SAVE THE DATE: PANCURAN METEOR PERSEID SELAMA SEJAM PADA 12-13 OGOS 2015.



Maklumat menarik Pancuran Meteor Perseid :



-\Waktu kemuncak adalah pada malam 12 Ogos hingga awal pagi 13 Ogos 2015.
-Perseid mempunyai jaluran pancuran meteor yang panjang.
-Pancuran Meteor Perseid menghasilkan lebih banyak "Fireball" berbanding meteor yang lain.
-Meteor Perseid merupakan serpihan ekor komet 109P/Swift-Tuttle.
-Meteor Perseid bergerak selaju 212,500 kmj di atmosfera Bumi.
-Paling menarik, bumi akan berada dalam keadaan gelap sepanjang malam kerana Bulan hanya akan terbit pada awal pagi.


Tips Menyaksikan Pancuran Meteor Perseid :



-Baring dan pandang ke suatu arah (di mana-mana arah langit)
-Cari kawasan yang tidak terlindung & luas (contoh:padang,bukit,pantai dan lain-lain)
-Paling penting cari kawasan yang tidak mempunyai pencemaran cahaya
-Maklumkan kepada pihak berkuasa / keluarga di mana anda berada
-Pastikan anda pergi ke sesuatu lokasi secara berkumpulan.
-Jangan lupa membawa tikar, bekalan makanan, minuman dan juga ubat nyamuk
-Sekiranya langit berawan, anda boleh mencari lokasi baru
-Kongsikan bersama kami pengalaman anda di Instagram, Twitter&FB Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)


___

kepada yang tak pernah tengok shooting star, atau yang teringin sangat nak tengok secara live (selalu tengok dalam cerita jepun n korea je kan..), inilah peluang kita untuk saksikan sendiri pancuran meteor ni.

di anggarkan akan berlangsung selama 1 jam.. dia datang 1 meteor sahaja dalam lebih kurang 1 minit, bukannya banyak2 macam bunga api tu ye...jangan salah imagine pulak..hehe..

so, sepanjang 1 jam tu, kita boleh lepak2 mengadap langit..jangan pulak ada yang buat wish macam dalam cerita tu..kurafat tu..dalam islam tak ajar tu..


bagaimana pancuran meteor ni terjadi?

Pegawai Penyelidikan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mohd. Redzuan Tahar berkata, pancuran Meteor Perseid terjadi akibat daripada serpihan debu ekor komet 109P/Swift-Tuttle yang memasuki atmosfera bumi pada kelajuan lebih kurang 212,500 kilometer/jam.
"Ia akan menyebabkan serpihan batuan ini terbakar dan menghasilkan jaluran tahi bintang yang panjang, diramalkan sebanyak 60 meteor boleh dilihat dalam masa satu jam (dalam tempoh waktu itu)," katanya.
Katanya, kewujudan pancuan meteor Perseid ini boleh berlaku di mana-mana bahagian langit tanpa arah yang spesifik dan ia boleh dilihat dengan mata kasar.
Waktu terbaik untuk melihat pancuran meteor adalah antara pukul 8 malam hingga awal pagi sebelum bulan dan matahari terbit. - Bernama





love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.