BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT

Selsema dan batuk antara sakit biasa yang mudah sangat dihidapi oleh bayi terutama bayi yang baru lahir.
pengalaman saya, kedua2 putri pertama dan kedua saya diserang selsema ketika dalam pantang lagi.
bila jumpa doktor, doktor tak suggestkan ubat pun..
sebab diorang baru beberapa hari hidup di dunia ini..
lalu doktor akan minta saya lakukan sendiri beberapa kaedah untuk rawat selsema tersebut..

adalah normal bila bayi selsema, akan datang pakej batuk dan demam sekali.
kalau yang kuat sikit antibodinya, tak demam lah..
just batuk dan selsema..
itupun dah cukup buat ibu2 rasa gundah gulana bila baby kita tercungap2 nak bernafas, mukus tak berhenti mengalir (lambat lap dah jilat2 dah..hihi), dan batuk kong kong siang malam..
bila dah macam gitu keadaan baby, mestilah baby susah nak tidur..
bila baby tak lena tidur, kita pun tak lena tidur juga, betul tak?
.
baby Nailah saya (anak ke 3 saya), baru2 ni di serang selsema yang agak lama.
sebelum ni pernah jugak selsema..
tapi sehari 2 dah sembuh sepenuhnya dan tak datang pakej batuk. boleh kata dia belum pernah batuk lah...
kali ni, pakej batuk datang sekali...
dengan mukus meleleh2..nangis2 tiap kali saya nak lap mukus dia..dan dah pandai lap mukus sendiri, selet ke pipi..hihi...
tak lupa juga, menjilat mukus bila saya lambat lap..hihi..


dia masih menyusu badan.
jadinya, antibodi dia bergantung kepada pemakanan dia dan pemakanan saya.
apa saya makan, itu lah yang dia akan dapat, betul tak?
so...waktu dia diserang batuk dan selsema tu, saya selalu skip2 makan vitamin. sebab masa tu hari raya..sibuk beraya sakan..hihi..
actually, dia dapat batuk dan selsema pun dari kakak sulong dia.
kalau sebelum ni, kakak dia slumber je batuk depan muka dia, dia tak dijangkiti langsung.
tapi kali ni, dia tewas..
maybe tiada prevention dalam susu dia untuk kuatkan antibodi dia.. (sebab saya skip2 vitamin)..

so..apa saya buat pada baby Nailah?

BAGAIMANA SAYA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT?


di bawah ni adalah cara yang saya buat:

1. URUT PADA BATANG HIDUNG BABY.

tujuannya untuk melancarkan pernafasan baby dan melonggarkan rongga2 hidung baby.
kaedah ni saya pernah terbaca di google satu masa dulu. kalau tak silap saya dari blogger indonesian.
caranya, urut lembut di bahagian batang hidung baby (yang berdekatan dengan mata) dari atas ke bawah.


2. SAPU MINYAK TELON PADA LEHER, DADA, BELAKANG DAN HIDUNG.

saya suka minyak telon. masa baby Nailah ni baru saya guna. 
kenapa saya suka? 
minyak nye tak panas which is sangat sesuai untuk baby. 
walaupun tak panas, tapi sangat efektif. 
kenapa saya kata sangat efektif? 
bila sesekali baby Nailah kembung perut, lepas saya sapu minyak telon, angis kus kus terus keluar dan dia akan terus rasa selesa.
bukan dia je tau...saya yang mempunyai lemak tebal di perut pun dapat kesan segera..hehe...
so, bila saya sapukan minyak telon pada leher dan dada dia, dia kurang batuk..
compare bila saya terlupa nak sapu, asyik batuk2 je..
credit pic to www.mybabycomel.com


3. BERIKAN SUPLEMEN SEBAGAI ANTIBODI BOOSTER.

okey..yang ni, of course lah saya yang makan..sebab baby Nailah still breastfeed kan..
so, untuk saya boost up kan antibodi baby, 
saya consume SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS 2 biji setiap 5 jam 
dan GARLIC COMPLEX 3 biji selepas makan.
kita biasa dengar kalau nak rawat selsema kena ambil garlic kan? 
takkan kita nak bagi garlic mentah kat baby, betul tak?
kalau garlic bakar, agak2 baby makan tak? maybe ye sebab baby kan makan apa saja..hehe..
kalau bagi garlic yang kita masak dalam sayur, saya forsure dah hilang dah zat garlic tu..
Alhamdulillah...bila saya consume GARLIC COMPLEX, selsema baby Nailah lebih cepat kering.
sebab tu lah dia tak selsema lama2 sebelum ni..
saya tak makan Garlic Complex setiap hari.
bila ada kes2 macam ni, barulah saya consume...

GARLIC COMPLEX sebagai ANTIBIOTIK SEMULAJADI

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS sebagai IMMUNE BOOSTER


Jujur saya kata, itu sahaja lah kaedah yang saya gunakan untuk MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT.
dalam masa 2 hari saya amalkan 3 cara di atas, baby Nailah bangun pagi dengan kerak2 mukus dihidung (tiada lagi selsema) dan tak batuk2 lagi..
alhamdulillah...
(^_^)

ada banyak lagi kaedah lain untuk melegakan selsema dan batuk baby antaranya:


1. Petua meletakkan garlic bakar di tapak kaki baby untuk mengeringkan selsema.

Senang je caranya. Ambil setengah ulas bawang putih. Tumbuk tapi jangan sampai lumat. Pakaikan stokin berlubang atau yang jenis berkait. Kemudian letakan bawang putih tu pada satu lagi stokin dan pakaikan pada kaki baby. Biarkan semalaman. Bawang putih mengandungi antiinflamasi dan antivirus yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, merawat batuk, kahak dan selsema.
credit pic n info to http://mizdeeni.blogspot.com/



2. percussion technique untuk melekangkan kahak dan melegakan batuk.



3. Kaedah steam (pengewapan) untuk mengeluarkan kahak.

klik link di bawah untuk kaedah yang lebih detail.


4. dan yang terakhir sekali, susukan bayi anda dengan susu ibu sepenuhnya.

Cara terbaik untuk anak-susu-ibu lebih cepat sembuh dari jangkitan, si ibu perlu pergi ke tempat anak tadi dijangkiti supaya si ibu juga terdedah dengan jangkitan yang sama.
Dengan kuasa Allah, badan si ibu akan menghasilkan antibodi yang sesuai dengan kuman tadi dan bila anak-susu-ibu minum susu ibu tadi, InsyaAllah lebih cepat sembuh..
Susu formula boleh buat macam tu tak?
Anda pun tahu jawapannya TIDAK.
Subhanallah...ciptaan Allah semestinya sempurna tiada cacat cela nya.


sebelum saya mengakhiri perkongsian saya ni, saya nak share satu chart yang menunjukkan betapa bagusnya susu ibu ini dalam membantu tingkatkan sistem imun anak2 kita.

Perbezaan antara SUSU IBU dan SUSU TIRUAN.

.
susu ibu bukan sahaja disebut sebagai makanan untuk bayi, malah sebagai ubat untuk bayi dan juga ibu.

pastikan juga ibu2 yang menyusukan mendapat nutrien harian yang cukup setiap hari, tak kisah lah dari makanan atau pun suplemen yang bebas bahan kimia seperti suplemen ini.
"Breast milk contains important non-nutritional components, such as antimicrobial factors, digestive enzymes, hormones and growth factors that are important for passive protection against infections and immune-mediated diseases and modulate immunological development."

.
Saya #baizurabahar komited untuk bantu mommies menjayakan penyusuan susu ibu sehingga baby berumur 2 tahun.
Hubungi saya dan ceritakan lah masalah penyusuan mommies.
Saya usaha untuk bantu.


love,
 zura bahar
Sms/whatsapp 016.595.2771 

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.