AL-MATHURAT: FADHILAT DAN KELEBIHANNYA

bismillahirrahmanirrahim...dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
assamualaikum warahmatullahi wa barakaatuh..

[ RAHSIA MUDAH BANGUN TAHAJJUD & BERSEMANGAT DALAM MELAKUKAN APA JUA PEKERJAAN ]

amalan ni tak ramai yang gembar gemburkan tentang kebaikkannya.
tak ramai jugak yang berkongsi tentang kebaikkan2 dan manfaatnya dari nya.
apatah lagi berkongsi kesan daripada mengamalkan amalan ini...

APAKAH AMALAN ITU?
---
AL-MA'THURAT = zikir atau doa yang perlu di amalkan setiap pagi dan petang, siang dan malam.
---
kita lahir atas dunia ini dibekali dengan fitrah. kita juga membawa nafsu dan keinginan yang selalu mewarnai corak kehidupan kita. kita juga ditemani syaitan yang selalu menyonteng kehidupan kita.
namun, Allah telah membimbing kita dengan WAHYU dan AKAL sehingga kita dapat hadapi segala godaan nafsu dan syaitan dengan JIWA YANG TAQWA DAN HATI YANG BERSIH.
.
tak semua dapat HIDAYAH.
tak semua jIWA MENGETAHUI CARA TERBAIK DALAM MENDEKATKAN DIRI DENGAN PENCIPTA KITA, ALLAH.
sehingga ramai yang sesat dengan kesombongan hidup di dunia ini.
sesungguhnya, KETEGUHAN JIWA ITU BOLEH DICAPAI DENGAN AKIDAH YANG KUKUH, ZIKIR, DOA, ISTIGHFAR dan IBADAH2 LAIN YANG DIANJURKAN OLEH ALLAH SENDIRI.
antara IBADAH yang kita boleh amalkan UNTUK PEROLEH KETEGUHAN JIWA ADALAH
.
.
>>> AL-MATHURAT<<<
.

.
1 KEUTAMAAN MEMBACA AL-MATHURAT ADALAH
>>> MENGHINDARKAN KITA DARI GANGGUAN SYAITAN YANG DIREJAM <<<
.
kalau anda pernah membaca al-mathurat, apakah bacaan pertama yang di baca?

اَعُوذُ باِ الله السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنْ الشَيْطَانِ الرَّجِيْمِ
bermaksud, AKU BERLINDUNG DENGAN ALLAH YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI DARI GANGGUAN SYAITAN YANG TERKUTUK.

.
dari Annas r.a, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"siapa yang mengucapkan diwaktu pagi ucapan:

اَعُوذُ باِ الله السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنْ الشَيْطَانِ الرَّجِيْمِ
maka dia akan dilindungi dari gangguan syaitan yang direjam, hingga ke petang"
riwayat ibn Al-sunni
.

masa saya kecik2 dulu, saya ada baca majalah agama untuk kanak2.. 
antara yang terkandung dalam malajah tu, bila kita susah sangat nak bangun dari tidur untuk melakukan ibadah, syaitan sedang bergayut dikelopak mata kita biar kita tertidur semula.
lagi 1, bila kita menguap, kalau kita tak tutup mulut kita dengan tangan, syaitan berebut2 nak masuk dalam rongga tubuh kita untuk melemahkan tubuh badan kita.
bila kita rasa lemah, maka akan datang lah penyakit M iaitu MALAS.
.
sejak saya amalkan semula Al-Mathurat ini setiap pagi (selepas subuh atau dhuha) dan setiap petang (selepas asar), maashaAllah, mata saya terus segar tiap kali terbangun malam bila baby Nailah menangis nak susu. dan, amazingly, saya tak menguap lagi tiap kali angkat takbiratul ihram untuk solat. betul tau..saya tak tipu..kalau dulu, setiap kali saya nak solat, mesti saya menguap seiring dengan takbir.
.
mashaaaAllah..
hebatnya doa2 al-mathurat ini dapat melindungi kita dari godaan syaitan yang direjam..
.
antara lain manfaat2 al-mathurat ini adalah:
~ tidak dihampiri syaitan, 
~ rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini,
~ Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat,
~ orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga,
~ selamat dari segala sesuatu,
~ Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya,
~ Allah berhak untuk meredhainya,
~ tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudharat ke atasnya,
~ terhindar daripada syirik,
~ selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun,
~ dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang,
~ berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat,
~ sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi,
~ mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa,
~ dan berbagai lagi kelebihan lagi.
.
.
Boleh save al-mathurat ni dalam fon anda. 



























MARILAH KITA SAMA2 MENGAMALKAN AL-MATHURAT INI.
SEMOGA SETIAP AMALAN KEBAIKKAN YANG KITA LAKUKAN, HARAP MENGHARAP REDHA ALLAH SEMATA2 DAN KITA PEROLEH RAHMAT DARI NYA.

salam al-mathurat,
M. baizura bahar.



love, 
 zura bahar 
sms/whatsapp 016.595.2771

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.