Check in hospital.

Beberapa hari ni saya tengok muka natrah macam lain..
Tak tahu nak describe tapi nampak macam orang sakit.

Ternyata dia tak berapa nak sihat..
Sebab, bila dia minum susu atau makan, dia muntah..
And dia kerap berak which is saya rasa dia cirit kot..
(Saya tak tengok najis dia lepas dia berak..hehe)
Sehari tu adalah 3-4 kali dia berak..
Tapi dia still main, jerit, ketawa, bergaduh dengan kakak, berebut barang dengan baby, buat tak dengar bila mama cakap dll macam biasa..
So saya rasa dia still okey walaupun naluri ibu yang menyusukan dia rasa ada something wrong somewhere..

Kemuncaknya adalah pagi semalam..
Dia bangun sangat2 lewat.
Nak kata sebab dia tidur lewat, biasanya tidur lewat bukan isu untuk dia bangun lewat..
Tapi semalam dia macam nak tidur je..
Sampai saya kene kejut je sebab dah pukul 11 pagi, dia still nak tidur.
Bila kejut, kata dia, "adik rasa mata adik nak tidur lagi la mama..." haha...

Dia minta susu..
Saya buatkan dan dia minum..
Lepas tu dia nak join saya makan biskut cicah air teh..
Duduk je dia atas kerusi makan, dia muntah..
Saya pun terus lah nak mandikan dia..

Dia still pakai pampers waktu tidur..
Bila bukak pampers dia, ada cirit..
Entah bila dia berak dia pun tak tahu..

Lepas mandi, dia tak nak makan..
Nak tidur lagi..
Maka tidur lah dia..
Risau dah saya..
Dia bukan macam ni..
Mesti ada something wrong somewhere..

Cepat2 wasap papa dia n kami terus pergi hospital tengahari tu.

Dia just suspect keracunan makanan..
Papa dia pun kene tapi biasalah orang dewasa, antibodi kuat berbanding kanak2..
Papa dia kene sehari je..
Tapi natrah ni kira dah 3 hari..
Dan finally, admitted..
Bercuti lah adik kat hospital ye.
Hehe..

SIAPA NAK JAGA NATRAH?

Opah balik kampung..
Sepatutnya opah balik ipoh hari ni..
Kalau opah ada, boleh opah jaga natrah..
Saya ada baby untuk di breastfeed dan tak sesuai rasanya baby dok kat hospital..
So,saya pun tak dapat teman..
Papa je yang nampaknya yang kene teman..

Petang semalam, bila confirm natrah admitted, suami saya inform opah..
As usual, opah risau kemain..
Suami saya kata tak pe, dia jaga..
So malam tu, kami berkampung kejap kat hospital..
Saya dah risau2 nak drive bertiga dengan kakak putri n baby malam2 ni..
Dah la saya silau..tak boleh nak agak jarak kereta belakang berpandukan lampu kereta diorg.
Dengan saya mengantuk lagi..
Pastu nak tidur kat rumah tanpa suami disisi..
Uwaaa...part tu paling takut sekali..
3 beranak je kat rumah... :(

Dalam ketakutan tu, terpaksa jugak tempoh..
Masa keluar dari hospital nak ke kereta tu, jam dah 11 malam..
Dalam hati ni asyik baca bismillah je..
Takutkan macam2..
Yang kakak putri pulak, boleh dia buat relax...
"Mama...kakak syok nye hari ni...syoknye..." <---  
Sila baca sambil senyum2...haa..macam tu lah rupa dia, betapa happy nya dia..
Apa yang dia happy tu saya pun tak tahu..

Akhirnya selamat sampai kat rumah..
Syukur alhamdulillah..
Tengah lepak2 kejap kat ruang tamu, tiba2 saya terdengar orang godek pintu rumah..

Waduh waduh..gerangan siapakah itu?

Saya tak lari pun tapi buat2 berani pi jenguk..
Saya bukak pintu...
Jeng...
Jeng...
Jeng...

Opah!!! (^____^)
Fuh lega rasanya....
Tq opah..
Zu tahu mak mesti nak cepat2 balik, kan..kan... (^___^)

Natrah cepat sihat ye..

Kakak ambil gambar barang2 hospital..dia belajar dari mama la ni selalu amik gambar botol2 shaklee...hehe





love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.