menjadikan mereka ingin 'follow' media sosial anda.

3. Kekal konsisten dalam berkongsi.

Konsisten adalah kata kunci untuk apa saja yang anda usahakan jika anda ingin berjaya. Tak ramai yang mampu buat tapi ianya sebenarnya tidak lah terlalu sukar. Masalah kepada konsisten ini selalunya adalah penyakit M iaitu Malas. Malas mencari menjadikan anda tidak tahu nak beri-nilai-tambah apa kepada follower dan bakal pelanggan anda. Oleh itu, anda perlu selesaikan masalah penyakit M dahulu dengan 'paksa' diri untuk mencari ilmu sama ada dengan membaca atau menghadiri kelas-kelas yang berkaitan. Dengan itu insyaAllah, anda tidak malas lagi dan anda ada banyak ilmu yang anda ingin kongsikan.

4. Gunakan teknik yang berbeza.

Apabila kita menggunakan teknik yang berbeza dari pesaing anda, contohnya anda suka buat video, maka anda haruslah lebih kerap berkongsi konten melalui video, ini yang akan membezakan anda dengan orang lain. Sekaligus ianya menjadi branding diri anda. Apabila orang melihat video, dah tertanam dalam kepala mereka ini adalah anda!

5. Just be you!

Lastly, jadilah diri anda sendiri. Tapi, biarlah diri anda yang baik-baik saja yang anda pamerkan. Mana-mana yang negatif (yang anda sahaja tahu), simpanlah baik2. Jangan di buka aib sendiri. Jangan sesekali meluahkan rasa marah di sosial media anda. Sentiasa ingat, setiap yang tak baik, akan 'menarik' hal-hal yang tak baik juga. Dan jika anda sentiasa 'bersikap' baik, insyaAllah hal-hal yang baik-baik saja akan datang pada anda. 

Bina branding bukan lah sesuatu yang boleh berlaku dalam sekelip mata. Ianya adalah sesuatu yang akan terbina sedikit demi sedikit seiring dengan berkembangkan perniagaan anda. Branding ini juga adalah satu bentuk hubungan emosi antara anda, bakal pelanggan anda dan perniagaan anda.

Tugas anda adalah untuk mempengaruhi hubungan ini melalui proses branding diri anda. Dan dalam situasi ini, bina branding diri secara online. 

Jika anda masih belum melakukan nya, mulakan lah dengan segara dan terus konsisten dengan usaha anda dalam membina branding diri anda secara online. Cepat atau lambat, bergantung kepada rezeki anda. Yang penting, tetaplah terus percaya dan berusaha sehingga anda dapat branding diri anda!.



Baca juga:






LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | vitally vitamin  
 ðŸ“² sms|whatsapp 016-5952771
📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 

Bagaimana Urus Masa Apabila Kerja Dari Rumah.

Sejak berlaku nya peristiwa bersejarah kehadiran covid-19 yang menggemparkan dunia pada hujung tahun 2019, ramai majikan mula aplikasikan 'kerja dari rumah'. Sebab waktu tu, kita berisiko untuk dijangkiti covid-19 jika kita keluar dari rumah. tapi dalam masa yang sama, kita perlu bekerja mencari rezeki. dan masa tu lah, mana-mana pekerjaan yang tidak memerlukan anda berada di 'lapangan', anda dibenarkan untuk kerja dari rumah.

tapi, kerja dari rumah ni tak semudah yang kita sangkakan. banyak sangat dugaan dan cabarannya. lagi-lagi kalau anda seorang ibu! dan anak anda, anda sendiri yang jaga. dari segi urus masa juga sangat besar cabarannya. maklum lah, kat rumah ni banyak cabaran yang besar-besar seperti katil, tv, hand phone dan peti ais! hehe...

so here, zura nak share 5 Tips Urus Masa Apabila Kerja Dari Rumah.


1. Buat jadual.

ini memang sangat-sangat penting terutama jika anda perlu uruskan anak-anak dan uruskan kerja-kerja rumah juga. terbaik adalah jika anda boleh 'treat' diri anda seperti anda 'pergi' bekerja which is pukul 8 pagi anda masuk 'office', tengah hari rehat dan lunch, then masuk 'office' semula dan 'pulang' pada pukul 5 petang. jika anda boleh hantar anak-anak kepada pengasuh, sewajarnya itu lah yang anda lakukan. manakala kerja-kerja rumah pulak anda lakukan selepas waktu kerja anda 8 pagi hingga 5 petang. Dan yang paling penting adalah, anda perlu disiplin untuk ikut jadual yang anda telah buat.!


2. Ada ruang kerja.

ini juga sangat-sangat penting kerana dengan adanya ruang kerja, automatically anda akan rasa yang anda sedang bekerja ketika anda duduk di ruang kerja tersebut. selain itu, ianya haruslah lengkap dengan segala keperluan pejabat ontohnya komputer/komputer riba, printer, kertas, alat tulis dan sebagainya. Walaupun pekerjaan anda boleh dilakukan dengan menggunakan telefon pintar sahaja, sebenarnya dengan adanya komputer atau komputer riba, ianya memberi anda 'feel' yang anda sedang bekerja compare jika anda menggunakan telefon pintar anda. Kalau tak percaya, cuba lah!


3. Dress Up seperti anda nak pergi pejabat!

tips ini yang paling zura suka. walaupun kita kerja dari rumah, bukan bermakna kita tak perlu nak pakai cantik-cantik macam bila keluar bekerja. percaya atau tidak, dengan berpakaian proper seperti nak ke pejabat itu boleh mempengaruhi 'semangat' bekerja anda kalau compare dengan anda cuma pakai baju tidur saja. Jika anda masih tidak ambil berat tentang pakaian ketika anda kerja dari rumah, anda harus berubah dan rasai perbezaan nya!


4. Kurangkan penggunaan social media.

ya.. ini antara cabaran paling besar kerana apabila anda bekerja dari rumah , semestinya tiada boss yang memerhatikan anda bekerja. disiplin diri kene kuat untuk tepis dugaan social media. atas sebab itu lah zura prefer untuk menggunakan komputer apabila kerja dari rumah. bagi zura, apabila zura menggunakan komputer, kurang sikit rasa nak scroll news feed tu dan rasa lebih produktif bekerja jika menggunakan komputer atau komputer riba.


5. Jujur dengan majikan.

sekiranya anda bekerja dengan majikan, anda harus lah jujur dan berterus terang dengan majikan anda jika anda ada masalah seperti anak sakit atau anda sendiri yang sakit. peluang untuk kerja dari rumah ni tak semua dapat. jadi, gunakan lah peluang yang majikan anda beri ni dengan jujur dan amanah. biar pendapatan kita ada keberkatannya.

so, begitu lah sedikit tips bagaimana untuk anda urus masa apabila kerja dari rumah. kalau anda ada tips yang boleh dikongsikan bersama, jemput share di ruang komen tau.



Baca juga:

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | vitally vitamin  
 ðŸ“² sms|whatsapp 016-5952771
📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com,