Saturday, January 18, 2020

Selamat Ulangtahun Yang ke 70 Ayah!

Ayah dah 70 tahun rupanya!
tahu dan ingat tahun lahir ayah. tapi tak pernah kira berapa umur ayah.

15 januari, birthday ayah. ingat. sentiasa ingat bila birthday orang lain. malam sebelum harijadi pun selalu ingat.

tapi, bila pagi harijadi siapa2, lupa terus. macam terpadam memori semalam tu. hehe..

jadinya, 15hb baru ni, lupa lagi. adik zura yang wish dulu...
"Selamat hari lahir yang ke-70 ayah. Terima kasih atas kasih sayang seorang bapa yang tidak ternilai. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah swt."

oh.. 70 tahun dah umur ayah. baru perasan.

lalu, adik yang tinggal dengan mak ayah send gambar ni..


Allahu.. ketara sungguh tanda-tanda penuaan pada wajah kedua-dua mak ayah zura. Terima kasih Allah, masih pinjamkan mak ayah buat zura.

geram tengok pulut kuning air tangan mak tu. cicah pulak dengan kari, emmm..dapnye. 

small celebration.

ayah yang perkenalkan kami dengan sambutan hari lahir kecil2 sesama kami sekeluarga. zura masih ingat lagi, sejak zura kecik lagi, setiap tahun, tanpa jemu, pasti mak ayah sambut birthday kitorang. even sampai sekarang ni, kalau sapa2 balik rumah mak ayah, kene birthday dia, mesti sambut.

tak mewah pun makanannya. tengok lah macam dalam gambar tu. sekadar ingatan meraikan kelahiran orang tu. and zura suka dengan tradisi yang ayah buat dalam keluarga zura. dan of course zura teruskan dalam keluarga zura, still buat kecil2 je walaupun suami bukan jenis yang celebrate2 ni.

ayah dan emak sebagai role model.

ayah sorang je yang kerja and mak pulak suri rumah sepenuh masa yang menguruskan hal ehwal anak2 dan rumah. masing2 ada role tersendiri. ayah keluar cari rezeki. ayah belikan macam2 untuk kitorang adik beradik. ayah balik kerja, mesti singgah kedai belikan jajan untuk kitorang. 

jajan paling tak boleh lupa, tora dan dindang. kalau fikir balik, harga 2 benda kotak tu masa tu agak mahal jugak untuk gaji ayah. tapi, ayah belikan untuk kami 6 beradik. saya nak belikan anak2 pun kadang berkira..Allah.. kedekutnya! 😢

segala yang berbentuk kebendaan, ayah yang bagi. bila periksa dapat no 1, ayah bagi jam atau pen. jam murah2 je pun. siap ambil gambar. walaupun ayah tak zahirkan kasih sayang ayah dalam bentuk peluk cium, tapi zura tahu betapa risaunya ayah, betapa ambil beratnya ayah tentang kami adik beradik.

mak pulak, role sebagai tempat untuk kitorang mengadu, bercerita, tanya pendapat which is lebih kepada emosi. yela..mak 24jam dengan kitorang masa kecik2 dulu. masak n menjahit untuk kitorang.

masing2 ada role tersendiri yang membuatkan zura rasa lengkap hidup ni sebagai seorang anak. alhamdulillah..Allah kurniakan keluarga yang harmoni dan sentiasa bersama. semoga Allah terus panjangkan umur mak ayah zura sebab zura belum puas lagi berbakti pada diorang, impian zura untuk tinggal dekat dengan diorang belum tercapai lagi. 

suplemen shaklee untuk ayah.

ayah zura aktif sukan larian jarak jauh sejak dulu2 lagi. pernah ayah stop kejap lepas ayah pencen, tapi tak boleh. lutut ayah sakit. so until sekarang, ayah masih ber jogging. so that, zura selalu bagi performance drink kat ayah, minuman atlet bertaraf olimpik tau.

since ayah pun tak de penyakit kronik, alhamdulillah, cuma ada darah tinggi sikit lately, ada juga zura bagi omega guard atau lecithin untuk control bacaan darah tinggi ayah. 

alhamdulillah, ayah pun nampak masih boleh berjogging, sihat lututnya, dapat berjemaah di surau, dan yang penting.....tak buncit. hehe. 



sekian cerita tentang ayah zura. 😍
so korang, kalau teringat kat ayah korang, dan ayah masih dipanjangkan umurnya, meh kirim sebarang 2 suplemen shaklee untuk ayah korang.

untuk orang2 tua ni, zura suka suggest ambil yang dalam bentuk syrup seperti vivix atau powder yang boleh dibancuh. pil-pil ni kadang2 diorang tak rajin makan. depend lah kan..
kalau nak hadiahkan performance drink ni jugak pun boleh je. PD ni bukan lah untuk orang yang aktif sukan semata2. tapi untuk semua sebab fungsi utama dia untuk keep you energized!

dan ni antara lain fungsi2 nya.. 





LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - 📣 untuk order dan pertanyaan, 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women📲 sms|whatsapp 016-5952771📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Thursday, January 16, 2020

Resepi Ayam Paprik Ala Thai Confirm Sedap.

Resepi Ayam Paprik Ala Thai Confirm Sedap.


Bahan-bahan A:

1. ➤ Ayam dipotong kecil atau isi ayam di potong dadu.
2.  Sedikit serbuk kunyit.
3. ➤ Sedikit Garam.

Bahan-bahan B: (ditumbuk)

1. ➤ 1 biji bawang besar.
2. ➤ 2 ulas bawang putih.
3. ➤ 1 inci halia.

Bahan-bahan C:

1. ➤ 1 batang serai di ketuk.
2. ➤ 2 sudu besar cili kisar 
3. ➤ 1 sudu besar sos tiram.
4. ➤ 2 sudu besar sos cili.
5. ➤ 1 sudu besar kicap manis.
6. ➤ 1 sudu besar pes tomyam.
7. ➤ Sedikit garam.
8. ➤ 1 kiub ayam / sedikit serbuk perasa
9. ➤ Air (sukatan mengikut citarasa anda)

Bahan-bahan D:

1. ➤ 1/2 biji bawang besar. (dihiris kasar-kasar)
2. ➤ 2-3 biji tomato (dipotong 4)
3. ➤ 1/2 genggam kobis bunga. (dipotong kecil)
4. ➤ 1/2 batang lobak merah. (dipotong memanjang)
5. ➤ 3 helai daun limau purut.
6. ➤ 1 biji cili besar (dipotong serong)

.....

Cara memasak:


1. Gaul ayam bersama dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian di goreng separuh masak dan diasingkan.

2. Tumis bahan-bahan A menggunakan minyak gorengan ayam tadi. Buanglah dulu sampai minyak tu cukup untuk menumis bahan-bahan A ni. Masukkan sekali serai.

3. Selepas tumisan dah naik bau dan hampir kegaringan, masukkan bahan-bahan B pula. Kacau sehingga sebati, kemudian masukkan ayam dan air.

4. Akhir sekali, masukkan pula bahan-bahan D. Masak seketika sehingga kepekatan kuah menepati citarasa anda. Tambahkan garam jika perlu.

Dan hasilnya, insyaAllah suami dan anak-anak pasti suka dengan rasa ala thai nya. Pedas, masam-masam manis dengan aroma daun limau yang sangat harum itu. :)





So.. selamat mencuba!
Bila dah cuba, jemput komen di ruang komen.. :)





LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - 📣 untuk order dan pertanyaan, 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women📲 sms|whatsapp 016-5952771📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Tuesday, January 14, 2020

Pengalaman Takkan Dilupakan Sekeluarga Di Serang Influenza B

The series of episodes kami anak beranak kene influenza B pada 2015, 4 tahun lepas.
Pengalaman yang tak akan dilupakan sepanjang hayat.

Bunyi macam biasa je sakit ni, and yes memang boleh control. 
Tapi, jangan pandang remeh tau sakit ni. ianya boleh bawa maut!

'Rasa' demam dia memang lain macam. Tak sama macam demam viral biasa. Sakit satu badan and lemah gila.

Even saya yang dewasa kene ni pun, boleh kata flat terus rasa. Tak boleh bangun! Imagine kalau anak2 kecil yang kene, kesian sangat tau.

So here saya share episod2 cerita kami anak beranak kene Influenza B. Biar anda dapat rasa macam mana saya sekeluarga berhadapan dengan situasi ni.
...







Episod 7 episod finale : Nasihat Doktor.

..

Hampir setengah sebulan kami lalui episod-episod ni. Bayangkan lah betapa penatnya kami sekeluarga. Hari saya dan Nailah boleh discharge tu, sampai rumah semua hospital-lag. 
(macam jet-lag lah..) Semua tersadai kat ruang tamu and tidur berjemaah anak beranak. Penat sangat sangat.

And please, nasihat saya cuma satu. Tingkatkan sistem imun anda selain dari ambil vaksin sebagai langkah pencegahan. 
Sebab, sistem imun yang kuat insyaAllah boleh lawan virus Influenza ni.
Anda mungkin akan kene juga tapi insyaAllah anda akan cepat sembuh dari orang yang lemah sistem imun nya.

Waktu ni saya kene sebab saya tengah pregnantkan Fauzan. Time ni lah kantoi termengandung sebab tak tahu pun tengah mengandung.
Bila kene x-ray sebab nak check paru2, nurse suruh buat pregnant test, eh positif pulak adoi!

Suami saya pulak, alhamdulillah tak kene Influenza ni. Padahal dia yang jaga anak2, makan suap anak2 siap suap diri sendiri - share sudu, tidur satu katil, tak pakai mask.

Bila mula2 dapat tahu kakak putri kene influenza, dia cepat2 ambil Vitamin C 2 biji setiap hari dan Nutriferon 1 sacet setiap hari. Both vitamins shaklee ni memang powerful untuk tingkatkan sistem imun kita.

Dan alhamdulillah, Allah pelihara ketua keluarga kami.



So, kalau anda nak ambil vitamin shaklee sebagai langkah pencegahan, boleh hubungi saya ye. 😊


LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - 📣 untuk order dan pertanyaan, 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

"Mama! kakak ada buat pinjaman!"

"Mama! kakak ada buat pinjaman!"
excited kakak bagitahu mama sejurus kakak masuk kereta masa mama ambil kakak balik sekolah.

"Haa? pinjaman?"
terkejut mama. Dalam kepala terlintas satu je, pinjaman wang tak berlesen ke? kakak pinjam duit ahlong ke? 😅

"ha ah..kakak pinjam buku dari perpustakaan."
slumber dia jawab sambil buka beg sekolah nak tunjuk buku tu.

"oo..pinjam buku, ingatkan pinjam apa lah tadi. berapa lama boleh pinjam? jaga buku sekolah elok-elok."
fuh...lega mama. ingatkan pinjaman apa lah tadi. suspend je kakak ni. 😂

"ha ah.. boleh pinjam dalam 3 hari je. tapi esok lah kakak pulangkan."

ate nya.. first time pinjam buku kat library sekolah. Excited le kome! 😊

Komik yang di pinjam nya. Emm.. elok lah. Tak gaduh minta mama belikan komik. :)

..
Dont miss it! 
Bulan ni kita ada promo :
1. Omega guard: Diskaun 5% dengan pembelian 2 botol @ Percuma 1 botol dengan pembelian 8 botol.
2. Radiance c+e Youth: Percuma Radiance c+e dengan pembelian produk Youth bernilai 200uv (point)
3. Zinc Plus: Percuma 1 botol dengan pembelian 1 botol.

Jom ajak kawan kawan dan ahli keluarga untuk beli dengan anda 😍😍




❤, LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - 📣 untuk order dan pertanyaan, 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 💻 visit: www.vitallyvitamin.com


Sunday, January 12, 2020

3 TEKNIK SENDAWAKAN BAYI DENGAN BETUL SELEPAS MENYUSU.


Dah jadi amalan kebanyakkan ibu-ibu, selepas bayi selesai menyusu, pasti ibu-ibu akan bangunkan bayi dan terpuk belakang bayi untuk disendawakan. Ini dilakukan untuk mengelakkan berlakunya bayi tersedak susu. 
Sekiranya sudah terjadi bayi tersedak susu, apa yang perlu kita lakukan?

Dalam perkongsian kali ini, saya ingin berkongsi teknik-teknik sendawakan bayi dengan betul selepas menyusu. Ada 3 teknik yang ibu-ibu boleh cuba:



No 1: Posisi Bahu.

Bayi diletakkan diatas bahu anda supaya tulang selangka (collarbone) bayi anda menekan perut bayi. Tekanan pada perut ini sangat penting untuk memastikan bayi boleh sendawa. Pastikan bayi diampu dengan selesa.



No 2: Posisi Tangan.

Dudukkan bayi di atas riba anda. Kemudian, ampukan bayi dan tolak sedikit bayi kehadapan supaya badan bayi kelihatan condong sedikit. 


No 3: Posisi Riba.

Letakkan kain diatas riba anda. Kemudian, tiarapkan bayi di atas peha anda. Kepala bayi disokong oleh lengan anda. Lutut bayi pula dirapatkan ke perut bayi untuk memberi tekanan supaya bayi sendawa.  


Apabila bayi kelihatan selesa dalam mana-mana posisi yang anda praktikkan, gosok dan tepuklah belakang badan bayi dengan perlahan-lahan sehingga bayi sendawa.

Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan buat ibu-ibu terutamanya ibu-ibu yang pertama kali menimang cahaya mata.

...


❤, LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - 📣 untuk order dan pertanyaan, 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Saturday, December 21, 2019

BAYI TERSEDAK SUSU APA PERLU DILAKUKAN.

Tersedak susu boleh menyebabkan kematian. Biasanya ia dikaitkan dengan cara ibu memberikan susu dengan teknik yang salah dan juga membiarkan bayi itu menyusu sendiri tanpa dipantau oleh orang yang sedang menjaganya.


Bagaimana ianya boleh berlaku?
Bayi dibawah 6 bulan selalunya akan disendawakan dahulu sebelum dibaringkan semula. Apabila bayi tidak sendawa, boleh terjadi susu yang baru diminum itu dimuntahkan dan ditelan semula lalu memasuki salur pernafahan dan menyebabkan bayi tersedak.

Sekiranya bantuan segera tidak diberi kepada bayi yang sedang tersedak ini, ianya boleh membuatkan bayi tersebut lemas dan berisiko untuk mati. Risiko kematian ini akan lebih meningkat sekiranya bayi anda sedang selsema dan batuk.

Ketahui tanda-tanda awal bayi anda sedang tersedak.

✓ bayi sukar bernafas
✓ bayi kelihatan gelisah
✓ warna kulit bayi kelihatan pucat atau kebiruan
✓ kulit bayi terasa sejuk

Jika anda mendapati tanda-tanda di atas, berkemungkinan bayi anda tersedak susu. Apa perlu dilakukan?

1. Segeralah pangku bayi anda, letakkan di atas lengan anda dengan menghalakan kepalanya kebawah.

2. Tepuk di antara tulang belikat, tetapi jangan sekuat tepukan bagi seorang bayi.

3. Ulang tepuk sehingga bahan yang menyebabkan bayi tersedak itu keluar.

4. Jika bayi sudah tidak sedarkan diri, mulakan CPR sekiranya anda tahu dan terlatih melakukan CPR atau hubungi talian kecemasan 999.

5. Jangan sekali-kali menggunakan tujahan abdomen.
...

Bagaimanapun, sebagai ibu atau pengasuh, berusaha lah untuk mengelakkan bayi tersedak susu ini terjadi. Kerana ianya boleh membawa maut kepada bayi yang tidak mampu lakukan apa-apa sendiri.

...

Langkah-langkah mengatasi bayi tersedak susu.

Sebagai ibubapa ataupun penjaga bayi, sewajarnya mengambil kira langkah2 pencegahan ini kerana mencegah itu sesungguhnya lebih baik dari mengubati. Jadi disini saya kongsikan 5 langkah-langkah mengatasi bayi tersedak susu.

1. Elakkan memberi susu dalam keadaan bayi baring terlentang. 

Posisi ini menyukarkan bayi untuk menelan dan boleh meningkatkan risiko bayi tersedak. Susu yang diminum boleh masuk ke dalam saluran pernafasan dan ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, telinga dan bayi juga boleh lemas.

2. Elakkan meninggalkan bayi menyusu sendiri.

Keadaan ini sering terjadi terutama apabila bayi diberikan susu menggunakan botol susu. Ibu atau pengasuh sering membiarkan bayi menyusu sendiri dan ibu atau pengasuh tersebut meninggakan bayi sendirian untuk melakukan kerja lain. Bayi sepatutnya dipantau ketika mereka menyusu sehingga selesai menyusu.

3. Elakkan menggunakan bantal atau kain untuk menyokong botol bayi.

Seperti yang saya tulis dalam poin ke 2, ibu atau pengasuh bayi seharusnya memegang botol susu ketika memberikan susu kepada bayi. Jika botol itu disokong dengan menggunakan kain atau bantal, keadaan ini meningkatkan risiko bayi tersedak susu dan boleh menyebabkan susu masuk ke saluran pernafasan. Bayi boleh lemas dan sekiranya tiada orang dewasa yang berada bersama bayi tersebut, boleh menyebabkan kematian.

4. Elakkan bayi tertidur ketika menyusu.

Sekiranya bayi tertidur ketika menyusu, keadaan ini boleh menyebabkan bayi tersedak susu kerana susu yang masih mengalir itu tidak di telan. Apabila bayi tersedar, kemungkinan susu yang terkumpul banyak itu boleh melemaskan mereka. Sekiranya bayi tertidur, segeralah keluarkan puting botol susu tersebut.

5. Sendawakan bayi selepas bayi menyusu.

Selepas bayi selesai menyusu, seeloknya bangunkan bayi dan tepuk atau gosoklah belakang badan bayi untuk sendawakan mereka.




Banyak kes kematian bayi disebabkan bayi tersedak susu yang kita dapat tahu melalui media. Semoga perkongsian ini dapat bantu mengelakkan hal ini terjadi kepada bayi kita dan menjadi panduan buat ibu-ibu terutamanya ibu-ibu yang pertama kali menimang cahaya mata. 


..........
❤, LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - 📣 untuk order dan pertanyaan, 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Friday, December 20, 2019

KENAPA PERLU KOLAGEN? 7 SEBAB ANDA PERLU KOLAGEN.

NO 1: KESIHATAN KULIT

Sebab pertama kenapa perlu kolagen ini pastinya ramai yang tahu. Kolagen sangat bagus untuk anda yang inginkan kulit cantik, tegang, anjal dan lembut. Ia dapat membantu meningkatkan keanjalan kulit dengan menghasilkan sel-sel kulit yang baru.

NO 2: SISTEM PENCERNAAN YANG SIHAT

Anda mungkin tak percaya dengan sebab kedua ini. Kenapa perlu ambil kolagen secara konsisten adalah kerana kolagen dapat bantu sistem pencernaan. Kolagen membantu menyembuhkan saluran pencernaan anda yang luka akibat sembelit atau buasir dengan cepat, dan juga membantu badan anda memperbaiki lapisan lendir di salur pencernaan. Oleh itu, jika anda sering mengalami sembelit, pastikan anda ambil suplemen kolagen setiap hari. Dan jika anda ingin selesaikan masalah sembelit, saya sarankan anda untuk ambil Herb Lax atau Alfalfa.

NO 3: PENGURANGAN BERAT BADAN

Sebab ketiga kenapa perlu kolagen ini pasti menggembirakan kaum wanita. Wanita dan kurus memang tak dapat dipisahkan. Kajian menunjukkan bahawa jika anda mengambil kolagen ketika sarapan pagi, anda boleh menurunkan berat badan dengan ketara. Bagaimana ianya berlaku? Ini kerana kolagen adalah protein. Jika kita ambil protein pada waktu pagi, ianya membantu kita rasa kenyang lebih lama. Selain itu, ianya juga membantu tubuh membina otot yang lebih mantap.

NO 4: KESIHATAN SENDI DAN TULANG

Kajian mendapati pesakit osteoarthitis mengalami kelegaan sakit sendi dan tulang setelah mengambil 10g kolagen tulen setiap hari. Ya..kolagen sangat penting dalam memudahkan pergerakkan sendi kita kerana kolagen ini bertindak seperti 'kusyen' pada sendi. Sekiranya 'kusyen' kita tebal dan empuk, pastinya kita selesa untuk duduk atau baring. Jika 'kusyen' kita tipis, sudah tentu badan kita akan rasa tidak selesa dan sakit-sakit apabila duduk di atasnya. Begitu jugalah jika kolagen di sendi-sendi kita semakin berkurang, bermaksud sendi kita akan berasa tidak selesa ketika melakukan apa-apa pergerakkan. Oleh itu, pastikan anda mengambil kolagen setiap hari terutama anda yang sangat aktif bersukan kerana anda banyakkan menggunakan sendi.

NO 5: MENINGKATKAN KADAR METABOLISMA

Jika anda dapat pastikan tahap pengeluaran kolagen yang betul dalam tubuh anda, kadar metabolisme anda akan meningkat. Hasilnya, tubuh anda akan membakar lebih banyak lemak. Dan pastinya tubuh anda akan rasa lebih 'ringan' dan anda pasti lebih produktif. 

NO 6: MENGUATKAN KUKU, GIGI DAN RAMBUT

Sama seperti kulit, kolagen sebagai sumber protein juga dapat membantu menguatkan kuku, menguatkan gigi dan rambut anda serta mencantikkannya. Anda pasti ingin memiliki kulit, kuku, gigi dan rambut yang cantik,bukan? Pastikan anda ambil kolagen setiap hari. 😊

NO 7: BAIK UNTUK KESIHATAN HATI

Pelbagai cara sebenarnya untuk jaga kesihatan hati anda. Dan salah satu darinya adalah dengan mengambil suplemen kolagen. Pengurangan kolagen yang berlaku apabila umur kita mencapai 25 tahun boleh mengakibatkan dinding arteri menjadi lemah. Apabila dinding arteri lemah, anda berisiko untuk mendapat Aterosklerosis iaitu keadaan dimana saluran darah yang mengangkut nutrien dan oksigen dari jantung anda ke seluruh badan anda menjadi kaku dan tebal. Kolagen yang bersifat menganjalkan ini dapat bantu melindungi arteri anda dari Aterosklerosis yang boleh merosakkan fungsi hati anda.

...
Umum tahu yang kolagen untuk cantik sahaja. Tapi sebenarnya tubuh badan kita sangat-sangat perlukan ia untuk kesihatan menyeluruh. So, lepas dah tahu 7 sebab kenapa perlu kolagen ni, adakah anda masih nak abaikan pengambilan kolagen anda? 
Jika anda berminat untuk cuba Collagen Plus Powder Shaklee, boleh segera hubungi saya ya! 😊
Pastinya offer yang menarik untuk anda pada bulan ini!



❤, LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - 📣 untuk order dan pertanyaan, 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 💻 visit: www.vitallyvitamin.com