Assalamualaikum n hi..
lama tak update disini..
saya masih hutang 1 entry tentang bagaimana merawat bayi selsema dan batuk secara natural..hehe
Baby Nailah saya dah sembuh sepenuhnya tanpa sebarang ubat..Alhamdulillah..
Tapi hari ni nak cerita pasal lain..
ada tetamu yang tak di undang hadir ke rumah kami.
tetamu itu adalah seekor binatang yang berbisa..
Jiran saya pernah jumpa kaum kerabat tetamu tu kat jalan depan rumah.
tapi hari ni, tetamu tu datang ke rumah saya.
masuk dalam rumah saya.
ya Allah..Allah yang Maha Besar...
Dalam pukul 7 pagi tadi, saya masih di dalam bilik.
rutinnya saya akan buat nasi goreng untuk suami saya lepas solat subuh.
tapi sebab opah (mak mertua saya) ada kat rumah, dia yang goreng kan.
Sedang saya menghadap pc buat kerja dalam bilik, opah ketuk2 pintu bilik.
lain macam je opah ketuk, bukan macam nak kejut kami bangun tidur..
kelam kabut opah ketuk macam tak sabar2 minta kami bukak pintu bilik.
Saya bukak pintu, opah tercungap2 beritahu ada ular kat bawah.
Opah minta suami saya cepat2 turun bawah.
saya tak turun. Mengintai dari tangga je..
uiii..gerun...
suami dan opah dah selesaikan baru saya turun..
size nye kecik je tapi spesis nye spesis berbisa..
ya Allah..syukur Kau lindungi kami anak beranak..
memang tempat tu port anak2 saya dan saya selalu lepak2 di siang hari..
ALLAH KIRIMKAN PENYELAMAT!
actually opah tinggal dengan kami.
sebelum puasa lagi opah selalu balik kampung sebab nak uruskan wedding adik ipar saya bulan 9 ni.
sejak dari beberapa hari sebelum raya, opah stay kampung je.
dah lama opah tak duduk dengan saya.
so sabtu petang tu opah balik ipoh.
lega lah saya ada peneman kat rumah.
kebetulan, petang tu jugak opah dapat call ada sedara meninggal kat kampung.
so opah nak balik kampung semula esoknya.
pagi esoknya opah bangun awal macam biasa, siapkan breakfast suami saya.
dah siap breakfast tu, opah pun nak kemaslah ruang tamu.
opah nampak ada tali hitam terkeluar dari bawah sofa.
opah pegang nak tarik.
bila opah pegang tu, binatang tu pun keluarkan bunyi bisa dia..
(aduii..meremang bulu roma!)
tu yang opah cepat2 naik atas panggil kami.
saya kira, Allah telah kirimkan opah untuk temui benda tu.
imagine kalau opah tak balik lagi, anak2 saya yang tarik binatang tu dulu dan suami saya tak ada kat rumah?
ya Allah..na'uzubillahi min zaalik..
tak nak fikir...
Bawah kerusi ni la..
SENTIASA DI SELUBUNGI KERISAUAN
Pernah 1 hari, kami balik kampung opah.
opah cerita ada binatang tu masuk rumah, duduk kat bilik air.
adik ipar lah yang perasan.
tapi dah buang lah masa kami datang tu kan..
kami dah jarang bermalam kat sana.
selalu balik hari je.
kebetulan malam tu nak tidur sana.
saya punya lah takut malam tu, terasa2 ada benda melilit2 kaki saya..
aduii..
bila alami sendiri ni, memang rasa risau sangat2 bila nak turun bawah.
tambah2 bila suami pergi kerja.
kepada Allah tempat saya berlindung..
dan sekarang, most of the time saya dan anak2 lepak tingkat atas je..
zikir dan doa saja yang dapat saya buat untuk keselamatan kami..
DOA APABILA BERTEMU BINATANG BERBISA.
Pagi tu saya teruslah cerita kat group WhatsApp family saya kan..
adik saya forwardkan 1 kisah dan doa..
Pada zaman Nabi ALLAH Nuh as, sewaktu Bala Banjir Besar yang ALLAH SWT turunkan kepada Umat Nabi Nuh as yang ingkar dan berpaling dari mentauhidkan ALLAH SWT, selain dari Para Pengikut Nabi Nuh as yang beriman, sekalian haiwan-haiwan liar dan berbisa yang wujud di muka bumi ALLAH SWT juga diselamatkan oleh Nabi Nuh as dengan cara Nabi Nuh as turut menempatkan ruang untuk sekalian haiwan-haiwan tersebut berlindung di dalam bahtera Nabi Nuh as itu.
Dan apabila bala banjir besar itu mulai surut setelah selama 40 hari pelayaran, kesemua haiwan-haiwan liar dan berbisa tersebut telah berbai'ah dan berjanji di hadapan Nabi Nuh as, bahawa "Kami bersumpah tidak akan mengganggu dan mengancam sesiapa sahaja yang mengucapkan Salam Dan Kesejahteraan buat dirimu, wahai Nabi ALLAH Nuh as."
Bacaan Inti dari Surah As-Saffat (37), ayat 79.
Bismillaah...
Sumber: http://aminfadzlan786.blogspot.com/2009/12/doa-penunduk-segala-haiwan-liar-dan.html?m=1
Semoga doa ini bermanfaat bukan rakan2 semua jika berhadapan dengan binatang berbisa ni..
I wish my hubby akan bekerja sendiri satu hari nanti supaya beliau sentiasa bersama saya dan anak2 sebagai pelindung kedua kami...
mohon doa dari rakan2 juga ye..
mohon doa dari rakan2 juga ye..
love,
zura bahar
hotline: 016.595.2771
0 comments:
Post a Comment
❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.